Monday, October 15, 2012

Selasa12082008


Aku sampai awal jugak kat apartment MamatGQ, just after 8. Biasanya kalau time-time gitu, aku jalan lagi seseround dua kat area Chelsea tuh untuk lambatkan masa. 

Aku ingatkan dia pergi kelas Yoga, tapi bila aku masuk apartment, dia ada kat dalam, tengah bersiap nak pergi kerja. Dia kata yang dia terpaksa pergi kerja awal sikit harinih sebab semalam dia off. Alaaaa, tak best lah, aku nak sembang-sembang dulu macam biasa sebelum dia pergi kerja, tak kan pukul 8 lebih dah nak blah? Kadang tuh sampai 10 lebih baru pergi kerja kan? 

"Nice flower, "he" must be someone special", aku menyakat MamatGQ tuh bila aku tengok ada bunga kat dalam vase kat meja dia. Aku perli benarnya, sebab dia kata kawan dia yang nak datang Khamis lepas tuh lelaki, sedangkan aku tahu yang datang tuh awek dia, S. Itu pun dia macam nak sembunyi-sembunyi dengan aku. 

"Yes, very special flower", kata MamatGQ, masa tuh dia tengah blend blueberry. 

"No, I wasn't talking about the flower. I said, "he" must be someone special. Your friend", aku cakap gitu sambil kenyit mata kat dia. Siap aku gelak lagi. Aku tak tunggu pun apa reaksi dia, tapi MamatGQ senyap aje. Berani aku menyakat MamatGQ nih, kata aku dalam hati. 

Tak lama kitaorang sembang, MamatGQ terpaksa blah pergi kerja. Rasa macam tak best jadinya, tapi nak buat macamana kan? "I'll see you again Friday then", aku kata kat MamatGQ bila dia tanya aku bila aku nak sembang-sembang dengan dia. 

Sice dia blah pergi kerja awal, so banyaklah masa aku, bolehlah aku siapkan kerja cepat-cepat, boleh lah aku blah awal sikit dari biasa. Banyak pulak pakaian yang kena dicuci, towel dan kain pun banyak, terpaksa guna 4 washing machines, dan 5 dryers. Buat lap apa lah towel banyak-banyak tuh, biasanya tiga empat helai aje towel yang kena dicuci, ini sampai dekat 10 helai. 

Masa aku bersihkan bilik air, masa nak buang sampah, ada lah nampak used condoms sama sarung dia. Condom perbuatan Malaysia tuh. So, sah lah awek dia S yang datang last weekend tuh. Tak ada lah aku bilang belen sarung kote yang kat beg kecik dia tuh sebab aku tahu yang ada projek besar-besaran weekend tuh. Iyalah, "minyak pelincir' yang baru dibeli tuh pun aku tengok, tinggal separuh botol aje. 

Aku macam tau aje yang diary dia ada entry baru, panjang jugak, 4 pages. Ditulis semalam rupanya, Isnin. Happy aje bunyi entry dia tuh walaupun towards the end ada terselit a few persoalans. Ooooo, S lepak di situ dari Khamis malam sampai Ahad petang, dan sepanjang S ada di situ, diaorang had so much fun, except 24 jam terakhir tuh bila diaorang barely speaking to each other, asyik nak bertekak aje akhirnya. Masing-masing macam menyalahkan keadaan, iyalah, diaorang punya relationship tuh, as what dia tulis, based on struggle. Things would be different kalaulah S pun duduk kat New York. MamatGQ tuh macam tertanya-tanya, "where do we go from here?', ada kah berhenti di situ aje? 

Dia ada tulis jugak pasal dia punya life sekarang yang centered around kerja dia aje. Dia macam puas hati dengan kerja dia, dengan performance dia, dengan gaji yang dia dapat. Dia semakin banyak duit sekarang nih, boleh nak apa aje yang dia nak. He has friends, dia boleh dine kat fancy restaurants, dan yang pentingnya money's not an issue. 

The next 2 paras tuh buat aku terbaca dua kali. Sebab dia tulis pasal aku! Dia kata dia ada a housekeeper, assistant, yang dia kata dia percaya. Aku rasa kalaulah ada scanner kat situ, dah aku scan kan dah entry dia tuh bila dia tulis pasal aku tuh. Aku baca dua kali tuh bukan apa, sebab aku macam nak hafal apa yang dia tulis, sebab aku nak tulis kat blog aku ekekekekeke. Dia tulis gini, "Joe and I have locked. Sometimes I feel he's like the little brother I never had".

