Alaaa,aku belum habis cerita pasal semalam.
Semalam, balik aje dari kerja kat apartment David/Hal, macam biasalah, aku terus ke internet cafe di depan rumah sewa aku, nak settlekan beberapa issue berbangkit. Pasal kerja kat apartment mamat yang kat Upper East Side tuh dah settle. Pasal tiket The Police aje yang belum selesai nih, tak dapat gayanya tiket nih, semuanya sold out, dan yang nak jual kat craigslist pulak tuh, semuanya nak jual in pair, mana ada orang jual tiket sekeping-sekeping gitu. Macamanapun aku akan terus berusaha sehingga ke minit-minit terakhir, ada masa lagi nih, konsert tuh 7 Ogos nanti.
Dan, sesambil tuh aku googlekan nama MamatGQ tuh, nama penuh dia. Satu, satu website yang ada nama dia aku bukak. Ish, dia nih orang besar nih, kata aku dalam hati. Banyak nama dia yang keluar kat business magazines, internet. Macam who's who dalam business world lah jugak, on a smaller scale lah. Ooo, dulu dia nih kerja kat satu giant company nih.
Then aku terclick satu url nih yang banyak gambar artis yang datang kat satu dinner pasal magazine awards ker apa tah, kat New York Marriott Hotel. Terkejut aku bila aku tengok banyak gambar-gambar MamatGQ tuh, semuanya gambar dia dengan orang yang aku tahu, aku kenal. Dengan Meryl Streep, dengan Kevin Kline, dengan Caroline Kenneddy.
Aku tenung aje gambar-gambar tuh, bukan aku tak percaya tapi sebab aku rasa macam kecik aje diri aku nih jadinya. Iyalah kan, dia orang kaya, orang hebat, tapi aku nih sapa lah kan? Then aku terfikir, oooo, ini lah gambar orang yang spendanya aku yang cuci, aku yang lipat. Dia nampak gah aje dalam gambar tuh, tapi dia lah orang yang selalu berlaga fists dengan aku tiap kali dia nak blah pergi kerja. Ini lah orangnya yang baju dia aku yang gosok, aku yang basuh, aku yang hantar kat dry cleaning. Ini lah kawan aku tuh.
Mulanya aku rasa macam bangga aje tapi lama-lama aku rasa macam rendah diri sesangat, sampai siap aku fikir yang aku tak nak berkawan dengan dia lah. Tak nak jadi kawan rapat lah maksud aku. Iyalah, jauh sangat beza nya dia sama aku kan? Tapi, itu macam bodoh aje lah pulak, dia baik orangnya, apa salahnya aku berkawan dengan dia kan? Kalau aku yang tak nak berkawan dengan dia sebab dia "orang besar", makna nya aku yang tak berapa betul nya nih. Dia ok aje nak berkawan dengan aku kan, tak ada pun dia nak brag pasal dia punya achivement selama ini. Dan aku pun tak pernah tanya dia pasal kerja dia, pasal life dia. Dia aje yang banyak tanya pasal aku.
Tapi, on second thought, aku rasa dia nak berkawan dengan aku, dan kitaorang jadi close, jadi ngam tuh, pasal aku pun ada lah kelebihan-kelebihan aku sendiri kan? Yang aku tak nampak, tapi dia boleh nampak. Ala, korang fikir lojik lah, walaupun aku kerja jadi tukang cuci rumah orang aje, tapi aku tak lah kodi sangat kan? Dah merata dunia aku pergi, on my own, with my own money, dia sure tahu yang orang bermentaliti macamana aku nih kan? Aku kan ker selalu pergi tengok konsert kat Madison Square Garden? Walaupun aku kerja cuci berak orang (Hal) aje, tapi aku tak lah kodi sangat kan? Aku kan ker suka tengok foreign and indie movies?
Dan pagi tuh bila MamatGQ tuh kata yang dia punya all-time favorite band, Depeche Mode dan terus aku kata aku suka lagu Personal Jesus, dia macam terkejut gila sebab selama ini tak ada pun kawan dia yang tahu apa-apa pasal that 80's UK boy band.
"If you like them then you must like New Order, that song True Faith", aku nih knowledgeable, aku minat music, British music of the 80s gitu.
"You never fail to surprise me Joe", kata dia. Oooo, dia nih ada sikit-sikit pandang rendah kat aku ker?
