Monday, October 15, 2012

12072008


Resah aje aku harinih sebab mengenangkan aku tak ada ticket untuk tengok free concert kat Central Park malamnya nanti. Kat suratkhabar, kat tv, kat internet, riuh rendah orang cerita pasal concert tuh, yang akan jadi macam biggest event of the year. Kat ebay, kat craigslist, orang jual tiket sampai beratus-ratus dollars, sedangkan tickets tuh semuanya free.

Kitaorang keluar harinih, pergi ke Americana, Mannaset, kat Long Island. Tempat shopping orang kaya-kaya, rasa macam kat Bel Air aje tempat tuh, dia punya desinger boutiques merata-rata. Dalam sejarah hidup aku, ini kali pertama aku tengok kereta fancy-fancy yang berlambak-lambak, ferrari, lamboghini, kereta-kereta yang macam dalam filem Batman pun ada. Kereta murah lain, jenis-jenis Lexus, BMW, itu jangan cerita lah, budak-budak muda aje yang bawaknya.

"Look out for J Lo and Marc Anthony, Joe", they hang out here quite often", kata David kat aku. Diaorang tak ada beli apa pun, datang ke situ cadangnya nak beli meja kecik untuk taruk antique vase hadiah harijadi David dulu tuh. Pukul 2 petang kitaorang dah balik, sebab David nak ke gym. Masa tuh baru lah aku sibuk sebab Hal nak berak, nak buat catheter, nak urut, semuanya lah. Yang aku bencinya dengan dia nih, selalu sangat nak tahu waktu, every 5 minutes dia akan tanya waktu. Sebab dia takut David balik, dan dia masih kat katil. Dia, kalau David balik, kononnya macam tak nak menyusahkan David lah, respect dan takut sangat kat adik dia tuh. David balik dekat pukul 6, just sebelum aku blah.

"You know what, David, I'm going to the park!", aku kata gitu sebelum aku habis kerja.

"You crazy? You don't have the ticket!", dia gelak kat aku.

"I don't care, I just want to be there! I have to be there! Hopefully I'll get a ticket from a scalper", aku jawab, sambil gelak-gelak. Entah apa pasal aku jadi macam bersemangat aje nak pergi, selama ini aku diamkan aje, tak ada pun aku plan nak ke Central Park tuh (sebab aku tak ada ticket). Lagipun 15 hb nanti aku nak tengok konsert diaorang kat Madison Square Garden pulak kan? Tapi, itu lah aku, aku suka buat things on impulse, aku suka benda thrill-thrill gitu. Aku fikir, kalau tak ada orang jual ticket gelap pun nanti, what do I have to lose kan? Sebab aku dah ada ticket mahal yang 15 hb nanti.

So, aku turun kat Lexington Avenue-63rd Street, aku tak berapa tahu sangat area Upper East Side (West Side aku tahu) nih, so aku jalan aje lah ke arah Central Park. Bengang aje aku tengok orang dah ramai yang beratur nak masuk park, dari 57th Street tuh, sampai ke 72nd Street, panjang jer orang beratur. Aku lalu aje lah sebelah diaorang, melawan arus gitu, sampai termalu aku jadinya.

So aku buat pura-pura guna cellphone. Then aku berhenti kejap bila aku nampak ada empat lima orang macam tengah tunggu orang aje, silap-silap diaorang nih ada jual tiket nih, kata aku dalam hati. Memang pun, ada satu mamat tuh tanya kalau-kalau aku nak beli tiket, $50 harganya. Terus aje lah aku rembat, walaupun tiket tuh sepatutnya free, tapi aku tak kisah pun kena bayar $50. Kalau dia mintak seratus pun aku sanggup beli gamaknya. Rasa nak meloncat happy aje aku masa tuh, so terus lah aku ikut beratur untuk masuk ke Central Park. Kagum aku dengan diri aku nih, memang jenis tak mudah mengaku kalah, kalau aku nak kan something tuh, aku akan cuba sedaya upaya aku. Sampai ke titik peluh yang terakhir.

Jauh ke dalam tempatnya, entah berapa kilometer lah yang kitaorang beratur, tapi sebab excited, semuanya tuh jadi seronok aje. Aku tengok, ramai jugak orang yang curi-curi masuk, iyalah, park tuh tak ditutup sepenuhnya, masih dibuka untuk public. Cuma pagar yang memisahkan lines orang yang beratur untuk pergi tengok konsert, dengan orang yang just nak melepak kat park, pagarnya rendah sangat, orang boleh lompat masuk aje. Since itu free concert, tak adalah security tu peduli sangat pun.



