Malam ini masa online kat internet cafe, aku sibuk sikit. Ada dua benda buat aku sibuk. Satu tuh pasal ada satu kerja nih, yang aku rasa aku nak cuba lah. Ada this one executive kat Upper East Side, dia nak kan assistant/housekeeper for the weekend, yang boleh kerja di sebelah petang. Just nice lah untuk aku kan?
Aku fikir, lepas kerja kat apartment David/Hal, aku boleh bergegas ke apartment Mamat tuh, kerja for like 4 hours, for 2 days. Elok sangat lah tuh kan? Mulanya aku rasa tak boleh buat aje tapi bila difikir balik, kerja kat apartment David tuh bukannya susah apa pun kalau weekends, takat temankan Hal aje. Biasanya kalau tak keluar ke mana, temankan dia tengok tv, diaorang suka jugak tengok family-oriented made-for-tv movies.
Dan apartment mamat tuh pun kat laluan subway train yang aku naik aje, so tak lah buang masa sangat kan? Maknanya jugak, tak dapatlah aku merayau mana-mana weekends, tak apa lah, aku masih ada 3 weekday mornings yang free, yang boleh aku gunakan untuk urusan-urusan perempitan kan? Dua pagi aku kerja kat apartment MamatGQ kan? Tu dia, nanti dah tua-tua (InsyaAllah), kalau aku terbalik Malaysia (InsyaAllah), aku akan slow aje cakap kat orang, "I had to work 3 jobs to survive New York".
Mana yang kata aku asyik tengok konsert aje kerjanya, tengok wayang aje kerja nya. Sapa yang cakap gitu tuh? Meh, nak aku calat kan sorang-sorang! Ha, nih aku nak kerja lagi satu tempat nih, cakaplah "Ish, asyik kerja jer Joe nih kerjanya".
Oh yes, minggu lepas aku dah beritahu tutor Spanish aku yang aku dah tak nak sambung belajar dah sebab aku sibuk. Sibuk mencari duit kaedahnya. Cari duit untuk beli tiket konsert to be exact, ekekekekekeke. So, sampai Bab 10 ajelah kelas Spanish aku, tengoklah nanti kalau ada semangat balik, aku akan cari tutor yang lain. Itupun kalau aku ada masa lah kan, mana tau aku sibuk nak kerja aje.
So gitulah, InsyaAllah start dari minggu depan atau minggu satu lagi, aku akan buat 3rd job, kerja kat Upper East Side tuh. Macamana pun Mamat tuh nak interview aku dulu tapi aku percaya yang dia sure akan ambik aku, dia dah kasi hints banyak dah yang dia nak ambik aku. Yang nak interview tu pun aku yang mintak sebab aku kata, ada baiknya aku pergi jumpa dia dulu, diskuss apa yang patut.
So, akan penuhlah aktiviti aku nampak gayanya nih, akan banyaklah cerita kot nanti. Bosan jugak asyik cerita pasal aku, pasal David/Hal kan? Cerita pasal MamatGQ pun banyak nih, tak terkejar rasanya nak tulis entries.
Yang keduanya yang buat aku tersibuk, aku terperasan yang Sting/The Police akan buat farewell concert kat Madison Square Garden 7 Ogos nanti. Tak diadvertisekan kat website pun sebab nak beli tiket tuh macam kena buat donation sebab concert tuh sempena kutip derma dua radio/tv stations, kalau tak salah aku. Since by invitation and donation only, nak beli tiket kena guna credit card, mana lah aku ada kan? So, aku terpaksa beli dari orang lah tiket tuh, yang kebanyakan tiket untuk show di Madison Square Garden, dah sold out.
Macama pun aku percaya, berkat usaha aku nanti, aku akan dapat tiket tuh gamaknya. Ini last concertlah kot sebelum konsert Madonna bulan 10 nanti, aku janji tak nak tengok dah konsert lain. Celine Dion nak buat show nanti, aku tak minat sangat dia nih. Sarah Brightman punya show pun lambat lagi, itu aku tak nak janji lah kan?
Ok, itu aje update pasal hari ini.