Lama aku menunggu MamatGQ balik dari gym, biasanya pukul 8-30 pagi dia dah balik sebab dia nak pergi kerja. Sampai 9-15 aku tunggu dia, aku tak buat kerja pun sebab tak best lah kalau aku tengah buat kerja, dia balik. So aku baca magazine aje lah, punyalah mengantuk masa tuh sebab aku cuma tidur dua jam aje malam tadi. Gusi aku masih sakit tapi tak adalah berdenyut-denyut sangat.
Oooo, dia dah bersiap mandi semuanya kat gym, itu pasal dia lambat.
[Note: Segala perbualan aku dengan MamatGQ akan aku cuba terjemahkan ke Bahasa Melayu, dan ditulis dengan dakwat merah. Nanti korang akan tahu kenapa aku terpaksa buat begini hehehehe]
"Kau kelihatannya gembira. Kau kelihatan sihat", aku kata gitu bila MamatGQ masuk aje ke apartment dia, dia dah siap mandi dah gayanya.
"Betul ker, Joe? Betul ker aku kelihatan sihat dan gembira? Mungkin sebab ubat-ubatan yang aku ambil, mungkin juga sejak beberapa malam yang lalu, aku pastikan aku tidur pukul 8 malam, aku perlu mendapatkan jumlah jam tidur yang mencukupi", kata MamatGQ sambil melepak kat sofa depan aku.
"Aku gembira, aku gembira untuk kau", aku kata gitu. (Gembira yang pertama tuh makna dia glad, gembira yang kedua tuh makna dia happy)
"Jadi, apa cerita kau? Bagaimana hujung minggu kau?", biasalah, soalan-soalan standard dia tuh.
"Tak ada apa-apa", aku jawab gitu sambil geleng kepala. Malaslah aku cerita apa-apa, bukannya aku ada buat apa-apa sangat pun kan? Tak kan nak cerita kat dia aku beli ikan? Macam budak kecik sangatlah gitu kan?
"Tak ada apa-apa? Sikit pun tak ada apa-apa?", dia tanya lagi.
"Bos aku tak ada di pejabat hari ini, jadi aku boleh datang kerja lewat sikit dari biasa. Dia tuh memang macam lubang jubur (He's such an ass-hole). Nampak gayanya aku kena cari kerja lain lah", kata MamatGQ lagi.
Aku senyapkan ajelah bila dia cakap gitu, iyalah kan, who am I nak nasihat dia pulak kan, nak suruh dia bersabar. Mungkin dia dah habis sabar nya dah kot, sebab dah dekat 5 bulan dia kerja kat company tuh, sure dia tahu buat penilaian. Tapi aku ada terfikir jugak, Mat Salleh nih, kerja sebesar mana pun, sebest mana pun, tapi kalau diaorang dah tak suka, diaorang cari kerja lain. Dia tuh bawah sikit aje dari CEO.
"Aku tak menyukai baju ini, kau ambil lah. Kalau kau tak suka, kau buang kan aje", kata MamatGQ masa dia memilih baju yang nak dipakai. Aku tengok, nampak macam lawa baju tuh, mahal gayanya. Aku nak ambik, sekurang-kurangnya adalah tanda ingatan kan?
"Taik! (Shit!), baju apa aku nak pakai harini? Aku tak nak pakai baju yang kau kena cuci", kata MamatGQ sambil membelek-belek baju dia. Nak tergelak aku, punyalah dia tak nak aku kerja lebih-lebih,dia nak pakai pakaian yang lepas dia pakai, dihantar kat dry cleaner. Baik orangnya MamatGQ nih.
"Begini lah hidup aku, Joe. Aku macam tak tahu arahtuju hidup aku ni, apa yang aku hendak kan dalam hidup aku", kata MamatGQ, sambil bukak tingkap. "Tak ker lawa hari ni?, kata dia sambil jenguk kan kepala keluar tingkap.
Aku berdiri kat tepi katil dia sambil tengok keluar tingkap, "Rilekslah, kau buatlah macam aku", aku kata gitu. Macam serba salah jugak aku nak teruskan ayat aku tuh sebab siapalah aku, kan, nak nasihat-nasihat orang. Orang macam dia pulak tuh.
