Isnin28072008
Again, hari nih aku tak keluar, until after Zohor. Terus keluar untuk pergi kerja aje, singgah sekejap kat Jackson Heights untuk makan.
Selasa29072008
"I should've emailed you first....but I forgot", aku beritahu MamatGQ masa dia balik dari kelas yoga dia pagi tadi. Lama jugak aku tunggu dia, sesambil lepak kat apartment dia tuh, sesambil baca majalah.
Aku tipu aje, sebenarnya aku malas nak email dia pun, sebab aku nak tengok, dia akan email aku ker tidak pasal schedule kerja minggu ini. Tapi dia pun tak ada email aku, so aku pun malaslah email dia. Macamana pun aku datang jugak, walaupun aku macam teragak-agak, manalah tahu kalau-kalau dia tak nak aku datang hari ini. Iyalah kan, mana tau nanti aku masuk aje apartment dia, tengok-tengok dia tengah kongkek kan? Ekekekekeke.
Dia kata yang dia dah agak aku akan datang, itu pasal dia tak terkejut pun tengok aku ada kat apatment tuh pagi tadi.
Dia selamba aje harinih, tak nampak macam tergesa-gesa pun, so habislah semua magazines aku baca, sementara nak tunggu dia bersiap. Tapi dia tetap rileks-rileks aje, sesambil blend blueberry dia tuh, dia tanya lah aku macam-macam. Pasal plan aku untuk weekend, movies apa aku nak tengok, things like that. So, cerita pasal movies, cerita pasal lagu, cerita pasal New York, sembang-sembang biasa kawan-kawan gitu.
Dia banyak suruh aku jalan-jalan, join kelab mana-mana, cari kawan gitu. Dia cerita yang dia masa mula datang New york dulu pun gitu jugak, tak ada kawan, so dia join kelab, pergi bar.
"Are you religious Joe? My family's very religious, I'm a very religious guy", kata dia. Then dia cerita yang dia punya family memang kuat ugama, jenis yang tak tengok tv, macam orang Amish gitu.
"But I don't get it, if they are religious, why do they cut you off? Isn't that against whatever your religion is?", aku tanya dia. Lama jugaklah kitaorang cerita pasal ugama, aku beritahu dia yang aku Islam, terkejut dia sebab dia ingatkan aku Buddhist.
"We are not like the Arabs, so don't worry", aku kata gitu sambil gelak-gelak. "I've been to Saudi Arabia, not once, not twice. But 3 times. They really are rough people", aku kata lagi. "We are not at all like that", aku kata lagi.
"I have to stay healthy, Joe, that's why I'm very particular about diet", kata MamatGQ sambil kasi aku segelas bluberry juice dia tuh. Dia duduk kat kerusi depan aku, tak ada gaya nak pergi mandi pun dia nih, kata aku dalam hati.Aku lupa apa yang transpired dia cakap pasal kesihatan, dan apa seterusnya dia kata tapi towards the end of his sentence dia kata, "I have HIV......"
Aku yang naive nih, walaupun dengar dia kata dia ada HIV tuh, tetap maintain selamba. Tak ada reaksi apa-apa, aku selamba aje. Aku angguk-angguk aje. Dia beritahu aku yang dia dah 15 tahun ada virus tuh, sejak dia umur 25 tahun lagi.
"That's why I'm taking a lot of medications", kata dia. Then aku fikir, sebab aku malas tanya dia, sure dia nih masa muda dulu nih aktif sesangat. Sure banyak acuan yang dipakai nih, pas tuh celup tak pakai sarung pulak tuh, tu pasal dapat virus HIV tuh.
Tapi kan, yang pelik nya, dia selamba aje cerita kat aku, sesambil gelak-gelak lagi. Aku yang dalam kebluran dan kenaivan nih angguk ajelah sesambil dengar apa yang dia cakap. Aku jadi macam confused gitu. Aku jadi macam terharu jugak. Aku jadi macam sedih dan kesian pulak kat dia. Aku confused tuh sebab aku blur apa pasal dia cerita kat aku, dia ingat aku nih tahu ker pasal HIV, AIDS semua tuh? Tapi, aku rasa terharu sebab dia sanggup kongsi cerita personal dia dengan aku, dia nih memang anggap aku kawan dia rupanya. Dan aku kesian dengan dia sebab itulah, dah lah dia ada HIV, dia kena pulau dek keluarga pulak. Entah-entah keluarga dia tak tahu dia ada HIV, sure lah kot?
Masa tuh aku rasa nak hug dia, rasa nak pat him on his back, nak console dia, tapi dia tak ada gaya macam sedih ker apa ker. Dia gelak-gelak, laju aje dia cerita.
Macam yang aku kata, aku tak ada reaksi apa-apa pun bila MamatGQ kata dia tuh HIV+, simply because aku tak tahu apa-apa sangat pasal HIV nih, pasal AIDS. Apa yang aku tahu, HIV+ boleh membawa kepada AIDS, itu aje. Dan MamatGQ pulak, mungkin dia ingat aku tahu kot, dan bila dia tengok aku selamba aje, dia pun rasa konfiden agaknya nak cerita lebih lanjut kat aku.
