Setiap hari, balik kerja aje, kitaorang kira duit tips. Aku, setiap hari, aku akan tulis berapa jumlah yang aku dapat, setelah ditolak duit belanja beli apa-apa yang perlu. Tak ada apa sangat yang aku beli, tak ada masa pun nak beli barang. Habis kerja, aku akan ke store di stesyen minyak kat depan restoran tu, aku beli Frapuccino, beli USAToday. Itu aja, setiap hari. Memang tak banyak belanjanya, sekali seminggu aje pergi FoodLion, beli roti, teh gula etc.
Untuk breakfast. So dalam sehari aku belanjakan setakat dua tiga dollars aje.
Kejap jer, tak sampai 2 minggu aku kerja di situ, aku dah dapat dekat sembilan ratus dollars, itu belum dicampur duit gaji lagi tuh. Aku pun mula berkira, kalau macam ni, aku boleh dapat $2500 ke $ 3000 sebulan.Dan kalau ikut perbelanjaan aku, senang-senang aku boleh simpan $2300 sebulan. Bersih. Ohhh...Pakcik kaya!!!!!!!!!!!!!, Pakcik kaya!!!!!!!!!!!! :-)
Pagi tuh, kitaorang ambil teksi aje untuk ke Greyhound station, Kamal bertolak pukul 8 pagi. Rasa sedih jugak bila dia nak blah tuh, iyalah, belum sempat nak berkawan rapat. Lepas tu aku terus ke mall yang di depan restoran, aku nak beli barang sesikit. Gitulah aku, baru ada duit sikit jer dah mula nak beli itu ini. Aku beli cologne, aku beli eau de tiolette Polo, aku beli Drakkar Noir punya products, aku beli Calvin Klein punya roll-on stick. Yang beli sampai 3 tu apa jadahnya? Bukannya ketiak gajah yang nak disembur. Terbang dekat $300 kat situ. Lantaklah, orang yang tak kadar diri memang gitulah, pantang ada duit sikit.
Masa kerja, awal-awal lagi dah ada orang datang, one couple, aku perasan yang diaorang ni dah dua tiga kali datang, baik gayanya dengan Kelvin. Ada makanan special lagi yang diorder. Vegetable soup. Kebetulan diaorang di section aku duduknya, kenalah aku melayannya. Makcik tu perhati jer aku, aku perhati diaorang jugak, aku nak agak, diaorang ni kasi tips ker tidak. Bila aku nak refill minuman dia, makcik tu tanya. "What are you having for lunch?". Aku katalah, "Probably the same thing you are having, but I'm getting tired of eating the same thing day in day out. I've been here for 2 weeks now". "I can understand", kata laki dia.
Tiap kali bila aku lalu lalang kat situ, nak ambil pinggan kotor ke, nak serve orang lain ker, nak tanya diaorang kalau nak bebenda lain, ada aje Makcik tu tanya aku. Dah berapa lama di Amerika, apasal English aku tak macam orang yang baru 2 tahun lebih kat Amerika (dia ingat semua immigrants tak reti English. Yo, aku dari Malaysia lah), apasal English aku ada British accent nya, di mana aku tinggal, suka tak aku kerja di situ. Memacamlah. Jawapan-jawapan aku semuanya jawapan kasi diaorang impress dengan aku, without going overboard, aku ceritalah apa-apa yang patut. Kelvin tengok aku asyik dok melayan couple tu, biasalah, dia macam tak senang jer. Orang jenis gitulah Kelvin tu, tak boleh tengok orang senang sikit, tak boleh lawan tokey gitu. Dia datang dekat meja tu, aku tengah sembang-sembang, waktu tu tak ada customers lain, itu yang aku berani tuh. Dia jeling kat aku, dia signal suruh aku blah dari situ, Makcik tu ternampak (padan muka!), so aku blah bawak pinggan kotor.
Lama-lama semakin sibuk, berduyun-duyun orang datang sampai bilik sun-roof tu terpaksa dibuka. Berpeluh jantan memasing terkejar ke sana ke mari melayan orang makan. Yang buat letihnya aku terpaksa tengok-tengok meja yang di section Hudi sebab kat section tu agak lembab. Banyak yang sangkutnya. Aku kena pasang telinga kalau tetamu order minuman ker, mintak apa-apa. Sebab selalu salah benda yang dikasi, banyaklah meja dia yang tak ada tips. Bila couple tu nak blah, aku tengok tak ada pun tips kat meja, rugi jer aku sembang-sembang dengan diaorang. Siaplah, kalau datang lagi nanti, aku tak nak layan nyer lah.