"Macamana Joe?", MamatGQ tanya aku.
"Kau tau.... aku mengepalai/mengetuai hidup yang sangat simple (I lead a very simple life). Aku ada beritahu kau sebelum ini yang aku mengepalai/mengetuai hidup aku tanpa ada apa-apa pengharapan (I lead my life without any expectations). Aku tahu, itu memang bodoh tapi begitulah hidup aku sekarang. Aku santai aje", aku cakap kat dia gitu.
"Joe, itu bukan bodoh, memang kita tak sepatutnya terlalu mengharap", kata MamatGQ.
"But then Joe, kau tak ada impian ker? Kau tak ada cita-cita ker? Kau tau apa yang kau hendak dalam hidup? Atau adakah kau masih tercari-cari?", berat jugak soalan MamatGQ nih. Aku sebenarnya kan, memang bosan kalau orang tanya soalan gitu. Of course lah kan kita nak benda yang baik-baik, yang bagus-bagus.
"MamatGQ, semua orang hendakkan hidup yang bagus, aman dan tenang. Semua orang mempunyai jawapan yang satu itu. Tapi dalam proses itu, kita jangan terlalu mengharap, kita buat selamba aje, santai aje. Sebab mungkin impian-impian kita itu tidak berkesampaian", aku rasa aku jadi macam Oprah Winfrey sekejap.
"Aku dah tak ada impian, aku dah tak ada cita-cita. Cuma aku mungkin punya angan-angan", aku kata gitu sambil gelak.
"Impian aku, cita-cita aku dah lama hancurnya", saja jer aku jawab gitu, nak kasi MamatGQ tertanya-tanya.
"Kenapa kau cakap begitu Joe?", dia tanya aku bila aku dah tak teruskan jawapan aku.
"Cerita lah kat aku, Joe. Mungkin belum terlambat, mungkin kau boleh memusing jam (turn back the clock)", kata MamatGQ lagi.
"Susah lah nak cerita kat kau, MamatGQ......", aku tak terus kan ayat aku. Aku berdiri di tepi tingkap, tengok orang lalu lalang.
"Apa yang susah sangat nak cerita? Kau selalu buat aku tertanya-tanya. Kau sakit ker?", dia tanya aku sambil memilih stokin. Aku tengok aje dia, rasa macam lakunan filem aje, kisah adik abang gitu.
"Tak, bukan macam tu, aku punya kes ni lain dari benda-benda gitu", aku jawab gitu.
"Hidup aku dah lama berkecainya Joe, sejak aku tahu aku ada HIV", kata MamatGQ. Kesian aku mendengarnya, tapi nak buat macamana kan?
"Bila kau nak cerita kat aku kisah kau Joe? Aku nak dengar semuanya", kata dia lagi.
"Tak ada apa lah MamatGQ, cerita bodoh-bodoh aje. Lagipun, panjang sangatlah, aku tak nak cerita sekerat-sekerat, nanti kau tak faham. Nanti kau yang salahkan aku, nanti banyaklah yang persoalan kau. Kau pergi lah kerja!", aku kata sambil senyum-senyum.
"Kau nih, selalu berdalih, selalu gitu. Nanti satu hari, aku ambik cuti, kita bersih-bersih pangsapuri nih sambil cerita-cerita. Nak?", dia kasi suggestion.
............................
Macam tak ada gaya nak pergi kerja aje MamatGQ, lepak habis dia. Dia siap baring-baring lagi, sembang dari atas katil, aku kat sofa. Pengelat dia nih rupa nya, Boss tak ada, dia datang kerja lambat.
"Aku rasa hidup aku ni akan lengkap kalau aku dah ada awek, ada pasangan hidup. Tapi itu lah, aku ada HIV, susah bagi aku untuk mengadakan perhubungan", kata MamatGQ sambil dia bukak album, dia hulur kat aku, suruh aku tengok gambar-gambar perempuan yang pernah datang dalam hidup dia.
