Tuesday, October 16, 2012

Selasa09092008


MamatGQ tak ada kat apartment masa aku sampai tadi, bike dia pun tak ada. So aku tau lah yang dia ke kelas Yoga dia kat Chelsea Piers. So aku buat apa yang patut, sementara tunggu dia balik. Aku noticed yang lantai apartment tuh dah tak macam dulu, dah macam ada sinar sesikit. Kalau dulu, macam berdebu, putih pucat gitu aje. It works nih, kata aku dalam hati. Taruk vinegar + hot water then sapu dengan lemon soap. Tengoklah untuk beberapa minggu akan datang, sure makin berseri lantai tuh aku kerjakan. 

Hujan lebat kat luar masa MamatGQ sampai apartment, basah bojot dia. Kitaorang sembang pasal dia nak balik Iowa tu lah, bertolaknya Khamis malam, balik semula ke New York, pagi Selasa minggu depan. 

"I'm not looking forward to this Joe but I have to, it's my parents' 50th wedding anniversary. To them it's such a big deal", kata MamatGQ. 

Aku tanya dia, bila kali terakhir dia bercakap dengan emak dia sebab ituhari dia ada beritahu yang dia di disowned oleh keluarga dia sejak belasan tahun lagi. Yang dia terkonkek anak kawan keluarga dia masa kat France dulu tuh. Jugak pasal dia punya lifestyle yang mak dia tak setuju sesangat tuh. Family dia nih kuat ugama, geng-geng paderi lah lebihkurang.

"Years ago Joe, I stopped having any contacts with my Mom years ago. You know, I used to have cancer and she said it was because I sleep around with girls", dia kata gitu. 

"And last week I found out that my cancer came back, so I'm not going to tell her anything about it", kata dia lagi. Selamba aje. 

"Cancer?", kata aku dalam hati. Aku, biasalah, aku tak tunjukkan terkejut aku, aku tak tanya pun cancer apa, how seroius it is, semuanyalah. As if berita macam tuh biasa aje aku dengar. 

"You know my gay brother? He's the one who'll be doing the talking. No politic, no religious issues", kata MamaatGQ lagi.

"Are you from a big family?", aku tak tahu apa dah nak tanya dia. Tak best jugak kan dia aje yang cerita, at least aku kena tanya something. 

"3 boys. Me, my elder brother who's gay, he's 44, and one younger brother. He's handicapped, retarded, and lives with my parents in Iowa", kata MamatGQ sambil blend blueberry. 

"I come from a fairly big family", aku rasa fair lah dia cerita pasal keluarga dia, dan aku cerita sesikit pasal keluarga aku. 

"Wait Joe! Let me finish this", kata MamatGQ. Laaa, rupanya dia ingatkan aku nak cerita pasal aku, itu yang dia macam excited aje, terus dia siapkan blueberry juice dia, then terus duduk kat sofa. 

"So you gonna tell me your stories, Joe? At last!", kata dia. Then dia gelak. Alah, kesian pulak aku menengoknya kawan aku nih, rupanya dia nak tahu cerita pasal aku. Mana dia tahu aku ada cerita best nih? Ekekekeke. Ker sebab dulu lagi dia ada kata, "You are such an interesting guy Joe, I'm sure you have lots of stories to tell". Ala, dah 3 bulan aku kerja dengan dia kan, sure dia boleh agak dari cara aku, gaya aku, style aku, yang aku nih "macam best" aje kan? Lagipun, dia bukannya kodi punya orang, dia tuh Chief Marketing Officer, bekas model, very well-travelled punya orang kan? Mat Salleh pulak tuh kan? 

