Tuesday, October 16, 2012

Isnin29092008


Pagi-pagi lagi aku dah ke laundry, cuci semua pakaian yang kotor, yang tak kotor jugak. Pakaian yang lama tak pakai pun aku cuci jugak, itu yang sampai dua kali kena ulang alik ke laundry tuh. Guna 3 biggest washers, sure tokay kedai laundry ingat aku nih pemalas orangnya sebab banyak sangat pakaian yang nak dicuci. Sesambil nanti pakaian bersih, aku pergi potong rambut kat satu salon Mexican nih. 

Keletihan agaknya, lepas longgokkan pakaian kat katil, nak dilipat dan digantung, aku terlepak sekejap, then terus tertidur. Tertidur atas timbunan pakaian kaedahnya, ekekekkee.

Aku keluar sebelum Zohor, saja nak melepak kat Times Square sebab rasa macam dah lama sangat tak ke sana, dah lebih dua minggu kot. Itu kat bawah tuh ada aku ambik gambar/video sikit, guna cellphone. Aku terralit lama kat Nasdaq Building sebab tengok Dow Jones, Nasdaq dan indices lain yang meruntum jatuh. Biggest drop dalam sejarah kaedahnya, 777 points, what a number, kan?

Sempat melepak kat library jugak kat Forest Hills, baca majalah-majalah hiburan sama National Geographic aje, malas lah baca buku-buku berat. 

Masa balik kerja, aku singgah sekejap kat restoran Thai kat situ pasal nak tapau red curry ikan talapia. Aku terliur sebenarnya sebab masa Hal dinner, dia makan gulai tuh, sisa dinner dia Sabtu lepas, yang ditapau bawak balik. Kedekut orangnya diaorang nih kan? 

Gigi aku sakit, gusi, to be exact. Gigi graham aku yang kat atas tuh macam nak tercabut aje, longgar, so itu yang sakit tuh. Sampaikan tak boleh tidur. Itupun lepas sapu ubat. Memang tak dapat tidur langsung, sakitnya Tuhan aje yang tahu, kalaulah ada dentist yang dekat area rumah aku nih, rasanya nak paksa dia suruh cabut aje gigi aku tuh. Pukul 4, aku makan Tylenol sebab tak ada ubat lain dah, baru lah boleh tidur, itupun sampai pukul 6 aje sebab aku nak bersiap untuk pergi kerja kat apartment MamatGQ.