Monday, October 15, 2012

RabuKhamis3031072008


Rabu

Mampos aku, semalam tidur 3 jam aje, lepas Subuh, sampai 8 setengah. Aku online kejap lepas tuh, cadangnya nak sambung tidur tapi puas aku lelapkan mata tak lelap-lelap jugak. Nate berok sunggohlah, nok tidor dok jendero. 

So aku terus ajelah bersiap-siap untuk keluar, singgah kejap kat 34th Street, cadangnya nak jalan ke Times Square dari situ sebab gila lamanya aku tak ke sana, dah seminggu lebih. Tapi panas sangat rasanya, aku dah lah mengantuk, berminyak-minyak muka aku jadinya. 

So aku terus ambik subway ke Forest Hills, makan kat Thai restaurant, then ke library. Masa kat library baru lah aku mengantuk yang amat sangat tapi tak ada lah pulak tempat duduk yang elok untuk aku buat pura-pura baca buku tapi tidur. So aku ke park, melepak kat bench, tak boleh pulak nak tidur sebab bila ada aje orang lalu, aku sure terbukak matanya lah. 

Tak heranlah aku menguap-nguap aje masa kat apartment David/Hal, masa temankan Hal tengok Cash Cab, aku pejam mata aje kerjanya. Aku tipu David/Hal, aku kata Khamis minggu depan aku terpaksa ke Philadelphia sebab ada hal penting. Sedangkan aku nak pergi tengok konsert The Police. Malaslah aku beritahu diaorang yang aku nak pergi tengok konsert tuh, sebab selalu sangat kan? 

At least bila aku kata aku ada hal lain, diaorang tentu fikir yang aku betul-betul ada benda lain nak diuruskan, macam orang lain jugaklah kan? Biar diaorang tahu yang aku perlukan masa untuk menyelesaikan urusan aku sendiri lah pulak kan? Tak kan nak kat apartment diaorang aje setiap hari. Itu sebenarnya idea MamatGQ lah, dia yang suruh aku ambik cuti tuh. 

Kalau pun aku kata aku nak pergi konsert, sure aku akan datang jugak kerja walaupun cuma sejam setengah. Campur waktu pergi balik kerja, adalah 3 jam kan? So, baik aku tipu gitu tuh, tak yah aku datang langsung kerja Khamis minggu depan. 

Khamis

The whole morning sampai tengahari aku buat hal-hal rumahtangga aku ekekekke, pergi laundry, beli barang sikit-sikit, beli ubat, tempah kontek lens etc. Ubat-ubatan aku dah lama dah habisnya, yang member kirim dari Malaysia pun sama jugak, habis dah lama dah. So terpaksalah aku pergi buat refill, habislah 100 dollars semuanya tadi tuh. Pundeks tul, kalau aku ada insurance, berapa sen jer harganya semua tuh. Tapi itulah, aku orang gelap, kena lah bayar lebih. 

Aku pergi order contact lens jugak tadi sebab lens aku tinggal dua tiga pasang aje, dah tuh, terbercampur pulak yang kiri sama kanan. Power mata kanan dan kiri aku nih berbeza, yang kiri tuh 400, yang kanan 450. Ituhari, nak cepat punya pasal, aku keluarkan semua lens tuh, tah macamana terbercampur lah semuanya, so sekarang aku tak tahu yang mana satu untuk mata kiri dan yang mana satu untuk mata kanan sebab kat container tuh tak ada lah pulak ditulis powernya sebab kat kotaknya aje yang ada ditulis. 

Dan sementara presriptions aku masih valid, itu yang aku pergi order lens yang baru. Kalau tak buat sekarang, nanti, nak order lens, kena buat test mata lagi, akan terbanglah seseratus dollars lagi nanti tuh. Dan lens yang aku order pun hanya untuk 6 bulan, 90 dollars harganya. 

Masa tengah tunggu kerani tuh buat order, aku tengok-tengoklah frames cermin mata, aku tak ada glasses pun, itu yang aku rasa aku patut ada glasses, mana lah tahu kalau-kalau suatu masa nanti aku memerlukan cermin mata kan? Tak ada yang aku berkenan pun, kalau boleh aku nak cari frame yang kecik bingkainya. 

Tiba-tiba aku ternampak satu frame nih, yang tak didispaly kat dalam kaca display, instead didisplay kat bahagian atas, kat poster Georgio Armani tuh. Lawa gayanya, terus aku mintak kerani tuh ambikkan frame tuh sebab aku nak cuba. 

"That's expensive, five hundred fifty, excluding lens", kata minah Spanish nih. 

"That's alright, let me try", aku macam bengang jer. Apa, dia ingat aku tak ada duit ker? EkekekekeThe moment aku put the frame on, terus aku tersuka. Aku memang jarang pakai glasses, dulu-dulu aje aku pakai glasses, sekarang nih contacts lens all the way. Tapi, kali ini memang aku rasa lawa spek tuh, padan dan sesuai dengan aku. Rasa macam terjadi lawa aku dibuatnya dek spek tuh. Nasib baiklah duit dalam wallet aku ada dalam lima ratus aje, itu pun sebab aku dah guna kan duit untuk beli ubat tadi nya tuh, dan beli barang sebelumnya. Kalaulah aku ke kedai cermin mata sebelum ke pharmacy tadi tuh, haruslah aku dah sembat cermin mata tuh. Itupun sempat aku fikir yang aku nak balik rumah sekejap nak ambik duit, kat dalam Quran aku ada selit a few hundred dollars, duit kecemasan. 

Aku tak nak janji lah yang aku tak akan ambik glasses tuh sebab aku akan ke kedai tuh lagi nanti minggu depan nak collect contact lens aku tuh kan? Harap-harap aku tak terambiklah frame tuh nanti. Tapi... aku tak ada glasses nih, so faham-faham lah kan? Ekekekekeke

For the third night running aku makan NightQuils sebab nak kasi senang tidur, aku terpaksa makan ubat tuh malam nih sebab esok aku kena bangun awal, nak ke apartment MamatGQ. Kalau terlewat bangun, tak kan nak kasi alasan train rosak jugak lagi kan? Aku nak sampai awal sikit lah kat apartment MamatGQ tuh esok pasal syok pulak rasanya sembang-sembang dengan dia.