Monday, October 15, 2012

RabuKhamisJumaat272829082008


Aku jadi macam bodoh jer gitu sebab aku dah mula pasang dan dengar lagu Raya. Puasa pun belum mula aku dah dengar lagu Raya, advance sangat aku nih. So itulah, dengar lagu kejap, pastuh jadi macam sedih sesikit. Bila sedih tuh, bodoh aje lah sengsorang, kan? Last-last aku tidur. Bangun tidur, buat lagi gitu, dengar lagu seround dua dengan niat tak nak lah layan perasaan sangat. Terlayan jugak akhirnya, so lepak semula sambil tengok siling, sambil gosok perut, sambil raba telor.

Ada jugak aku memasak hari tuh, cadangnya nak masak singgang yang kawan online aku ajar tuh. Tapi tak menjadi singgang aku, mungkin sebab tak ada asam gelugur tuh kot, itu yang jadi tak sedap tuh. Rasa macam makan ikan rebus aje jadinya. Terus termalas dah aku nak cuba masak resipi lain. Pening kepala pun satu hal nak fikir apalah yang nak dimasak setiap hari.

So itu ajelah update aku untuk 3 hari nih, tak ada apa pun.

------------------------

Aku masih malas nih. Ker memang akan berterusan kemalasan aku nih, itu aku tak tahu lah. Harap-harap janganlah aku terus menerus dilanda kemalasan. 

So aku nak taruk gambar aje lah kali ini, sebab selama tiga hari tuh, hari Rabu, Khamis dan Jumaat, aku tak buat apa sangat pun. Tak ada buat benda berfaedah pun. Melepak kat rumah aje sepanjang pagi dan tengahari, petang lepas Zohor barulah aku pergi kerja.




[Kat Times Square, ada lah aku ke sini dua kali kot sepanjang minggu ini]



[Ini kat Columbus Circle, nak masuk ke Central Park. Kadang-kadang aku ralit gitu aje tengok budak-budak buat show diaorang, sesambil cari duit]



[Ini depan Apple Mecca kat 59th Street/Lexington Avenue]



[Sepanjang aku jalan-jalan kat 5th Avenue]





[Kat sini kan tempat buat The Apprentice tuh?]



[Central Park South]



[Central Park West]