Monday, October 15, 2012

Jumaat15082008


Aku macam terlambat sikit dari biasa tadi tuh, masa sampai Chelsea. Dah 8-30 pagi. Masa tengah nak melintas 23rd Street, aku nampak MamatGQ tengah nak melintas 7th Avenue, sambil baca papaer, sementara tunggu traffic light tukar. Pelan-pelan aku pergi dekat dia, aku tumbuk bahu dia. Tak ada lah tumbuk macam orang jahat, tumbuk style kawan-kawan tumbuk lah. 

Dia terkejut, dia pandang aku, lama tuh baru dia kata, "Hey Joe...how are you?", macam lah dia terlupa nama aku, atau macam dia nak mengingatkan apa nama aku, punya lama nya dia nak tegur tuh. Hampir tersentapz dah aku dibuatnya ekekekekke.

Then dia beritahu aku yang dia terpaksa pergi kerja awal sebab minggu dia dia sibuk sangat, "I left you a note, Joe", kata dia. 

"So, how's life? Been busy?", dia tanya lagi, masa tuh kitaorang dah ke tepi sebab ingatkan nak sembanglah lama sikit. 

"Well, a little busy. Not with work, but with something else.....", aku jawab gitu. Tah pasal apa aku jawab gitu aku pun tak tahu. Agaknya sebab dah bosan everytime dia tanya aku, aku akan jawab kata yang hidup aku bosan, mundane, tak ada yang menariknya. So tadi aku nak lah buat kelainan sikit, now that aku dah ada kawan lain, member main badminton, for example, yang membuatkan life aku jadi a little busy dan occupied. 

"You gonna tell me about it?", kata MamatGQ sambil senyum-senyum gelak. Ayoo, macam budak kecik pulak aku rasa, soalan dia tuh, biasanya bapak budak aje yang akan tanya kat anak dia gitu kan? 

"You always try to avoid answering me....... every time I ask about you, about your life", dia kata gitu. Apa kena pulak MamatGQ nih harini nih?, terfikir aku gitu.

"You have to keep asking, Carter, you have to keep asking", aku jawab sambil gelak-gelak.

"I have to keep asking you, Joe?", dia tanya lagi. Ayooo, apa kena nya MamatGQ nih? 

"Yeah. And now go! You gonna be late", aku suruh dia pergi sebab kesian pulak dia nak pergi kerja kan?

"See ya Joe", kata dia sambil hulur fist, macam termalu aku nak hulur fist aku sebab ramai orang kat situ. So aku buat-buat tak nampak, instead aku berslaam dengan dia. 

Aku tengok aje lah MamatGQ tuh melintas jalan, office dia 4 blocks dari situ, baru pindah dua minggu lepas. Termalu aku bila aku pandang belakang, rupanya dia pun tengah pandang belakang jugak. 

My brother is a Mat Salleh.
------------------------------------

Walaupun tak ada apa sangat nak buat tapi sampai 11 setengah jugak aku di apartment MamatGQ tuh. Buat kerja pun slow-slow aje, siap aku online lagi tuh. Sebab aku bosan, nak iron dua helai baju pun dekat sejam. Tak reti lah aku nak iron baju orang, iron sini, sana berkedut. Iron sana, sini berkedut. Kalau baju sendiri, senang pulak nak iron tuh, itu yang aku tak fahamnya tuh.

Again, aku tak ambik pun duit yang MamatGQ tinggalkan tuh, tadi masa jumpa dia kat jalan tuh pun dia ada pesan suruh ambik duit tuh. Kat note yang dia tinggalkan pun ada disuruh aku ambik, tapi aku rasa macam tak best aje ambik kesempatan kebaikan dia tuh. 

First time aku pergi makan kat Thai restaurant yang kat satu blok dengan apartment MamatGQ tuh harinih, dah lama aku mengidam nak cuba makan kat situ tapi selalunya ramai orang. Restoran Thai kat 7th Avenue yang dekat situ jugak tuh tak berapa best makanan dia, layanan pun tak berapa bagus. Since aku banyak masa, santai aje lah aku makan, sesambil baca novel Boy A tuh. Nampak kelas jer aku. Aku lah yang nampak gitu, orang lain tak nampak pun, ekekekekkekee. Tapi, mahal nak mampos, aku makan padang Shrimp sama minum Thai Iced tea, dekat $21, tips lagi? 

On the way ke Forest Hills, aku singgah kat Jackson Heights sebab nak sembahyang Jumaat. Ngam-ngam sampai, sembahyang pun mula, memang aku dah agak yang sembahyang kat masjid tuh lambat sikit, dekat pukul 2 baru mula. 

Aku letih sangat malam nih kot, tak sempat lama online, terus aku telan Nightquils, nak kasi lena tidur. Esok kena bangun pagi sebab mula kerja pukul 10. Aku tak suka weekend sebab kerjanya lama.