Rabu
Bangun pagi terus aku bersiap nak ke Prospect Park. Siap bawak pakaian, towel dan toilettries sekali sebab lepas main badminton sama Berto and the gang aku nak tumpang mandi kat apartment dia, then terus pergi kerja. Begitu perjanjiannya dengan Berto. Dia yang offer macam tuh dan sebab diaorang nak kan sangat perkhidmatan aku sebagai jurulatih badminton (ekekekekek), aku setujulah. Walaupun aku letih sebenarnya. Dan aku pun bukannya reti main, takat pukul-pukul, kena gitu. Elok sikit jer dari diaorang yang pukul-pukul tapi tak kena.
So ada lah 3 jam kitaorang main badminton tadi, sampai berlengas aku dibuatnya. Best pulak ada gang sepermainan nih rupanya, sampai lupa aku nak online, walaupun aku ada bawak laptop.
-------------
David/Hal ada guests lagi malam nih, kawan lama diaorang yang kebetulan ada business kat area Forest Hills. So lewat jugak aku balik kerja malam nih sebab David tak ada pun suruh aku balik awal macam biasa.
Entah pasal apa, aku tersinggah kat Times Square lepas balik kerja tadi. Saja jer lah nak round seseround dua, dah lama tak berkecimpung di bidang perempitan kat Times Square memalam kan?
Khamis
Aku dah start rasa macam tak best aje, dah start rasa down aje. Sebab aku tahu, esok Berto akan ke Florida, dan harinih MamatGQ akan ke Israel. Apa pasal aku ada rasa tak best gitu hah? Mulanya aku buat bodoh aje tapi, for the sake of writing this blog entry, aku mengaku yang aku jadi rasa down dan tak best aje tuh, sampaikan aku malas nak bangun tidur, asyik nak mengular kat katil aje, pasal itu lah.
Pasal aku rasa sedih yang member-member yang aku ada, semuanya nak blah, walaupun cuma seminggu. Sunyilah aku minggu depan, MamatGQ tak ada, Berto tak ada. Apa aku nak buat nanti? Tak kan nak main telor aje kan?
Jumaat
Aku masih rasa down nih, ekekekeke. Sampaikan nak update blog pun aku jadi malas. Best dak alasan aku?
Esok kitaorang akan ke North Hills kat Nassau County, kat Long Island, kat New York nih. Sebab nak melawat emak Hal (emak tiri David) kat assisted-living, kat rumah orang tua. Aku lupa nak tulis kot, ataupun ada aku tulis, sebenarnya David sama Hal nih berlainan mak. Sama bapak (yang dah meninggal 6 bulan lepas).
Emak David duduk kat Forest Hills jugak, emak Hal nih used to duduk dekat Queens jugak tapi since husband dia mati, dan adik Hal (Laura) tak nak menjaganya, so diaorang hantar lah emak Hal nih kat rumah orang tua. She's 84 years old, setiap hari adalah dalam 3 kali dia talipun Hal, merungut pasal tak seronok duduk kat rumah orang tua tuh. Hal nih macam tak suka emak dia tuh, in fact semua orang yang aku tahu, tak suka emak Hal tuh.
Aku cuma pernah jumpa sekali aje dulu tuh, masa pengekebumian ayah David/Hal ituhari, naik satu limo sama aku tapi tak nampak muka pun sebab dia duduk kat depan.