Sabtu
Aku tengah breakfast kat McDonals's bila dapat message dari MamatUES (Upper East Side) yang ituhari janjinya suruh aku datang petang nanti, untuk interview dan mula kerja di apartment dia. Dia kata dia terpaksa ke Washington DC tengahari tuh so dia nak batalkan appointment sebab dia tak tahu berapa lama dia akan kena ada di sana.
Aku tak kisah sangat sebab aku pun macam malas aje nak kerja petang tuh, dah lah harinih akan kerja selama 8 jam kat apartment David/Hal. Cuma semalam aku dah macam bersiap sedia, aku telan dua bijik Nightquils dan tidur awal. Itu yang aku masih rasa mengantuk walaupun tidur nyenyak, agaknya system tuh masih ada kat dalam body aku. Aku jadi macam lemah aje gitu, kuat penangannya ubat nih.
Kitaorang keluar awal hari ini sebab David ada hal lain petang tuh. Kitaorang ke Target, diaorang shopping barang-barang dapur. Seram aku menengoknya, sampai dekat 700 habisnya.
Punyalah mengantuk aku, dalam kereta, on the way balik, aku tertidur. David perasan yang aku mengantuk, letih, dia suruh aku lepak aje tengok tv. Lagilah aku jadi tersengguk-sengguk sambil tengok tv, sambil mengurut Hal, masa David pergi gym petang tuh.
Macamana pun aku singgah jugak kat Times Square petang tadi, walaupun aku macam tak bermaya aje. Aku batalkan niat nak ke Lincoln Plaza cinema walaupun cadangnya nak lah lepak-lepak malam Sabtu. Terus aje aku balik ke rumah lepas tuh, lepas makan, online sekejap, then terus tidur.
Ahad
Hari ini pun sama, aku rasa letih, mengantuk dan tak ada mood langsung nak pergi kerja. Apa kena nya aku nih? Baru aku perasan yang dah 5 bulan aku kerja kat apartment David/Hal rupanya, dan dah 2 bulan aku berualng alik sekali atau dua kali seminggu kerja kat apartment MamatGQ. Kejap aje rasanya.
Ker aku rasa tak bermaya nih pasal macam dah tak ada excitementnya dah kot, tak ada benda yang aku look forward to untuk minggu-minggu mendatang. Dah tak ada konsert nak tengok (kecuali The Police, Khamis nih), dah tak ada events nak pergi, nak merayau-rayau kat Central Park pun aku dah jadi malas sekarang nih.
Isnin
Pun malas lagi hari ni nih. Nak tulis entry pun jadi malas dan tak ada mood aje ekekekeke.
Selasa
Malas jugak ekekekeke. Sabar jer lah aku nih. Esok aku jadi rajin balik kot nak tulis entry pasal esok pagi, Rabu, aku akan kerja kat apartment MamatGQ kan? Sure ada cerita best nya kan?