Harinih aku jadi macam rajin sikit. Sikit aje lah. Sikit rajin gitu. Bangun pagi, sebab aku malas pergi jogging, aku buat exercise kat rumah aje lah. Aku pasang lagu, aku pasang headset, lepas tuh aku exercise. Menari ker, berlari setempat ker, aku buat ajelah. Terperasan sebijik macam Kevin Bacon dalam filem Footloose, di zaman aku kecik-kecik dulu.
Ada lah dalam sejam aku terloncat-loncat gitu sampai berpeluh-peluh aku, kalau aku pergi jogging tak ada pulak berpeluh sampai begitu sekali. Sebab biasanya, dan dua tiga langkah berlari, aku dah berhenti. Best pulak buat exercise kat rumah nih, boleh buat apa yang kita nak buat, nak melompat, nak meloncat, nak menari, nak menonggeng, semuanya boleh buat. So aku dah dapat idea yang aku nak buat macam nih aje lah tiap hari, exercise kat rumah. Cuma aku kena download banyak lagu-lagu yang rancak sikitlah sebab kat laptop aku nih tak ada banyak lagu sangat pun. Itupun tadi, aku pasang aje playlist aku, sampaikan lagu Raya yang Aishah, Sudirman nyanyi tuh pun ada. Aku balun aje meloncat ikut rentak ekekekekke.
Agaknya sebab lama dah tak exercise, dan aku pun buat seroius sikit tadi, macam orang nak training Olimpik aje gayanya, badan aku jadi sengal-sengal. Kaki, lengan, belakang, lenguh jadinya. Tengahari nanti pulak aku nak pergi main badminton dengan Mamat Filipina, kawan yang baru aku kenal tuh. So sementara tuh, aku kemas-kemas bilik, buang apa yang patut. Berselerak bilik aku tuh semenjak dua menjak nih, sejak hidup aku jadi sibuk tak keruan nih. Kosongkan peti ais jugak, buang segala macam makanan yang aku lupa aku beli. Salmon dulu tuh, tak disentuh pun, terpaksa buang aje sebab dah berbau. Blueberry, baby carrot, tembikai, semua tuh, tah masa bila aku beli, aku pun terlupa. Aku nih gitu lah, selalu sangat mengidam nak makan itu ini, nak minum itu ini, tapi bila dah beli benda-benda yang nak dibuat, aku jadi malas. Payah bila ada duit sikit nih kan? Ekekekekeke.
Pukul 11 aku dah bertolak ke apartment Mamat Filipina tuh, Alberto nama dia, aku nak panggil Berto ajelah. Bukan lah pergi apartment dia, cuma ke kawasan apartment dia kat Prospect Park (tempat Bob Dylan buat konsert semalam tuh, nasib baik lah aku tak minat Bob Dylan nih, kalau tak, sure dah aku pergi tengok konsert tuh). Nak tergelak kitaorang bila first time jumpa, sebab kitaorang macam "sama", kulit sama kaler, saiz badan sama, dan dia, sebab orang Filipina, memang muka macam muka Melayu sikit. Aku pun muka Melayu sikit jugak, selebihnya muka Bangla lah kan, dengan hidung mancung aku nih. Ekekekekke.
Berto sama kawan dia nak ajak aku main badminton, diaorang tak reti main, takat serve yang jarang kena racket tuh diaorang punya taraf. Since tak ada tempat, kitaorang main kat park tu aje lah, tak jauh dari apartment diaorang. Aku guna racket Berto sebab aku tak ada racket, kena beli lah nampak gayanya, sure susah nak cari racket badminton. Aku ingat, masa duduk Philadelphia dulu, merata kitaorang pergi cari raket tapi tak jumpa, kat sini mana lah orang tahu badminton tuh sukan jenis apa.
Aku dah lah lenguh-lenguh badan, dibuat pulak terlompat sana sini menyemash, makinlah sakit badan aku jadinya. Prak betul aku, punyalah nak nampak ada gaya, walaupun main tak pakai net, tapi bila smash bola tuh aku melompat jugak. Kononnya. Gaya mesti kena ada, kan?
Pukul 2 lebih aku mintak diri sebab nak pergi kerja. Kitaorang janji nak main lagi, esok lusa, kat dewan church kat situ. Lepak sekejap kat apartment Berto, cuci-cuci muka sekejap sebab aku nak terus ke Forest Hills.
Lepas makan kat restoran Thai, aku masuk Barnes & Noble, sebab aku nak cari novel Boy A tuh. Tu dia, punya lah aku suka wayang semalam tuh sampaikan aku nak beli novel pulak. Tak pernah lagi rasanya aku beli buku cerita lepas tengok wayang tapi sejak semalam aku dah terfikir yang kalau aku baca novel tuh masa perjalanan pergi dan balik kerja (dalam subway), sure best.
Too bad kat bookstore tuh tak ada stock, yang ada di Barnes & Noble yang kat Union Square. Minah cashier tuh tanya aku kalau-kalau aku nak order, dalam masa 3 hari boleh dapat novel tuh. Mana lah aku jenis yang tahan sabar kan? Aku, kalau nak kan something, aku nak masa tuh jugak. In this case, aku nak kan novel tuh hari nih jugak. Tak apa, malam nanti, lepas habis kerja, aku akan singgah kat Union Square sekejap lah, cari novel tuh.
David/Hal ada guests lagi malam nih tadi, nasib baik lah tak lama kawan diaorang datang, takat datang untuk minum-minum aje. David tuh such a good host lah, minuman dan makanan (snacks jer) yang simple aje disediakan tapi dia punya table setting tuh mengalahkan kat hotel lagi. Boleh nampak beza cara orang kaya dengan cara orang miskin punya style.
Hujan renyai-renyai masa aku balik kerja tapi itu tak langsung melembabkan semangat aku untuk ke Barnes & Noble kat 14th Street, Union Square. Siap berlari-lari anak lagi tuh, turun aje dari subway, sebab store tuh tutup pukul 10 malam, aku sampai tuh dah sembilan lebih.
Kat dalam train, sepanjang jalan balik ke rumah, aku baca novel tuh ajelah. Tah, rasa macam bangga jer, siap aku baca tuh sambil tegakkan novel tuh, biar senang orang nampak title novel tuh. Biasanya (aku lah, orang lain pun sama jugak kot) kalau tengok orang baca buku masa dalam train, kita nak sangat tahu title buku yang dia baca kan? Itu yang selalu kita jeling-jeling tuh kan? So, aku, sebab baik hati, tak nak kasi orang selalu jeling, sambil baca novel tuh, aku tegakkan lah kasi orang nampak judul.
Best pulak novel tuh, sebijik macam jalan cerita film tuh, buat aku rasa macam nak tengok sekali lagi film tuh sebab ada a few benda yang aku tak berapa faham, yang aku tak berapa dapat tangkap, masa tengok wayang tuh semalam.
Nampak gayanya dalam seseminggu habislah aku baca novel tuh kot, sure tiap-tiap hari pergi kerja aku akan bawak novel tuh, nak baca masa dalam train. Biasanya aku dok lah melangut, kadang-kadang tertidur, from now on aku nak buat macam Mat Salleh sikitlah, baca buku masa dalam train. Yes, aku nak mulakan esok pagi, masa nak pergi apartment MamatGQ tuh.