Monday, October 15, 2012

11072008


Aku tak bersemangat aje hari nih pasal dah lah kena kerja sampai 9 lebih (sebab David ada dinner kat luar), then sebab tengahari tuh kitaorang dapat tahu kisah semalam tuh. Rupanya isteri Pakcik yang mintak tolong tuh, jatuh masa tengah memasak. Lama lah dia tak sedarkan diri, masa di bawak ke hospital pun dia dalam koma. Yang aku tahu, perempuan tuh mati malam semalam. 

Bila aku dapat tahu yang perempuan tu mati, terus aku jadi macam nak marah aje kat Hal. Sebab apa tah, mungkin sebab dia tak kasi aku nak pergi jenguk tenguk masa laki perempuan tuh mintak tolong tu lah. Rasa macam terkilan aje gitu. Tapi, Hal tak rasa apa-apa pun, dia kata, memang dah ajal perempuan tuh.

Diaorang nih kan, memang jenis tak kisah langsung kat orang. Aku ingat, dulu, masa bapak diaorang mati, tak ada siapa pun dari apartment tuh yang datang melawat, or even datang kasi takziah. Yang datang ke funeral pun semuanya kawan-kawan diaorang yang dari luar.

Aku cuba tanya Hal, apa perasaan dia kalau dia jadi macam Pakcik tuh, mintak tolong tapi tak ada orang nak tolong. Saja aje lah aku nak kasi dia ada guilt feeling sikit. "That's why I need you here Joe, that's why I need someone to be with me all the time", kata dia. Bukan itu maksud soalan aku. 

Aku rasa Hal tahu yang aku macam bengang aje sebab lepas dengar berita tuh, aku terus buat senyap aje, tak bercakap pun. Then dia talipun David, beritahu apa tah pasal aku. Aku fikir, macamana lah kalau aku terserempak dengan Pakcik tuh nanti, kat mana aku nak taruk muka aku? 

Yang lagi satu buat aku rasa tak best, sebab hari ini aku tak dapat pergi Sembahyang Jumaat. Aku dah nak pergi dah mulanya tapi tiba-tiba Hal terberak, yang by the time selesai membersihkan jubur dia, waktu pun dah lewat. So tak heranlah kalau aku rasa macam lama sangat hari nih nak berakhir. 

Macamana pun, bila dah malam tuh, bila aku nak siapkan Hal untuk masuk tidur, sebelum aku blah, aku rasa macam kesian sangat pulak kat dia. Baru aku macam sedar yang dia nih tak mampu nak buat apa-apa, so dia mengharapkan orang lain semuanya. Itu yang aku beralus aje angkat dia ke katil, aku layan aje kerenah dia.

Cuma aku ada terfikir, kalaulah Hal tuh tak banyak songeh, tak demanding sangat, pasti aku akan serahkan segala jiwa raga aku menjaga dia. Cuma masa dia tengah banyak cekadak, ha, masa tu lah aku rasa macam nak ludah aje kat dia tuh.