Tuesday, October 16, 2012

Ahad31082008


Aku tak breakfast harini pasal ingatkan nak minum kat luar, tapi train buat palat, aku sampai Forest Hills dah dekat pukul 10, sedangkan aku bertolak sebelum pukul 8 lagi. 

"Let's go to the Field, Hal wants to go for a ride", kata David, masa aku sampai aje kat apartment diaorang. The Field tuh sebenarnya Roosevelt Field Mall, mall yang selalu kitaorang pergi kalau weekends. Nasib baiklah David kata nak pergi sekejap aje, tak nak dah jadi macam minggu lepas, terlajak sampai pukul 7 aku kerja. Lagipun petang nanti diaorang ada janji nak dinner sama kawan-kawan diaorang, so kena ready by 5 pm sebelum aku habis kerja. 

Diaorang tak ada beli apa sangat pun, Hal aje yang beli kasut sepasang. Aku ada jugak belek-belek pakaian tapi since Dav*d tak ada macam nak shopping, dan aku pun tak nak lah nampak lebih beria dari diaorang, so aku tak beli apa-apa pun. Aku beritahu yang either petang nanti (lepas habis kerja) atau esok, sebab cuti Labor Day (tapi aku kerja), aku nak ke Macy"s kat 34th Street, nak shopping untuk Fall. 

Amboi, kemain lagi aku sekarang nih kan, nak berpakaian ikut musim kononnya. Dulu tuh tak ada pun aku kisahkan pakaian macamana nak kena dipakai masa Winter, masa Summer, masa Fall. Atau ,masa Spring. Sekarang nih pulak, sejak berkecimpung di bidang pemakaian orang kaya (MamatGQ, David/Hal), aku pun boleh terikut sama. 

Aku sampai Macy's dalam pukul 6, gaya macam padat aje Macy's tuh dengan orang shopping. Alaaa, aku terlepas! Christina Aguilerra ada kat Macy"s tadi, sempena pelancaran perfume dia. Itu yang ramai orang tuh kot, tambah pulak Labor Day Sale ada dibuat. Memang hajat aku nak beli baju, nak cari vest/sweater jugak, nak kena kan dengan jacket aku yang lawa dan mahal dulu tuh. Dan ada jugak niat nak cari jacket nipis sebijik. Tapi, bila aku dah ambik sehelai dua pakaian, aku rasa macam malas pulak nak beli. Aku pakai taruk aje pakaian yang aku dah ambik tuh, tah kat mana aku humbankan, terus aku blah keluar. Hala ke Times Square. 

Tengok-tengok kat 46th Street ada Brazilian Day pulak, so aku menyusur jalan ke 53rd Street. Ya ampun, lawa-lawanya orang Brazil nih. Aku tahu, kat New York nih ada berjuta orang Brazil, so tak heranlah kalau pesta tuh memang hebat dan meriah sesangat. Kalau tak sebab masa tuh dah nak Maghrib, kalau tak sebab esok Puasa, sah aku turut sama tunggu sampai malam, ikut diaorang menari samba. Sebab pesta tuh macam carnival yang kat Rio aje, diaorang menari sambil berjalan. Maksud aku, diaorang tak berjalan, tapi menari. Menari sambil berjalan gitu. 

Lepas Maghrib aku ke masjid yang dalam 10 blocks dari rumah sewa aku tuh. Tarawikh 8 rakaat aje sebab lamaaaaaaaa sangat nak habiskan satu rakaat. Sampai risau aku dibuatnya. Asthagfirullah!