Aku terfikir, dah banyak cerita pasal dia yang aku tahu, either melalui dia, atau melalui diary dia. Dan dia pun, bila cerita kat aku pasal dia, selamba aje dia cerita, tak ada sensor-sensornya pun (dia tipu sikit-sikit tuh adalah kan, contohnya yang dia tipu pasal member dia yang nak datang melawat dia dulu tuh. Yang dia kata lelaki, sedangkan yang datang tuh awek dia, dari Canada). Ingat dak yang dia cerita macamana dia dapat HIV+ dulu tuh, selamba aje dia beritahu aku, "For 2 weeks we had sex almost daily, non-stop" (or something to that effectlah, lupa lah aku dia punya exact words).Kalau bukan dia anggap aku member baik dia, tak kan dia cerita pasal benda-benda dalam condom gitu kan? 

Aku terfikir, kalaulah aku member dia, tak patut lah aku tak cerita apa-apa pasal aku kat dia, kan? Aku cerita sikit-sikit dulu tuh bukan apa, sebab aku sedar aku nih sapa. Pundekslah aku nih, kampung sangat cara pemikiran aku kadangnya tuh. Dia tuh Mat Salleh lah, dia bukannya macam Melayu. Dia tuh macam aku masa kat Malaysia dulu jugak, suka berkawan dengan tukang cuci, tukang sapu, jaga, Pak Guard. 

Bukan. Sebenarnya, aku tak nak ceritakan sangat pasal aku kat dia sebab aku nih kan ker illegal? Susah nak cerita kat dia. Lagipun, aku tak nak jadi macam rapat sangat sampaikan nak cerita semuanya kat kawan, kan? Tak boleh ker jadi kawan-kawan biasa aje, yang tak nak tahu pun pasal kisah peribadi kawan?Aku memang takut sebenarnya jadi terrapat sangat, for all the reasons macam yang aku tulis kat atas tu lah. Dia orang best, aku orang tak best, itu kata kunci nya. 

"Ok, let me tell you something about me", aku kata gitu. Tapi aku masih tak tahu apa aku nak cerita kat dia. Last-last aku ceritakan lah sesikit, pasal aku masa kecik, sampailah kisah aku masa di UK. Tapi, adalah aku edit sesikit cerita aku, aku tak kata pun yang aku dapat Degree masa kat UK tuh. 

"You have been around Joe", macam terkejut aje dia dengar bila aku kata yang aku failed sebab aku pergi backpacking kat Europe sampai setahun lebih. Then aku cerita macamana aku keja kat ladang, kat restoran, sebab nak kasi habis study aku. Then aku cerita pasal aku balik Malaysia. Bila dia tanya aku kerja apa kat Malaysia, aku tipu lah sesikit, aku kata aku buat kerja-kerja biasa aje. 

Sebab nak selarikan dengan penipuan aku yang aku kata aku tak ada Degree tu lah kan? Ish, susah sebenarnya nak menipu nih, cerita kena selari, kena satu landasan ekekekekke

"Carter, when I was small I always wanted my life to be like in a story book, a novel", aku pintas cakap gitu bila dia sibuk tanya aku pasal umur aku berapa tahun masa aku kat Malaysia, umur berapa masa aku datang Amerika, sebab apa aku datang Amerika, things like that. 

"Wait Joe, that's me, I always wanted to be like that too", kata dia sambil gelak-gelak. 

"Funny.... we have so many things in common", dia kata lagi. 

"Yeah, isn't that scary?, aku tanya dia sambil gelak.

"Scary? No, I don't think so", dia macam pelik jer bila aku kata gitu tuh. 

"So, where were we?", MamatGQ nak aku sambung cerita. Dia pasang itunes kat komputer dia, lagu-lagu Alicia Keys, Madonna, lagu-lagu 80an jugak. 

"It's funny Carter. You know I have a blog, you see.... every now and then I get emails from my silent readers saying things like, "Joe, reading your blog is like reading a story book", "Joe, when is it going to end?", aku kata gitu."So I guess I'm living my childhood dream of being in a story book", aku kata lagi. 

"Writing is a very good therapy", kata MamatGQ. "I've been keeping a journal since I was 15, I write from time to time, I have a journal there on my shelf", kata MamatGQ sambil tunjuk arah buku journal dia. Aku buat-buat pandang arah shelf tuh, macam tak pernah tengoklah kononnya. 

