Aku bawak laptop hari nih, so sementara tunggu MamatGQ bersiap, aku online lah. Puas dia nak tengok apa yang aku surf kan, aku tunjukkan craiglist.com aje lah sebab masa tuh aku tengah sibuk nak cari ticket concert The Police. Nak confirmkan dengan this one guy yang nak jual tiket tuh, kat mana nak jumpa, things like that.
"You really are a doer Joe, I like that, your life must be very interesting", kata MamatGQ bila dia dah siap bersiap. Terus aku tutup laptop, sessi bersembang-sembang pulak lah jadinya.
"I'm trying to make my life more interesting because I lead a very "boring" life", aku kata gitu sambil gelak-gelak. Sila gantikan perkataan "boring" tuh dengan "difficult".
"It's funny sometimes, I always think my life's so mundane..... but my friends think otherwise", aku kata lagi.
"So you do have friends then?", dia tanya aku.
"Online friends I mean, I have quite a lot that so-called cyber friends", aku macam nak termalu dah jadinya.
"That's good, at least you have friends to talk to. Are they Americans, are they here, what are they?", dia tanya lagi. So aku ceritalah sikit pasal aku, yang aku tak ada kawan kat sini so aku berkawan dengan orang-orang online ajelah, yang happen to be my blog readers. Aku beritahu jugak yang dulu aku close sangat dengan most of them yang tegur-tegur aku, tapi sekarang nih aku macam tak berapa rapat sangat dah, takat sembang gitu-gitu aje.
"Do you know them? Have you guys met? Do they know you are for real?", bertubi-tubi dia tanya aku. Aku cerita lah lagi.
"Are you saying you have followers?", MamatGQ tanya. Aku cerita lah lagi.
"But you know what Carter, online popularity is so pathetic", aku gelak.
"What's your blog address Joe?", dia tanya aku. Aku buat tak dengar aje. Then aku cakap pasal apa tah, aku tanya dia kalau ada apa-apa yang dia nak aku buat, selain dari benda-benda biasa yang aku bersihkan.
"I'll come back Friday, for a few hours", aku tukar tajuk sembangan.
"What's your blog address Joe?", dia tanya lagi. Dia tau aku nak kasi tau agaknya so dia diam ajelah lepas tuh. Aku nih selalu gitu kan, macam nak kasi saspen aje, selalu potong stim gitu.
"Ok, enjoy the concert and I'll see you Friday. If you need anything just give me a call", kata MamatGQ.
-------------------------------------
Sebab aku nak blah before 1, aku cepat-cepat buat kerja. Dalam 3 jam lebih tuh siaplah aku buat laundry, hantar dry cleaning, mop, vacuum sana sini, semuanyalah. Sempat jugak aku check diary dia. Oooo, ada entry baru, panjang, 4 pages long.
Aku terbaca habis entry tuh sebab entry tuh macam summarize apa yang terjadi kat dia dalam masa dua tiga minggu lepas. Rupanya July 4th dulu dia ke bandar kat Canada tuh. Dia tipu aku dulu tuh, dia kata dia malas sangat ke sana tapi sebab kerja punya pasal dia terpaksa pergi. Aku kata, kalau kerja punya hal, pergi ajelah.
Rupanya dia pergi sebab nak jumpa S, bekas awek dia tuh yang duduk sama O, balak lama S tuh. S tipu O sebab nak jumpa MamatGQ so diaorang berdualah hari tuh. Dia cerita pasal perasaan dia masa tuh, perhubungan diaorang based on struggle. Pandai jugak MamatGQ nih menulis, mencurahkan isi hati dia, sampaikan aku curious nak tahu habis.
Dia ada listkan jugak dia punya goals, dia punya desires, yang bila aku baca semuanya, aku dapat buat kesimpulan yang semuanya berbalik pada perhubungan antara dia sama S lah.
Then a few days lepas tuh dia kata dia dapat sms dari S yang kata S dah putuskan perhubungan dia dengan O, walaupun diaorang masih duduk serumah. What a bitch! Ooppsss. Termarah lak aku nih ekekekeke.
Makin rumit dah gayanya cerita cinta tiga segi diaorang nih, sampai aku terfikir yang aku tak nak baca dah lah kisah diaorang. Takat aku tahu sikit-sikit jalan cerita dah lah, tak payahlah aku beria-ia sangat kan? Lagipun aku dah rasa macam guilty aje nih baca cerita dia tuh.
-------------------------------------
Aku lunch kat Pinang, Forest Hills, sesambil online dari situ. Dekat 2 jam aku melepak kat situ, itu pun ada masa lagi nak ke library nak sambung baca buku Phoolan Devi - Bandit Queen Of India yang dah lama aku tak sambung baca tuh.