Monday, October 15, 2012

Jumaat01082008


MamatGQ tengah mandi masa aku sampai tadi so aku kemas-kemaskan apa yang patut sebab dia nih, macam orang kaya yang lain, mandinya bukan main lama lagi. Aku, masa kemaskan bilik air dia, selalu fikir, berapa lamalah agaknya diaorang mandi, basedkan on lotion, cream, shampoo, apa tah lagi yang kat shelve kat bilik air tuh. Bertitiran. Sepuluh kali aku mandi, baru sama dengan sekali diaorang punya mandi, lama nya. 

"What are you thinking?", kata MamatGQ bila keluar dari bilik air, aku dah duduk kat sofa masa tuh. Dia tahu aku tak suka dia tanya gitu, itu yang dia gelak kan aje, aku tak jawab apa pun, aku pandang dia gelak-gelak jugak. 

"Any plans for the weekend? What movies are you going to watch?", dia tanya aku sambil-sambil dia pilih baju seluar yang nak dipakai. 

"No movies this weekend, I've seen them all. The Mummy most probably, they (David/Hal) like all those films, Asian movies, Asian stars, Jackie Chan, Jet Lee", aku jawab gitu.

"That's cool", kata MamatGQ.

"No, I'm not at all into that kind of movies, I don't like Chinese movies. Lucky Michelle Yeoh's in it, she's a Malaysian", aku kata lagi. 

"She is? I know nothing about Chinese movie stars", kata MamatGQ. 

"What are you doing later today?", ayoo, tak habis-habis MamatGQ nih tanya apa aku nak buat. Aku nih manalah berplan orangnya kan?

"Go for lunch then I'll probably go to the library if I have the time", aku tak beritahu pun aku nak ke Jackson Heights nak Sembahyang Jumaat.

"What's you favorite foods?", dia tanya lagi. 

"I can't think of any but I go to Thai restaurants like 4 times a week", aku jawab lagi.Dia gelak kat aku bila aku kata yang aku selalu ke Thai restaurant bukan sebab aku suka Thai foods, tapi sebab lain. The same principle lah dengan orang yang suka pergi fishing tapi bukan sebab nak kan ikan sangat pun. Atau, orang yang suka pergi tengok wayang, tapi bukan sebab nak tengok wayang sangat pun, mungkin sebab nak tidur kat panggung (sebab filem tuh memboringkan).

"You are always different, not weird, but different", kata MamatGQ tuh. 

"You still blogging, Joe?", tanya dia. 

"Oh yeah", laju aje aku jawab. 

"I'm so curious to know what are you blogging about. One of these days you have to let me know your blog address", kata MamatGQ.Aku senyum aje, saspen pun ada jugak. 

"How long have you been writing?", apa kena nya MamatGQ nih harinih, kata aku dalam hati.

"Almost 4 years now, I started writing 22nd September 2004", aku kata lagi.

"That's my birthdate Joe, Septpember 22nd!", macam terkejut aje MamatGQ tuh.

"I knew that", aku tak terkejut pun sebab minggu lepas, masa dia beritahu birthdate dia, aku dah terperasan dah. 

"So, what's your blog address?", kata MamatGQ masa dia kat pc, sesambil check email, sesambil minum blueberry juice sama aku. 

"You don't have to know", aku kata gitu.

"What? I don't have to know?", aku tak tahu lah samada dia sentapz ker apa tapi aku rasa dia tak payah tahu, lagipun blog aku kan ker in Malay?.

"I always think you are an interesting guy, Joe. The way you talk, what you do, the way you carry yourself, there's always something interesting behind your every move", tu dia, tak aku sangka pulak MamatGQ tuh akan cakap gitu. Selama ini aku ingatkan dia macam kawan biasa aje. Best sangat ker aku nih? Ekekekekkeke

"Do you have a girlfriend Joe? Don't you want to be loved?", I was glad dia tukar topik, tapi apa pasal tukar topik itu pulak?

"I have very low self esteem Carter, I know who I am. I just want to live my life without any expectations, Carter", I wish I could tell him more tapi tak nak lah nanti dia tahu kelemahan aku.

"Go out there, make yourself available, Joe!", kata dia. 

Patutnya aku tanya dia pulak pasal dia punya love life, pasal dia punya life in general, tapi, aku tak pernah pun tanya dia pun pasal kehidupan dia. I almost tanya dia pasal HIV+ dia tuh tapi takut dia terasa hati pulak. Aku takut dia takut aku tertakut. Aku tak takut pun sebenarnya.

Then dia beritahu pasal schedule kerja minggu depan, dia suruh aku datang either Rabu atau Khamis sebab kawan dia dari Canada nak datang malam hari Khamis. "He'll be sleeping on the floor", keras aje dia cakap, sambil tunjuk kat lantai, kat carpet. 

