"Let's go for a ride since I'm off tomorrow", kata David pagi tadi masa aku tengah nak mop lantai, sebab semalam sibuk dan tak ada masa nak buat semua tuh.
Hal suka sangatlah kalau keluar jalan-jalan sebab kalau weekdays tuh dia memerap di rumah aje, keluar pun untuk sesetengah jam ke gym. Aku tak berapa berkenan benarnya nak keluar Sunday sebab selalunya tak cukup masa. Sundays aku kerja sampai 5 petang aje, yang by the time kitaorang balik, dah empat lebih. Hal sure nak berak, nak buat catheter, nak sediakan kopi untuk esok, nak vacuum, banyaklah kerja aku nya.
Kitaorang ke Lord & Taylor kat Garden City, kat Long Island. Diaorang nih kalau nak shopping memang pergi tempat kelas-kelas, tempat yang banyak designer boutiques. Selama aku pergi keluar dengan diaorang, aku tak pernah pun beli barang. Kadang-kadang tuh ada jugak aku belek-belek pakaian, especially kalau masa ada sales, tapi takat belek nak tengok harga ajelah. Yang biasanya aku macam ternganga, geleng kepala gitu, sebab harganya bapaklah mahal.
Ada sale rupanya kat Lord & Taylor tuh, Pre-Labor Day Sale kaedahnya. Labor Day Isnin minggu depan. Kitaorang ke bahagian pakaian, terralit kat lama kat situ sebab harganya cuma $29-99, dan pakaiannya semua lawa-lawa, Branded items dan banyak pulak tuh. Seluar, baju, jackets, semuanya ada. Bila tengok tag tanda MSRP, semuanya harga dalam $150-300, so bila harga yang dijual cuma $29-99, terbeliaklah bijik mata David. Terus dia termelekat kat situ, sekejap aje aku tengok, dah ada empat lima helai pakaian yang diambil.
Sebab dia sibuk ke hulu ke hilir pilih pakaian, aku pun belek-belek lah jugak apa yang ada kat situ. Terus aku berkenan kat satu jacket Calvin Klein nih yang licin aje, nipis dan tak berserabut macam jacket lain yang banyak kocek tuh. Lawanya jacket tuh, aku tak percaya harganya $29-99. Jacket tuh macam leather tapi 100% pure cotton. Cotther kot? Jenis-jenis jacket yang macam MamatGQ pakai, yang lawa dipakai sama jeans tuh. Then aku tengok tanda harga, MSRP dia $299-00, then ada satu label lagi kata after discount price $179-00. Aku ke price tag machine sebab nak scan harga. MSRP $299-00 tapi sale price $29-99. Terkejut gila aku menengoknya, terus aku ambik jacket tuh. Then tertengok pulak baju-baju yang ada, sama harganya $29-99, so aku ambik dua short-sleeve Polo shirts, kaler cokelat sama biru muda.
Aku cadang nak ambik lagi a few things, jeans ker, baju ker, tapi aku macam termalu pulak kat diaorang. Iyalah, aku kuli aje kan? Bila nak bayar, mati-mati David tak kasi aku bayar, dia kata dia nak treat aku. Harga pakaian aku semuanya $70, lepas diskaun apa tah. Tu dia, kalau ikut harga biasa, semuanya tuh, 3 helai pakaian tuh, harganya $650-00 tapi aku cuma bayar $70 aje.
Aku, manalah jenis mudah terima pemberian orang, kan? Lagipun memang aku plan nak beli pun, tak best lah kalau orang nak belanja aku. So aku masukkan duit $70 dalam beg David. David sama Hal, kalau tak salah aku, adalah sedozen lebih pakaian yang diaorang ambik. Memang gila babi lah diaorang tuh kalau pasal shopping nih.
Kitaorang pergi lunch kat Restoran Itali, aku makan salad aje lah, diaorang bantai pizza. Pukul 4 baru kitaorang balik. Kelam kabut lah jadinya sebab banyak benda yang kena buat. Hal pulak buat palat masa nak berak tuh, lama aje dia berak. Pulak tuh, dah lah cacat, tak kadar diri lagi tuh. Nak duduk best-best aje kat throne tuh, siap tertidur lagi. Aku jugaklah yang keluh kesah sebab masa tuh dah pukul 5, dah sepatutnya aku habis kerja. Nasib baiklah aku tak ada plan apa-apa hari nih, kalau tidak mampos aku. Lepas tuh, dah lah dia tuh terketar-ketar tangannya nak buat something, bertempek-tempeklah taik, yang tercalit kat sana sini. Satu kerja pulak aku nak membesihkannya. Tapi, kalau kerja masa tengah marah, tengah bengang, tak rasa letih, tak rasa berat. Selamba aje aku hempaskan Hal kat wheelchair dia, biasanya tercungap-cungap aku nak memikulnya.
Lepas buat catheter, lepas pakaikan pakaian malam dia, lepas vacuum lantai, baru aku blah. Masa tuh dah 7 malam dah, so aku batalkan niat aku nak pergi dinner kat Pinang restaurant yang kat 72nd Street, Central Park West. Aku singgah kejap kat Times Square sebab nak masuk Hard Rock Cafe. Nak beli barang sikitlah, ituhari ada member tuntut "pesan" barang.