Tak sabar aku nak "cuci tandas" petang tuh, orang datang tak henti-henti. Aku bukannya nak cuci tandas sangat, tapi nak kira duit tips, kena lama sikit sebab banyak tips hari tu tuh, sampai terlondeh kocek apron aku. Kat pocket seluar sendat dah :-) Ingatkan hari tu aman lah pasal waktu sibuk nya dah selesai, nak tunggu dinner time jer, yang biasa nya tak berapa sibuk. Silap. Kalau sehari tak berkokok si Kelvin tu, memang tak sah. Dia kata kat aku, Makcik yang pagi tadi tuh minta maaf sama dia sebab ajak aku sembang dan (sebabMakcik tu ternampak Kelvin suruh aku blah) ganggu kerja aku. Pulak. Dia
katalah yang aku kena pandai bagi waktu untuk guests. Aku jawablah apa yang patut, bengang jugak aku pasal masa tu memang tak sibuk, kan dia jugak yang kata suruh aku sembang dengan customers, especially die-hard punya tetamu. Bila dia tengok muka tak puas hati aku, dia puji pulak aku sebab banyak tolong Hudi. Siap tepuk-tepuk bahu aku lagi. Silap lah ko Kelvin, ko kutuk dulu baru puji. I don't swing that way lah my friend.
-----------------------------
Kelvin tanya aku boleh tak aku kerja setiap hari pasal dia tak ada niat untuk cari waiter baru sehingga Hudi berhenti, dah selalu sangat dia taruk iklan kat
Makcik Jenny di NYC tuh, ramai yang tak nak datang kerja situ tuh. Macam yang aku kata dulu, networks orang Indo ni besar, kebanyakan yang kerja restoran, diaorang semuanya kenal (walaupun cuma kenal melalui talipun) siapa kerja restoran ini, siapa yang kerja restoran itu. Kat ajen-ajen di NYC tu kadang-kadang ada diaorang tulis kat dinding, kat posters, warn sesiapa kalau nak kerja di restoran. Diaorang ada black list kan nama restoran, nama cities, nama towkey nyer. Somehow, nama restoran Kelvin tu ada termasuk dalam senarai. Cuma beberapa unsuspecting mangsa jer yang tak tahu yang datang mencuba nasib datang kerja di situ tuh. Itupun tak bertahan lama.
Aku kata, boleh,cuma aku nak pergi potong rambut dan nak beli kasut pasal Kelvin selalu perli aku. Dia kata aku pakai kasut ke disko, bukan kasut kerja restoran. Kalau waktu sibuk, lantai jadi licin sebab banyak air tumpah, itu yang buat susah tu, pasal kasut aku tu tapaknya licin, kalau nak menari tu memang sesuailah, tapi kalau untuk kerja restoran yang perlukan jalan cepat-cepat, dengan confident nyer, memang agak payah. Masa tak sibuk, aku lari kejap ke mall tuh, gunting rambut kat JCPenny salon, harganya 15 dollar tapi aku kasi 10 dollars tips, saja nak kasi hairdresser tu happy. Sembat sepasang kasut, $50.
Kelvin kata kasut tu tak bagus,dia kata dia akan jualkan kasut yang dia ada kat aku, bagus punya kasut, sesuai untuk kerja restoran. Pundek, aku dah beli, baru dia nak jualkan kasut dia tuh. Kasutnya agak kecil, sakit-sakit kaki aku memakainya tapi tak sampai hati aku nak kata sama Kelvin sebab dia asyik dok kata, "See, now you can get more customers". By the end of the day, aku dah terjengket-jengket, jari aku semuanya luka-luka, melucas. Bengkak-bengkak, berair lagi. Gelak sakan amigo yang kerja kat kitchen tu bila tengok kaki aku penuh dengan plasters, geleng kepala dia.
Kat rumah, tak adalah kerja lain aku buat bila balik kerja, mandi, sembahyang, baca papers, USAToday yang aku beli, dengan Wall Street Journal (tiap malam aku bawak balik Kelvin punya paper, aku curi dia punya) Hudi punyalah "kagum" kat aku, aku selalu ajar dia simple English, aku ajar benda-benda yang patut. Aku pun selalu jugak kata, Kelvin punya English tak bagus sebab walaupun dia banyak cakapnya dengan customers, sebenarnya customers tak berapa faham, itu pasal diaorang diam jer.
