Semalam aku bangun tidur pukul 4-30 pagi, lepas Subuh, tak tidur dah sebab aku bertolak kerja kat aparment MamatGQ dalam pukul 7. So tak heranlah pagi tadi, susah betul aku nak bangun. Bila dah tersedar, tiba-tiba aku terasa malas nak ke apartment Brent, walaupun aku dah janji nak kerja di situ pukul 10 pagi. Entah apa pasal, kemalasan tuh datang tiba-tiba aje, I was like "apa kata kalau aku tak pergi apartment Brent tuh, tak apa ker? Lantaklah". So kaedahnya aku tak pergi lah kerja pagi tadi tuh.
Aku sambung tidur, sampailah pukul 11. Lama jugak aku nak tidurkan semula diri aku, sebab aku asyik terfikir pasal itu lah, pasal aku tak pergi ke apartment Brent tuh. Malas, itu masalahnya. Aku cuba jugak menyedapkan hati aku dengan mencari reasons, alasan-alasan, biar tak terasa sangat yang aku dah buat palat tuh. Ada ker dah janji dengan orang, lepas tuh tak tunaikan janji? Bukan aku malas, tapi aku letih sebenarnya, ekekekekeke. Ok dak alasan tuh?
Aku letih sangat sebab semalam dah lah kerja dari pagi, mula nya kerja kat apartment MamatGQ, petangnya kerja kat apartment David/Hal. Esok pulak, kena kerja apartment MamatGQ di sebelah pagi, lepas tuh lepas Jumaat, dah nak pergi kerja apartment David/Hal pulak, kan? Memang letih, sampaikan nak talipun Brent nak beritahu dia yang aku tak dapat datang pun aku tak daya. Sebab letih tu lah.
See, aku nak update blog pun tak daya nih, tak dapat aku tulis panjang-panjang. Sebab aku letih. Ekekekekke