Tak terkatalah betapa happy nya aku dapat off that Monday setelah sebulan lebih kerja setiap hari, duit pun banyak dah di tangan, duit tu perlu dibelanjakan, tak rugged lah kalau orang muda simpan duit kan? :-) Mana nya the power of money kan? :-) Banyak plan yang aku nak buat hari tu tuh, tapi aku kena balas dendam dulu, orang lain bertungkus lumus kerja , aku seronok jer mengangkang di katil, sambil dengar music. Bila dah lapar, baru aku bangun, dah ready semuanya, aku talipun teksi, aku ke Walmart.
Aku berjaya menahan diri aku dari beli benda-benda yang tak berfaedah. Aku beli a few magazines, aku beli baju sehelai dua, then aku ke Subway. Makan, sambil menengok orang, sambil baca paper. Alangkah seronoknya kalau aku tak payah kerja, alangkah seronoknya kalau aku sentiasa ada duit macam hari tu tuh. Kemudian aku call teksi untuk balik, aku suruh cab driver tu tunggu aku, aku nak ke library. Sampai petang aku di library, aku dapat surf sekejap, selebihnya aku baca papers and magazines jer, seronok habis di library tu,besar dan ada segalanya. Aku dah tahu yang kalau aku ada day off lagi, aku akan habiskan masa di library aje. Sebab di tempat tu bandar kecik, tak ada pun bas, semua orang ada kereta, aku terpaksa rely on taxi. Dari library aku ke mall di depan restoran tu, so hari tu aku habiskan more than $20 untuk tambang teksi, berulang alik. Tak apalah, janji aku dapat penuhkan day off aku dengan apa yang aku hajatkan. Daripada tidur jer di rumah, lebih baik aku broaden my horizon dengan keluar merayap.
Memang tak ada niat nak beli apa-apa pun waktu aku masuk ke RadioShack, saja nak buang masa. Lagipun store tu masih buka, tak ramai orang pulak tu..Aku tengok ada satu laptop, the only laptop kat situ. Aku buat pura-pura tanya kalau ada model yang lebih bagus, yang lebih mahal, jadi store assistant tu tau yang aku memang tak nak beli laptop murah tu, about $1100-00. Aku tak nak cerita panjanglah, tapi aku terbeli jugak laptop tu akhirnya. Lemah aku nih. Aku fikir, taklah berat dan sendat sangat wallet dan pockets aku dengan duit nanti, lagipun, dalam masa tak sampai 2 minggu aku boleh dapat duit sebanyak itu. Lagipun, aku memang tak ada laptop dah kan, aku dah sebulan lebih tak berinternet Lagipun di rumah ada telephone line. Banyak lah lagipunnya lah, itu yang aku terbeli tuh. Aku nak kasi $20 tips kat store assistant tu tapi dia tak nak terima, dia kata, "Please , I can't take the money, I'll be in big trouble if they knw this". Aku bengang jugak, aku tahu lah itu polisi diaorang tapi memang aku ikhlas nak kasi dia tips. Aku katalah yang aku kerja waiter so aku memang harapkan tips, dan aku kalau ke mana-mana pun akan kasi tips.Awek tu kata dia akan datang lunch besoknya ke restoran tempat aku kerja, so aku setuju.
Aku terus rasa bersemangat, aku rasa meaningful hidup aku, aku rasa akulah orangnya, bila aku buka aje laptop tu bila sampai di rumah. Aku installed AOL,
aku cucuk cable kat telephone line, aku cucuk the other end kat slot yang di belakang laptop tuh. Ketat jer. Apa pasal pulak nih? Aku cuba connect ke internet. No dial tone. Cuba lagi, sama jugak, no dial tone. Aku cuba dan cuba dan cuba. No freaking dial tone. Apa salahnya? Last-last aku main games ajelah, frust teramat sangat, I was so close untuk dapat berinternet. Dan aku tak tau apa salahnya, mungkin line talipun kat bilik aku tu bukan main line, mungkin aku kena connect melalui bilik Amigo tuh. Oh, betul-betul frustrating. Itu laptop yang ke 4 dalam sejarah hidup aku.
