Sabtu19072008
Biasanya kalau David/Hal nak ke mana-mana, pergi party, atau apa-apa keramaian lah, di sebelah petang, aku akan disuruh ikut sama. Sebab aku yang kena jaga Hal, nak suap makanan kat dia, semuanya lah. Tapi, hari ini, aku tak diajak pulak pergi BBQ kat rumah kawan diaorang kat Long Island.
Entah pasal apa aku pun tak tahu, mungkin sebab diaorang terasa hati kot yang ituhari aku ada kata aku punya life kalau weekend tuh memboringkan. Iyalah, kalau ikut diaorang pergi party tuh, sure 12 malam baru balik, dan esoknya aku kena kerja pagi pulak tuh.
Aku rasa itu sebabnya kot, so diaorang nak kasi aku enjoylah sikit weekends aku, itu yang diaorang tak suruh pun aku ikut diaorang. Aku tak kisah langsung, lagi aku suka benarnya. Walaupun gaji aku jadi kurang tapi aku dapat balik awal. That matters the most. So tadi aku balik pukul 4 petang, biasanya kalau Sabtu, aku akan kerja sampai 6 petang.
Seronok sangatlah aku, dapatlah lama sikit aku merempit memalam minggu nih kan? Aku ke Jackson Heights nak ambik laptop aku yang dah siap direpair tuh. $297, tah apa lah yang ditukar dek India tukang repair tuh, dia kata dia tukar keyboard, buang virus etc, tapi tak kan sampai dekat 300 kan? Aku tau dia auta aje lebih tapi malaslah aku melawan nya sebab mana boleh nak lawan auta keling kan? Sure tak menangnya lah. Aku fikir, kalau tambah a few more ratus, dah boleh dapat laptop baru. Tak apa lah, lain kali kalau rosak sikit aje lagi laptop aku nih, aku nak rembat yang baru aje lah. Ini tak ada pun virus protection kat laptop aku nih, kejap aje nanti tuh kong lah balik kot.
Lepas makan beriyani kambing kat kedai Paki tuh aku merayau jugaklah sesikit kat kawasan tuh, ada pesta apa tah kat Little India tuh, pesta orang Bangladesh gayanya sebab kat pentas aku tengok ada banyak tulis Bangladesh. Bangladesh itu, Bangladesh ini. Yang datang pun semuanya muka berkarat aje, sah lah pesta orang Bangladesh.
Masa aku nak ke subway station, termasuklah pulak kat kedai pakaian yang aku masuk seminggu dua yang lepas tuh, tempat aku beli sneakers ituhari. Terus aku ambik dua helai t-shirts kaler oren sama kelabu, rembat jeans sehelai. Seronok masuk kedai tuh, kat mana-mana ada jer benda yang aku berkenan, jackets pun lawa-lawa nampak gayanya, nasib baiklah sekarang summer. Aku boleh agak yang winter nanti aku sure akan rembat a few jackets kat kedai tuh.
Ahad20072008
David/Hal kasi aku baju lagi harinih sebab diaorang nak donate lagi banyak pakaian lama diaorang. Mulanya aku tak nak tapi aku tengok, lawa pulak t-shirts yang dia kasi tuh, yang berbranded pulak tuh, yang tak mungkin aku akan beli. So aku ambiklah 5 helai pakaian, shorts aku tak ambik walaupun banyak yang lawa-lawa dan mahal-mahal. Tak best rasanya pakai shorts bekas orang pakain kan, takat baju tuh aku boleh lah terima. Tapi seluar? Ish, tak berani aku, walaupun kebanyakan pakaian tuh Hal tak pernah pakai pun, takat beli dan simpan kat almari.
Semalam dah lah beli pakaian, harinih dapat pakaian free, banyak dah pakaian aku jadinya nih, tak pernah aku sebanyak ini pakaiannya. Nak buang, sayang sebab pakaian mahal-mahal belaka semuanya tuh.
Since aku bawak beg pakaian, tak jadi lah aku nak merempit kat Times Square, balik kerja petang tuh. Terus aje aku balik ke rumah, lepas mandi, sembahyang, aku keluar. Nak makan kat Redang Island restaurant tu lah, dah lama tak dine in kat situ, asyik tapau aje.
Aku perasan yang dua orang waiters yang selalu sembang dengan aku tuh dah lama tak nampak muka diaorang. Aku tak pernah tanya pun cashier tuh tapi kali nih aku tanya-tanya dia. Rupanya dua-dua mamats tuh dah sebulan berhenti kerja, sorang tuh dah kerja kat restoran lain, sorang lagi masih belum kerja. Bila aku tanya apa pasal diaorang berhenti, cashier tuh kata dia tak tahu apa-apa pun.
Lepas makan, sebab masih awal lagi, masih terang lagi, aku masuk kedai gunting yang aku pernah masuk 3 minggu lepas tuh. Masa AhSo tuh gunting, aku rasa macam ada dengar one of the amois kat situ cakap Melayu. Aku perhatikan sorang-sorang tapi aku tak boleh agak yang mana satu orang Malaysia, tapi bila siap gunting rambut, aku tanya lah AhSo tuh. Rupanya three of them dari Malaysia, terkejut sangat diaorang bila aku kata aku Melayu. So, aku dapat lah kawan baru sekarang nih, tak kisah lah, amoi tukang gunting pun, aku peduli apa kan? Ramai rupanya Cina Malaysia kat sini nih.
Isnin21072008
Aku tak keluar rumah pun pagi nih, sampailah lepas Zohor, masa nak pergi kerja. Minggu nih rasanya nak banyakkan melepak di rumah aje lah kalau pagi-pagi tuh. Dua tiga minggu kebelakangan nih aku sibuk sangat dengan dunia aku sendiri sampai aku lupa who I really am, ekekekekeke.
So minggu nih nak buat slow lah sikit. Macamana pun, Rabu aku akan ke Hells' Kitchen kat 42nd Street, aku dapat beli tiket konsert The Police dari one seller kat craigslist, tiket murah aje, $93. Esok pulak aku akan kerja kat apartment MamatGQ. Biasanya dia akan email aku tanya hari apa aku boleh datang kerja tapi minggu nih tak ada pulak dia email so aku lah yang email dia dulu, tanya kalau-kalau dia nak aku datang. "You know I always need you Joe", dia kata gitu bila aku kata aku tak sure dia nak aku kerja atau tidak minggu nih, sebab tuh aku senyap kan aje.
Mintak-mintak ada lah new entry kat diary dia tuh ekekekekeke........