Tuesday, October 16, 2012

Isnin01092008


Aku bangun Sahur pukul 4 pagi sebab Subuh masuk dalam pukul 5 lebih sikit gitu. First day Sahur, memang bersemangat kan? Lauk pauk dah aku beli semalam kat Redang Island restaurant tuh, sayur kacang sama tumis sotong. Tapi, makan di pagi-pagi Subuh gitu, mana lah lalu nya kan? Sikit aje lah aku makan. 

Lepas Subuh aku cadang nak tidur sebab 4 jam aje aku nyenyaknya malam tadi tuh. Tapi, puas aku cuba menidurkan diri, tetap jugak tak lena. Last-last aku bangun, aku buat excercise sesikit. Dah berpeluh badan, pun tak nak tidur jugak. Yang by that time dah 8 setengah pagi. Lapar sangat rasanya aku masa tuh, macam termenyesal sebab semalam tak makan banyak-banyak. 

Sayu aje bila aku tengok kotak-kotak granola bars tersusun rapi kat atas meja aku. Kalau tengah lapar, semuanya nampak best aje kan? Even listerin tuh pun nampak lawa jer kaler biru, macam Gatorade.

Sebelum pergi kerja, aku ke restoran tuh lagi, nak beli makanan untuk malam nanti. Kangkung belacan, sambal tumis sotong dan nasi putih. Mampos kalau gaya gini nih, $22 sekali beli. Aku nak memasak, rasa tak best pulak memasak di tengahari waktu Puasa kan? Takut termakan. Lagipun, makanan tuh kena dirasa. Nak masak malam, tak best jugak sebab masa tuh aku lapar, baru balik kerja. Tengoklah macamana nanti nih aku nak buat. Aku bawak bekal granola bars 3 keping sebab aku berbuka time tengah kerja, time diaorang dah siap dinner gayanya. 

Masa aku nak masuk apartment tuh, John, doorman yang dulu selalu aku belanja tuh tanya aku kalau-kalau aku nak kerja part-time kat apartment satu perempuan tua nih. Yang kat tingkat 5. Housekeeper NenekTua tuh berhenti, so tak ada siapa yang nak tolong dia, dia duduk sorang-sorang. Teruja jugak aku nak kerja kat apartment nenek tua yang sure banyak duit tuh, tapi aku kena tanya David/Hal dulu sebab kalau aku kerja senyap-senyap, nanti terserempak dengan diaorang pulak kan? Maklumlah, satu apartment aje kan? Kalau kat apartment blok lain, aku tak kisah, aku tak beritahu diaorang pun tak apa. 

"I'll think about it John", aku kata gitu. Aku tak nak tergesa-gesa buat keputusan sebab aku pun banyak aktiviti lain kan? Walaupun kerja kat NenekTua tuh dari 1-30 sampai 4-30 aje tapi aku kena consider yang aku kerja kat apartment MamatGQ kadang tuh sampai pukul 1. Terkejar-kejar sangat nanti tuh, harus tertensen nanti tuh mengejar duit punya pasal ekekekeke.

Lemah, mengantuk aje aku masa kat apartment David/Hal. David ada kat rumah sebab cuti, so kitaorang tengok tv aje kerjanya sesambil aku menyiapkan Hal, buat catheter, urut etc. 

Masa diaorang dinner, dalam pukul 6-45 pm, diaorang suruh aku makan kek, tembikai, tapi aku kata aku tak lapar. Pelik diaorang sebab biasanya aku ambiklah jugak anggur ker, tembikai ker, aku minum jugak, masa diaorang dinner. Aku tak beritahu diaorang pun yang aku Puasa, takut nanti diaorang tak kasi aku kerja lebih-lebih, especially weekends kan? Diaorang nih bagus, walaupun diaorang Jews dan tahu aku Islam, tapi aku diberi kebebasan penuh kalau aku nak Sembahyang ker apa ker. Siap ada sejadah lagi tuh kat bilik hal yang aku sidaikan kat penyidai.

Aku berbuka dengan granola bar tu lah, makan dalam bilik air, sesambil bersihkan bekas kencing Hal. Lantaklah, asalkan makan. On the way ke subway station, lepas habis kerja at 8-30 pm, aku makan lagi satu. Singgah kedai kejap beli NightQuils sebab aku nak tidur aje bila sampai rumah nanti, semalam tidur 4 jam aje, esok kena bangun pagi sebab nak ke apartment MamatGQ.

Ish, teruk jugak aku first day Puasa nih, sampai tak bermaya, sampai kepala rasa pening-pening.