Memang betul pun. Kalau Hudi talipun keluarga dia, kawan dia, selalu aku dengar dia kata, "Itu anak Malaysia tu, pinter banget orangnya sih, bisa baca koran (newspaper), lagi bisa tahu Inggeris yang payah-payah". Lawak rasanya, itu baru aku baca papers, belum lagi tengok aku buat charts Options tuh.Mau mati terkangkang gamak nya :-)
Semakin lama aku dah boleh cam customers yang datang, mana yang kasi tips, mana yang tak kasi, mana yang kasi sedollar, mana yang kasi $5. Memanglah yang datang makan kat buffet restoran tu orang biasa aje, orang miskin, sebab harga murah. Jadi tips pun taklah banyak yang diaorang kasi, compared to kalau yang kasi tips di restoran biasa. $2 tu dah dikira banyak, tapi ada jugak yang datang sampai 5, enam orang, kasi dua dollars jugak. Itu pun dah syukur, pernah satu kumpulan orang Spanish datang, 12 orang, makannya banyak, mintak itu mintak ini. Tak kasi tips pulak tu. Not even a cent. Dalam sehari, ada up to 15 tables yang tak kasi tips, on a good day, setakat 5, enam meja aje yang kosong. Dan kitaorang pun dah boleh tahu yang kalau waktu siangnya, kebanyakan yang datang makan tu, orang yang kerja, kena layan cepat-cepat sebab diaorang tak makan lama-lama biasanya. Kalau dah pukul 2 ke atas,biasanya orang hitam yang datang, yang bawak family. Diaorang ni, tak ada yang kasi tips nya, layanlah sebagus mana, buang masa jer. Aku cakap dengan Hudi, jangan diharap sangat dapat tips dari orang hitam, buat frust aje. Kalau diaorang kasi, Alhamdulillah. Tapi biasanya tak dikasi. Dahlah makannya banyak, mintak itu ini, lama pulak tu sampai orang lain tak dapat nak makan.
Aku pun makin lama makin ingat minuman customers yang selalu datang, sebelum dia duduk lagi aku dah tanya samada nak order minumn yang biasa diaorang order. "You are just like Kelvin", biasanya diaorang kata gitu. Generally, aku tak ada masalah nak layan tetamu, diaorang suka cara aku layan, aku buat jokes pun class-class jugak, aku sampuk jugak apa yang diaorang sembang. Ada a few instances aku terdengar customers tanya Kelvin, tanya pasal aku, ada yang puji, tanya di mana dia "dapat" aku. Ada yang kata, "That guy, he works magic". Memanglah, setiap hari aku cuba cari idea, macamana nak improve kan aku punya performanc, ,macamana nak kasi customers suka dengn aku, macamana nak handle diaorang, yang muda, yang tua, yang bawak family, yang cerewet. Aku fikir, iyalah, dah 2 tahun lebih aku di Amerika , it's about time for me to shine :-)
Aku tahu sendiri yang aku bukan nya lekeh sangat orangnya. Aku bukannya ordinary man on the street. Aku on the street that has no name :-) Bila dengar puji-pujian gitu, rasa semangat nak kerja, orang tak kasi tips pun tak apalah. Makan puji pun dah kenyang. See, life's not all about money. Ingat tuh. Sometimes, life's about makan puji, makan bodek. Sampai naik lemak. Tapi Kelvin macam aku jugak, tak nak kalah punya orang. Bila orang puji aku, dia katalah yang pekerja restoran dia tuh semuanya kawan dia. Diaorang tu orang susah, tapi senang hati kerja di situ, sebab dia treat pekerja dia baik, dalam sebulan boleh dapat kurang-kurang $4000. Dia cakap pun kuat, semua orang boleh dengar, itu yang buat aku bengang jer.
Couple yang selalu datang tu biasalah, selalu sangat aku yang kena serve diaorang, Mr & Mrs Taylor, aku sembang-sembang gitu jer, aku tahu diaorang tak pernah kasi tips. Until one day tu bila aku nak bersih meja, aku tengok ada $2. Mungkin sebab diaorang kesian ngan aku kot, sebab masa tu aku dah ada ceritakan sesikit kisah aku, diaorang lebih-lebih tanya aku, aku selalu pulak yang serve diaorang, aku rasa macam dah rapat aje, walaupun diaorang tak kasi tips sebelum ini.
Aku ni kan, ada something in common dengan Michael Jackson jugak sebenarnya, aku suka melayan bebudak yang umur 4 tahun ke atas. Sampai yang umur lebihkurang 10 tahun. Sebab diaorang ni jenis yang petah bercakap, yang banyak nak tanya itu ini, tanya bebenda bodoh. Dan sebab aku selalu melawak, aku selalulah jawab bodoh. Itu yang buat bebudak suka kat aku tu. Memang aku dari dulu lagi, bebudak umur dalam lingkungan tu suka kat aku. Aku pun gitu jugak, suka melayan keletah diaorang. Dan secara tak langsung, bila anak diaorang jadi rapat dengan aku, mak bapaknya akan suka kat aku jugak. Taklah susah diaorang nak kasi aku $10 tips kan? Dan selalu jugak, kalau diaorang datang, diaorang mintak aku yang serve diaorang. Ha, itu yang aku rasa seronok sangat tuh.
