Tenang aje aku sama Mus dan yang lain-lainnya selepas AhCeng keluar dari apartment kitaorang sewa tu. Aku sama Mus adalah datang jenguk dia sekali dua, saja nak kasi dia ingat yang dia duluny pernah janji sama kitaorang nak belanja makan kari kepala ikan di Penang Restaurant. Biasalahkan, benda-bena kecik gitu selalu lupa. Nampak gayanya pun dia tak lama di tempat baru, ada aje hal.
Aku masih kerja di kilang proses dan menyediakan makanan untuk McDonald tu, semakin lama semakin ramai orang Indo yang kerja di situ, kebanyakannya perempuan. Yang dah tua-tua. Yang muda-muda malas kerja disitu pasal kalau ramai sangat perempuan, macam-macamlah gossipnya. Aku biasa aje sebab aku fikir kalau kerja di mana-mana pun, sama aje. Lagipun aku dah tenang di situ, Mr Moun suka sangat kat aku sebab dia kata aku rajin. JoeK Supervisor tu pulak buat aku rasa happy aje. Aku boleh strike any kind of conversation dengan dia, dari benda buruk-buruk kisah Anne Nicole Smith sampailah kisah lain
Lagi satu JoeK ni macam aku jugak, reality shows punya freak. Biasanya kitaorang sembang pasal Amazing Race, pasal Survivor, pasal Fear Factor, pasal semua reality shows yang kat tv. Cuma dia jugak suka tengok shows yang mengarut macam Bachelor, Bachelorette, For Love Or Money, shows macam gitu dan dia tak suka quiz shows. Aku pulak tak suka reality shows cinta-cinta gitu (sebab aku tak boleh nak relatekan dengan cara hidup aku) tapi aku suka The Weakest Link, suka sangat aku kat Anne Robinson, host quiz show tu. Dan JoeK selalu tabik sama aku sebab predictions aku biasanya betul, siapa yang kena vote off, team mana yang boleh advance. Dia tak tahu yang sebenarnya aku dapat info tu sebab aku selalu pergi chat kat CBS atau ABC punya chat rooms. Ada lagi satu orang Supervisor di situ yang baik dengan aku, Kelvin namanya. Cuma dia ni jenis yang kepoh tak tentu hala. Ada sekali, waktu excutives McDonald buat lawatan ke kilang tu, buat pemeriksaan, ramailah askar-askar bahagian Quality Control yang datang sekali. Yang handle bahagian makanan yang dah dipack tu aku, so akulah yang ambil makanan tu, tengok satu-satu, masukkan dalam kotak, tape kan kotak tu, stamp kan.Lepas tu susun di skid. Semuanya kena buat cepat-cepat, aku suka kerja yang kena terlari-lari gitu pasal tak ada masa nak tengok jam. Kalau kerja yang boring tu alamatnya menengok jam ajelah kerja nya, selalu ingatkan jam aku baterinya weak pasal tak bergerak-gerak. Aku terfikir-fikirlah apa aku nak buat pasal aku sure diaorang akan berhenti lama kat tempat aku, kat tengah-tengah pulak tu.
Hari-hari seterusnya macam biasa ajelah kehidupan aku sama Mus, biasa aje. Kalau weekends bila turn aku keluar sorang-sorang, aku jalan-jalan kat downtown aje, kat kawasan yang ramai Mat Salleh, sajalah nak kasi ada suasana hidup macam di negara omputeh. Kat kawasan aku tinggal tu macam kat United Nations, berbagai bangsa ada. Kalau keluar sama Mus, buat satu round aje sudahlah, ke Chinatown, balik tengahari sebab petangnya aku boleh keluar lagi, nak pergi tengok wayang ker, nak buat benda lain ker. Selalu jugak aku tengok wayang sama Andy S, sama Hari T, sama yang lain, tapi diaorang ni biasalah kan, suka tengok filem sci-fi, filem lawan-lawan, filem robot, filem macam Resident Evil gitu. Kadang-kadang filem kung-fu. Filem-filem yang bagi aku macam tak masuk akal. Memang tak masuk akal aku pun.Aku tak suka cerita macam tu, tapi sebab kawan-kawan, aku biasanya ikut lah diaorang, sedap jugak tidur kat panggung. Aku lebih suka cerita yang ''banyak cakap", cerita biasa aje kisah kehidupan seharian tapi kalau boleh filem yang banyak dialog yang boleh buat aku berfikir. Sesuailah dengan aku yang banyak berfikir ni kan? :-)
Hajat nak pindah keluar dari apartment tu masih ada cuma malas cari apartment baru. Lagipun Yanti ada kata yang dia nak pindah ke area kitaorang tu pasal dia dah tak sanggup tinggal di kawasan dia tu, kena bayar sewa itu ini. Kalau di kawasan kitaorang tu, dia boleh sewa apartment aje, lebih murah dari sewa the whole house. Dia dah macam lupa masih ada hutang $550 dengan aku. Lagipun, Yanti ni nak buat bisnes rumah urut, bukan, bukan rumah urut macam yang korang fikir tu. Tapi dia nak buka urut tradisional Indonesia pasal dia ni ada pengalaman. Memang hebat Yanti ni orangnya, memasak pandai, mendandan pandai (di Indo dulu dia ada berbagai salon kecantikan), urut orang pun pandai.Menggoda orang lagilah pandainya. Dia pernah urut aku sekali masa aku sakit pinggang, ada sekali tuh. Sampai mengerang-ngerang aku sebab sedap, sakit sedap. Dia kata urat kat badan aku semuanya bersimpul, tak faham aku maksud dia. Aku kerja berat-berat takkan tak terurai simpulan urat aku kan? Selama di sini, aku itu ajelah sekalinya sakit yang sampai tak boleh bangun, 2 hari.
