Korang ingat dak cerita pasal aku marahkan Nenek Rewel masa kerja kat KFC di Atlantic City, lebihkurang setahun setengah yang lepas rasanya tuh? Yang aku jadi macam hero aje sebab berani marah dan maki kan Nenek Rewel tuh yang budak-budak Indo yang kerja kat situ, takut nak bersuara, yang sangguplah diaorang bertahun-tahun menjilat taik palat masam Nenek Rewel tuh.
Lepas tuh Nenek Rewel berubah sikit jadi nya kan? Only a few days later dia panggil aku "That Fucking idiot", yang terus buat aku berhenti kerja.
Korang ingat lagi dak cerita tuh?
Exactly macam itulah aku marah dan maki Hal hari Khamis July 3rd tuh. Only kali ini lebih teruk. Only this time aku lebih berani, aku lebih lantang, aku lebih kurang ajar. Only because aku tahu yang Hal tak boleh kata apa, only because aku tahu yang Hal banyak salah, only because aku tahu yang aku dah tak boleh nak bendung-bendung dah apa yang aku senyapkan aje selama ini. Memanglah nampak macam kurang ajar, tapi kat Amerika nih kita tak bolehlah buat style Melayu sangat kan? Kat sini, maki aje sapa-sapa, tak kira umur.
Yang aku marah sangat tuh bukan apa, dia anggap aku macam bebudak, semuanya nak ditanya, disuruh, macamlah aku baru sehari dua kerja jaga dia tuh. Itu yang buat aku terbakar sangat tuh. Sebenarnya ada lah dua tiga benda yang buat aku mula naik bengang hari tu tuh tapi yang dia tanya samada aku dah basuh tangan atau belum, itu yang buat aku berbulu sangat tuh. Aku nih penyabar jugak orangnya tapi up to a point lah kan? Bila dah naik angin tuh, aku tak peduli apa dah, aku hamput jer sapa-sapa.
Bila aku kata yang aku suruh dia cari orang lain aje tuh, tak terkata apa lah Hal, asyik-asyik dia kata, " Joe Joe Joeeeeee". Lepas habis satu ayat, aku ke living hall, then aku ke dapur semula, aku lupa lah apa yang aku cakap tapi gitulah, sekejap ke dapur, sekejap aku ke living hall.
Banyak kali dia mintak maaf, aku kata yang dia tak ada apa nak mintak maaf dengan aku, dia tak ada salah dengan aku, cuma aku tak suka perangai dia. Dah 4 bulan aku kerja sama dia, dah banyak yang aku simpan dalam hati, so hari tuh aku keluarkan satu-satu. Dia sebenarnya tak perasan pun yang aku selama ini banyak tak berkenan dengan cara dia.
"What do you want me to do Joe? You want me to kiss your feet? I would if I could", kata dia gitu. Selalu tengok Jerry Springer Show kot dia nih, sampai nak cium kaki orang. Lagi lah aku berani nak maki dia.
Makin lama aku makin cool, aku tak jadi marah sangat dah, tapi aku rasa itu aje peluang aku nak menyedarkan dia, sebab semakin lama semakin aku tahu yang dia nih memang tak tahu pun yang selama ini, aku dan caregiver yang sorang lagi tuh, tak berkenan dengan cara dia layan kitaorang.
Aku tetap kata yang aku nak berhenti kerja aje lah sebab aku tak rasa aku sesuai buat kerja jaga dia tuh, sebab "he'll never change".
"Don't do this to me Joe, you know I need you the whole of next week", kata dia. Minggu depannya (minggu 6-13 July) kan ker Chris, caregiver yang sorang lagi tuh, akan cuti seminggu, so aku kena kerja dari pagi sampai malam. Aku pun siap cucuk dia lagi, aku kata yang Chris pun tak suka dengan cara dia tuh (ingat dak yang satu hari tuh aku ada sembang dengan doorman yang aku bayarkan minuman dia, doorman tuh cerita kat aku yang Chris pun selalu mengadu kat dia pasal Hal). *Mamposlah jadi macam Anwar Ibrahim pulak aku nih, seret nama orang lain ke kancah pergolakan* Ekekekekeke. Nak hidup geng, kena lah berfikiran luas sikit kan?
