Monday, October 15, 2012

Selasa12082008 (ii)


Dear Diary, 

Aku baru balik kerja nih. Harinih, Selasa 12 hb, aku tahu yang entries Jumaat sampai Selasa pagi tadi aku belum tulis tapi aku nak tulis yang ini dulu lah. Lepas entry nih, baru aku tulis entries lepas-lepas, ok? Tak ada apa sangat nya pun Dear Diary, cuma kisah hujung minggu, sama dengan cerita masa aku kerja kat apartment MamatGQ pagi tadi.

Kau tak sabar nak tahu kan? Aku pun sama lah Dear Diary, rasa macam syok pulak bila pergi kerja kat apartment MamatGQ tuh, ada aje benda yang buat aku fikir, dan sepanjang aku kerja tuh kan Dear Diary, aku rasa tenang aje, aku selamba aje buat kerja, tak tengok jam pun sangat. Nanti lepas nih aku cerita, ok? Kau sure nak tahu yang aku ada bilang dak belen condom dia tuh kan? Ekekekekeke.

Dear Diary, 

Aku kata aku baru balik kerja kan Dear Diary? Tak jugak sebenarnya. Patutnya aku dah sampai lama dah kat rumah tapi aku cadangnya nak tengok wayang tadi tuh Dear Diary. So lepas kerja tadi aku ke 14th Street lah, nak tengok satu filem British nih, Boy A tajuk dia. Kalau ikutkan sinopsis, memang depressing habis film tuh, cerita sedih gila, aku dah tengok trailer kat Youtube pun, memang cerita sedih. Kau tau lah kan Dear Diary, yang aku nih memang gila filem-filem British, ada Scottish accent pulak tuh, bertambah gila lah aku jadinya nak tengok kan? 

David ada jugak kata kat aku yang dia tak nak tengok film tuh sebab itulah, depressing sangat gayanya. Aku jawab lah, aku kata, "I like to watch depressing movies sometimes, it makes me feel good". 

Ahad lepas aku dah pergi dah ke area panggung tuh tapi tak jumpa, itu yang tadi tuh aku bertekad yang lepas kerja aje aku nak pergi cari panggung tuh. Kat Amerika nih, kat New York maksud aku, sebab banyak panggung, filem-filem indie gitu dimainkan kat satu panggung aje. So, janganlah harap nak tengok kat panggung lain, memang tak ada, terpaksalah ke panggung tuh. 

Wayang tuh main pukul 10-05 pm tapi aku sampai dalam pukul 9, sebab aku habis kerja pukul 8-30 pm, terus aku ambik F train ke 14th Street tuh.Senang aje nak cari panggung tuh rupanya, so sementara tunggu wayang nak mula, aku round-round lah kat Fifth Avenue, kat 14th Street jugak. Cadangnya nak makan, tapi semua restoran/deli, semuanya penuh orang. Malu lah aku nak masuk kedai yang penuh orang gitu, sebab aku sorang-sorang kan Dear Diary? So tak makan lah aku, tak apa lah, bukannya lapar sangat pun. 

Dear Diary, 

Aku lalu balik semula kat depan panggung tuh, dalam 9-30 pm gitu, aku tengok, ramai couple muda-muda, dan a few groups of budak-budak muda yang tengah lepak-lepak, sure nak tengok wayanglah gamaknya. Ada dua films aje yang ditayangkan pukul 10-05 pm tuh, cerita Boy A tuh, sama satu lesbian/gay-themed movie, Tag Dog ker Dog Tag judul dia. Aku rasa macam malu pulak nak ke panggung tuh sebab, iayalah kan, aku sorang-sorang, orang lain semuanya duaorang tigaorang. Takut pulak nanti diaorang ingat aku nak tengok filem yang lagi satu tuh kan Dear Diary?

Lepas tuh kan Dear Diary, kau tahu aku fikir apa? "I can't do this", kata aku dalam hati. Ha ah, aku kata gitu dalam hati aku, Dear Diary. Aku jadi tak sanggup nak beratur kat panggung tuh, aku rasa macam kesian sangat kat aku yang sorang-sorang sedangkan orang lain semuanya berkawan-kawan. Aku jadi macam depressed gitu, jadi bodoh aje, jadi down. Aku nih gitu lah Dear Diary, bila banyak sangat taik palatnya, aku mudah jadi down, rasa depressed gitu.

Terus aje lah aku blah, Dear Diary. Aku ke subway, at least kat subway tak ada lah terasa sangat kalau sorang-sorang kan Dear Diary? Aku nak balik aje lah, kat rumah, at least aku boleh online, aku boleh sembang-sembang. Buruk-buruk pun diaorang yang kat online tuh kan Dear Diary , at least diaorang kawan aku kan? Ekekekekeke

Ha, Dear Diary, kau tengok tuh, aku, bila sebut aje perkataan kawan, aku dah boleh gelak-gelak. Tak apa lah Dear Diary, tak pun aku tidur aje lah, I'll be okay in the morning kot.