Kelvin asyik dok perhati aku jer, aku tak boleh baca apa yang ada kat otak dia, mungkin dia fikir lain, mungkin aku fikir lain.
Dua tiga hari kemudian Hudi kata dia nak berhenti, kelam kabut Kelvin talipun Makcik Jenny suruh carikan pengganti. Kesian betul aku tengok Hudi yang dibuat macam budak-budak, aku tahu, dalam hati dia, dia memang terasa. Walaupun dia kata dia "senang" kerja di situ. Tetamu yang datang makan kata, "Food was good", dia ingat orang tu kata "Service was good". Balik-balik itu aje yang diceritakan sama kawan-kawan dan keluarga dia. Bangga nyer lah dia yang dalam tak reti English tu, dapat memberikan layanan yang baik kepada tetamu. Orang Indo, memang class :-)
Kelvin selalu sangat jerit, "Buka mata, buka mata. Jangan begidu (begitu). Cepat cepat. Those few words yang sure dia belajar dari waiters dulu-dulu yang pernah kerja di situ. It so happened that one of Hudi's friends yang di Ohio, pernah kerja di restoran Kelvin tu. Macam-macamlah dia cerita, dan Hudi pun cerita kat aku. Tergelak jer aku dengar, memang tak ada yang lama kerja di situ, paling lama pun kawan dia tuh, dekat 3 minggu. Yang lawaknya, kawan dia cerita yang waktu berhenti dulu, diaorang, tiga orang semuanya, malam tu, diaorang kencing kan kereta Kelvin, kencing dalam kereta. Waktu tu kelvin dalam restoran. Waktu tu diaorang memang marah sangat pun. And besoknya diaorang blah senyap-senyap, ketiga-tiganya.
2 hari kemudian, datanglah satu budak Cina Monggolia, turun dari NYC, Kelvin tak suka orang Cina sebenarnya sebab dia kata orang Cina malas, kerja kejap
jer dah nak tunjuk lagak macam bos. Dia lebih suka ambil orang Indo pasal orang Indo boleh disuruh buat apa-apa aje. Berlagak jugak gayanya budak baru tuh, tak sempat dua hari Kelvin suruh dia blah, budak tu dipecat, sebab dia malas, lagi selalu melawan tak tentu hala.
Aku melawan jugak, tapi melawan cara Melayu, guna saikologi. Melawan cara penakut Itu yang buat aku boleh bertahan tuh. Semakin lama semakin aku boleh ingat apa yang repeat customers nak kalau diaorang datang. Aku nampak jer diaorang, aku dah tahu air apa yang diaorang nak minum, samada diaorang nak order from menu atau nak makan buffet. Couple ni, diaorang sure nak egg-drop soup, mamat tu selalunya mintak chopsticks, minah tu iced-tea dia kurang manis, yang itu tuh dia suka duduk tepi tingkap, yang tua tu, dia tak nak fortune cookies, yang tu tak kasi tips, yang group ni nih kasi tips at least 5 dollars, kalau layan bebaik boleh dapat $10. Dan dalam ramai-ramai tu, ada jugak a few of my favorites.
Mr & Mrs Taylor, dari tak pernah kasi tips, dah mula kasi $2, dua tiga kali kemudiannya dah kasi $5, lepas tu sekali tuh, diaorang tinggalkan $10. Aku mula rasa tak sedap hati jer, sebab aku dah rasa diaorang macam rapat sangat dengan aku, memang, diaorang yang paling baik dengan aku. Kalau waktu diaorang datang dan terpaksa duduk di section lain, aku walau sesibuk mana pun, sure akan jengah-jengah diaorang jugak.
