Monday, October 15, 2012

Isnin14072008


Dah terbiasa bangun pagi so hari nih aku awal-awal lagi dah keluar. Pergi breakfast sekejap kat cafe Spanish, then merayau-rayau kat area situ. Kedai belum bukak sangat pun sebab awal pagi so aku ambik kesempatan tuh untuk jalan-jalan, sesambil buat excercise. 

Then aku masuk satu kedai nih sebab nak beli blender. Ha ah, aku nak beli blender! Wakakakkaka. Aku, sejak berkecimpung dengan geng-geng David/Hal, MamatGQ nih, semuanya nak tiru style diaorang. MamatGQ tuh for example, dia setiap hari, lunch dia hanya blueberry juice. Pernah dia kasi aku try dia punya blueberry juice yang punyalah pekat dan mengenyangkan tuh. Sedap gak rasanya. David pulak, setiap hari bawak bekal baby carrot, itu lunch sampingan dia. Lawak aje kalau tengok lunch mat salleh nih, benda pelik-pelik aje. So, aku pun terikut-ikut jugaklah, nak blend sendiri aje lah apa-apa juice yang aku nak, walaupun aku tahu, aku nih hangat-hangat taik ayam aje. Aku belilah jugak a few packets baby carrot, aku kan ker suka minum carrot juice? Nak beli juice yang dah sedia, mahal, sebotol kecik tuh dekat 4 dollars. Kalau blend sendiri, boleh minum sampai segelen kan? Cepatlah nanti kote aku jadi gebu, kan? Ooppsss. 

Aku tak ke mana-mana dah lepas tuh, melepak kat internet cafe dua jam, then lepas tuh terus ke Forest Hills. Aku nak cuci muka! Dah lama dah aku terperasannya yang kat satu salon nih ada iklan "man facial", so memang dari dulu aku teruja nak masuk, tapi tak ada kesempatan. So hari nih memang aku ada kesempatan sangatlah kan? 

$80 untuk sejam lebih sikit, tokay Cina. I was the only one there, ada lah a few pekerja yang aku tengok, macam muka boring aje sebab tak ada customers. Selama aku buat facial, be it kat Malaysia, kat sini, tak pernah pun disuruh bukak baju. Tapi, kat salon tuh, Ahso tu suruh aku tanggalkan tshirt, tinggal jeans aje. Pelik jugak aku mulanya, tapi aku ikutkan aje lah. Then bila dia selimutkan aku, ditaruk bantal kat bahagian bawah lutut, baru aku rasa macam selamat.

Best rasanya muka aku kena cuci tuh, lepas satu, satu lotion yang ditaruk. Kotor sangat ker muka aku nih? Yang bab paling best, masa dia sedut muka aku guna this one machine yang macam vacuum cleaner fungsi dia. AhSo tuh siap tunjukkan kat aku sampah-sampah, minyak, yang berkumpul kat kulit muka aku selama ini. Ish, seram aku menengoknya, aku nih memang jenis orang yang tak pernah cuci muka, takat bersihkan sikit-sikit masa mandi aje. 

Lama tuh, baru aku tahu apa pasal AhSo tuh suruh aku bukak baju, sebab dia nak urut aku sampai ke bahu. Best kena urut tuh sampai aku terfikir, kalau aku pergi buat massage, sure akan hilang segala tensen-tensen aku, dah bersimpul mati dah agaknya urat-urat kat badan aku nih. 

"Are you sensitif?", tanya AhSo yang tak berapa reti English tuh. Belum sempat aku jawab, sebab aku nak faham kan soalan dia, dia tanya lagi, "Are you ok?". Entah, tiba-tiba aku terstim jadinya bila dengar soalan dia tuh, ker aku salah faham, ker aku dok terfikir benda kotor? Nasib baiklah aku berselimut masa tuh, pakai jeans pulak kan, so tak ada lah nampak benda-benda yang ketara. 

Sejam lebih kemudian siaplah muka aku dibersihkan, siap dia suruh aku tidur dalam masa 20 minit, nak kasi lotion tuh meresap kat muka. Lepas pada tuh segar dan selesa aje aku rasa muka aku. Since aku masih banyak masa, aku tanya lah apa-apa lagi services yang ada kat situ. Hampir sesangat dah aku terbuat manicure, wakakakaka, tak pernah dalam sejarah hidup aku nak buat manicure tapi aku nak sangat rasa macamana. Tapi aku lupakan niat aku tuh, lain kali lah. Terus aje aku ke restoran Thai yang selalu aku pergi tuh, lunch kat situ. 

So kira oklah, harinih aku rileks-rileks, after a week of hard work kan? Masa kerja kat apartment David/Hal pun aku macam excited aje, rasa happy aje, especially bila fikir yang esok aku akan pergi Madison Square Garden lagi, nak tengok Bon Jovi, kali kedua in 4 days.

Best nya jadi aku.......