Aku sampai aje ke tapak konsert, aku tengok stage nya nun jauh di depan sana tuh, sayup aje. Alaaaaaaaaaaaaa, apa yang dapat aku tengok nih? Kat belakang tuh, ramai yang melepak aje, yang jenis bentang tikar, macam berpiknik. Sabar jer lah diaorang nih, nak tengok concert ker nak berkelah? 




So aku redah ajelah, aku langkah-langkah aje diaorang tuh, akhirnya aku sampai kat tengah-tengah. Alaaa, ada besi pagar pengadang pulak, kalau tak, sure aku dapat pergi ke depan lagi. Macamana pun aku standby kat depan pagar tuh, aku dah bersedia, dah plan, yang aku nak lompat aje pagar tuh, bila konsert mula nanti.



Tapi, nasib baik lah a few minutes sebelum konsert mula, pagar yang kat depan tuh dibuka, so berlari-larilah aku masuk ke area paling depan. Makin lama makin dekat dengan stage, makin aku rasa excited sangat. Aku dapatlah satu spot yang best, yang tak ada kepala melindung, so aku tengok dari situ aje. Nak ke depan lagi aku dah takut sebab most of yang kat depan tuh semuanya dia-hard fans, yang bila aku tolak aje sikit sebab aku nak lalu, diaorang jeling semacam aje, jeling lama pulak tuh, dan diaorang tak berganjak sikit pun.
Tepat pukul 8, konsert mula. Korang tau lagu apa diaorang mula main? Lagu Livin' On A Prayer!Teruslah terloncat-loncat penonton dibuatnya. Ada 3 screen kat stage tuh, yang screen besar sekali tuh memang jelas nampak, sampai aku boleh kira bulu ketiak Jon Bon Jovi, sebab jelas sangat. Ekekekekeke.
Kadang tuh, tengah sedap-sedap menari, aku rasa macam tak percaya aje yang aku adalah one of those lucky bastards yang dapat tengok concert tuh. Diaorang buat shooting film jugak sebenarnya, itu yang banyak kamera di merata-rata. Tak sampai empat lima lagu, aku dah berpeluh, tak pernah aku rasa aku terloncat-loncat seteruk itu. Tapi nak buat macamana kan, loncatan tuh jadi secara tersendiri, ekekekekekek. Sound system best, pitching suara Jon Bon Jovi best, dia punya performance pun very energetic, penonton pun semuanya gila-gila, so tak heranlah aku rasa best sesangat. Kalau dulu aku kata yang tengok Broadway shows, MammaMia dan The Phantom Of The Opera, dan tengok konsert The Eagles tuh macam my highlight of my stay kat Amerika nih, itu semua tak boleh lawan lah konsert Bon Jovi tuh. Sampai kan tak cukup kaki aku menari!







[Atas nih gambar Richie Sambora, dia nyanyi sekali aje, lupa lak aku lagu apa, tapi most of the songs yang diaorang nyanyi semuanya aku tahu. Kecuali dua tiga lagu dari album baru diaorang, yang aku tak tahu]



Bila dah semakin malam dan gelap, semakinlah rancak jadinya. Diaorang berhenti sekejap dalam 5 minit gitu, then sambung semula, nyanyi lagu yang aku rasa, paling buat penonton jadi makin liar, lagu It's My Life.
This ain't a song for the broken-hearted
No silent prayer for the faith-departed
I ain't gonna be just a face in the crowd
You're gonna hear my voice
When I shout it out loud

[Chorus:]It's my life, It's now or never
I ain't gonna live forever
I just want to live while I'm alive
(It's my life)

My heart is like an open highway
Like Frankie said I did it my way
I just wanna live while I'm alive
It's my life 










[Alaaaa, letih lak aku nak upload gambar-gambar lain, nak tulis panjang-panjang pun malas lak rasanya, cukup sekadar aku beritahu yang aku enjoyed the show betul-betul, one of the best concerts ever, yang aku pernah pergi lah kan? Sebelum aku balik, aku sempat rembat sehelai tshirt, dan nasib baiklah konsert tuh habis dalam pukul 10 sebab Maghrib dah nak habis dah masa tuh, itu yang aku terlari-lari kat dalam gelap nak cari port nak sembahyang.

Aku jadi makin excited pulak, tak sabar rasanya nak tunggu 15 Julai, nak tengok konsert diaorang kat Madison Square Garden pulak.