Tak lama rupanya kitaorang kerja di kilang buat sausage tu, tak sanggup di buat macam anjing, sebab aku faham apa yang diaorang kata tu yang buat aku geram sangat tu. Diaorang pandang kitaorang semua macam kucing kurap, dicarut-carutnya. Yang gantikan kitaorang semuanya orang tua-tua yang tak ada pilihan lain. Kalau setakat aku dengan Andy S dan Hari T, masih ok, kitaorang boleh cari kerja yang lain. Kitaorang masih ada pride.
Aku buat keputusan nak pindahlah dari rumah Cik Ina tu, nak pindah ke tempat yang lebih baik, walaupun terpaksa bayar lebih sikit. Aku nak pindah tinggal sama Freddy, sama Mira, nak cari kawan lebih ramai lagi.Aku tak kesah.
Aku waktu itu dah agak lain cara pemikirannya, walaupun aku kerja setakat kais pagi makan pagi, kais malam makan besoknya, tapi aku taklah berkira sangat. Aku jadi jenis yang, ada duit, gunakan untuk hari ni, jangan difikir sangat hari esok. Mungkin esok dah tak ada lagi. Aku jadi macam tak ada fikir ke depan, malas aku nak fikir jauh-jauh, fikir untuk yang terdekat gitu aje. Bukanlah aku putus harapan tapi aku tak nak membebankan kepala aku untuk fikir benda-benda yang aku tak pasti dapat, yang aku tak yakin boleh terjadi.
Jadi, sementara tunggu kalau ada kerja, aku balik semulalah ke secret garden aku tu, aku ke library kadang-kadangnya, aku ke Kinko's lagi, aku ke Starbucks jugak. This is my life, ini arah haluan kehidupan aku, itu yang aku fikir. Walaupun dulu aku seperti melawan arus tapi aku survived , walaupun dengan bruised ego. Tapi tak apa, tak siapa tahu, kecuali aku. Aku fikir, nanti kalau aku dah back on my feet, aku nak tulis kisah hidup aku ni, aku nak simpan, aku nak baca balik. Hidup aku berwarna warni. Aku yang warnakan sendiri, walaupun aku memang tak pandai melukis. walaupun I don't really like colouring. Mungkin warna-warni hidup aku ni nanti akan menarik minat orang lain, mungkin.
----------------------------
(Note 1: Aku tulis ni kat one cyber cafe di Chinatown, bosan aku di rumah kalau weekends macam ni, anak Yanti yang biasanya guna laptop aku kalau weekends, kesian budak-budak nak chatting, itu yang aku kasi tu...)
----------------------------
Akhir bulan June secara rasmi aku jadi penduduk haram di Amerika, tempoh tinggal aku genap 6 bulan. Kalau sebelum itu, kalau terjadi apa-apa, aku masih boleh memberi alasan, tapi sekarang sudah tidak, aku memang sudah jadi orang gelap, aku dah jadi salah seorang dari jutaan umat manusia yang bergelap gelita di Amerika. Aku tenang aje, orang sekeliling aku semuanya senasib, apa nak ditakut.
Cuma aku berfikir, aku sekarang ini jadi lebih berani kalau dibanding dengan waktu di Malaysia. Fikiran aku tak berkembang, sebagai law-abiding citizen, semua yang aku buat tu semua yang baik-baik. Tak pernah terfikir untuk tinggal secara haram di Amerika, tak pernah terfikir untuk buat benda-benda yang aku rasa salah di sisi undang-undang. Tapi sejak bercampur dengan orang-orang Indo, aku belajar banyak benda, fikiran aku terbuka gitu, aku banyak mencari alternatif. Kalau tak boleh buat A, aku cuba buat B, cuba C. Dan aku baru sedar yang bukan ada A saja, sebenarnya ada A+. A-, banyak jalan lain. Begitulah kalau hidup sudah terdesak, akal jadi panjang.
Aku selalu cakap sama Andy S dengan Hari T," Sejak ketemu kalian, fikiran aku lebih terbuka, aku senang begitu, kalo dulu di Malaysia, fikiran aku agak tertutup sih. Mungkin kerna hidup senang, nggak difikirin gimana bisa hidup susah. Tapi sekarang aku udah bisa fikirin itu semua. "
"Kerna tu orang Malaysia nggak ada yang keluar, negara aman, apa yang perlu keluar", Andy S kata.
"Iya, kalo orang Cina, banyak yang keluar, tapi Melayu nggak ada sih, kalau yang keluar tu pun kerna disponsorin pemerintah. Yang petualang seperti aku ni jarang sih (Petualang = Pengembara)" aku jawab balik.