"But most of my entries are sad stories, I tend to write a lot when I'm down. You can read them if you want, it's there", kata MamatGQ lagi. 

"Why would I want to read other people's diary? Unless it is on the web", aku tanya dia sambil roll kan my eyes. 

Alaaaaa, korang jangan lah gelak Ekekekekekke 

"So, where do you stories go from there Joe?", dia korek lagi dari aku. 

"Some other times perhaps, so far I only told you the fun parts. There's more to come, the not-so-fun parts", aku kata kat dia sambil gelak-gelak. 

"I can always call-in sick, Joe, we are not too busy this week", kata MamatGQ. 

"But I have works to do", aku angkat kening, sambil tunjuk kat lantai, katil. 

"I like this song, you know, Sarah Brightman did a version of this song and it doesn't sound bad at all", aku kata gitu bila keluar lagu Dust In The Wind (Kansas) kat komputer dia. 

I close my eyes, only for a moment, and the moment's gone 
All my dreams, pass before my eyes, a curiosity 
Dust in the wind, all they are is dust in the wind 
Same old song, just a drop of water in an endless sea 
All we do, crumbles to the ground, though we refuse to see 

Dust in the wind, all we are is dust in the wind 

[Now] Don't hang on, nothing lasts forever but the earth and sky 
It slips away, and all your money won't another minute buy. 

Dust in the wind, all we are is dust in the wind 
Dust in the wind, everything is dust in the wind 

'She's coming to Madison Square Garden late November, I'm thinking of going", aku kata lagi. By then dia tahu yang aku dah tukar topik, so kitaorang sembang pasal konsert lah pulak. Dia kata dia akan pergi tengok Mary J Blige, sebab kawan dia yang minat sangat penyanyi tuh, akan turun dari Chicago, so dia terpaksa temankan kawan dia tuh. 

"Hey Joe, I always look forward to have a chat with you but at the same time I feel bad for taking your time.You can always come a bit later than usual, I don't want you to waste your time waiting for me to get ready for work", dia kata gitu sebelum masuk bilik air. 

"What are you talking about?", aku buat-buat tak faham. Dia tak tahu sebenarnya aku pun enjoy jugak sembang dengan dia gitu tuh. Cuma aku tak tunjukkan aje kan? Kalau aku tak enjoy sembang dengan dia, tak kan lah entry aku panjang berjela-jela gini kan, sedangkan aku jumpa dia pun dalam dua kali seminggu aje kan? Yang aku kerja kat apartment David?Hal setiap hari tuh, tak ada pun aku tulis entries berjela-jela kan? 

Aku beritahu MamatGQ yang aku akan datang Friday for a few hours sebab nak ambil pakaian dia kat dry cleaner, then nak sapu lantai tuh dengan vinegar, kena buat at least dua kali seminggu, barulah bersinar balik, kot. 

"You can come whenever you want, Joe. You can stay here if you want t, I don't mind", kata MamatGQ lagi. Dulu lagi dah dia ada beritahu, kalau masa dia tak ada, kalau aku nak tidur kat apartment dia tuh, any time aje. 

"No, thank you tho'", aku kata gitu. 

"Hey, we are like brothers, remember?", kata dia sambil tepuk bahu aku. 

"So, I'll see you again next week then, Wednesday", kata MamatGQ, masa dia pakai kasut. 

"Alright, have a safe trip back home, say hi to them, your parents, your brothers. 

"I'm not sure about my parents, Joe. But I'll definitely tell my brother. He likes you", kata MamatGQ. 

"What?", aku pelik lah sebab mana aku tahu pasal abang dia tuh, apa pasal dia boleh kata "he likes you" tuh kan? 

"Oooo, I told him about you. He knows my problems and I told him about you helping me out and he really likes you. He asked me to make sure to take good care of you. He keeps saying that you are a treasure", kata MamatGQ lagi. 

