Happy aku bila aku buzz kan main door kat apartment MamatGQ, ada yang bukak. Makna nya dia ada. Dah dua minggu tak jumpa dia, sure boleh sembang banyak-banyak nih, kata aku dalam hati. Dia tengah mandi masa aku sampai so aku melepak baca majalah kat sofa. Aku tengok, berterabur kat dalam apartment tuh, kotak-kotak pakaian/kasut, kotak kek, botol-botol bergelimpangan.
"Thanks for the birthday wish, Joe", kata MamatGQ, masa dia keluar dari bilk air, dah siap berpakaian semuanya. Dia pakai kasut pun kat bilik air. "It was a pleasant surprise", kata dia lagi.
"How did you know about my birthday?", dia tanya lagi. Sabar jer lah, dia yang kasi tahu aku ituhari, kan? Sah lah dia nih pelupa orangnya, short memory span punya orang. Sure birthday aku nanti tuh, dia akan lupa jugak.
"You told me, remember?", aku jawab gitu. "It's easy to remember, you share the same birthdate with my blog", aku kata lagi.
"Did I? I don't remember", dia jawab, sambil duduk kat sofa depan aku. "Now, that makes sense. I was wondering how the hell you knw my birthday", kata dia sambil minum blueberry juice. Sure selama ini dia ingat aku bukak personal files dia kot? Aku tak sentapz pun. Sebab dia kawan aku.
Aku tak cakap apa-apa pun bila dia tanya pasal aku, iyalah, dah dua minggu tak sembang-sembang, kan? Aku kata tak ada apa-apa exciting pun pasal aku. Dia pun macam tak ada mood aje nak sembang gayanya, sebab aku tengok, muka dia macam pucat, macam kurang tidur. So aku tanya dia.Dia kata yang dia letih, memang kurang tidur pun, mungkin jugak pasal ubat yang dia ambil, tu pasal dia nampak macam berserabut aje tuh.
Then dia cerita pasal kawan dia yang flew in from Cleveland, OH, akhir minggu lepas. Semata-mata sebab nak sambut birthday dia, nak surprisekan dia. Nak kasi support, pasal JF tuh memang kawan baik dia. Aku dah pernah tengok gambar JF nih, hasil dari penggoogelan aku cari Facebook MamatGQ tu lah. Hiks, macam bebudak aje kan diaorang nih, ada Facebook bagai, ekekekekke.
Itu pasal dia suruh aku datang Rabu (hari nih) instead of semalam, sebab semalam tuh dia kata, berterabur apartment dia tuh. Tak habis-habis dia berterima kasih kat aku sebab lantai apartment dia tuh nampak macam baru, berkilat aje. Aku pun noticed pasal lantai tuh, so bila dia puji gitu, berkilat lah hati aku jadi nya. Seberkilatnya lantai tuh.
"I'll come back Friday then", aku kata gitu bila dia kata banyak kerja yang aku kena buat hari ni nih. Mulanya dia ingatkan aku tak boleh datang Jumaat, itu pasal agaknya minggu lepas dia tak suruh datang pun. Dia kata yang aku boleh datang bila-bila masa aje aku suka, dia tak kisah. Cuma, kalau ada hal aje, dia akan beritahu aku awal-awal. Aku beritahu yang minggu depan, aku nak datang Selasa (sebab Rabu tuh Raya agaknya).
Lepas dia makan ubat, dia lepak sekejap. Then aku tanya dia pasal dia punya health, dia kata December nanti mungkin dia kena buat operation kot. Dan bila aku tanya cancer jenis apa, dia kata cancer orang lelaki, sambil dia tunjuk arah celah kelangkang dia. Cancer apa hah? Cancer telor? Cancer kote? Aku tak tanya dah dia lepas tuh.
Pukul 9-30 dia pergi kerja. Aku, instead of buat apa-apa yang patut, aku dok check diary dia, kalau-kalau ada entry baru. Ish, rakus sangat orangnya aku nih, tau dak Dear Diary? Ooo, ada entry baru. Aku tak baca, aku nak baca karang-karang sikit, aku nak buat kerja dulu. Knowing ada entry baru, baru lah semangat kalau nak buat kerja, kan?
[Alaaa, macam korang jugak, blog aku tak ada entry baru, korang pun tak bersemangat nak buat kerja, kan? Ekekekekke. Itu yang aku, walaupun tak ada masa, terpaksalah bertungkus lumus membanting tulang, kasi buat entry. So, tak patut sangatlah korang tak mengenang jasa aku, kan? Tak patut sangat lah kalau korang tak hantar aku kuih/duit Raya, birthday gifts, demi membalas jasa aku yang tak terperi-peri mulia nya tuh, kan? Hiks!]
Walaupun aku banyak masa, tapi sebab aku tahu yang aku akan datang lagi Friday, itu yang buat aku buat kerja pun slow aje, aku buat rileks-rileks aje, tak ada rushnya, walaupun bajet aku, nak blah dalam pukul 12.
Nak kasi summary ker apa yang MamatGQ tulis kat diary? Ah, what the heck kan? Ekekekeke.