Oklah, having said all that, aku nak buat selamba aje lah berkawan dengan MamatGQ nih, to hell lah macam Antara Dua Darjat cerita P Ramlee tuh kan? Ker aku nih rendah diri sangat, low self-esteem gitu, full of insecurities? Entahlah, why am I taking myself so seriously pun aku tak faham nih - I've got my head so far up my ass I can't see straight!
----------------------------------------
"You look so serious Joe, what's on your mind?", kata MamatGQ tuh pagi tadi, masa dia kat bilik air, tengah bercukur kot. Masa tuh aku lepak kat sofa. Rupanya dia boleh nampak aku dari cermin kat bilik air.
Aku gelak aje lah, "Carter, my life's so simple I only think of 2 things everyday", aku kata gitu. Aku dah prepare nak jawab kalau dia tanya apa that 2 things are.
"Oh really, I don't think so", kata dia lagi.
"Why would I lie to you?", aku, kalau dah terperangkap nak jawab, biasanya I'll answer with a question.
Entah, aku jadi macam malas nak sembang sangat dah, aku banyak diam aje, sampai dia pun pelik.
"I'm out of here, call me if you need anything", dia kata gitu sambil ketuk payung kat bahu aku. "Ouucchhhh!!!!", aku buat pura-pura sakit, sambil pegang bahu. Terpanik dia kejap, aku tumbuk bahu dia sambil kata, "Later Carter". Kali ini dia yang hulur fist ajak laga.
We're like day and night, night and day
We are both so different in so many ways
We're like night and day, day and night
Still we know it's gonna be all right
We're like night and day, day and night
We go together just like black and white
[Night And Day - Bette Midler]
--------------------------------------------------
Tak ada kerja sangat nak buat pun sebab semuanya dah aku siapkan semalam, lagipun MammaMia start pukul 10 pagi, aku cuma ada masa setengah jam aje nak buat apa yang patut. Aku lari ke kedai sekejap nak beli container nak taruk talipinggang dia yang banyak tuh, beli barang-barang lain jugak sesikit. Aku ambik 40 dollars aje untuk beli barang tuh walaupun Carter kasi aku 100 sebelum dia pergi kerja tadi tuh.
Sempat jugak aku baca satu jonal urentry dia pasal kerja, entry biasa-biasa aje. Macam diary kita-kita jugaklah cuma lebih detail, lebih banyak pasal apa yang dia fikir. Rupanya dia baru aje kerja kat company tuh, bulan 6, so dia macam masih takut-takut. Itu yang dia kerja sakan tuh, lagipun dia orang paling besar kat company tuh, untuk seluruh Amerika. Oooo, now aku dah faham. See, aku kena baca diary dia untuk lebih faham, kalau tak, mana lah aku tahu apa-apa kan?
Best filemnya MammaMia tuh, sebijik macam Broadway show, itu yang buat aku rasa macam kurang enjoy sesikit, sebab aku dah tahu jalan cerita. Aku dah kata Meryl Streep pandai nyanyi, ingat dak dua tahun lepas aku tengok filem dia Prairie Home Companion, yang dia nyanyi tuh? Pierce Brosnan aje yang aku rasa macam kaku sikit bila menyanyi. Masa lagu Lay All Your Love, aku rasa macam nak bangun aje nak menari kat aisle, ekekekekek. That's ABBA song yang paling aku suka.
Aku terperasan yang aku ikut menyanyi masa lagu-lagu dinyanyikan dalam filem tuh. Ini yang buat aku nak pergi tengok lagi sekali kat Broadway nih, sebab kali pertama aku tengok dulu, I had no clue kan? Sekarang nih aku dah macam tahu jalan cerita, dah hafal lirik, itu yang aku rasa nak tengok sekali lagi tuh. Alaaa, lagipun tiket dia seratus lebih AJE kan? Macamana pun aku lebih suka Broadway punya show, kalau dibanding dengan tengok wayang tuh, sebab wayang bukannya live kan?
Lepas tengok wayang aku balik semula ke apartment MamatGQ, kemas itu ini dalam sesetengah jam sebab aku nak ke Jackson Heights nak Sembahyang Jumaat.
Where are those happy days, they seem so hard to find
I tried to reach for you, but you have closed your mind
Whatever happened to our love?
I wish I understood
It used to be so nice, it used to be so good
So when you're near me, darling can't you hear me S. O. S.