Uish, National Treasure kaedahnya aku nih ekekekekek 

------------------------------------------------ 

Lambat kerja aku harinih pasal dah lah dua jam sembang dengan MamatGQ tadi tuh, then hujan pulak sedangkan aku kena ke kedai nak beli detergent, nak ambik/hantar pakaian kat dry cleaner semua. Floor polish pun dah habis. Terpaksa aku redah aje hujan tuh akhirnya sebab aku dah lewat sangat, dah dekat 12 tengahari, pakaian belum taruk dalam washer lagi. 

Dan sementara aku tunggu pakaian dicuci, sebab semua kerja lain dah aku buat, aku belek-beleklah diary MamatGQ tuh. Aku baca entries lama-lama dia. Satu persatu. Tak banyak entries nya sebab hanya untuk 2 tahun aje diary tuh. Dan kebanyakan entries tuh ditulis masa dia kat airport, dalam flight, atau baru balik dari overseas. 

Oooooooo, dia selalu pergi France, dulu tuh. Setiap bulan, seminggu setiap kali pergi. Nak jumpa awek dia tu lah, S. Masa tuh (tahun lepas sampai awal tahun ini, S di Peranchis, dia French). 10 kali ke Paris, 6 kali ke satu negara di Amerika Selatan, negara yang popular dengan bolasepak tuh, since Jan tahun lepas. Dia ke negara tuh sebab dia suka awek bangsa tuh. 

Sedih-sedih entries dia, tapi sedih pasal itu lah, pasal cinta dia tu lah. Kadang tuh sampai meluat aku membacanya, lemah sangat dia nih dengan perempuan rupanya. S tu pun satu hal, dah ada MamatGQ tuh dah lah, jangan nak cari jantan lain pulak. Ini tak, dia bercinta sama O pulak. Dasar perempuan gila kote! What a bitch! What a slut! Kesian kat MamatGQ, dia tuh kawan aku, tau dak, S? 

Cerita sedih yang lainnya, pasal itulah, pasal HIV dia tuh, pasal parents dia, pasal kerja. Bukanlah cerita sangat pun, more kepada dia whining aje. Terralit aku baca, sampai habis satu buku nota dia tuh aku telaah. Best rupanya baca diary orang nih, buat aku rasa lagi rapat dengan dia jadinya. 

------------------------------------------------ 

Aku terserempak dengan Chris, caregiver yang kerja shift pagi, on the way ke apartment David/Hal. Dia nih nak kata sombong, tak sombong. Tapi dia tak pernah tegur aku, aku aje yang kalau terserempak dengan dia, sangguplah melintas jalan, sebab nak sembang dengan dia. Alih-alih dia blah gitu aje. Tiap kali dia buat gitu, takut apanya dengan aku nih? 

Masa aku nak angkat Hal ke katil (dari scotter dia), sebab scooter tuh agak terjauh sikit dari katil, Hal tergelungsur jatuh ke lantai. Badan dia macam stiff gitu, terus aje melonsor. Kelam kabut aku dibuatnya sebab bila badan jadi stiff gitu, memang payah nak diangkat. 

Hal dah panik, aku senyapkan aje, aku biarkan aje dia terkapar kat lantai sebab aku tak daya nak angkat. Sesambil tuh aku cari jalan macamana nak angkat dia ke katil, sebab biasanya kalau angkat dia, aku cuma sidaikan separuh dari badan dia tuh kat katil, then baru aku angkat bahagian peha dan kaki. Tapi, kali ini aku kena angkat dia dari lantai. 

Bila Hal mengomel suruh aku buzz kan doorman, mintak tolong, aku jadi macam bengang lah jugak sebab cepat sangat nak mintak tolong, sedangkan aku tengah mati-mati berusaha nak angkat dia tuh. So aku jadi macam marah lah sikit. Dan with me, bila aku marah, setan ada datang. Sambil marah-marah gitu, aku jadi kuat. Aku angkat dia, aku campakkan ke katil. Tercungap-cungap aku dibuatnya. Next time, kalau badan Hal jadi stiff lagi, aku tak nak cuba-cuba nak alihkan badan dia, takut jadi gitu lagi.