Aku fikir, kalau diaorang tu dah macam mak bapak angkat aku, takkan aku masih nak ambil tips dari diorang kan? Macam tak ikhlas jer aku serve diaorang kalau aku masih ambil tips dari diaorang. Serba salah jugak aku. Itulah, Mr Taylor kasi $10. Kalau masih kasi $2 macam biasa, tak jadi hal punya, sebab diaorang dalam seminggu sampai 3 kali datang makan situ. Diaorang makan pun kalau weekdays, lebih kurang $15. Tu 70% tips tuh . Aku fikir-fikir, dan aku buat keputusan, mulai hari tu, aku tak nak ambil tips dari diaorang lagi. Aku serve diaorang ikhlas, aku suka diaorang, dan aku tak terkilan tak dapat tips dari diaorang, tengok diaorang datang makan situ pun aku dah happy, diaorang pun dah tahu aku punya cerita, sesikit. Aku respect diaorang, diaorang memang dari dulu impress dengan aku. Itu keputusan aku sendiri. Tapi aku kena beritahu Kelvin yang aku tak nak ambil tips Mr & Mrs Taylor sebab Kelvin tu perhatikan jugak, customer mana yang tak kasi tips, dan dengan Mr & Mrs Taylor nih, Kelvin ada puji aku sebab dari tak pernah kasi tips, diaorang kasi $2, kemudian $5, kemudian $10. Satu achievement tu, kata Kelvin. Yer lah, itu lah my best achievement in life :-) Waiters lain selama ini tak pernah di kasi apa-apa.
"Don't be stupid", Kelvin marah aku bila aku beritahu dia, "Just take the money, you earn it. It's your money". Dia kata, kalau aku tak ambil tips, kalau Mr & Mrs Taylor tak tinggalkan tips di meja, macamana nanti kalau customers lain tengok? Diaorang pun tak akan tinggalkan tips jugak nanti and at the end aku tak dapat apa-apa. Ko tak faham lah Kelvin, aku rasa aku dah ada special bond dengan Mr & Mrs Taylor tuh, dengan diorang jer aku tak nak ambil tips, dengan orang lain tuh, kalau aku boleh kikis aku kikis. Aku buat keputusan aku akan beritahu Mr & Mrs Taylor, aku tak nak tips dari diaorang dah, aku serve diaorang secara sukarela, dengan senang hati. Cuma aku perlu hati-hati jangan sampai Kelvin tahu. Dan Kelvin pun pandai nak uji aku, esoknya bila Mr & Mrs Taylor datang, diaorang disuruh ke section aku.
"Hello there, Mr & Mrs Taylor-made for each other" , aku kata gitu kuat-kuat biar orang lain dengar. Biar diaorang impress, biar diaorang tahu aku ada class. Biar customer lain tahu yang kerja kat restoran Cina tak semuanya lekeh-lekeh. Tak semua uneducated. Tak semua bahloll. Mata Kelvin mengekor jer ikut aku tiap kali aku ke meja Mr & Mrs Taylor tuh, aku buat selamba jer. Mata aku pun mengekori mata dia jugak sebenarnya. Aku serve tetamu lain, aku curi-curi pergi meja Mr & Mrs Taylor. Sembang-sembang. Aku buat-buat tolong Hudi. Customers makin lama makin ramai datang, Mr & Mrs Taylor dah nak selesai makan, dang, macamana nih? Aku bisikkan kat telinga Mrs Taylor, dia nih pekak badak sikit, tu yang susah sikit tuh.
Aku kata, "Don't leave any money on the table" . Dia kata, "But why? We always tip our waiters...." Aku nak terangkan dengan dia, aku tengok Kelvin pandang aku. Drattsss, kata aku dalam hati. Kelvin datang, dia tanya,"What's going on? "Everything's fine, food is good and our favorite waiter treats us wonderful, as usual" kata Mrs Taylor. Pandai makcik ni berlakun tapi bagi aku masa tu, rasa macam dia baca skrip jer. Aku blah ke meja lain. Bila Kelvin ke dapur aku terus pergi dekat Mr Taylor, aku cakap dengan dia what I had to say. Simple jer, dia faham, dia kata ok, kalau itu yang aku nak. Aku suruh dia explain dengan Mrs Taylor . Dalam hati aku kata, apa pasal lah kebanyakan perempuan ni lembab? :-) "I don't like this, is Kelvin taking the money?" Mrs Taylor tanya. "No!!!!!!!!!......." aku jawab gitu bila aku tengok Kelvin datang semula ke meja tu.
Aku terpaksa blah ke meja lain. Macamana nih? Mrs Taylor ingat Kelvin ambil tips aku sebab tu aku tak nak diaorang tinggalkan tips di meja, (itu yang dia upset tu) dan aku tak sempat nak beritahu Mr Taylor supaya jangan mention apa-apa sama Kelvin sebab Kelvin tak setuju. Mat Salleh lurus bendul kan, sure dia akan cerita sama Kelvin yang aku tak nak ambil tips diaorang. Akan terbongkarlah rahsia aku nanti. Dan Kelvin sure akan marah aku sebab tak dengar cakap dia. Apa aku nak jawab nanti? Itulah, letting the cat out of the bag is much more easier than putting it back in.