Monday, October 15, 2012

Ahad10082008


Harinih sama macam semalam, tak ke mana-mana pun, walaupun mulanya Hal nak ajak David tengok wayang, filem The Mummy. Tapi David malas, lagipun cuaca macam mendung nak hujan aje. 

So diaorang melepak di rumah ajelah kerjanya. Boring sesangat bagi aku kalau semuanya ada di rumah on a weekend like this. Aku banyak tengok tv aje lah sebab Hal tengok tv kat bilik dia sama David, yang aku rasa, online aje kerjanya kalau weekend-weekend dia tak ke mana-mana. Bagus David nih, dia yang googlekan aku nama-nama restoran Thai/Malaysia yang kat sekitar Queens nih, dapatlah dua tiga nama baru, yang aku rasa aku nak cuba pergi nanti. 

Rasanya dah banyak restoran Malaysia yang kat New York nih yang aku dah pergi, cuma yang kat Chinatown aje tak pergi sangat pun sebab restoran kat situ semuanya terlalu Chinese. Kalau restoran yang kat luar dari Chinatown, restoran Malaysia, masih ada bau-bau Malaysianya. Yang lain tuh, nama aje restoran Malaysia tapi tah apa-apa. Ada satu restoran nih kat Murray Hill, nama aje restoran Thai/Malaysia, tapi tak ada ciri-ciri Malaysia pun, semuanya masakan Thai. 

"Go out Joe, don't just go straight home. Just do something, go somewhere", kata David bila dia tanya aku apa plan aku petang tuh, sebab aku habis kerja pukul 5. Semenjak dua menjak nih David macam prihatin sangat pasal aku, dia yang suruh aku tengok wayang kat tempat-tempat lain, bila aku kata aku nak tengok wayang tapi macam malas pulak pergi cari panggung yang tayangkan filem yang aku nak tengok tuh. 

So petang tuh, balik kerja, aku singgah kat 14th Street, tak jauh dari Union Square. Melilau aku mencari Quad Cinema tapi tak jumpa, walaupun aku ada alamatnya. Aku cepat-cepat blah bila aku tahu yang wayang dah main by the time aku jumpa cinema tuh. 

Then aku turun kat Chinatown, dah berkurun dah rasanya tak ke Chinatown. Dulu, zaman aku susah-susah dulu, Chinatown lah tempat aku lepak, tempat aku pergi hari-hari, be it untuk cari kerja atau untuk melepak melepaskan rasa bosan dan down sebab tak kerja. Sekarang nih, mentang-mentang darjat aku dah mencanak naiknya, aku rasa macam jijik sangat nak menjejakkan kaki aku ke Chinatown yang hanyir dengan bau ikan tuh. Macamana pun, aku jejakkan jugaklah kaki aku tadi tuh, simply sebab aku nak beli barang. Lagipun, at least aku akan rasa yang aku ada jugaklah berjalan ke mana-mana, walaupun cuma kat Chinatown. 

Sebenarnya aku mengidam nak makan ikan, lama dah tak makan ikan, so kat Chinatown ajelah tempat mudah dapat ikan. Aku beli salmon tiga keping, dekat 12 dollars, cadangnya nak goreng aje sebab aku dah lama sangat tak masak, tak ada bahan-bahan dapur. Nak beli barang-barang dapur malas lah pulak aku, buat membazir aje sebab aku tahu yang aku sure tak akan masaknya lah. Periuk pun aku tak ada. 

Singgah kejap kat gerai buah-buahan, ada jual rambutan, yang dah hitam dan berair. Tapi harganya sedollar sebijik. Gila lah mahalnya, baik aku beli rambutan dalam tin aje, rambutan Siam, setin dalam da dollars aje kot. 

Then aku ke kedai jual souvenir, banyak t-shirt yang aku ambik, dekat 2 dozen t-shirts yang bermacam pattern. Lama dah tak hantar member-member, so aku beli tuh untuk diaorang lah. Malaslah aku cakap banyak sebab bab nak mengirim tuh yang paling bercinta sangat, entah-entah nanti aku peram aje tshirts tuh berbulan-bulan, macam yang selalu aku terbuat dulu tuh. [Orang-orang terbabit, sila kasi pressure kat aku, selalu-selalulah tanya aku, dah hantar ke belum t-shirts. kalau tak nanti tuh, sure aku tak berusaha nak hantarnya lah]

Sampai rumah pun dah 8 lebih, kira oklah, at least ada lah jugak aku keluar barang beberapa jam. Kalau tidak, aku akan rasa yang betapa bosannya hidup aku nih, tak ke mana-mana, kerja aje hari-hari.