Selasa, aku terpaksa buat semua kerja sendirian sampai pukul 11 pagi waktu Kathy masuk. Pukul 2 sampai 5, aku kerja sendiri jugak, Hudi cuti kan hari tu tuh. Nasib baik tak sibuk. Rabu dan Khamis, balik aku kerja sama Hudi, Kathy masuk lagi petang Jumaat, Sabtu dan Sunday morning. Setiap hari, kitaorang akan tukar duit tips yang kitaorang dapat (dollar notes ajalah), dengan Kelvin. Tiap kali aku tukar about 100 dollars, jadi wallet aku penuh dengan 20 dollar notes. Duit sedolar sedolar aku kumpulkan aje, begitu jugak coins yang adalah dalam 3 atau 4 dollars sehari. Kadang-kadang kalau Kelvin ke bank, dia akan tanya akau kalau nak tukar duit, aku kasilah duit-duit 20 dollars aku tuh yang sentiasa aku bawak. Baik jugak Kelvin sebenarnya, dia ada terfikir yang aku ada masalah nak bawak duit setiap hari. Kalau aku jadi bos agaknya, aku mungkin tak akan terfikir bebenda gitu. Itu aje lah yang buat aku bersemangat kerja, setiap hari aku bawak up to $3000. Selebihnya aku tinggalkan di rumah jer. Sebab wallet aku muat sebanyak itu jer. Pockets aku untuk duit tips.
Kalau tetamu yang datang yang tak kasi tips, yang gaya macam kaya tapi sebenarnya tak ada duit, aku selalu fikir, diaorang ni, nampak aje gaya kaya, makan kat restoran, baik jadi aku, dalam gaya lekeh-lekeh pun, dalam wallet ada beribu dollars. Kadang-kadang aku tak boleh terima hakikat yang orang datang makan tu, ada yang langsung tak berduit. Ada yang ngam-ngam untuk bayar harga lunch aje. Ada yang guna check palsu. Ada yang tak ada duit nak bayar bila credit card direject. Tak ada duit pun berani jugak masuk restoran. Kalau aku, tak ada kurang-kurangnya $50, aku tak akan fikir langsung bebenda gitu. Yang buat lawaknya, datang restoran naik kereta bagus-bagus, nak makan, tak cukup duit.
Sebulan lebih Hudi kerja di situ, berhenti jugak dia akhirnya, tak tahan dengan Kelvin, lagipun dia jeles dengan Kathy yang hanya kerja di waktu sibuk aje. Dia tak adalah jeles dengan aku (tak baik kalau aku berburuk sangka kan?) yang setiap hari dapat tips lebih dari dia, kalau dia dapat $50, aku dapat $80,
kalau weekends, ada beza lebihkurang $50. Dengan aku pun Kelvin masih cerewet tapi benda yang kecil-kecil aku diamkan aje. Kalau hal yang besar-besar macam dia tuduh aku ambil duit yang tetamu tinggalkan di meja (selain dari duit tips), atau kalau dia tuduh aku under-charge, itu aku jadi marah. Kadang dia kata aku tak charge pun, sedangkan tak semua yang datang tu makan, ada yang minum jer. Itu yang buat aku jadi marah. Masalah nya, dia akan marah, kutuk dan sindir dulu, bila dia sedar yang dia salah, barulah dia kata,"It's confusing sometimes, especially when it's busy". By that time aku dah makan hati. Aku pun berani dah jawab yang agak sarcastic, "Well, it's not confusing actually, just that you never trust your men". Benganglah dia kan? Dia diam, dia pendam jer, lebih-lebih dia jeling marah. Tapi, kalau dia bersuara, kalau dia marah, dia tahu, besoknya aku dah tak ada di situ dah. Puas jugak hati aku sebab aku rasa telor dia sudah dalam genggaman aku jer, dia buat hal sikit, aku ramas telor dia, aku jentik telor dia. Problem nya, dia pun buat gitu jugak, so dua-dua kitaorang berjentikan telor, beramasan telor aje lah kerjanya.