Dah lah, malas dah aku cerita pasal aku maki Hal tuh, tapi aku puas hati sangat, rasa lega betul lepas tuh. Aku fikir, kalaulah Mak aku tahu, sure dia akan kata, "Ha, tengok tuh, itu anak jantan aku!".
Dan walaupun aku kata aku nak berhenti aje, tapi aku tak sampai hati lah kan? Sebab, lama-lama aku kesian kat Hal tuh. Sebab aku tahu, memang susah dah diaorang nak cari caregiver yang lain. Dan, walaupun aku guna bahasa kesat, maki hamun dia, tapi dia tetap suruh aku lupakan semuanya. Ayat paling teruk yang aku guna, macam nih, "In that case you need another wheel chair then. For your brain!" Ekekekeke, Jahat sungguh mulut aku kan?
---------------------------------
David balik lambat sikit malam tuh tapi bila dia balik aje, terus Hal masuk ke bilik. Tak lama lepas tuh aku dengar David marah-marah Hal. Aku tak rasa Hal cerita semuanya kat David tapi aku pelik apa pasal David marah sangat.
"What's going on here?", aku tanya diaorang bila aku dah macam bosan aje mendengarnya diaorang asyik bertekak. Aku tahu, diaorang bising pasal David kata dia ingatkan Hal dah discuss dengan aku pasal schedule kerja aku minggu depannya tuh (minggu 6-13 July). Itu satu hal lagi yang buat aku bengang dengan Hal. Dah banyak kali aku tanya dia, tetaplah dia kata dia kena tanya David dulu. Nak decide itu pun tak reti Hal tuh, lemah sungguh orangnya.
"What's the problem, I've already told him", aku kata kat David. David pandang Hal, then dia pandang aku.
"I think it's fair, I'll be here in the morning, until whatever time you want me to be here. Tuesday and Thursday I need to get off at 4 pm", aku kata gitu. Aku dah discussed dengan Hal ituhari yang hari Selasa sama Kamis aku terpaksa balik awal sikit sebab aku nak ke apartment MamatGQ tuh. Aku rasa fair sangatlah sebab kena lah ada give and take nya kan?
"But it's a very long hours Joe, 12 hours a day, can you handle that?", David tanya aku.
"It's only for 3 days, right? Monday, Wednesday and Friday", aku kata gitu. Aku terbayang jugak, macamanalah aku akan kerja nanti, selama 12 jam aku akan sama Hal, mamposlah aku.
"I always tell Hal how lucky we are to have you Joe", kata David, sambil pandang Hal yang dari tadi, senyap aje.
"Why didn't you tell me that, Hal?", aku tanya Hal sambil gelak-gelak.
"You didn't tell him Hal?", David pulak pura-pura tanya Hal.
"No, never!", aku kata gitu sambil gelak-gelak.
"But you know we like you here, right?", David pulak tanya aku. Aku jadi macam gabra aje, ker Hal ada beritahu dia pasal aku gaduh sama dia tuh ker?
"This is weird, did you tell him anything Hal?" aku serious aje tanya Hal, tapi dia kenyit mata, dia kata dia tak cerita apa-apa kat David.
"You like it here, right? You like working with us, right Joe?", David tanya aku. Serba salah aku nak jawab. Dia ada dengar ker aku bertekak dengan Hal tadi tuh, fikir aku dalam hati. Mungkin dia ada terdengar agaknya sebab aku perasan yang orang boleh dengar dari luar kalau bercakap kuat kat dalam apartment tuh. Nak kata aku suka kerja kat situ, sure Hal akan kata aku bermuka-muka sebab baru beberapa minit tadinya kitaorang berperang besar kan?
"We like you here, you are quiet, nice to be with, very easy. And fun, very fun guy", kata David.
"Still no answer!", kata dia lagi.
"What?", aku tanya dia.
"You still have'nt answer' me Joe. I asked you a very simple question, do you like working with us?", kata David lagi, macam annoyed aje dia walaupun dia gelak-gelak.
"Well....the guy I work for, he always asks me how my weekend was, how I was doing, stuff like that. And I always tell him that my weekend's boring, my life in general is boring. So I asked him not to repeat the same questions", aku jawab gitu, cuba nak alihkan topik.
"So what was your answer?", tanya David. "Oooo, weekends you are with us, right? That means we are boring H*l, kata David sambil pandang Hal. "He doesn't like us Hal", kata Dav*d lagi.
"I sense something weird here, why are you hitting hard on me tonight?", aku tanya David.
"I'm not hitting you hard, I'm just asking if you like it here, I've asked 3 questions but still no answer from you. Isn't that something?", kata David.
Aduh, terperangkap aku dibuatnya, aku asyik pandang Hal aje, aku rasa dia ada beritahu David apa-apa nih, tak pernahnya David tanya aku seteruk itu sebelum ini.
"Who's more fun to work with. Us or that guy?" David tanya aku. Maksud dia MamatGQ tu la.Aku dah lama dah perasannya yang David nih macam jeles aje dengan MamatGQ tuh, selalu jugak dia macam sindir-sindir aku pasal MamatGQ tuh.Tapi aku tak terasa hati pun, kalaulah Hal yang sindir aku gitu, sure aku dah lama naik anginnya kan?
Tapi, aku nih memanglah pandai orangnya, memang nak cari jalan keluar aje. So aku ceritalah pasal MamatGQ tuh masa dia pergi Israel dia ada janji nak belikan aku something tapi dia tak beli apa-apa pun.
"We are better, Hal", kata David. Diaorang masa pergi Cape Cod dulu ada lah kasi aku beg sebijik, aku tak pakai pun sebab beg tuh kecik aje, beg free pulak tuh, yang diaorang dapat dari hotel tempat diaorang tinggal tuh dulunya.
Lama lah kitaorang sembang-sembang sambil gelak-gelak gitu, aku dengan David aje lah, Hal tak kata apa-apa pun, dia tengok aje. Agaknya dia terfikir yang apa aku seranahkan tadinya tuh semuanya betul belaka. I get along fine dengan David, tapi dengan Hal tuh susah nak cakaplah, dah puas aku cuba tapi tak masuk gak.
So gitulah, kesimpulannya, Hal dah janji yang dia tak akan cocky sangat, dan minggu depannya (6-13 July) aku akan kerja dari pukul 8 pagi sampai 8 malam, Isnin, Rabu dan Jumaat. Selasa dan khamis aku kerja dari 8 pagi sampai 4 petang aje sebab aku nak ke apartment MamatGQ tuh pulak. Itupun nasib baik MamatGQ setuju aku datang kerja di sebelah petang. Mulanya dia kata aku tak payah datanglah kalau sibuk, tapi aku kata aku look forward kerja kat apartment dia sebab it takes my mind off of ketidakseronokan kerja jaga Hal tuh.
Aku tak tahu lah macamana aku nak handle kerja selama 12 jam setiap hari, perjalanan pergi balik dah 3 jam kan? Dah lah laptop aku rosak nih, macamana nak buat? Tak apa lah, aku akan berhenti buat update untuk seseminggu (walaupun aku akan tetap ke cyber cafe barang sesejam dua setiap hari) dua lah nampak gayanya nih. Tak apa, seminggu aje aku akan kerja bertungkus lumus gini nih, nanti minggu depan aku nak tengok konsert Bon Jovi. Lepas tuh film MammaMia akan mula dimain kat Amerika pulak kan? Tak sabar tuh nak tunggu. Then minggu seterusnya, mungkin aku nak tengok konsert George Michael pulak. At least aku ada 3 benda yang aku look forward to.