Ekekekkeke, I wasn't born yesterday lah, cuba-cuba nak menipu aku MamatGQ nih kononnya. Macam lah aku tak tahu kan? Dia kata, kawan dari Canada, lelaki kononnya. Aku tahu, sure awek dia S tuh. Dan tak kan S akan tidur kat lantai, kan? Terus fikiran jahat aku fikir apa korang nak tahu? Aku fikir, aku nak bilang berapa condom yang ada kat beg kecik dia tuh, then nanti aku nak tengok, berapa yang ada belen. Ekekekekke, jahat aku kan? 

Aku mulanya kata nak datang Khamis sebab hari tuh aku off, dia tak kasi aku datang sebab dia nak aku betul-betul rest on my day off tuh, so aku kata aku akan datang Wednesday. So, minggu depan sehari aje lah aku kerja kat apartment MamatGQ tuh. Mintak-mintak adalah dia buat diary entry nanti tuh, sure syok baca kisah cinta tiga segi dia tuh gamaknya. Entah-entah S akan pindah New York, entah-entah S akan duduk sama MamatGQ tuh. Mamposlah aku, sampai kat sini aje lah nanti gayanya kot aku kerja kat apartment MamatGQ tuh nanti.

Dia nak cepat pergi kerja harinih agaknya itu yang pukul 9 lebih aje dia dah siap ready, dia tinggalkan duit sikit tapi aku ambik duit tuh, aku masukkan dalam pocket jeans dia. Malaslah aku ambik kesempatan pulak kan? Aku nih sensible, baik orangnya so I'm going to stay that way. Lama aje kitaorang berlaga fists, MamatGQ tuh tonyoh-tonyoh fist dia, aku gelakkan ajelah. Deep down aku rasa best aje sebab dia dah jadi macam kawan baik aku aje walaupun kitaorang cuma jumpa a few hours aje seminggu. Dan aku rasa aku macam boleh tahu apa pasal aku boleh jadi close dengan MamatGQ tuh, dan dia pun boleh ngam dengan aku. Sebab aku rasa, walaupun aku nih hidupnya macam melukut di tepi gantang, tapi sebenarnya aku nih hampir satu level dengan dia. Aku nih bagai ular yang menyusur akar aje lah gayanya, walaupun aku tak boleh menyusur di permukaan tanah. Macamana pun, bisa aku tetap tak akan hilang. 

"I'm still curious about your blog Joe, are you writing about me? It better be good, Joe. It better be good!", kata dia masa aku nak tutup pintu, sebab dia dah nak pergi kerja. 

Aku tak pandang pun dia tapi aku macam tersentapz jugak. "Oh shit!, kata aku dalam hati.

"Well, I......errrr....", aku rasa macam nak come clean lah pasal blog entries aku, aku tak nak lah dia ada rasa cuak dengan aku tuh kan? At least aku nak beritahu yang aku ada tulis sesikit pasal dia, dan I'm very very protective kalau dengan orang yang rapat dengan aku, tapi sebab dia dah nak pergi kerja, aku takut dia terlambat pulak. 

"Some other time", aku sengih aje lah.

"But why? Why not now?", dia tanya aku sambil senyum-senyum. Kesian aku menengoknya, dia nih tak ada kawan sebab dia ada HIV ker, sampaikan dengan aku pun nak buat jadi kawan best aje, kata aku dalam hati.

"No, no, no, not today", aku jawab serious aje, sambil tutup pintu. 

"Ok, I will hold you to that!", kata dia sambil tunjuk telunjuk kat aku.

"Alright....Now go! I'll see you next week then", terus aku tutup pintu. 

Lepas dia blah aje, terus lah aku buat apa-apa yang patut, sambil fikir, alangkah best nya kalau aku dapat ramai member macam MamatGQ tuh. I want to be surrounded by beautiful people like him, sebab aku percaya yang aku nih walaupun gini gayanya, tapi aku nih beautiful jugak on the inside. Agaknya lah. 

Laju aje aku kerja, aku tak nak buang masa sangat sebab by 12 aku nak blah ke Jackson Heights, nak ke internet cafe sekejap sebelum Sembahyang, entah pasal apa aku rasa macam MamatGQ nak google nama aku aje, aku kena pasti kan yang bila dia google nama aku, tak ada apa yang keluar, ekekekkeeke. 

Itulah aku nih, aku tak pernah expect pun yang aku akan jadi ngam dengan MamatGQ sampai begitu sekali, itu pasal aku tulis kisah dia, aku gelak-gelakkan aje pasal cock ring dia, pasal condom dia, pasal benda-benda tak senonoh gitu. Patutnya aku lebih jadi protective lah kan kalau member baik? Ini tidak, aku kutuk-kutuk lagi. Insaf lah aku jadinya, aku tak nak lah memalukan member aku dah, aku nak tulis yang baik-baik aje pasal dia nanti. Sebab dia kawan baik aku. 

When I look back upon my life
It's always with a sense of shame
I've always been the one to blame
For everything I long to do
No matter when or where or who
Has one thing in common, too
It's a, it's a, it's a, it's a sin
It's a sin
Everything I've ever done
Everything I ever do
Every place I've ever been
Everywhere I'm going to
It's a sin

[Pet Shop Boys - It's A Sin]