Saturday, September 22, 2012

Holding Back The Years


(ok, sambung meroyan....)

Di bulan-bulan seterusnya aku macam orang-orang gelap yang lain-lain jugaklah, kadang-kadang kerja kadang-kadang tidak. Bukannya senang hidup secara haram di Amerika ni, bukannya senang cari kerja "di bawah meja", bukannya senang kalau tak ada legal papers. 

Duit savings yang ada sesikit tu habis untuk belanja kehidupan seharian di waktu aku tak kerja. Masa tu tempoh stay aku dah expired, dan aku fikir, alang-alang dah tamat tempohnya, might as well aku teruskan aje. Memang tak boleh nak buat apa dah sebenarnya, teruskan aje lah. Aku pun cuba berusaha untuk cari duit, aku ada cuba kerja di restoran, macam apa yang aku ceritakan dulu tuh. Ramai kawan-kawan aku (orang Indo yang aku kenal) yang balik ke Indo pasal "capek tinggal di Amerika ni". 

Dah sesetahun dua tu, walaupun aku dah ada duit untuk balik, untuk beli ticket, (kalau aku nak balik Malaysia masa tu), aku kena fikir banyak benda jugak. Waktu aku kerja di Florida dulu tuh, masa jadi waiter, aku dah ada lebih kurang $7000, dah boleh dah beli ticket dah sebenarnya. Tapi, setakat lama manalah boleh tahannya duit sebanyak itu? Apa gunanya aku balik dengan tak ada duit? Akan lebih tersiksa aku nanti dibuatnya. Mentally. Dan sebagai seorang yang memang dari dulu suka buat hal-hal sendiri, tak terniat langsung di fikiran aku, untuk menyusahkan ahli keluarga aku, kalau aku buat keputusan untuk balik. Lebih baik aku menyusahkan diri aku sendiri daripada menyusahkan orang. Lagipun aku tak sanggup menyusahkan diri aku di tempat sendiri. Di Amerika ni, tak ada siapa yang kenal aku, apa yang aku nak malu? Cuma aku malu dengan diri sendiri sebab terpaksa menjadi Kuli Batak. 

Aku rasa macam aku tak kenal diri sendiri, baru nak mengenal diri sendiri sebenarnya. Dulu aku tak tahu susah senang hidup merantau. Ikut sedap aje. Dulu aku tak tahu baik buruknya hidup di tempat orang. Dulu aku tak tahu pahit manisnya menjadi seorang kuli bawahan. Buruh kasar. Dulu aku tak tahu pahit manisnya menjadi seorang penduduk haram. 

Dulu aku tak tahu pun maksudnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sekarang aku tahu, kais pagi, makan petang, kais petang, rupanya tak makan hari semalam. Dulu aku gelak jer bila orang kata, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Tapi sekarang, dengan rendah dirinya aku kata, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, trajis lagi hujan batu di negeri orang. 

Dulu aku tak pernah tanamkan semangat bila orang kata, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Sekarang, naik rakit ke ke hulu, bila nak berenang ke tepian? Kena sakit ke dahulu, akan senang ker aku kemudian? 

Dulu bila orang kata, kalau tidak dipecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya, aku gelakkan aje pasal aku tak tahu ruyung tu apa. 

Itulah, dulu banyak benda yang aku tak tahu dan Alhamdulillah, sekarang banyak dah benda yang aku tahu. Dulu aku banyak took things for granted, sekarang how I wish banyak wishes aku digranted.

Dan sedar-sedar dah 3 tahun aku di Amerika dan selama 3 tahun tu aku seperti membazirkan waktu muda aku. Sekarang aku dah tua, baru sekarang aku seolah-olah sedar yang aku tak seharusnya membiarkan nasib aku terus begini. Aku ada otak pemberian Tuhan, aku harus gunakan otak itu sebaik mungkin. 

Biarlah kalau ada orang tahu kisah aku, diaorang kata selama 3 tahun tu aku taruk otak aku di b-ontot. Biarlah. Diaorang bukan tahu betapa peritnya untuk bangun dari tersungkur, bagaimana untuk menyusun langkah semula. 

Biarlah aku hidup dalam keadaan melawan arus, walaupun semuanya against aku, aku harus cekalkan hati. Aku harus kuatkan semangat. Dan aku tulis ini pun untuk menguatkan semangat aku aje, orang lain baca aje, yang tanggung nya aku. 

