Monday, October 15, 2012

Isnin25082008


Isnin. Hari baru. Minggu baru. Aku pun ada plan baru. Bukan apa sangat pun, plan aku, minggu nih aku nak memasak. Nak berkecimpung di bidang masak memasak lah pulak. Seingat aku, dah 6 bulan lebih aku tak memasak, asyik makan kat luar aje. 

Sementelah lah aku banyak masa free minggu nih, itu yang aku nak cuba memasak tuh. Iyalah kan, Berto tak ada nak ajak main badminton, MamatGQ tak ada, walaupun esok aku nak ke apartment dia, nak bersihkan lantai apartment tuh. Dah lama dah sebenarnya aku berhajat nak memasak nih, tak pernah berkesampaian. Malas tu lah. Aku fikir, makan kat luar lagi best, lagi mudah. 

Dulu aku ada periuk belanga, tapi tah ke mana dah semuanya tuh. Pinggan mangkuk pun tah ke mana-mana dah, sebab dulu aku nih jenis malas membasuh, lepas makan biarkan pinggan tuh kotor sampaikan bila nak cuci, kotoran tak mau tanggal. So aku buang aje lah. Alah, pinggan yang sedollar sekeping tuh. Teruk kan aku nih Dear Diary, malas sangat orangnya. Tak apa lah Dear Diary, hari ini aku nak rajinkan diri, aku nak memasak. 

So, pagi-pagi, lepas buat excesice sesikit, aku pun keluar. Mula tuh aku pergi hantar baju/jacket yang aku beli semalam tuh, nak kasi pendek sikit dalam seinci gitu, bahagian tangan. Tangan baju tuh panjang sikit, tak best lah kalau pakai nanti sebab jacket tu kan ker mahal dan lawa, aku nak lah pakai biar betul-betul elok. Biar lebih lawa dari mannequin tuh. Nak alter lengan tu aje pun kena $20, dekat sama harga jacket tuh. 

Lepas tuh aku ke kawasan Chinatown lah pulak, ke kedai pinggan mangkuk. Aku pakai rembat aje, periuk, kuali, mangkuk, pinggan, senduk. Tapis pun aku terrembat sekali ekekekeke. Nak buat apa pun aku tak tahu tapis tuh, ambik ajelah, biar ada gaya sikit nak memask kan, semuanya cukup. 

Lepas tuh masuk kedai jual ikan, tapi sebab pagi sangat lagi, memang belum ada ikan yang fresh. Baki yang semalamnya adalah, so aku tengok-tengoklah kotak ikan yang disusun bertingkat-tingkat kat kedai tuh. Mulanya aku nak beli salmon, tapi tiba-tiba aku nampak kat kotak sebelah tuh penuh dengan katak. Besar-besar kataknya. Ya, geli geleman aku dibuatnya, terus aku blah. 

Masuk kedai lain pulak, beli udang sekilo. Then pergi cari bahan-bahan lain pulak, bawang, sayur, santan, benda-benda gitu lah. Tak ada pulak rempah kari, so aku cadang nak balik aje lah sebab dah sarat barang aku bawak tuh. Tak jauh dari rumah sewa aku ada kedai India, kat situ ajelah beli kari nanti. 

Masa aku nak ke street menghala ke rumah sewa, aku nampak ada awek Cina nih tengah terlari-lari. Pakaian nya bukan main lagi, t-shirt ketat aje, so nampak jelaslah tetek dia tenggelam timbul gitu masa dia lari tuh. Sebijik (dua bijik?) macam cupak hanyut ekekekeke. Bila aku cam kan amoi tuh, rupanya dia lah one of the tukang guntings kat salon Cina Malaysia tuh. So sembang-sembang sekejap dengan dia. Sekejap tak sekejap lah, last nya aku tersampai ke salon diaorang tuh. Tak ada orang pun lagi, masing-masing (5 orang) tengah lepak menunggu customer, masing-masing siap kaki atas meja. Sebijik macam pelacur kat Chow Kit yang tengah tunggu pelanggan aje gayanya. Diaorang suruh aku potong rambut sebab dah dua mingu dah aku tak ke situ, nasib baiklah aku banyak barang so aku kata minggu depan ajelah aku datang. Best jugak sembang-sembang dengan those AhSo/Amoi, aku rasa macam diterima aje. 

Rasa macam nak give up, rasa nak batalkan niat nak memasak, bila aku teringat yang aku kena keluar lagi untuk kali ketiga, sebab nak beli nasi putih. Malaslah aku beli beras sebab aku percaya yang kalau aku beli, sure aku guna dua tiga kali aje beras tuh nanti. Selebihnya, sure aku biarkan jadi melukut di tepi gantang aje nanti tuh.

Tak apa lah, aku kena kuatkan semangat, bukannya senang nak memasak nih. Kalau senang, sure dah hari-hari aku memasak. 

Bila semuanya dah cukup, mulalah aku memasak. Senang aje rupanya, express gitu, tak sampai setengah jam siaplah kari udang aku. Ada ker orang masak kari udang taruk terung? Aku tak taruk santan, instead aku taruk susu. (Benarnya aku tak ada pembukak tin santan, nak pergi beli malas pulak. Pisau tuan rumah tah kat mana dia simpan)

By the time kari udang aku siap, aku dah jadi kenyang. Sebab asyik meratah udang tuh aje, lepas tuh, asyik nak merasa kuah kari tu aje kerjanya, takut masin lah, takut pedas sangatlah lah. Aku kasi 10 out of ten, memang sedap pun kari udang aku tuh, semua rasa ada. Manis, pedas, lemak, dan karinya berbau kari India. Lepas tuh berlari kejap ke restoran Cina kat sebelah, beli nasi putih. Dah lama rasanya aku tak makan selahap tadi, penangan masakan hasil kerja tangan sendiri. 

Lepas pada tuh aku bersemangat nak memasak lagi, cuma aku tak tahu apa nak dimasak. Rabu nanti lah kot aku masak lagi sekali, kali nih nak masak dua masakan pulak. Memang, aku janji dengan diri sendiri yang minggu nih aku tak nak makan kat luar pun. Even esok masa pergi kerja kat apartment MamatGQ tuh, aku nak bawak bekal nasi, sama lauk kari udang yang aku masak tuh. 

Aku keluar kerja lewat harinih, dah dekat pukul 3 baru aku blah. Since David off harinih, aku pun banyaklah rileksnya pasal Hal tak banyak songeh sangat, dia asyiklah sembang dengan adik dia tuh sesambil tengok tv kat bilik dia. Khamis nih dengar ceritanya bekas bini Dav*d sama anak dia nak datang dari Louisiana. Baru minggu lepas diaorang datang New York, nak datang lagi?