Punya lah bangga aku rasa, termengalir airmata aku jadinya. Alaaa, kalau korang jadi aku pun sure korang bangga jugak kan? Had you given a fuck lah kan? 

Terus aku fikir, apa yang buat dia cakap gitu tuh. Oooooo, ker mungkin pasal minggu lepas kot? Minggu lepas, masa MamatGQ tengah bersiap, talipun dia berbunyi, so terkial-kial lah dia nak jawab talipun, nak kenakan cuff link dia lagi. Masa tuh dia tengah berdiri mengadap sofa, aku duduk sambil baca magazine, so sebab kesian tengok dia terkial-kial, aku tolonglah dia pakai kan cuff link tuh, siap aku tolong butangkan baju dia. Mind you, kebaikan aku nih memang semulajadi, I can't help it Ekekekekke. 

Dia macam tergamam gitu, dia tenung aje aku (sesambil dia bercakap kat talipun) sampaikan aku jadi saspen, takut-takut dia tak suka aku buat baik gitu. Lepas tuh dia kata, "Thanks Brother!", yang aku buat-buat kerutkan dahi, macam pelik lah kononnya. 

Then baru aku tertahu, yang small gestures like that lah yang buat orang suka kat aku selama ini. Aku agak, itulah pasalnya MamatGQ tuh tulis macam tuh kat diary dia kot. 

Dia ada tulis jugak pasal dia punya "sexcapade" hari tuh. Dia pergi kat satu sex and drug party semalam tuh, tapi dia managed to fight keinginan dia, he left before the party started. Good for him. 

Best baca blog aku kan, macam 2 in 1 gitu kan? dapat baca blog aku, dan dapat baca isi diary MamatGQ. Ekekekkeke.

----------------------

Aku siap buat apa-apa yang patut kat apartment MamatGQ tuh dalam pukul satu gitu, so aku terus aje lah ke Forest Hills, pergi makan kat Pinang restaurant, dan lepas tuh ke library sekejap. Since aku tak bawak laptop, aku melepak baca majalah aje lah. Aku baca this Rolling Stones magazine, jarang aku baca majalah gitu, biasanya aku baca majalah pasal komputer atau National Geographic.

Tapi tadi tuh rasa macam dah tak ada majalah terbaru yang aku belum baca, itu yang aku sambar baca tuh. Tengah belek-belek, ada lah ternampak satu iklan nih, pasal Peace One Day Concert. yang akan dibuat kat Times Square, New York (9 September) dan di Royal Albert Hall, London (21 September). Laju aje jantung aku berdegup bila aku baca, yang Bryan Adam, Annie Lennox, Natasha Bedingfield, dan a few other performers akan muncul kat Nokia Theatre, Times Square nanti tuh. Bryan Adam? Oh tidakkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!Aku kena pergi nih, aku nak pergi!!!!!!! Aku dah tengok konsert dia dah 5 kali, sama dengan Bon Jovi punya konsert. Ini aje lah peluang untuk aku memecahkan rekod, tengok Bryan Adam untuk kali keenam. Aku nak pergiiiiiiiiiiiii!!!!!!!! Annie Lennox pun ada nanti tuh, ayoooooo, this one concert aku tak boleh miss, aku kena pergi tengok. 

Tapi, bila ditengok balik date nya, concert tuh dibuat di bulan Puasa. Alaaaaaaaaa.....macamana nih? Nak pergi ker? Di bulan Puasa? Tapi... Bryan Adam lah..... Ini lah yang di kata "between the devil and the deep blue sea? Literally lah kan? 

Tak tau lah macamana nih, aku tak terfikir pun yang aku tak akan pergi tengok konsert tuh nanti, cuma aku terfikir yang aku tak nak tulis entry pasal konsert tuh (ataupun aku tulis tapi tak publishkan), sebagai menghormati bulan Puasa. 

Here comes the rain again
Falling on my head like a memory
Falling on my head like a new emotion

I want to walk in the open wind
I want to talk like lovers do
I want to dive into your ocean
Is it raining with you

[Here Comes The Rain Again - Annie Lennox/Eurythmics]