"So how's your work, getting any better?", dia tanya aku pulak, sambil check emails dia.
"Yeah, it's getting better but still...... I'm still having traouble liking the job, the guy (Hal). Probably because I'm tired of having to go there everyday", aku kata gitu.
"I don't get it Joe, why don't you just work 5 days a week? 7 days a week is just too much Joe", kata dia. Aku boleh baca airmuka dia yang dia macam kesian dengan aku.
"Well, it's only 4 hours a day, weekdays", aku kata gitu.
"Yeah but full days weekends, right?", dia kata gitu.
Then dia tanya pasal caregiver yang lagi sorang tuh, yang kerja 5 hari tapi 8 jam sehari. Aku beritahulah yang kalau aku tak datang kerja (kalau aku ambik a day or two off), siapa yang nak jaga Hal.
"That's their problem Joe, they don't care about you, why should you care about them?", kata dia.
Betul jugak tuh tapi kalau difikir balik, aku cuma kerja 35 jam aje seminggu. Dulu, masa kerja restoran Cina, seminggu sampai 72 jam kerja, gajinya kurang dari 35 jam kerja jaga Hal.
"You should take a a few days off, Joe. Go out of town, refresh your mind", kata dia lagi.
Then dari situ, dia cerita pulak pasal dia. Pasal kerja dia. Aku dah tahu semuanya dah kan pasal kerja dia? Apa dia buat, kompeni apa, apa kerja dia, macamana kerja dia, semuanya lah. Rasa guilty jer aku sebab aku dah lama tahu nya semua tuh. Jahat aku nih baca diary dia, google nama dia. Dia anggap aku macam kawan, sooner or later dia akan cerita kat aku pasal dia, apa pasal aku tak mengedan-dan sangat nak tahu kisah dia kan?
Terus aku janji dengan diri sendiri yang aku tak nak dah lah jadi nosey sangat sampai baca diary dia. Tapi, tak adalah aku nih kepoh sangat rasanya sebab aku tak bukak pun benda-benda dan barang-barang personal dia (kecuali diary tuh), sedangkan segala dokumen-dokumen, surat-surat, semuanya lah, dibiarkan aje berkaparan.
Ada lah dalam 2 jam kitaorang sembang hari nih, dia pergi kerja pukul 10-30 pagi. Belum pernah dia pergi kerja selewat itu, kata dia. Dan for the very first time aku tengok dia pergi kerja tak ada lah macam happy-happy, gelak-gelak macam selalu.
"Oh well, another day Joe", kata dia sambil laga fist.
Dia blah aje, terus lah aku kelam kabut buat kerja sebab dah tak ada masa sangat dah, dalam masa dua jam aku kena siapkan semuanya. Biasanya kalau 10-30 pagi tuh aku dah siap buat laundry. Dan sesambil kerja tuh kepala aku ligat aje memikirkan apa yang aku sembangkan dengan MamatGQ tadi tuh.
Pelik aku apa pasal dia cerita kisah dia ada HIV tuh kat aku. It's either itu benda kecik aje bagi dia, atau pun sebab dia dah anggap aku kawan baik dia yang perlu tahu pasal dia. Tapi, HIV, bukan benda kecik kan? Pulak, aku jumpa dia pun dua tiga jam aje seminggu, bukanlah kawan rapat pun kan? Sama Hal, aku jumpa dia tiap-tiap hari, 35 jam seminggu, tak ada pulak aku anggap Hal macam kawan aku kan? Apa-apa lah, tapi aku rasa terharu sesangat, rasa macam tak best aje, knowing yang kawan aku ada HIV+.
Cepat-cepat aku pergi lunch kat Pinang, kat Forest Hills, dan cepat-cepat aku ke internet cafe, adalah sejam masa untuk online sebelum ke apartment David/Hal. Aku cari info pasal HIV, pasal AIDS. Ooooooo, baru aku faham sesikit, MamatGQ tuh ada virus HIV, yang sebab dia ambik precautions awal-awal, itu sebab dia tetap healthy, walaupun dah 15 tahun ada virus tuh.
Masa diaorang dinner, aku cerita kat David/Hal, takat tanya pendapat diaorang, pasal HIV virus tuh. Dia kata mungkin MamatGQ tuh tunggu sampai aku betul-betul comfortable kerja dengan dia, baru lah dia ceritakan yang dia ada HIV+ tuh. Tak ada apa pun bahayanya pada aku, kata David, dia gelakkan kat aku sebab aku cepat sangat paranoid nya.
Malam tuh pun sama jugaklah, aku sibuk cari info pasal HIV, nasib baiklah kat tagboard/YM, ramai doktor-doktor (bidan terjun?) yang tak bertauliah yang turut sama mengooglekan cari info pasal tuh. Sampai pagi, sampai Subuh aku online, saja jer lah dah lama tak buat kerja berjaga sampai awal pagi.