"Adakah aku membangunkan kau dari tidur?", aku tanya MamatGQ masa aku sampai apartment dia, sebab nampak sangat dia macam baru bangun tidur.
"Tak lah, aku dah lama bangun nya, ada kerja sikit", kata dia sambil bersalam dengan aku.
"Kau kelihatannya macam tak sihat aje", aku tanya dia. Memanglah, orang baru bangun tidur, memanglah muka semacam aje kan?
"Macamana dengan konsert semalam, best ker?", aku tanya dia lagi, bila kitaorang dah duduk di sofa.
"Biasa jer, aku blah awal sebab harinih aku kerja", kata MamatGQ.
So lepas tuh kitaorang sembang-sembang lagi, tapi malas lah pulak rasanya aku nak tulis apa yang kitaorang sembangkan. Lagipun, korang tak payah tahu lah kan? Dah banyak sangat yang korang tahu, kan? Sembang-sembang biasa aje, kadang-kadang aje berat sesikit. Macam kesinambungan sembang kitaorang itu hari lah.
"Oklah, aku cuba nak buat gembira lah, aku akan cuba suka kat kerja aku....", itu antara apa yang MamatGQ cakap.
"Kau jangan fikir lebih-lebih sangat, nanti oang kata kau nih cakap aje banyak tapi tak ada tindakannya", aku tiru nasihat R yang dalam buku harian dia tuh.
"Betul tu Joe, bukan kau sorang aje yang kata aku nih cakap aje lebih tapi tak ada tindakan", kata MamatGQ.
"Kalau kau gembira, aku pun gembira jugak", aku kata lepas tuh, lepas sembang-sembang lama tuh. Masa tuh dah dekat pukul 10 dah, sekejap aje rasanya walaupun banyak sebenarnya yang aku sama MamatGQ bercerita.
"Kau ambillah duit nih Joe", kata MamatGQ sambil keluarkan duit.
"Tak nak lah, buat apa?", aku tanya dia.
"Ala, untuk beli barang?", dia tanya aku.
"Aku dah beli ituhari, jangan tinggalkan duit, aku tak nak", aku kata lagi.
"Tak, ini untuk kau tengok wayang esok, kau kata nak tengok Rachel Getting Married, kan?", kata MamatGQ lagi.
"Wei, rilekslah, kau bukan abang aku, nak kasi-kasi duit", aku ambil duit tuh, masukkan dalam pocket seluar dia.
"Aku ada terlupa satu benda ni, apa hah?", kata MamatGQ sambil cuba ingat-ingatkan apa yang dia terlupa tuh.
"Lain kali kau tulis apa yang kau nak buat, kau ni pelupa orangnya", terus aku teringat yang dia nih banyak kali terlupa apa yang dia cakapkan.
"Aku fikir banyak sangatlah Joe, itu pasal aku selalu lupa. Macamana nak kasi tak fikir banyak, hah?", dia tanya aku masa kitaorang bersalam.
"Tah, aku pun tak tahu lah", aku jawab gitu.
"Ok, mulai sekarang aku akan ingat yang aku kena buat gembira-gembira aje lah, janji ok?", kata dia lagi, sebelum aku tutup pintu.
Cepat-cepat aku buat apa yang patut sebab aku nak blah awal, tak nak lebih dari 3 jam aku di apartment tuh. Tapi itulah, aku tersantai jugak, aku terbuat kerja sambil lepak-lepak jugak. Aku keluar sekejap untuk breakfast, Kali pertama aku breakfast kat cafe nih, biasanya aku tapau aje. Saja aje lah nak merasa melepak sambil-sambil tengok orang lalu lalang. Kat Chelsea pulak tuh kan? Mahal rupanya breakfast tuh, $12, macam harga lunch pulak kaedahnya sedangkan aku order makanan bodoh-bodoh aje.
Tapi itulah, sepanjang perjalanan balik ke apartment MamatGQ, aku dok fikir, yang aku kerja kat situ tuh bukannya apa sangat pun, bukannya pasal duit pun. It's more pada nak enjoy, nak enjoy his friendship, nak enjoy macam mana orang yang duduk area tuh enjoy.
Aku ke Jackson Heights lepas tuh, sejam aje kat internet cafe, lepas tuh terus ke masjid untuk Sembahyang Jumaat. Ada lagi masa kalau aku nak ke internet cafe lepas tuh tapi malas pulak rasanya, hari pun gaya macam nak hujan, so terus aje aku ke Forest Hills.
Tak lunch, instead, aku beli iced coffee sama kek, aku ke Secret Garden, makan dan melepak kat situ. Bob talipun, dia kata nak datang New York sebab ada kawan dia bercuti dari Qatar, dia suruh aku carikan hotel kat Times Square punya area. Dia nak jumpa aku sebab nak kasi rendang, sure best nih, Aifa kan ker terrer masak?
Then Sherink (member Tibet ituhari) talipun, dia baru balik dari India, so dia nak jumpa aku nak sembang-sembang, dah lama tak jumpa. Tak lama lepas tuh Berto pulak talipun, tanya kalau aku boleh datang malam nanti, dah lama kitaorang tak main badminton. Aku ok kan aje walaupun aku berat hati jugak sebab esok aku kerja pagi. Wow, sibuk aku hari nih ekekeke
Masa ke subway station, lepas habis kerja kat apartment David/Hal, dapat mesej dari Berto, dia kata kansel lah plan nak main badminton sebab dia balik lambat, dia pergi shopping. Apalah diaorang nih, dah janji suruh aku datang, apa pasal dia keluar pergi shopping pulak tuh? Tapi ok jugaklah sebab esok aku terpaksa bangun awal sebab kerja pagi. Kalau aku pergi ke apartment dia, sure balik lewatnya malam nih.
Sampai rumah, happy aje aku bila tengok ada kad dari Pejabat Pos, suruh aku ambil parcel. Parcel siapalah agaknya tuh? Since esok aku kerja, Isnin aje lah aku boleh pergi ambil, kot? Nampak gayanya, minggu depan onwards, aku akan ke Pejabat Pos setiap hari kot, nak ambil parcels. Kalau tak ada parcels pun aku nak tunggu gak kat depan pejabat Pos tuh, I'm not moving ekekekekek