"Macamana agaknya nanti kalau aku sakit dan masa tu aku masih belum ada pasangan hidup, siapa yang nak jaga aku", kata MamatGQ lgi. Ya ampun, kesiannya aku mendengarnya.
"Berhenti! (Stop it!). Aku tak suka sembang pasal ini lah, kau ni mengarut aje. Tengok kat bahagian yang terang (brighter side), kau ada kerja bagus, kau ada duit, kau ada kawan. Kau ada segala nya", aku kata gitu.
"Alaa, habis kita nak sembang pasal apa?", dia tanya aku.
"Jadi, kau nak pergi tengok Mary J Blige malam hari Khamis nanti, sama kawan kau?", aku cuba tukar topik.
"Aku tak suka dia (Mary J Blige) tapi itu hadiah kawan aku, sempena harijadi aku", kata MamatGQ.
"Kalau dia ajak tengok Madonna, itu baru best, kan? Kau pernah tengok konsert Madonna kan?", aku tanya dia.
"Eh Joe, apa macam mamat yang kat wheelchair yang kau jaga tu? Ok dah ker dengan kau sekarang?", tiba-tiba dia tanya aku gitu.
"Macam itu lah, cocky dia tu lah (apa "cocky" dalam Bahasa Melayu, hah? Kote-y? Ekekekeke). Puas dah aku cuba nak buat-buat suka kat dia tapi tak boleh lah. Kadang-kadang aku betul-betul tak boleh berdiri dia (Sometimes I really can't stand him). Ada aje benda yang buat aku bengang", aku jawab gitu sambil gelak-gelak. Then aku cerita lah a few insiden yang buat aku marah kat Hal, aku cerita jugak apa yang aku buat bila kerja di apartment David/Hal tuh.
"Dasar burit! (What a cunt!), dia nak mati ker Joe? (Is he going to die?)", MamatGQ tanya aku.
"Tak, dia sihat, cuma dia mati separuh badan, dari leher ke bawah", kata aku.
"Kau tau tak MamatGQ, aku, walaupun kerja 4 jam aje sehari tapi kan......", aku gelak sekejap, then baru aku sambung..."aku tengok dan pegang kote dia lebih banyak, lebih lama dari aku tengok dan pegang kote aku sendiri".
Sakan kitaorang gelak. Dia tanya aku, apa pasal boleh jadi gitu. Then aku katalah yang aku terpaksa buat catherter (surprisingly, MamatGQ tau pasal cara buat catherter nih), aku kena lap dia, aku kena taruk bedak etc, kena pakaikan lampin Hal, semuanya tuh.
"Eh Joe, aku rasa kan, aku tahu apa pasal kau kata hidup kau tenang, aman, dan santai", kata MamatGQ. Aku tak faham, so aku tanya dia apa pasal.
"Ok, satu, mungkin sebab kau memang jenis orang yang baik, itu aku tak nafi kan lah. Tapi, apa yang aku nampak, mulia kerja yang kau buat ni Joe, itu pasal kau rasa aman. Tuhan kau tahu itu semua. Kau kerja jaga orang cacat, kau tolong aku jugak, itu semua kerja-kerja mulia, Joe", kata MamatGQ.
Fuck! Aku rasa macam airmata aku nak mengalir bila dia kata gitu.
"Tapi kan MamatGQ, aku buat kerja tu bukannya seikhlas hati. Aku tak ikhlas tu sebab aku tak suka dia. Kau tau tak, aku selalu sangat fikir, apa pasal aku tak boleh menyukakan diri aku kerja kat sana tu, macam aku suka kerja kat apartment kau nih", aku kata lagi.
"Diaorang tu baik, memang baik, tapi baik macamana pun diaorang cuba buat kat aku, aku tetap tak suka, aku rasa macam meluat gitu (annoying). Mungkin sebab perbezaan umur kot?", aku sambung lagi.
Aku lupa apa yang aku cakap yang buat MamatGQ tergelak besar, sampaikan lepas tuh dia kata, "Joe, aku rasa kau nih lucu orangnya". Masa tu dia dah kat sofa, dah siap pakai jacket semua dah, dah nak blah pergi kerja.
