Tuesday, October 16, 2012

Isnin08092008


Hari kelapan Puasa, baru dua kali aku Sahur. Itupun sebab berjaga sampai pagi, every Isnin. Yang malam lain-lain tuh, tak pernah aku sedar nak bangun. Bangun nak off kan alarm kat cellphone tuh ada lah, then tidur semula. 

Macamana Puasa aku so far? Oklah, senang aje Puasa aku kali ini, yang susah pun masa berbuka aje lah, aku terpaksa berbuka senyap-senyap, takat makan Granola bar, makan masa tengah membersihkan bilik air biasanya sebab dalam sejam lepas tuh, aku habis kerja. Berbuka kat sini dalam 7-40 gitu, dan aku makan yang betul-betul makannya, pukul 10 malam, bila sampai rumah. Itu yang buat susah sikit pasal masih kenyang lagi kalau nak Sahur sebelum tidur. 

Macamana pun I have no complaint, dibandingkan dengan Puasa tahun lepas, tahun ini kacang aje. Tahun lepas punya Puasa pun kacang jugak sebab aku kerja malam, siang aku tidur aje. Cuma suasana Puasa tahun ini tenang setenang-tenangnya dibandingkan dengan suasana Puasa tahun lepas. Tahun lepas aku, bulan Puasa, membawak ker Raya, punya lah siksa nya kan? What with kerja malam, then aku berhenti kerja, then aku jumpa Syed (di Hari Raya), semuanya tu lah. Raya tahun lepas memanglah gila punya sedihnya, sampaikan lepas tuh aku terpaksa membawak diri kerja kat New Hampshire kan? Ekekekkeke, malu pulak bila ingatkan kisah-kisah lama. So tahun nih aku tak nak lah buat macam tahun lepas, aku nak buat selamba aje, aku nak sibukkan diri aku. After all aku ada kawan kan? Aku ada MamatGQ, aku ada Berto, aku ada David/Hal kan? Lagipun tahun nih tak ada pulak orang nak hantar aku baju Raya, kan? 

Aku patut bersyukur sangat sebenarnya sebab aku nih walaupun duduk kat US, kat New York pulak tuh, tapi aku masih rasa macam duduk kat Malaysia. Masjid dekat, restoran Malaysia dekat, dan yang pentingnya, schedule kerja aku yang membolehkan aku pergi sembahyang Jumaat. Nanti, nak pergi sembahyang Raya pun tak ada masalahnya langsung. So, bab tuh aku bersyukur sangat.

---------------------------

Harinih, pagi aku pergi buat laundry, sesambil tuh pergi potong rambut. Aku tak pergi kat salon Cina Malaysia tuh kali nih, tak best lah bulan-bulan Puasa nak suruh perempuan potong rambut, kan? So aku ke salon Mexican nih, lelaki yang potong rambut aku. Lelaki yang macam perempuan tapinya, tak apa, asalkan lelaki. 

The rest of the day aku kemas-kemas bilik, susun itu ini apa yang patut. Banyak lipas pulak kat rumah kitaorang nih semenjak dua menjak nih. Rumah sebelah tuh, dah lama ditinggalkan kosong, itu pasal banyak lipas menyeberang kat rumah kitaorang kot. Pasal banyak makanan agaknya. Sampai ke siling lipas tuh merayap, mengalahkan cicak aja jadinya. Tension aku dibuatnya, so sebelum aku pergi kerja, aku semburkan hampir sebotol roach killer.

Doorman yang baru dinaikkan pangkat, Abdoul, mamat dari Senegal (dia nih Islam) tanya aku kalau-kalau aku nak kerja kat apartment NenekTua yang John beritahu aku dulu tuh. Kerja hari Jumaat nanti, for a few hours. Aku tak kata yes pun kat dia sebab aku kena tengok schedule lah pulak. Esok baru aku boleh decide sebab esok aku ke apartment MamatGQ, aku boleh tahu yang bila dia akan pergi ke Iowa. Kalau dia pergi Khamis, maknanya Jumaat tuh aku tak payah datang, atau datang for like 2 hours, then blah pergi ke Forest Hills, then kerja sesejam dua kat apartment NenekTua. Lepas Sembahyang Jumaat, sambung semula sampai pukul 4, then 4-30 pm kerja kat apartment David/Hal pulak kan? Tu dia, tiga kerja satu hari, mamposlah, mana ada orang boleh lawan aku ekekekekek

Malam tadi nih aku makan lodeh yang tuan rumah aku masak. Aku suruh dia masakkan untuk aku, aku bayar dia 10 dollar. Best masakannya, cuma yang tak bestnya ada tahu sama tempe, aku tak makan dua-dua benda tuh. Akan datang, tuan rumah aku kata, kalau dia masak, dia akan masakkan untuk aku, kalau aku nak lah kan? Oklah tuh, bayar 10 dollar untuk seperiuk sayur, memang berbaloi. Cuma masalahnya, tuan rumah aku nih Kristian, aku takut dia campur-campurkan daging ayam halal yang aku beli tuh dengan dia punya, itu aje. 

Aku tidur awal hari nih, kepala pun pening, dah lah semalam tidur sekejap aje. Esok kena bangun pagi sebab nak ke apartment MamatGQ.