---------------------------------
Note 2: (Sejak bercampur diaorang, Bahasa Indonesia aku semakin menjadi, aku tak heran sebab aku ni memang smart :-) Kan aku boleh cakap dialect Trengganu and dialect Utara dengan lancar? Itu aku belum cerita yang aku pergi belajar bahasa Spanish :-)
---------------------------
Kitaorang sembat ajelah kalau ada kerja, cuma masalahnya kadang-kadang tu ajen kerja cuma perlukan seorang dua, itu yang jadi susahnya. Kitaorang nak kerja sama geng sendiri aje jadi tak banyak sangatlah peluang. Sekali tu kitaorang kerja di satu warehouse yang mengimport barang-barang dari Cina. Biasalah, kerja bermusim jugak, perempuan kerja melipat dan membungkus baju. Yang lelaki di bahagian memasang alat-alat fitness. Aku? Aku disuruh memunggah barang, alat fitness . Satu kontena besar. Beratnya? Lapan puluh empat pounds setiap satu. 84 lbs! Gila!
Aku bertiga, satu tu budak Indo, David namanya, satu lagi orang Negro, badan besar. David, bila tengok barang seberat itu, terus dia kata nak berhenti, kitaorang pergi cari Supervisor, nak beritahu dia yang kitaorang tak sanggup buat. 84 lbs, banyak pulak tu. Tapi Supervisor tak ada so kitaorang terpaksa kerjakan lah jugak. Kalau setiap satu kotak tu, dahlah berat, panjang pulak tu, diangkat berdua, masih ok. Tapi, tiap orang angkat satu kotak, usung satu kotak. Yang Negro tu sampai bermandi peluh, aku kata dalam hati aku, aku nak tengok, sampai jauh mana aku boleh push diri aku. Aku cuba jugaklah, but it was pure hell, ada sekali tu waktu David cuba angkat kotak yang paling atas, kotak tu mengelongsor, kena kepala aku, untung aku sempat tunduk.
Tak heranlah, David terus tak nak datang kerja lagi keesokan harinya. Aku tetap masuk, tapi doa jangan disuruh buat benda tu lagi. Untung, kerja tu dah tak ada lagi, instead aku disuruh kerja sama Hari T memasang alat fitness. Lepas kerja di warehouse tu, kitaorang ikut kerja di satu tempat yang lebihkurang sama dengan kilang kertas tu dulu. Kerja masukkan brochures dalam envelop, kerja susun kad, kira attachments etc. Lagi satu kerja gila. Kerjanya ditarget, dalam satu jam kena insert like 700 brochures, kalau tak sampai target dua kali, disuruh berhenti, tunggu waktu balik. Dan jangan datang lagi besoknya. Aku panik jugak mula-mula tu, kalau orang lain yang dah lama kerja situ pun masih menggelabah, aku apa lagi kan? Aku cuba buat, memang impossible kalau nak dapatkan 700 brochures dalam masa sejam, mesti ada jalan keluarnya. Aku tahu, ramai yang tak insert pun semua brochures, tapi aku tak buat gitu, pasal Supervisor diaorang buat random check. Aku tipu cara lain, aku kata aku tak dapat 700 , tapi quite close to that figure. Supervisor tu suruh aku cepatkan sikit kerja, dan aku buat-buat bantu dia masukkan brochures yang telah diinsert tu ke dalam kotak besar, setelah dihitung. Aku kata, biar aku susun, berselerak nih, diaorang susun tak cantik.
***** Supervisor tu, aku masukkan a few hundreds of my brochures, bukan semua. So aku ada a few hundreds extra untuk target seterusnya. Lepas tu, aku kerja selamba ajelah pasal aku dah banyak brochures yang dah siap ready tersedia di bawah meja. Orang lain sampai berpeluh-peluh nak dapatkan target, aku kerja selamba jer sambil dengar walkman aku. Moral of the story: Jangan cuba nak tipu aku, aku lagi pandai :-)
Kitaorang berlima yag baru kerja di situ, selebihnya adalah 15 orang, semuanya yang dah lama, ada yang dah bertahun kerja di situ. Aku, Hari T, Andy S, David dan Pak Roberto, bapak saudara Hari T. David ni agak pemalas sikit orangnya, banyaklah yang tak kenanya. Tengahari tu, sebelum lunch break, dia panggil kitaorang berempat, dia kata dia dah tak mahu kerja. Kitaorang tanyalah apa pasal. Dia kata, tadinya masa dia nak operate satu machine tu, tangan dia terkena bontot satu awek Spanish tu, awek tu marah langsung pergi mengadu kat boyfriend dia. Jadi, boyfriend awek tu warning David, ugut-ugut gitu. David pun jadi takut. Sebab kitaorang berlima, jadi bila David kata nak balik aje, Pak Roberto kata semuanya nak balik jugaklah. Kitaorang ikut ajelah,so kitaorang talipun ajen kerja, orang Indo, suruh datang jemput.