Ada dua orang waiter baru, dua-duanya orang Indo, satunya berhenti the next day, yang lagi satu blah dua hari kemudiannya. Aku terpaksa kerja 7 hari lagi,
Kathy pun dah kerja setiap hari jugak, tapi cuma datang waktu sibuk aja, aku rasa tak fair tapi nothing much I yang aku boleh buat. Memanglah letih kerjanya sebab aku terpaksa buat side-works sendirian, Kelvin tu particular sangat pasal kebersihan, sikit sampah pun dia tak nak tengok. Tapi dalam bersih-bersih gitu pun, ada jugak kadang-kadang tu, ada lipas dalam makanan, ada rambut, ada dawai, ada serbuk besi. Itu semua datangnya dari dapur.
Pernah satu hari tu waktu lunch, one couple tu, dalam makanan diaorang ada anak lipas, aku sibuk masa tuh jadi tak layan sangat diaorang. Diaorang marah agaknya, diaorang tunjukkan pada tetamu lain. Semuanya blah gitu jer, aku yang tak dapat tips.
Sebab tu kalau Kathy nak makan jer makanan di situ, aku selalu kata, 'Welcome to Fear Factor, I'm Joe Rogan...... our first contestant, Kristy Myers is about to eat a bowl of buffalo testicless (dia suka makan meatballs). Last-last tak makan lah dia.
Sebab aku tak ada masa off, dan aku hanya ada account di bank di Boston, jadi aku tak dapat nak simpan duit aku. Bank tu tak ada branch, bank orang miskin, bank orang Asia lagi. Aku boleh kalau nak simpan duit, aku kena beli money order dan kirimkan ke bank aku tu. Tapi, itulah, sebab aku tak ada day off, aku simpan ajelah di rumah duit aku yang semakin banyak tu. Bagi aku memanglah banyak, banyak kepingnya, totalnya tak ada lah sebanyak mana, iyalah, duit sedolar sedolar kan? Sebab aku tak berapa percaya dengan amigo dan Cina tukang masak yang tinggal di rumah tu, duit aku aku gumpalkan, aku sorok. Nak tau aku simpan kat mana? Aku belajar ni dengan kawan aku masa kitaorang student kat UK dulu tuh. Simpan dalam underwear, bukan simpan dalam undewear yang dipakai, giler ko! Duit tu disusun, digumpal, lepas tu dibalut dengan underwear, lagi bagus kalau underwear busuk. Sebabnya, kalau ada orang bongkar beg nak curi apa-apa, undewear biasanya diaorang tak sentuh kan? Jadi, akan selamatlah duit yang ditaruk dalam undewear. Dan disebabkan kat rumah tu tak ada washing machinedan aku pun tak ada masa nak buat laundry, maka banyaklah underwear yang tak dibasuh. Maka selamat sangatlah duit aku. Dan aku memang sedari dulu lagi, kalau tengok orang cium duit (ramai kan orang yang cium-cium duit) aku asyik nak tergelak jer. Dan aku tak pernah cium duit pun, tak nak lah aku mencium bontot orang, anu orang.
Duit selebihnya aku bawaklah pergi kerja setiap hari, saja nak kasi aku confident sikit. Kadang-kadang tu, aku rasa bangga jugak. Di depan kedai, dekat mall tu ada satu second-hand cars dealer, aku boleh nampak dari restoran tu harga-harga kereta tuh. Ada satu hari tu aku tengok ada one second-hand BMW (tahun 1993 atau 1994) harganya less than $6000. Aku senyum jer, dalam hati aku kata, sesengkek aku, sehina aku, sebangla aku, aku boleh beli kereta tu right there and then.