And I don't want the world to see me
Cause I don't think that they'd understand
When everything's made to be broken
I just want you to know who I am 

[Iris - Goo Goo Dolls]

Memang kalau difikirkan, aku macam rugi aje selama berada di Amerika ini. Kalau aku di Malaysia mungkin aku sudah beranak pinak. Sudah perut memburai sebab ada yang jaga makan minum aku. Atau mungkin kalau tak ada yang nak kat aku, aku dah suruh mak bapak aku carikan aku jodoh dengan jiran-jiran sekampung. 

Tapi tak apalah, walaupun aku dalam keadaan begini sekarang, aku rasa aku masih mampu untuk bangkit kembali, aku masih mampu untuk termasuk dalam kumpulan orang-orang yang menjadi. Cuma aku perlukan sedikit pengorbanan. Aku kena lalui hidup yang sebegini, just for a little longer. A year, a few years perhaps. There's no looking back dalam hidup aku nih. There's no looking back in anger. Berdendam sesikit tu adalah. Biasalah, aku bukannya sebaik orang lain.

Dan sampai sekarang pun, aku masih tak puas hati, masih tak faham, apa pasal ramai yang kata aku ego. Dekat email box, kat comment box, kat tag even, ada jer yang kata aku ego. Ego seorang lelaki. Apa ke bender nyer tuh? Ada dua jer yang aku rasa ada kemungkinan apa pasal orang kata aku ni ego. 

Cara aku tulis blog ni ker yang kadang-kadang ada aku puji diri sendiri, aku perasan yang melampau-lampau, yang nampak macam aku ajelah yang bagus, baik. Itu lawak aje lah, don't take it seriously, baca and just take it with a pinch of salt. And pepper. 

Macam aku kata dulu, aku cuma nak menghiburkan hati aku sendiri, aku nak menutup kesedihan hidup aku. Kalau bukan aku sendiri, siapa lagi yang nak puji aku? Siapa lagi yang nak kata aku ni kelas orangnya? Siapa lagi yang nak kata aku ni cekal orangnya, aku ni tabah, aku ni Melayu contoh ?  

Kalau sebab itu orang kata aku ego, haaa, let me tell you something, right to your face, sambil bersiul-siul lagi.... You ain't seen nothing yet! 

Dan memang aku akan tulis blog ni pun untuk menghalau a few people yang aku tak suka, jugak yang datang sekali dua tapi komennya macam dialah yang bagus. Tak payahlah, you go to your corner and I'll go to my corner. I like it that way.

Atau sebab aku tak balik Malaysia, itu pasal kata aku ego? Sebab aku tak mintak tolong? Sebab aku tak ceritakan pada orang? Sebab aku tak berusha nak balik? Sebab tu orang kata aku ego? Aku dah ceritakan sebab-sebab aku tak balik, aku tak ada duit, aku punya stay kat US ni dah mati, soon passport aku akan expire.Bukan aku tak nak balik, keadaan tak mengizinkan aku balik. Takkan itu nak dikata ego? Atau sebab aku cuba untuk bangkit dan aku nak cuba berusaha cari duit dengan bekerja di sini, sebab tu orang kata aku ego?  

Lantaklah orang nak kata apa pun, semenjak dua menjak ni aku dah semakin banyak lantak melantak nampak gayanya. Dah beberapa tahun aku tinggalkan Malaysia, dah beberapa tahun aku tak tengok muka Melayu, masih tak berubah kemelayuan diaorang gaya nyer nih. Bab-bab potpet-potpet nih. 

Dulu waktu kerja kilang di Boston, pernah aku jumpa AhSo dari Malaysia yang macam aku jugak lebih kurang, kerja di Amerika ni secara haram. Aku ada cerita dulu tuh, yang bila kawan aku David kata suruh AhSo tu kasi anak dara dia yang kat Malaysia tu kat aku. Yang AhSo tu jawab something like this, "Mana boleh ooo, anak saya keluar unibersiti punya olang". Dulu aku ada tanya AhSo tu, macamana kalau nanti passport dah mati, macamana nak renew. Dia kata, nanti kalau dah nak expire, pergi Embassy, bawak kad pengenalan, surat beranak, apa dokumen yang ada. Dia tak tahu pun aku hanyalah ada passport, yang lain-lain tu hilang dulu tuh. Dia kata, " Ayooo, lu pigi sana itu Embassy. Lu sinang pasat lu Malayu". Aku senyum aje lah sebab aku tahu dia bukan perli aku sebab aku Melayu, tapi aku senyum sebab dia tak tahu yang aku tak ada apa-apa lagi dah kecuali passport. Dan aku senyum sebab dia kata, "Lu sinang pasat you Malayu" tu tuh. Yer lah tuh. Dia tak tahu pun, sebab Melayu tu lah aku jadi Bangla. Tapi aku senyum aje. