Monday, October 15, 2012

Isnin11082008


Malam semalam aku dapat email dari MamatUES (Mamat Upper East Side) yang dulu tuh suruh aku kerja kat apartment dia masa weekend. Tapi kansel sebab dia pergi Washington DC kan? Semalam, dia tanya aku kalau-kalau aku boleh datang for a few hours harinih. Aku malas mulanya sebab such a short notice kan? Tapi, kalau aku tak pergi, sure dia tak nak ambik aku dah nanti. Lagipun, mana tahu kalau-kalau kerja kat apartment dia best macam kerja kat apartment MamatGQ kan? Belum cuba belum tahu, itu yang aku fikir. 

So tadi pagi aku bangun awal lah sebab kena ada kat apartment dia pukul 8 pagi. Dia off harinih, tak ke mana-mana di waktu pagi, so dia nak aku kerja sampai pukul 1 tengahari. 

Senang aje cari apartment MamatUES tuh, tak jauh dari Central Park East. Tak adalah grand sangat apartment building dia tuh tapi memang di kawasan orang kaya. Aku macam nervous jugak sebenarnya sebab aku belum pernah jumpa MamatUES tuh, dulu aku kata yang baik dia interview aku dulu, baik aku jumpa dia dulu, sebelum aku terima offer dia nak kerja di apartment dia tuh. Manalah tahu aku tak suka dia, manalah tahu dia tak suka aku, kan? Dan aku pun nak lah tahu apa kerjanya yang dia nak aku buat. 

Tapi dia suruh datang jugak, "I'm a nice guy", kata dia kat talipun, so itu yang aku berani pergi tuh. Rupanya dia ajak aku tolong dia kemaskan apartment dia sebab dia baru pindah. Dia tolong gitu-gitu aje lah, selebihnya aku yang buat, bersih dan susun kan apa-apa yang patut.Best jugak kerjanya sebab rileks aje, cuma aku dengan dia aje, kitaorang tak banyak sembang sangat pun sebab MamatUES tuh macam sibuk menalipun sana sini, online. 

Break sekejap dalam pukul 10, dia suruh aku pergi beli makanan so aku pergi cari sandwich, sesambil melepak makan tuh barulah kitaorang sembang, dia yang banyak tanya aku. Aku, biasalah, tak tanya apa-apa pun, setakat menjawab segala bentuk pertanyaan dia, yang berkisar pasal diri aku lah. Kena hati-hati jugak jawab soalan-soalan dia tuh, iyalah kan, aku nih kan ker illegal, dan aku tak kenal dia. Lagipun, aku tak nak lah cerita lebih-lebih sangat, and at the same time aku kena kasi dia hints yang aku nih not just another immigrant yang tak ada life. 

"Interesting life I must say", kata MamatUES tuh bila aku kata yang aku dah buat banyak macam kerja, dah ke sana sini di East Coast nih. Pukul 1 baru lah habis kerja yang penting-penting, aku mintak diri sebab petang tuh aku nak ke Forest Hills pulak, nak kerja. Dia kata yang dia nak aku datang lagi cuma dia tak tahu bila, sebab dia akan ke Washington DC lagi dalam minggu nih. Aku suruh dia beritahu aku awal-awal sebab sekarang nih aku macam sibuk, setiap hari ada aje plan aku dah sekarang nih. 

Lupa aku nak beritahu, aku dapat kawan baru, Mamat Filipina. Dia nih nak belajar main badminton, so aku dah janji dengan dia nak pergi main badminton lah, at least sekali seminggu, kat area dia duduk di Prospect Park, Brooklyn. Dalam setengah jam dari rumah sewa aku, sebab kena tukar train, walaupun 4 stesyen aje dari tempat aku nih. 

Sampai di Forest Hills, terus aku ke restoran Thai tuh, makan Pad Thai. Lepas tuh ke internet cafe sejam sebelum masuk kerja. David/Hal ada guests pulak malam nih, nasib baiklah pukul 8-30 pm David dah suruh aku balik, walaupun dia ada kata kalau aku nak tunggu sampai diaorang blah, itu lagi bagus. Tak nak lah aku tunggu, sebab aku kena tidur awal sikit malam nih, dah lah tadi kerja kat apartment MamatUES tuh banyak angkat barang, esok pulak aku kena bangun pagi sebab nak kerja kat apartment MamatGQ pulak.