Jumaat
Penyakit malas datang lagi menyerang aku. Gila-gila punya malas. Dah dua tiga minggu ni dah malasnya menyerang. Waktu pagi maksud aku. Waktu tak kerja kat apartment MamatGQ maksud aku. Waktu sehingga sebelum Zohor, atau sebelum aku pergi kerja dalam pukul 3 gitu. Ya Rabbi lah malasnya aku sampai aku tak tahu nak buat apa, sampaikan aku tak buat apa-apa pun sebab malas. Nak makan malas, nak turun katil malas, nak bersiap untuk ke mana-mana pun malas. Malas semalas-malasnya.
Nak update blog lagi lah malasnya. Yang aku rajin, hanyalah melepak kat katil, kejap tengok jam, sesambil fikir macamana nak hilangkan kemalasan aku nih. Last-last tertidur kelaparan, tapi tak lama, dalam sesetengah jam aje tidurnya. Then bangun semula, golek kiri golek kanan, tak buat apa pun jugak.
Aku sekarang nih dah kurus balik semula, macam dulu tuh. Sekejap aje aku rasa macam gemuk sikitnya, masa jeans aku rasa macam sendat aje. Sekarang nih berbalik semula macam dulu, selalu londeh jeans aku, kena pakai talipinggang. Walaupun aku makan kat luar, walaupun aku makan best-best, tapi sebenarnya aku tak lah hari-hari makannya. Kadang tuh aku tak makan di sebelah malam, takat makan sandwich sekeping. Dan pagi pulak, sebab malas tu lah, aku tak breakfast, takat makan untuk lunch aje. Tu pasal aku jadi kurus balik nih.
Lagi satu, aku dah tak buat excercise dah nih, dan aku pun tak merayau-rayau ke mana-mana macam dulu tuh, aku agak itu pasal aku jadi malas nak makan. Kalau letih sebab buat excercise, dan kalau macam dulu tuh selalu merayau sana sini, aku selalu lapar, dan aku selalu makan.
--------------------
Eh dah lah tulis pasal malas nih, kalau ikutkan hati banyak aku nak tulis pasal kemalasan aku nih sebab by the time aku tulis nih, kemalasan aku dah aku cuba pupuskan, aku dah jadi terrajin balik nih ekekekekkeek.
Sabtu
David keluar seharian harinih, macam biasa aku sama Hal aje lah yang tinggal kat apartment. Since banyak masa so banyak melepak aje lah. Biasanya kalau Hal ajak aku tengok tv, aku suruh dia aje yang pilih channel mana. Dan dia biasanya tengok siri-siri lama macam I Love Lucy, Remington Steele. Itu yang selalu buat aku rasa bosan tuh.
Tapi harinih aku kata kat dia yang aku nak tengok movie channel, so aku pilih this film The Wind That Shakes The Barley, cerita awal abad 20an kat Ireland, kisah dua adik beradik yang torn apart by Brit rebellion. Best film nya sampaikan aku kata kat Hal, kalau ada apa-apa yang nak dibuat, aku akan buat kemudain nanti sebab aku nak tengok movie tuh sampai habis. Aku cakap pun serious aje, so Hal macam terpaksa dengar cakap aku aje. Ekekekeke, syok pulak Davad tak ada, aku boleh jadi garang sikit dengan Hal yang selalu ambik kesempatan suruh urut dia lama-lama.
Hujan lebat petang tadi masa aku balik kerja, so aku batalkan niat nak merayau-rayau kat Times Square, walaupun aku dah turun kat Lexington Avenue, cadangnya nak jalan aje ke sana tuh. Terus aje lah aku balik ke rumah.
[Sorry aku terpaksa buat entry meringkas karangan aje nih, sebab nak cepat]