Rabu
Aku tak bangun Sahur lagi pagi tadi, sedar-sedar dah Azan. Aku pun tak sedar bila aku tidur sebenarnya sebab masa aku bangun tuh, lampu, kipas semuanya menyala, aku pun tidur sambil meniarap depan laptop. Tangan pun masih kat keyboard laptop tuh rupanya. Tidur ala-ala buaya gitu kan kalau tidur depan laptop nih. Parah lah harinih sebab malam semalam makan sikit aje, Berto ajak main badminton pulak tuh.
So aku tak ke mana-mana sebab tungu dia talipun aku. Payah dia nih sebab masa free dia yang walaupun banyak, tapi tak menentu. Itu yang kadang tuh dah elok-elok plan nak pergi main badminton, tiba-tiba dia talipun, kata tak jadi main, sebab ada clients nak jumpa. Aku pun tak tahu Berto nih business apa tapi aku tahu dia buat online marketing.
Betul rupanya, Berto talipun, dia kata dia terpaksa kanselkan plan nak main badminton pukul 11 tuh sebab dia sibuk. Buat lah pulak janji pukul 11 pagi esok. So, aku melepak aje lah sebab nak keluar pun malas, cuaca panas, cepat lapar nanti kalau banyak berjalan.
Balik kerja malam tadi, aku singgah kat Jackson Heights sebab nak Sembahyang Tarawikh. Nak survey-survey, sempat dak kalau aku singgah kat masjid di situ. Sebab kalau aku balik ke rumah, dah memang tak sempat nak ke masjid, tarawikh 20 rakaat diaorang tuh dah nak habis.
Tak sempat jugak aku rupanya, dah rakaat keberapa dah bila aku sampai tuh, so aku Sembahyang Isyak, buat lapan rakaat Tarawikh, dan terus balik aje lah. Sampai dekat pukul 12 baru sampai rumah. Sebab semakin malam, semakin lambat train, semakin kurang train. So akan datang aku tak nak singgah Jakcson Heights lagi lah, yang dapat aku buat sekarang, Tarawikh kat rumah ajelah, buat sendiri-sendiri. Lapan rakaat aje lah nampak gayanya. Buat lapan tuh pun siksa, terlupa dah berapa rakaat. Ini kan pulak nak buat banyak rakaat kan?
Khamis
Pundeks jugak si Berto nih, dia talipun aku lagi harinih, kansel sekali lagi game pukul 11. Dia ajak aku datang main lepas aku balik kerja nanti, dalam pukul 10 malam gitu. Mulanya aku tak nak sebab letih berpuasa, besoknya pulak (Jumaat) aku kena bangun pagi sebab nak ke apartment MamatGQ. Tapi kesian pulak aku kat dia, kawan dia yang dua orang tuh ada hal lain. So aku setuju nak datang malam nanti.
Aku dah keluar nak pergi beli ayam kat kedai depan masjid kat area aku duduk nih tapi tiba-tiba termalas pulak nak masak. Terus aku patah balik, aku bersiap, ambik beg, terus aku ke New York Public Library kat 42nd Street/Fifth Avenue. Melepak dekat dua jam kat situ, lepas tuh terus ke Forest Hills.
Balik kerja, singgah kejap kat deli, beli tuna sandwich untuk makan dalam train. Berbuka tadi macam biasalah, granola bar sekeping. Aku sampai kat Prospect Park dalam 9-30 pm gitu, sembang-sembang kejap sama Berto, then terus kitaorang ke church orang Mexico tuh, main badminton kat dewan church tuh. Tak best main berdua aje, aku cepat letih, lagipun aku memang tak ada tenaga nak main di bulan Puasa nih.
Dalam sejam setengah main, aku kata nak blah. Berto kata nak contact aku minggu depan pulak, Isnin atau Selasa, terus aku kata yang Selasa aku tak boleh. Nasib baik belum jam 12 malam, so tak lama lah sangat tunggu train, sampai rumah dah 11-30 malam. Mamposlah, mata aku dah segar, sure susah nak tidur nih sedangkan esok nak sahur, dan nak pergi apartment MamatGQ pulak.