Mungkin berkat doa-doa lama agaknya, Alhamdulillah aku tak diuji dengan kesakitan physical. Mudah-mudahan tak ada lah aku jatuh sakit ker, aper ker, sampai tak boleh bangun, tak boleh kerja. Seram jugak kalau mengingatkanbenda-benda tu semua. Yang aku sakit pinggang tu tak tahulah aku kenapa, mungkin sebab dah lama kerja angkat sana angkat sini, punggah sana punggah sini, usung sana usung sini tu yang buat sakit tu. Tambah aku kerja kat tempat sejuk, kat cold room waktu tu. Langsung tak boleh bergerak aku, tiba-tiba aje, seksanya nak mampus, terus aku berehat 2 hari. Orang kat tempat kerja bukan main lagi lah perli aku, kata aku sakit pinggang sebab banyak buat "benda lain", diaorang kata tu sambil senyum. Diaorang tak tahu yang aku ni anak teruna sunti, tak buat benda lain tuh.
Kali kedua aku sakit, well, bukan sakit tapi pengsan, atau mungkin pitam. Satu hari tu, hari Sabtu, aku bangun tidur, terus ke bilik air. Sedar-sedar Mus tengah tarik, papah aku, kemudian pitam balik. Sedar lagi, Mus tengah sapu minyak angin kat badan aku. Dia kata aku pengsan kat bilik air. Nasib baik aku tak kunci bilik air tu sebab waktu aku nak masuk tu aku tengok kat luar David ada tengah surf the internet, lagipun aku just nak cuci muka. I cannot imagine macamana kalau masa tu aku dah kunci bilik air, mandi.... then mandi bogel
Tak ada apa sangatlah dalam kehidupan aku seterusnya di sepanjang winter tahun tuh, biasa jer, pergi kerja pagi-pagi pukul 4-30 am, balik rumah dah petang, terus berinternet aje kerjanya. Aku dah tak kasi sangat kalau sesiapa yang nak guna internt pasal diaorang tuh slow sangat, kalau baca koran Indo (online newspaper) sampai satu malam. Aku kejap jer, bukak a few windows, speed read sesikit, click sana click sini, sudah. Ini diaorang tuh, tak payah nak cakaplah. Aku pulun habis lah belajar pasal Options tuh, duit account aku kat Broker tu turun naik turun naik jugak pasal dlam seminggu biasanya aku buat 2 transactions, satu buy call dan lagi satu buy put, aku buat 2 different contracts. Pernah aku cuba trade kat Winnipeg Exchange, Canada, aku bought a call, one contract of sesame seed oil pasal murah aje harganya, aku boleh afford. Orang lain jual beli crude oil, gold, platinum etc, aku beli sesame seed oil . Benatang apa nyer tuh? Aku pun tak tau. Tak bergerak pun harganya within that 3 months life of contract so at last contract tu expired worthless. Aku lost dua ratus lebih ajelah, termasuk broker's fees. Aku tak kisah sebab itu aku rasa macam fees aku bayar untuk belajar gitu.
Ada jugak aku terfikir yang kalau aku ada ibu duit, alangkah seronoknya, beli a few contracts and wait until expiration day, kalau jadi on-the-money, liquidate aje atau terus sambung jadikan Futures contract pulak. Setakat kerja kilang manalah aku boleh simpan duit, itu yang aku terfikir nak cari kerja restoran sebab boleh save duit, tak perlu bayar makan, tempat tinggal, transport. Duit tu dapatnya bersih, kalau gaji 1500 kurang-kurangnya dapat save 1300, 200 tu untuk beli jajan, beli underware,tengok wayang.Kalau setahun dah berapa?
Memang aku terfikir nak buat macam kebanyakan yang orang Cina Malaysia buat tu, kerja restoran lima enam tahun, balik Malaysia nanti buat bisnes, atau bersara aje, main telur, goyang kaki. Neighbor aku masa aku di Bangsar dulu ada cerita yang diaorang suami isteri pernah kerja di restoran di Amerika selama 5 tahun, balik Malaysia terus beli bungalow tuh.