Sementara ada masa sebab tak kerja, aku sama Freddy pindah, Mira akan menyusul minggu depannya. Barang tak banyak so sekali angkat aje dah selesai. Rumah baru, sunyi sepi, tak ada apa, selagi Mira tak pindah selagi itulah tak ada tv, dapur tak berasap. Freddy tidur di rumah Mira, aku duduk di rumah tu sorang-soranglah, sampai pagi aku berinternet. Hampir dua hari kitaorang memunggh barang-barang di rumah lama Mira, fridge, microwave, tv, semuanya. Tilam pun. Pindah malam, tapi di sini biasalah orang Indo pindah randah gitu. Tak jauh rumah baru tu dari rumah lama aku, 3 blok aje. Kitaorang buat selamba jer memunggah barang, mengusung tilam, menolak fridge, guna trolley yang diambil di Walmart. Banyak rumah orang Indo sini yang ada trolly yang dicuri di Walmart tu, very useful kalau nak pindah randah.
Aku rasa tenang di rumah baru, keluar pun kalau Mira ajak pergi beli barang di kedai orang Vietnam. Freddy kerja malam waktu tu. Kalau kitaorang pergi beli barang dapur, biasanya pergi beli di kedai orang Vietnam, atau kedai orang Kemboja sebab waktu itu belum ada banyak kedai runcit kepunyaan orang Indo. Kat kedai orang Vietnam tu aku tengok banyak benda-benda peluk yang dijual, lipas, maggot, ulut bulu, macam-macam jenis serangga, semua ada dijul di situ. Itu deicacies diaorang. Barang perbuatan Malaysia pun ada dijual, macam belacan, ready-made ketupat, cili sos, sambal rojak buah. Memang semua ada di sini.
Hari T sama Andy S akhirnya dapat kerja di luar Boston di selatan Massachusets, diaorang tak ajak pun aku, mungkin diaorang tak dapat contact aku sebab aku sibuk pindah. Freddy ajak aku buat kerja borong, punggah barang kontena. Satu kontena dibayar $60, kelihatannya senang aje, tak berat, barang kecil lagi. Bila tengok aje, Freddy kata kerja tu boleh dibuat 4 atau 5 jam aje. Aku tak percaya, sebab barang kecil lagi rumit kerjanya. Memang betul, hampir 10 jam baru selesai kitaorang keluarkan semua barang dalam kontena tu. Freddy asyik makan aje kerjanya, kejap-kejap break.
---------------------------
Suatu hari sewaktu aku tengah lepak kat my secret garden, ada one Indonesian sub-agent talipun aku, tanya kalau aku nak kerja di warehouse di New Haven, Connecticut. Aku malaslah sebab terpaksa pindah, sedangkan aku baru pindah rumah. Tapi dia kata aku boleh balik Boston setiap minggu, lagipun aku sudah hampir seminggu tak kerja. What if nanti tak ada kerja langsung, macamana? So aku setujulah, tunggu dia kat rumah pukul 2 pagi. Bertolak ke New Haven pukul 3 lebih sebab sampai aje nanti terus kerja. Adalah sepuluh orang semuanya, lelaki. Kerjanya "bongkarin kontena", punggah barang dari kontena. Kuli batak lagi jadinya aku, sebiji macam orang kerja mengangkut barang dari kapal kat port. Kerjanya pun lama, kadang-kadang sampai 14 jam sehari, dan breaknya tak tentu, kadang ada, kadang tak ada. Tapi itu masih boleh ditahan.
Perjalanan dari tempat kerja tu jauhnya 1 jam setengah drive. Kan gila? Tidur dalam van ajelah jadinya, sampai rumah pun terus tidur. Tak sempat buka kasut lagi sudah tidur, 3 jam kemudian dibangun untuk pergi kerja lagi. Makan pun setakat beli roti di gas station aje. Memanglah gajinya agak banyak tapi betul-betul guna kederat, sempatlah 3 minggu aku kerja di situ. Aku berhenti sebab semakin lama kerjanya jadi 8 jam saja sehari, perjalanan ke tempat kerja pergi balik dekat 4 jam. Tak berbaloi.
Adalah 4 orang yang sama aku yang balik ke Boston, sampai pun dah pagi, pukul 5 gitu. Bila aku buka pintu rumah, aku tengok rumah kosong, tak ada apa. Ke mana agaknya Mira dengan Freddy, takkan pindah lagi? Ke rumah Freddy, dia pun dah pergi kerja. At last aku balik semula ke rumah, tidur. Nak internet, talipun line dah tak ada. Selama 3 minggu di New Haven CT, aku tak balik pun, diaorang aku tak contact pun pasal aku kerja setiap masa. Tengahari tu aku ke rumah kawan aku yang lain, Haryanto, dengan bini dia, Sarina. Pelik aku diaorang ni, nama Indonesia habis, tapi diaorang Cina. Lepak lah aku di rumah diaorang sampai malam, kemudian baru aku ke rumah Mira yang lama.
Untung dia ada di situ. Dia kata dia terpaksa balik ke rumah lama pasal rumah yang baru tu dia ada masalah dengan Cik Ina (Cik Ina yang banyak sewa rumah tu lah, dia ada lebih kurang 12 buah rumah yang disublet. Pandaikan orang Indo cari duit?) Dia kata barang aku semua ada di situ, Freddy pun tinggal di situ, jadi aku pun sebab dah tak ada tempat lain, terpaksalah tinggal di situ walaupun keadaan rumahnya mengalahkan rumah yang baru dibom. Bocor sana sini.
Selepas rihat beberapa hari, aku kerja di satu warehouse di luar Boston, tapi berulang alik, sejam lebih perjalanannya. Ramai perempuan yang kerja di situ, mula-mula tu diaorang ingat aku Spanish tapi bila aku cakap Melayu terkejut masing-masing. Jadi bahan perhatian jugaklah aku. Hari pertama tu aku kerjanya mengangkat barang ke conveyor belt, kemudian perempuan-perempuan tu scan barang-barang tu. Bosan nak mampus aku dengan kebanyakan diaorang, disuruh itu disuruh ini. Semuanya memerintah. Biasalah, di mana-mana tempat kerja kalau ada ramai perempuan, pasti ada Mak Lampir (Nenek Kebayan gitu) nya. Yang suka menyuruh, kemudian mengomplen orang. Dia kerjanya tak seberapa.
Petang tu, aku disuruh bersihkan tandas, semuanya. Aku tak tahu apa pasal aku sedih sangat, bukan aku tak pernah kerja bersih tandas, aku waktu kerja di restoran tu dulu memang bersihkan tandas. Tapi sebab kawasan di warehouse tu open space, terbuka gitu, dan ramai perempuan pulak, itu yang buat aku sedih sangat. Sampai mengalir air mata aku. Aku masih ingat, aku duduk di palet kayu, air mata aku laju aje. Dah lama tu baru aku bersihkan tandas tu. Bukan aje besar, jatuh kemaluan aku :-) Itulah, mungkin aku selalu mengutuk perempuan agaknya.
Sebab aku kerja malam jadi jarang aku dapat jumpa Freddy dengan Mira, 2 orang lagi yang tinggal di situ, Akang sama saudara dia yang aku lupa nama, aku selalu sembanglah. Akhirnya terbongkar rahsia, Akang kata lebih baik aku pindah sebab ex-boyfriend Mira, Ahsiok, selalu datang waktu Freddy tak ada. Diaorang dah baik semula. Akang kata Mira tu lonteh (pelacur),selalu tukar pasangan. Dan dia kata diaorang kalau buat projek diaorang buat di bilik aku. Di katil aku. Apa? They had sex in my room? In my bed? Takkan Mira seteruk itu, aku fikir. Kan dia pernah berjibab (berpurdah), pernah duduk di Arab Saudi sama suami dia dulu (dah lama cerai).Aku tahu dia memang perempuan jahat, tapi takkan sesundal gitu. Lagi, diaorang ngentot dibilik aku. Di katil aku? Patutlah aku selalu wet dreams aje rupanya :-) Mula dari hari tu aku dah tak tidur di katil aku, aku tidur di lantai ajelah, aku akan tanya Freddy, aku nak confront dia.
Tapi macamana? Dia baik dengan aku takkan aku nak tanya benda gitu, sure dia syak Akang yang cerita. Tak apalah, aku nak tanya jugak, nak corner dia, Freddy biasanya cerita semua benda kat aku. Jadi dalam seminggu tu bengang aje aku bila ingatkan yang diaorang bersuka-suka, berasmaradana di tempat tidur aku. Dang!