Nasib baik hari nih ada aktiviti, kalau tidak, mamposlah aku. Sekarang nih, dari sehari ke sehari, semakin muak pulak aku nak pergi kerja. Aku selalu fikir, what's there to look forward to dalam hidup aku nih sebab setiap hari aku buat benda yang sama, setiap hari aku kerja.
Duit? Tak pun. Puas dah aku cuba buat-buat suka kerja di apartment David/Hal tuh tapi tetap aku rasa tak suka. Rasa macam dalam penjara jer aku nih kadang tuh. Walaupun kerja cuma 4 jam sehari tapi the thought yang aku kena kerja hari-hari tuh yang buat aku hilang semangat.
Harinih kitaorang ke apartment nenek diaorang for lunch. Kali kedua aku ke sana, kali pertama dulu masa nak celebrate her 104th birthday. Respect gila aku kat nenek tua tuh, walaupun penglihatan, pendengaran dia dah kurang tapi petah sangat bercakap. Aku sama Hal dengar aje dia bercerita kisah-kisah masa lampau dengan David. Ada lah dalam 3 jam kitaorang di apartment tuh, balik pun just in time untuk aku buat apa-apa yang patut sebelum habis kerja.
Aku turun kat Times Square sebab dah lama dah tak buat kerja-kerja merayap gitu tuh, dah berminggu-minggu. Tapi, sempat seround aje aku terus cari subway nak balik rumah. On the way tuh aku dapat call dari tuan rumah, dia kata ada orang cari aku. Rupanya Syed ada datang ke rumah, "Aku nggak kenal sih kerna temen kamu itu berkumis berjenggot. Dia bawak mobil, katanya mahu cari kamu, mahu sewa kamar", kata tuan rumah aku.
Terus aku tak jadi balik, aku merayap sekejap dalam sesejam gitu kat area situ. Takut jugak, mana tahu Syed tunggu aku kan? Bila aku balik, tuan rumah kasi aku note dari dari Syed, dia tulis macam nih, ""Joe, aku cari bilik, aku nak belanja engkau makan".
Mulanya rasa nak talipun dia semula tapi takut rasa malas lah pulak, kang sure aku terkesian dengan dia, sure terajak dia lepak kat bilik aku. Buatnya dia tak nak balik-balik macam dulu tuh, aku jugak yang susah kan? Lagipun dia ada kereta, sure dia dah jadi ok sekarang kan? Banyaklah susahnya nanti kalau dia ada, silap-silap aku kena tutup blog, atau pindah url macam dulu tuh.
Lepas makan kat Redang Island restaurant, lepak aje lah aku, sesambil online. Dapatlah lama sikit onlinennya sebab esok aku tak kerja pagi. Tapi, bila bukak website PeaceOneday.com sebab nak cari alamat/info pasal concert sebab cadangnya esok nak pergi beli tiket (ooppsss), terbacalah berita duka yang kata konsert tuh dibatalkan.
Peace One Day regrets to inform you that the Peace One Day concert scheduled for Tuesday, September 9th in New York has been cancelled due to the fact that Annie Lennox is unable to appear. Following an injury received while attending last week's International AIDS Conference in Mexico, Annie Lennox underwent spinal surgery to release an impinged nerve. Annie continues to support the Peace One Day organization and is still scheduled to perform at the Peace One Day Celebration at the Royal Albert Hall in London on 21 September, 2008. Peace One Day wishes her well during her recovery.