Tuesday, October 16, 2012

Rabu10092008


Dear Diary, 

Kau perasan tak Dear Diary, yang for the past few weeks aku sampai ke Forest Hills pukul 3 lebih. Kadang tuh sebelum pukul 3. Sedangkan aku masuk kerja pukul 4-30 petang. Kau tak perasan, kan Dear Diary? Sebab kau tak perasan tu lah nih aku nak cerita nih, Dear Diary. 

Kau tau kan Dear Diary, yang aku tak ada banyak aktiviti sangat dah sekarang nih, pagi-pagi tuh. Kalau dulu aku selalu melepak, merayau-rayau kat mana-mana, kat Times Square, kat Central Park, kat Rockerfellar Center. Tapi sekarang aku tak jenguk sana dah, aku jadi macam malas gitu aje, tak ada apa nya dah kot? Itu yang aku terdatang ke Forest Hills awal-awal tuh. Nak lepak kat rumah aje pun rasa tak best jugak. Itupun aku dah sepagian memerap, lepas Zohor aku pergi kerja biasanya. 

Kat Forest Hills, kau tau aku lepak kat mana sebelum ke apartment David/Hal? Aku ke MacDonald Memorial Park, yang kat depan apartment diaorang tuh, dalam 5 minit aje perjalanan dari park tuh. Itu aje lah kerja aku nya Dear Diary. Melepak kat park. Sejam setengah aku kat park tuh. Melepak as in betul-betul melepak. Bukan melepak as in baca buku atau online. 

Aku dah jadi macam penghuni tetap park tu dah rasanya, aku pun dah boleh cam muka-muka yang selalu lepak kat situ. Muka-muka biasa jugak. Muka aku pun jadi muka biasa jugak bagi muka-muka biasa tuh Dear Diary. Aku selalu lepak, duduk kat satu bench nih yang kat hujung sekali. Bench paling tengah kat kawasan hujung sekali to be exact. 

Yang lawaknya kan Dear Diary, aku tak macam orang lain, tak macam diaorang. Biasanya kalau kat bench, orang akan duduk either kat sebelah kiri atau kanan bench. Tapi aku tak buat gitu Dear Diary, aku tak duduk kat kiri atau kanan bench, aku duduk kat tengah-tengah bench. Sebab apa Dear Diary? Sebab aku tak nak nampak sangat aku jadi macam Forrest Gump. Selalu kalau masa aku kat bench tuh, aku fkir, sebijik macam Forrest Gump aje aku nih gayanya. Itu yang aku duduk kat tengah bench tuh. 

Lagipun, kalau duduk tengah-tengah, orang tak akan datang duduk kat bench tuh. Kalau duduk tepi kiri, mungkin ada orang lain yang akan duduk kat tepi sebelah kanan. Kalau duduk tepi kanan, mungkin ada orang lain yang akan duduk kat tepi kiri, kan? Tak best lah kalau tengah sedap-sedap melepak, tiba-tiba ada orang lain datang duduk satu bench, kan? Potong stim gitu. 

Dear Diary,

Kau tau tak, apa aku menungkan bila duduk kat bench tuh, tak bergerak-gerak, selama sejam lebih tuh? Tak ada apa sangat pun Dear Diary, I just sit there and watch the world goes by. Aku tengok orang lain, yang bermacam ragamnya tuh, biasanya orang biasa yang biasa-biasa aje, sekali sekala aje ada orang yang agak luar biasa yang buat benda-benda yang di luar kebiasaan.

Kau ingat aku menung pasal benda-benda sedih ker Dear Diary? Tak lah Dear Diary. Kan ker aku kata yang aku just sit there and watch the world goes by? Cuma sesambil tuh aje yang aku terlayan, kepala hotak aku termelayang ingat kan benda-benda sekeliling aku. Lagipun Dear Diary, apa yang nak aku sedihkan sangat pun kan? Buat pening kepala aje nak fikir benda bukan-bukan kan Dear Diary? Baik tak payah fikir, kepala tak kusut jadinya. 

Dear Diary,

Dulu aku ada kata yang sekarang nih aku lead my life without any expectations kan? Kau lupa ker aku ada cakap gitu, Dear Diary? Kau ingat aku tulis gitu tuh, just for the sake of writing? Tak lah, aku tulis gitu tuh betul punya, aku cakap tuh masa aku sembang dengan MamatGQ ituhari. It was a joke, but I meant it.

So Dear Diary, itu yang aku rasa hidup aku macam tenang aje sekarang nih, tak ada apa yang aku nak fikir kan sangat. Malas aku nak fikirkan sangat. Kau tau lah kan, kalau aku nak fikir, memang banyak benda yang aku kena fikir, kan? Tapi, aku choose not to fikir apa-apa dah. Aku nak terima ajelah hari-hari mendatang. 

Kau pelik kan Dear Diary, aku pun pelik, kalau dulu aku nih jenis manusia yang making things happen punya orang. Sekarang, aku macam waiting for things to happen. Macam tak nak berusaha gitu gayanya. Tunggu aje. As if something good will happen. 

So gitu lah Dear Diary, tak ada apa pun yang aku fikir, aku lepak-lepak kat park tuh semata-mata sebab aku tak ada tempat nak pergi. Nak ke library, tak best pulak sebab kadang tak ada seat. Lagipun, ke library aku kena baca something, malaslah aku nak membaca. Life in New York City itself pun dah macam a wide open book kan?

Eh, kejap, kejap, kejap.... kalau aku tak fikir apa-apa, apa pasal boleh sampai dekat dua jam aku melepak kat situ, Dear Diary? Hari-hari pulak tuh? 

I hear your voice, it's like an angel sighing
I have no choice, I hear your voice
Feels like flying
I close my eyes, oh God I think I'm falling
Out of the sky, I close my eyes
Heaven help me

[Madonna - Like A Prayer]