Semalam dia tak pergi kerja rupanya. Ooooooo. Pasal dia tak pergi kerja? Sat lah, pasal yang bab tuh dia tulis kat para yang dah nak last. Dia cerita pasal birthday dia tu lah, yang JF datang sebab nak kasi dia support. Dan cerita pasal trip dia ke Iowa dulu tuh, mak bapak dia appreciated sesangat diaorang (dia sama abang dia) punya effort tuh. Kisah dia melepak kat rumah abang dia pun ada dicerita jugak, dia jumpa diary lama (workbook dia tu lah kot, yang ditaruk sama-sama dengan current diary dia) masa tengah membongkar basement abang dia. Semuanya pasal old memories, cerita-cerita gitu.
Then cerita pasal itu lah, "aftermath" kisah dia pergi dinner sama kawan-kawan dia, untuk celebrate harijadi dia tuh. Diaorang dinner kat West Village, 4 orang semuanya. Dua lelaki, dua perempuan. Lepas dinner, diaorang bar-hopping lah pulak. Lepas tuh diaorang hooked up dengan a few girls, tah kat mana, tak ada details. Kat sex and drug party katanya. All drug and all sex, katanya lagi. Dia buat 5-ways, JF, tah berapa ways. Puas aku nak mengimagine, macamana 5-way punya sex nih, iyalah kan, aku bukannya jenis yang suka tengok porn, sure imaginasi aku tak tinggi. Sure nya 5-way sex, 5-way sex nih macam highway jugaklah kot, sure "bersimpang-siur" atas lantai kan? Ekekekeeke
Oooo, itu pasal dia nampak letih, kurang tidur tuh, sebab dia balik apartment dia pukul 6 pagi. Pasal letih kerja, pasal makan ubat, katanya kat aku tadi tuh. Hiks!
Tak siap jugak kerja aku dalam pukul 12 tuh sebab pukul 11 baru aku betul-betul buat kerja nya pun. I left dalam pukul 12-35 pm. Aku ke Jackson Heights sebab nak ke internet cafe, dua jam kat situ, buat blog entry sesikit, selebihnya makan angin aje. Aku, kalau online nih, selalunya makan angin aje, tak buat apa sangat pun.
Since aku ada sikit lagi masa sebelum ke Forest Hills, so aku jalan-jalan kat Little India tuh. Hajat aku nak masuk kedai pakaian, nak beli baju yang lelaki India suka pakai tuh, nak buat baju Raya lah cadangnya. Iyalah kan, tak macam tahun lepas, tahun nih peminat-peminat aku dah macam lupa kan aku *Mode artis pencen lagi*, sampai kan baju raya pun tak terhantar ekekekekek.
Tapi, semua baju-baju yang ada tuh, semuanya over sangatlah, semuanya yang banyak hiasan, yang banyak ropol-ropl, yang banyak benang emas nya. Macam Shah Rukh Khan sangat nanti kalau aku pakai baju gitu tuh. Dah lah semuanya panjang sampai ke lutut.
Lagipun sebab masa dah tak ada sangat, aku tak lah belek banyak-banyak. Macamana pun aku dah plan yang aku akan datang lagi nanti sebelum Raya, aku nak rembat lah satu, baju lelaki yang macam orang Pakistan selalu pakai tuh. Apa tah nama baju tuh, aku pun tak tahu.
Nak ke subway tuh, aku kena melalui kedai pakaian yang selalu aku masuk dulu tuh, kedai yang aku beli sneakers etc dulu tuh. Tak semena-mena, aku termasuk aje kat situ, terus ke bahagian jual sneakers. Terus aku ambil satu sneakers cokelat nih, yang harganya $69. Then aku nak cari sweater lah pulak sebab sekarang nih dah masuk Fall, kena bersweater bagai. I'm a sweater guy.
Sweater yang aku pakai tuh, sweater yang Hal kasi kat aku dulu tuh, dah dua hari berturut-turut aku pakai sweater mahal dan lawa tuh sampaikan tadi, MamatGQ tak habis-habis puji kata sweater tuh looks nice and expensive. Memang lawa sweater yang aku pakai tuh, itu yang aku nak cari yang macam tu jugak. Aku tak perasan pun yang sweater tuh koyak kat bawah ketiak, masa nak tengah belek-belek kat rak, baru aku terperasan. Termalu aku sekejap sebab for 2 days, masa dalam train subway, aku dok lah tergayut-gayut kat palang tempat gayut tangan tuh, biar orang nampak sweater aku yang lawa dan mahal tuh. Tak sedar pun ketiaknya koyak ekekekeke. Tak ada pulak sweater macam tu tuh, yang lawa pun yang lengan pendek. So aku ambiklah satu, harganya $30.
Sepanjang perjalanan ke Forest Hills, tak ada lah aku macam termenyesal sebab tershopping tuh tapi dalam hati aku kata, apa pasal lah aku boleh terbeli benda-benda tuh? Kalau tak beli pun tak apa. Tapi, sebab dah terbeli, nak buat macamana kan?