Hari nih 4th July, Hari Kemerdekaan Amerika kononnya. Aku tak ada apa plan pun sebab hari Jumaat, mana nak pergi Sembahyang Jumaat, nak kerja.
Pagi-pagi lagi aku dah ke Jackson Heights, ke internet cafe. Spent like 3 hours kat situ, update blog, etc. Tapi, aku lebih terralit cari info pasal free concert yang Bon Jovi nak buat kat Central Park tuh. Apparently, harinih diaorang akan mula kasi free tickets, tapi kena collect kat stadium, kat sport stores across Manhattan.
Mulanya aku cadang nak pergi jugak tapi sebab masa tuh aku dah jauh kat Queens, sure tak sempat kalau nak patah balik. Lagipun, aku baca forums, long lines kat mana-mana pun, ada orang yang dah camp out overnight lagi. Rasa macam ralat aje aku, tapi tak apalah sebab aku dah ada ticket yang konsert malam Selasa 15 Julai nanti. Kasi peluanglah orang yang tak mampu nak beli tiket, nak tengok free concert kan?
Tak lama lepas tuh, aku baca kat ebay, kat craigslist, ada orang yang nak jual tiket free tuh. Pundeks betul diaorang nih, ambik kesempatan rupanya.
--------------------------------
Masa aku sembahyang Jumaat kat Masjid Jackson Heights tuh, ada kecoh sikit. Biasalah, kebanyakan jemaah semuanya bangsa India/Paki/Bangla, mudahlah karam nya kan? Masjid tuh 3 tingkat, Imam nya kat basement, tapi adalah screen tv kat every tingkat. Entah macamana, masa tengah sembahyang, image kat tv tuh jadi kaku kot, dan kitaorang tak dapat dengar suara Imam. Lama jugaklah kitaorang rukuk, sampai resah aku jadinya (ooppsss), tapi tak ada siapa pun yang nak kuatkan suara, nak teruskan habis sembahyang tuh. I mean, tak kanlah lama sangat rukuknya kan? Dan aku pun sure yang diaorang tahu yang ada masalah, itu yang tiba-tiba tak dengar suara Imam tuh kan? After like 10 minutes kitaorang rukuk, baru lah ada orang yang sambungkan mengimamkan solat tuh sampai habis.
And the moment habis aje sembahyang, image kat screen tv tuh muncul balik, tapi tak bergerak-gerak. Aku paham, sure ada macam delay gitu. Aku tak faham bahasa diaorang tapi masing-masing sibuk, bising aje, macam marah kat PakCik yang jadi "Imam" tuh, sebab diaorang kata, sembahyang tuh belum habis, semua sembahyang kitaorang tak sah, kena buat semula. Memanglah tak masuk akal aku sebab aku tahu yang ada masalah kat screen tv tuh itupasal image dia keluar lambat. Tapi, tau ajelah bangsa-bangsa mudah karam nih kan? Dah puas bertekak barulah nak mengalah, itu pun bila nampak ramai jemaah lain dah start pakai kasut, rupanya sembahyang dah lama selesainya.
-------------------------------------
Masa aku sampai kat apartment David/Hal, aku terserempaklah dengan doorman yang aku belanja minum dulu tuh, so sembang-sembang sekejap dengan dia. Biasalah aku nih, terus aje terkeluar cerita pasal semalam, pasal aku makikan Hal tuh. Dia kata bagus aku buat gitu, at least aku menyedarkan Hal yang tak sedar diri tuh.
So hari tuh aku kerja pun dengan rasa lapang kat dada, rasa lega gitu, pasal Hal tak ada pun banyak songeh sangat, macam jadi senang aje kerja aku ituhari. Kadang tuh aku rasa macam kesian pulak kat Hal, tapi itulah, aku kena senangkan diri aku kan, itu pasal aku maki dia tuh semalamnya. Biar dia sedar sikit.
------------------------
"Mike (doorman tuh) said you were a little agitate when you came in today Joe, what happened?", David tanya aku masa diaorang tengah dinner.
"Oh shit! Apa pulak Mike tuh buat cerita kat David? Tak kan dia ceritakan apa yang aku cerita kat dia tadinya tuh? Kan ker ituhari aku belanja dia minum, aku ingatkan dia nih boleh dibuat kawan, rupanya kaki cucuk jugak!"
Tapi, nasib baik aku pandai cover line, aku tiwst kan sikit cerita, aku cucuk dia balik. David pun ada beritahu aku yang Mike tuh memang suka bawak mulut orangnya. So aku janji yang aku tak nak lah berbaik sangat dengan doormen yang kat apartment tuh.
-------------------------
Ingat nak singgah sekejap kat Southport, nak tengok fireworks sempena July 4th, tapi aku dah terlewat sikit. Lagipun hujan renyai. Ala, tak ada apa menariknya lah kalau setakat fireworks kan? Nasib baik jugaklah David tak jadi ajak kitaorang pergi ke apartment kawan dia kat Lower Manhattan, nak tengok fireworks dari penthouse diaorang katanya, kalau tidak surelah lambat baliknya aku malam nih. Dah lah esok kena kerja pagi.