Monday, October 15, 2012

Khamis17072008


Aku, kalau hari yang aku kerja kat apartment MamatGQ, selalu aku sampai kat Chelsea tuh awal. Itu yang aku sempat pusing-pusing dulu tuh, tak nak lah aku terus aje ke apartment dia, dia belum bangun tidur gamaknya. Patutnya aku sampai 8-30 pagi tapi lapan lebih sikit aje aku dah ke sana, sesambil dia nak mandi, sempatlah sembang seseround dua.
Masa dia mandi biasanya aku buatlah apa-apa yang patut, dia keluar aje bilik air, aku terus duduk semula, aku tak pernah buat kerja depan dia. Aku macam tunggu dia keluar pergi kerja aje. Masa tuh baru kitaorang sembang benda berat-berat sikit, apa-apa lah. Since dia selalu tanya pasal kerja aku, aku ada lah tercerita pasal Hal, kisah aku marah kat Hal ituhari, pasal Hal tak kasi aku tolong Makcik (yang akhirnya mati tuh) tu pun aku cerita jugak sesikit. Iyalah, kat sapa lagi aku nak ceritakan semuanya tuh? Nak tulis kat blog biasanya lambat aku tulis. So, kat MamatGQ tu aje lah tempat aku menumpang bercerita.

Since diapun baik dan sensible orangnya, itu yang aku rasa macam aku tak lah membawak mulut sangat, sekadar menceritakan pada dia, mana lah tahu dia ada benda yang nak nasihat kat aku kan?

"I wish I could just sit here have coffee with you Joe, I'm so lazy to go to work but I have to", kata dia sambil pilih-pilih pakaian untuk dipakai. Orang kaya nih kan, nak bersiap pergi kerja, punya lah ambik masa. Aku tengok, MamatGQ nih, memang dahsyat kalau bab-bab pakaian, semuanya nak match, nak nampak rapi. Mungkin sebab dia nih ex-model kan, lagipun dia nih orang berpangkat, CMO lah kata kan. Tapi, dia pergi kerja biasanya pakai jeans, jenis executive yang kena kan jeans sama blazer/suit tuh dia nih. Dia selalu tanya aku pakaian apa yang nak dipakai, aku selalu tergelak sebab aku nih sapalah kan? "No, I have to ask for your opinion Joe, I know you know", dia selalau kata gitu bila aku tak nak jawab kalau dia tanya baju mana yang dia nak pakai pergi kerja. Aku peratikan, pembersih dan kemas orangnya MamatGQ tuh, dulu aku kata dia nih pemalas, tapi tak sebenarnya, dia tak ada masa nak bersih-bersihkan semua tuh. 

Tengah kitaorang sembang tuh (lambat pulak MamatGQ pergi kerja hari nih) talipun dia berbunyi, so panjanglah dia sembang dengan caller tuh, semuanya pasal kerja. Apa yang buat aku macam curious, aku nak tahu kat mana dia kerja, apa sebenarnya kompeni dia, so dengan a few katakunci yang aku dapat dengar tuh, aku rasa aku nak googlekan aje nama dia nanti.
"You are not buying me bedsheet Joe", kata MamatGQ tuh bila aku tanya dia kat mana dia dapat bedsheet tuh, yang aku rasa aku nak ganti dengan yang baru.

"Why not?", aku tanya dia. Dia tak jawab apa pun so aku tahu lah yang dia nih jenis tak kisah punya orang rupanya. Cuma dia terkilan, kata dia lah, yang shorts dia yang baru beli tuh pun kena bleach jugak. Alamak, shorts pun rosak kena bleach?

Laundry room tutup, mesin semuanya tak boleh pakai sebab flooding kat dalam tuh. Ayoo, kat mana aku nak cuci pakaian MamatGQ tuh? Serata Chelsea tuh aku rayau cari kalau-kalau ada laundromat tapi mana lah ada yang self service, situ kawasan orang kaya, kawasan orang sibuk, manalah ada. Nasib baik ada satu dry cleaner yang baru bukak nih, yang after aku begged dengan pekerja tuh suruh siapkan sebelum 2 pm, yang sanggup cuci pakaian tuh. Yang lainnya semua suruh ambik besok petang. Mana boleh, sebab semua cadar, sarung bantal etc, semuanya kena disiapkan sebelum malam.

Sementara tuh aku kemas-kemaskan apartment tuh, bersihkan apa-apa yang patut. Aku cadangnya nak blah pukul 12-30 pm gitu tapi terpaksalah aku batalkan niat aku, tak apa, harinih aku bersihkan semuanya so esok aku tak payahlah nak buat kerja banyak sangat dah. Sempat aku pergi panggung wayang sekejap, nak buat advance booking untuk filem MammaMia yang akan mula ditayang esok pagi.

Lama nya nak menunggu pakaian siap dicuci, aku melepak aje lah kat apartment MamatGQ tuh. Sambil belek-belek buku kat rak buku, sambil sapu-sapu habuk, aku macam terbelek lah satu buku nih yang aku rasa macam buku nota dia. Buku conteng-conteng dia rupanya. Dulu ada pernah aku bukak tapi aku ingatkan dia suka menulis cerita sebab ada a few pages "cerita", yang aku tak baca pun. Then aku terbaca bab yang ada tulis, "Dear Diary.....today...." Ooooo, diary dia rupanya. 
So aku baca lah satu entry nih. Oooooo, dia nih baru putus cinta rupanya, awek dia ikut balak lain ke Montreal, Canada.

Sempatlah aku baca 3 atau 4 entries , then aku berhenti baca, macam takut-takut gitu, iyalah kan, baca personal diary orang kan? Buatnya ada kamera kat situ, mampos aku. Tapi, aku rasa, tak salah jugak aku baca tuh, aku kan ker PA dia, I need to know him better kan? Tak apa lah, esok baca lagi lah kot, kena tau jalan cerita kan, tak best lah baca sikit-sikit.