Monday, October 15, 2012

Isnin18082008


Aku tengah melepak aje tadi bila Berto, Mamat Filipina tuh talipun. Dia ajak aku main badminton sebab kawan-kawan dia pun nak belajar main. Since aku tak ada plan lain, dan masa pun ada, aku bersetuju nak datang for a few hours. 

Aku tak tahu macamana aku terralit baca novel Boy A tuh masa dalam train, sampaikan aku tersalah naik train. Terlupa nak turun benarnya. Nak patah balik dah malas, buang masa aje. So aku cuba nak dapatkan cab, dalam setengah jam aku tunggu, tak ada cab. Selalunya gitulah, tunggu di seberang sini, kat seberang sana yang ada cab kosong. Bila ke seberang sana, kat seberang sini pulak ada cab kosong.

Last-last aku talipun Berto, beritahu dia kata yang aku tak dapat datang sebab dah kesuntukan masa. Macam bengang jugak dia sebab dia ingatkan aku tipu. Macamana pun aku janji akan datang malam esok sebab kawan dia nak sangat main badminton. Mamposlah esok tuh sebab dah lah pagi tuh aku kerja di apartment MamatGQ, malam pulak, habis kerja di apartment David/Hal, terpaksa ke Prospect Park ke apartment Berto tuh pulak untuk main badminton. Tiba-tiba aku macam jadi aktif gitu kan? Baguslah, tak rasa bosan sangat hidup aku.

Aku ambik lunch kat Pinang, Forest Hills, lama jugak aku makan dan sembang kat situ pasal Mondays tak ramai orang biasanya so bila tokay tuh ajak aku lepak-lepak, aku selamba aje lah. Kalau orang luar tengok, sure diaorang ingatkan aku nih keluarga tokay tuh, ataupun aku ada share kat restoran tuh. Memang best lepak dan makan kat restoran tuh, tokay tuh, laki bini, jugak waiters kat situ, semuanya baik-baik dengan aku. 

Sampai malu kat diri sendiri aje aku sebab asyik sembang pasal politik aje kerjanya dengan tokay tuh. Tak habis-habis mengutuk pasal Malaysia, semuanya tak betul, semuanya tak bagus. Heheheh, aku dah kata, aku nih bukannya jenis Melayu yang suka jaja bawak beg Tourism Malaysia kat merata station subway tuh. 

Malam nih David balik kerja lambat sikit pasal dia ada hal nak discuss dengan ex-wife dia, so aku terpaksa balik lambatlah jugak. Ada dua tiga kali aku bengang dengan Hal tadi tuh. Dia nih biasalah, kalau David tak ada, dia nak dimanja sangatlah kononnya, kuat memerintah lagi. Aku, kalau takat sesekali tuh aku diamkan aje tapi kalau dalam masa 4 jam kerja tuh sampai dua tiga kali dia kasi aku bengang, siaplah aku berasap kan? 

So, direct jer aku sound kat dia, aku kata, aku kesian kat dia pasal susah sangat hidup dia tuh. Bukan susah pasal dia cacat, tapi susah pasal benda senang, benda kecik pun bagi dia, susah sangat. 

Aku tengah nak ricih pisang yang nak ditaruk dalam oatmeals dia pagi-pagi tuh, dia nih, sebab tak ada kerja lain, sesambil tengok tv, sesambil tuh jugak dia asyik dok peratikan aje aku buat kerja. So, ada aje lah benda yang tak kenanya bagi dia, kena buat macam ini lah, kena buat macam itu lah. I mean, nak ricih pisang aje kan, what the fuck beria-ia sangat dia nak ajar aku what to do first, what to do next kan? As if aku tak pernah buat benda tuh. As if aku nih bodoh sangat sampai nak ricih pisang pun tak reti. 

Itu yang aku sound dia tadi tuh, memang pedas pun soundnan aku tadi tuh sampai tersenyap dia. Biasanya lepas dia tahu aku bengang, dia akan cakap baik-baik dengan aku, cakap lembut-lembut aje dengan aku, ajak bergurau, buat lawak, things like that. Nak ambik hati aku semula lah kononnya. Aku buat donno jer sebab biasanya masa tuh aku nak kasi diri aku cool sikit sebab lepas pada tuh aku dah tak marah dah. 

Dinner malam nih aku makan mee segera aje, malas pulak rasanya ke restoran, lagipun, macam hari-hari makan nasik, nak lah tukar selera makan mee segera pulak sesekali seminggu. Aku pun kena tidur awal, esok nak bangun pagi, nak kerja kat apartment MamatGQ pulak.