Saturday, September 22, 2012

A Philadelphia Story


Aku cadang nak jalan kaki jer balik ke apartment untuk kemas barang-barang aku tapi David kata dia akan hantar aku. Iyalah, aku perlu "diiringi", takut nanti kalau-kalau aku akan curi barang-barang orang. Macamlah kat apartment tu ada barang-barang berharga, kalau setakat stokin, underwear busuk tu, aku ada berlambak. 

Lepas kemas barang tu, David bawak aku ke mall tu balik, dia suruh aku tunggu dalam kereta aje, dia nak pergi ambil duit gaji aku dari ayah dia. Then baru dia drive aku ke Greyhound station di Binghamton. Tak cakap sepatah apa pun, aku rasa nak tergelak jer sebenarnya, masa tu aku dah taklah marah ker apa, aku pun macam relieved jer rasanya. 

Bila sampai aje barulah dia kasi envelop yang kat luarnya ada tulis $1500 (25 days). Gaji aku kerja selama 25 hari di situ tuh. Aku bukak, aku tak kira pun, sebab duit sedolar sedolar. Aku terus keluar dari kereta David, without even saying thank you or goodbye. 

Ada dalam 4 jam aku di stesyen tu baru lah ada bas ke New York City. Aku punyalah lapar, nasib baik on the way tu bas tu berhenti kat R & R. Sampai NYC dah malam, lapan lebih. Cepat-cepat aku ke subway untuk ke Chinatown, aku nak balik ke Boston malam tu jugak. 

Dah nak siang dah masa aku sampai, so, instead of naik cab, aku guna subway ajelah untuk balik ke rumah. On the way ke rumah tu, aku lalu lah di kawasan yang ramai orang Indo tinggal. Ada a few yang aku kenal, yang tengah tunggu van untuk hantar diaorang pergi kerja kilang. Arghhh... aku pun akan kena tunggu van jugaklah nanti nampak gayanya, kena kerja kilang balik, kata aku dalam hati. 

Sehari dua aku lepak ajelah di rumah, dah sebulan tak berinternet, aku pulun lah most of the time. Tak ada orang di rumah, Yanti, Will, Ara, semuanya kerja, Ita sekolah. 

Aku pergi ke apartment tempat Mus tinggal, dia ajak aku ikut satu ajen untuk kerja di sebuah kilan kertas di Philadelphia, Pennsylvania. Masa tu sebenarnya dah ramai orang Indo yang pindah ke Philadelphia sebab di sana ada banyak kilang. Lagipun kedudukannya strategik, seberang sungai aje dah masuk New Jersey, tak sampai sejam pun dah masuk States lain, Delaware, Maryland. Nak ke Atlantic City pun sejam jer, ke NYC pun dekat. Itu yang buat ramai yang lari pindah ke Philadelphia tu. 

Janjinya, nak tengok dulu macamana keadaannya, selama 2 minggu. Kalau semuanya ok, kitaorang akan pindah ke Philly for good. So berangkatlah kitaorang seramai 13 orang tuh, sampai sendat van tu dengan barang, barang makanan terutamanya. Indo Mee, roti, beras, etc. 

Kilang tempat kerja tu kepunyaan orang India, kitaorang kerja shift kedua, kerja malam. One third daripada pekerja kilang tu, dari kuli bawahan (yang setaraf dengan kitaorang) sampai yang paling powerful, semuanya orang India belaka. Karam memanjang lah jadinya, iyalah, sebab mendung gelap setiap masa.

Group kitaorang disuruh handle sorting machines jer. Aku kerja dengan Mus, orang lain tu cari geng memasing. Setakat sampai pukul 2, tiga pagi tu ok lagi aku, tapi bila dah masuk pukul 4, pukul 5, tu yang tak tahannya. Buat kerja sambil mata terpejam. Kena lompat-lompat dulu, buat excercise sesikit, baru lah hilang mengantuk. Tapi kejap jer, lepas tu mengantuk balik. Nasib baik ada break setiap 3 jam sekali, selama 15 minit. 

Kitaorang tidur ajelah kat mana-mana patut, atas pallet, atas kotak-kotak kertas. Pernah sesekali dua kitaorang terbabas tidur, nasib baik yang kejutkan 
kitaorang tu Supervisor perempuan yang agak baik jugak dengan aku. Pasal on the first day tu, aku ada greet dia "Namaste", siap dengan rapatkan dua-dua tapak tangan taruk kat bibir lagi (mungkin aku belajar dari filem Hindi kot, aku pun tak tahu). Cerita punya cerita, aku terauta lah sesikit :-) Aku kata, masa kat Malaysia, ramai neighbours aku orang India. Aku kata, bapak aku even pandai cakap Tamil. Memang pun, memang betul pun yang bapak aku pandai cakap Tamil. Setakat dua tiga ayat jer lah. 

Dulu janjinya kerja 7 hari seminggu, 12 jam sehari, tapi sebenarnya kerja 5 hari seminggu jer. Ramailah yang tak puas hati nya, iyalah, kitaorang datang dari jauh, kalau setakat kerja 5 hari, di Boston senang-senang boleh cari. Tapi nak buat macamana, disuruh masuk kerja 5 hari, so terpaksalah kitaorang ikut. 

So adalah 2 hari off nya. Apa lagi, aku merayau lah, aku merayap sana sini. Taklah besar sangat Philadelphia tu, bandaraya sejarah, birth place of America. Masa tu memang summer dah di kemuncaknya, ramai pelancung so aku skipped pergi tempat-tempat yang aku terpaksa beratur untuk masuk. Takat tengok-tengok dari luar jer rumah Benjamin Franklin, rumah Betsy Ross (yang jahit bendera Amerika), Liberty Bell etc. 

Petangnya aku ke Art Museum, bukan nak masuk, tapi aku mengikut jejak Rocky. Aku tak pernah tengok filem Rocky (Sylvester Stallone) tapi di tangga ke museum itu lah shooting filem tu pernah dibuat. Dia berlari-lari turun naik turun naik tangga tu as part of his preparation. Banyak jugak tours yang buat package pasal tu, Rocky Trails, Finding Rocky, Rocky-Style Tour etc. 

Memanglah ramai yang di situ, ada yang buat shooting jugak, nak melakunkan balik watak dalam filem Rocky tu kononnya. Aku tengok ajelah, aku perhati jer
diaorang yang semakin menyerlah kerockyan diaorang bila tahu yang diaorang diperhati ramai orang. Dalam hati aku pun terfikir, aku ni pun sebenarnya macam Rocky jugak rupanya. Perjalanan hidup aku.

Kat tempat kitaorang tinggal tu walaupun kawasan biasa jer, kawasan ramai gagak dan immigrants, tapi tempat tu pernah popular dulunya. Pasal filem Sixth Sense (Bruce Willis), dibuat di situ. Hampir semua filem M. Night Shamalan (?), The Sign, The Village, shootingsnya dibuat di sekitar Philadelphia pasal dia tinggal di situ. 

Dan rumah kitaorang duduk tu sepelaung jer dari Philadelphai Eagles punya stadium, Lincoln Financial Field. Dah beberapa tahun aku di Amerika tapi I don't know much about American sports, and I don't want to know either.