"Yer, aku ni memang lucu/lawak orangnya, kawan-kawan aku pun kata aku nih kuat melawak", laju dan serious aje aku jawab, siap aku goyang-goyangkan jari telunjuk kat muka dia lagi.
"I have funny ways of looking at things", aku kata gitu, sambil bangun dari sofa. [Ayat tuh, sampai bila-bila aku akan ingat, sebab betul sangat]
"Pelik kan Joe, aku macam boleh tahu yang kau tentunya tulis blog kau sambil melawak-lawak. Kau tulis dalam Bahasa Melayu, kan? Kalau kau tulis dalam Bahasa Inggeris, boleh aku baca, aku nak jugak tahu, apa yang kau tulis, apa yang kau fikir, apa yang kau buat", kata MamatGQ.
"Apa pasal kau tak nak kasi tahu aku alamat blog kau Joe, bukannya aku faham, kan?", aku naik kesian pulak bila tengok cara dia cakap tuh, muka seposen aje kononnya. Kitaorang berdua nih memang boleh berlakun gayanya, ekekekekeke.
"MamatGQ, ok, dengar....", aku mula kata gitu. Dia duduk kat sofa, aku pegang bahu dia sekejap, sebab masa tuh aku berdiri kat belakang dia sambil pilih baju yang akan dihantar ke dry cleaning.
"Aku ada tulis pasal kau kat blog aku. Sikit aje, tak ada apa sangat pun, iyalah, aku jumpa kau pun sekali dua aje seminggu, beberapa minit aje kan?", aku cakap gitu. Memanglah rasa bersalah sebab aku termenipu dia sesikit kan, ada ker aku tulis sikit aje pasal ia. Banyak jugak kan yang aku tulis?
"Aku tak kisah Joe, sebab kita manusia ni, walaupun kita sedaya upaya cuba buat yang terbaik, kadangnya tu ada jugak benda jahat yang kita buat. Biasalah tu", kata MamatGQ.
Alaaa, mana ada aku tulis benda-benda jahat, kan? Semua pasal dia semuanya baik-baik, best-best, kan?
"Kau jangan bimbang MamatGQ, aku tulis benda baik-baik aje pasal kau. Aku sangat memakai sarung (I'm very protective) dengan kawan baik aku, dengan orang yang aku percaya", aku kata lagi.
"Tapi, aku tulis banyaaaaaaaaaaaak pasal diaorang (David/Hal)", aku kata lagi. Kitaorang gelak.
"Kau tulis nama aku yang betul ker Joe?", macam bimbang aje MamatGQ.
"Ha ah, tapi aku tak letak nama penuh pun", aku kata lagi.
"Oooo, sebab kau nak protect orang yang tak bersalah?", kata dia sambil gelak-gelak.
"Tak, sebab aku takut kau Google", terus aku gelak.
"Aku nak Google cari blog kau", kata MamatGQ lagi.
"Jadi lah tetamu aku! (Be my guest!)", aku kata sambil gelak-gelak. Tapi dalam hati, punyalah kecut. Mamposlah aku kalau dia tahu nanti nih.
"Kau ada taruk gambar-gambar ke Joe, dalam blog kau?", dia tanya lagi. Bila aku kata aku ada taruk sikit-sikit gambar, terus dia kata, "Kau taruk gambar aku, Joe!", sambil dia pergi ke meja komputer.
"Adakah kau yakin? (Are you sure?)", aku tanya gitu. Dia ingat blog nih macam Facebook ker nak taruk gambar-gambar.
"Seriously MamatGQ, kau jangan bimbang, kau lah lelaki baik (good guy) kat blog aku tuh", aku cuba menyedapkan hati dia.
"Lagi satu hal MamatGQ, diaorang (David/Hal) tahu yang aku keja di sini, keja kat apartment kau", aku kata gitu. Aku fikir, alang-alang cerita, baiklah aku berterus terang semuanya kan?
So kitaorang bercerita pasal David/Hal lah pulak, as expected lah kan, aku cerita kan benda-benda yang tak baik aje lah. Sebab, kalau aku cerita benda-benda baik, nanti MamatGQ akan rasa rendah diri, rasa dia yang tak sebest dari David/Hal kan?
