Monday, October 15, 2012

13072008


Gila lah tak sabar dan excitednya aku hari nih. Excited pasal semalam punya hal lah. Tak sabar, pasal nak tunggu pukul 5 petang, akhirnya berakhir jugak seminggu aku yang rasanya bagai bertahun tuh. Minggu depan aku akan balik ke schedule lama, kerja di sebelah petang aje. Kat apartment MamatGQ pulak, dia suruh datang Khamis, tapi aku beritahu dia yang aku akan datang jugak Friday morning, for an hour or two sebelum aku pergi tengok opening show, MammaMia. 

Happy aje aku bila dapat duit gaji yang lebih dari minggu-minggu biasa, aku tak ada plan nak belanja apa-apa pun walaupun secara otomatik otak aku ligat memikir dan merancang, apa nak buat dengan limpahan duit gaji yang aku dapat tuh. Iyalah, aku kena lah reward sikit kat diri aku nih kan, at least pergi shopping, atau pergi urut, atau pergi cuci muka. InstinctPhone Sprints tuh lawa jugak rasanya, macam iPhone, tiba-tiba aje aku teringat yang cellphone aku tuh macam susah nak dicharge aje sebab charger nya macam loose gitu. Orang macam aku, kalau charger rosak, aku tak ganti beli charger baru, instead aku upgrade cellphone kan? That's me lah kan? Ekekekkekee

Yang aku nak tengok concerts Bon Jovi dan Goerge Michael tuh don't count lah kan sebab tiket-tiketnya aku dah beli lama dah, tak aci lah kalau itu pun nak dikelaskan sebagai reward, kan? 

Aku singgah kat Jackson Heights sebab nak tanya khabar pasal laptop aku. Masih belum siap direpair, tah ke mana dihantarnya laptop aku tuh. Bengang jugak aku jadinya, kalau tak dapat direpair pun tak apa lah, aku boleh rembat yang baru. Ini tak, diaorang suruh aku talipun minggu depan pulak, tengok kalau-kalau dah siap. Aku tak suka digantung tak bertali tau! Kalaulah laptop tuh ada di situ masa tuh, dah aku ambik aje bawak balik, then beli yang baru.

Walaupun aku rasa nak melepak kat Times Square macam yang selalu aku buat tuh kalau hari Ahad, tapi aku rasa letih dan mengantuk. Gila lama rasanya tak ke Times Square, dah dua minggu. Aku terus balik aje, lepas mandi, Maghrib semuanya, aku ke internet cafe lah pulak. Seminggu lagi aku kena berkampung kat internet cafe nampak gayanya, dah malu rasanya tiap-tiap hari buat benda yang sama. Nasib baiklah ada dua cafes, so tak lah nampak sangat yang aku nih macam pergi ke sana hari-hari sebab aku selang seli kan pergi ke cafes tuh. Banyak jugak dah rupanya duit aku yang keluar semata-mata nak memenuhi nafsu shawat internet aku nih, pantang ada masa free, aku akan ke internet cafe.