Tapi aku tak sedap hati pulak nak tinggalkan Mus sorang-sorang, dia selalu buat muka sedih kalau aku kata nak kerja restoran. Semakin lama semakin ramai orang yang aku kenal, yang balik ke Indonesia, ada reasons masing-masing. Freddy, David dan beberapa orang lagi yang selalu main badminton dengan aku semuanya balik, nggak betah lama-lama di Amerika, capek. Bisa jadi gila. Kalo di Indo, malam-malam lagi bisa ngongkrong (lepak) sama teman, di sini, pulang kerja terus tidur aja kerna capek. Nggak kerja nggak punya uang mahu bayar kos-kosan (sewa rumah). Udahlah, pulang ajalah. Semua diaorang cakap macam tuh.
Yang mati dan yang ditangkap pun boleh tahan ramainya. Ajal dah sampai, tapi kebanyakan yang meninggal tu orang tua-tua. Diaorang ni kadang-kadang tu jenis yang tak boleh ditegur. Kerja nak buat kerja double-shift, setiap hari pulak tu, jadi tidur pun kurang, makan tak teratur. Kalau dinasihati, diaorang kata kitaorang ni malas, "apa perlunya ke Amerika kalo mahu iseng-iseng (main-main)", itu aje lah jawapan diaorang. Jadi itulah ada yang mati kat bilik air, mati kat tempat tidur. Takut jugak memikirnya, aku tak nak lah kalau mati nanti mayat aku dibakar, sebab tu kat wallet aku adalah aku tulis note. Aku ada tulis in-case of emergency, kalau aku mati, mayat aku diserahkan ke masjid yang terdekat aje, dan aku biasanya pakai contacts lens, sila dicabut.
Sebut pasal mati ni, teringat aku kisah aku kena main dek bebudak hitam satu hari tuh. Kat sini biasalah dengar cerita orang Asia kena rompak, kena samun, ramai jugak orang hitam (gagak) kat area kitaorang ni. Orang Asia (kecuali aku) sekodi mana pun, kalau diaorang jalan-jalan at least diaorang bawak duit. Bukan macam Americans , pakai kereta mewah belum tentu ada bawak duit. Sebab biasa sangat tu agaknya, budak-budak pun berani nak menakutkan orang. Satu malam tu, aku nak keluar, ke mana ntah, mungkin just jalan-jalan dua tiga rounds pasal bosan kat bilik. Bila aku melintas kat lapangan tempat orang main basketball, ada dua budak sekolah (gayanya lah) datang dekat aku, diaorang suruh aku keluarkan apa yang ada dalam kocek aku. Aku gelak jer lah sebab aku tengok bebudak kecik jer, baru belajar nak menyamun. Aku terus aje lah jalan, diaorang kejar aku, satu orang tu kata dia ada pistol, dia tunjukkan pistol dia tuh sambil disorok-sorok bawah baju.
Mulanya panik jugak aku, pertama kali dalam hidup aku, rasa macam dalam filem pulak. Tapi aku tengok pistol tu ada lampu berkelip-kelip, lampu merah, macam toys aje. Memang pistol mainan agaknya, berkelip-kelip. Diaorang terus suruh aku keluarkan apa-apa dlam pockets, kalau tak diaorang akan tembak. Aku kata aku ada rokok, kalau nak ambil ajelah. Diaorang kata diaorang tak merokok, diaorang nak duit. Kebetulan aku hari tu memang dapat gaji, adalah 200 lebih, itu yang aku nak keluar 'berpoya-boya' tuh in the first place. Aku terus jalan, diaorang ikut, diaorang halakan pistol tu kat aku, panik
lah aku jadinya. Aku fikir, gayanya pistol mainan, tapi apa kata kalau betul-betul pistol betul, mati katak lah aku di situ. Mulanya aku nak kasi aje duit aku
tuh, aku dah terfikir yang itu bukan rezeki aku, tapi bila aku fikir balik yang aku terpaksa membanting tulang nak dapatkan duit sebanyak itu, ini nak dikasi saja sama anak gagak dua orang tu, mana boleh. Mati pun matilah, aku fikir,sekurang-kurangnya aku mati dengan harga diri dua ratus lebih. Aku terus jalan aje, jalan cepat-cepat arah rumah orang Indo, aku kata kuat-kuat yang aku nak panggil polis, saja nak kasi orang dengar, aku keluarkan cell phone.
Yang sorang tu dah jadi takut, tapi yang acu pistol tu terus halakan pistol dia kat aku. Walaupun aku hundred percent yakin yang pistol tu pistol mainan, tapi aku terbayang jugak macamana kalau itu real punya pistol, bukan boleh percaya sangat bebudak kan? Aku terbayang jer aku tertiarap kat situ, mati ditembak. Aku fikir, mati pun matilah, nak tembak pun tembaklah, aku tak nak kasi duit yang hanya itulah ada pada aku, duit hasil titik peluh aku. Aku terus lari gitu aje sampai ke jalan besar, toleh belakang sesikit. Tak ada pulak diaorang tembak, iyalah, pistol mainan. Kadang nak tergelak jugak kalau difikir balik tapi, aku tetap fikir, kalau itu bukan pistol mainan macamana?
Lepas kejadian tu aku dah tak berapa berani keluar malam, kalau keluar pun tengok sana tengok sini dulu, jalan cepat-cepat aje. Begitulah adanya. Penakut gak aku ni rupanyer :-)