Dekat pukul 11 baru MamatGQ pergi kerja, aku pun asyik menengok jam aje sebab satu kerja pun tak berbuat. Biasanya kalau pukul 11, aku dah nak siap buat semuanya tuh. Macamana pun, aku rasa happy aje, entah, aku rasa excited gitu. Mood baik gitu. Aku rasa macam bertuah pulak dapat kenal orang macam MamatGQ nih, mintak-mintak dia pun rasa best aje dapat ada kawan macam aku. In all honesty lah aku cakap nih, aku nak biar MamatGQ, David/Hal remember me sebagai seorang yang bagus yang pernah datang dalam kehidupan diaorang. Sampai bila-bila. Aku sure as hell akan ingat diaorang.
Dekat pukul 2 baru aku blah, ada sikit-sikit yang tak siap tuh aku nak buat Jumaat nanti lah. Aku ke Jackson Heights, sejam aje melepak kat internet cafe sebab aku belum Zohor. Masa bayar zakat ($8), aku tanya jemaah kat situ, pukul berapa Sembahyang Raya besok. Diaorang kata akan dibuat 3 kali Sembahyang, pukul 8, 9 dan 10 pagi. Aku tak cadang nak Sembahyang Raya kat masjid tuh sebab aku nanti cadangnya nak pakai Kurta yang aku beli tuh, nanti sure orang akan ingat yang aku nih Bangla, sebab kat area tuh semuanya orang-orang India, Pakistan dan Bangladesh. Aku nak pergi New York Islamic Center lah kot, kat Upper East Side, kat situ ramai orang Arab.
Hari nih hari besar orang Jews, Rosh Hashana. Kat Forest Hills nih memang penuh dengan Jews, tapi bukan yang dari Israel, diaorang nih dari Poland, Hungary, Eastern Europe punya countries gitu. So tak heranlah kalau hari nih Forest Hills tuh penuh dengan lelaki yang berjambang berjanggut sampai ke pinggang, yang pakai topi besar tuh. Jugak yang pakai topi kecik macam tempurung kelapa tuh. Tercotet jer kat tengah kepala.
Sedara diaorang ada buat khenduri, so kitaorang pergi lah dalam pukul 5 petang gitu. Pergi sama mak David, dibuat kat apartment nenek David. Ada lah 18 orang semuanya, mak sedara diaorang, sepupu-sepupu diaorang. Nasib baiklah dinner tuh dah dekat masa berbuka, so aku berbuka Puasa masa tu lah, masa suapkan Hal makanan. Kitaorang, aku sama Hal balik dulu daripada David sebab David nak sembang dengan sedara-sedara dia.
Aku balik rumah, tengok-tengok ada dua Kad Raya. Aik, cepatnya sampai? Aku tak expect pun dapat anything secepat itu.
-------------
Alaaaaaa, aku lupa nak tulis kat entry bawah tuh pasal ni nih.
Aku ada check buku catatan harian MamatGQ, ada entry baru, so aku baca lah. Then baru aku faham apa pasal dia banyak tanya aku pasal tujuan hidup, impian, all that shit. Dia nak pindah gayanya, dah bosan duduk New York. Macam dah tak ada apa dah untuk dia, what with awek dia tak nak pindah ke sini, pasal HIV dia, pasal kerja, banyaklah pasal-pasalnya. So dia tulis baik buruknya lah kalau dia cari kerja di tempat lain, ubah haluan, cuba nasib di daerah lain.
Aku kena bersedia nih, aku selalu gitu, kalau ada kawan baik, tak pernahnya kekal lama. Tapi dia nih baru sangat lagi aku kenal, tak kan nak blah dah? Kesian lah kat aku, kat mana aku nak cari kawan sebaik macam dia? Aku banyak belajar pasal hidup dari dia nih, dari perspektif lain lah kan? Aku kena buat sesuatu nih, aku kena nasihat dia banyak-banyak. Tak sabar pulak nak tunggu Friday.......
[The Script - The Man Who Can't Be Moved]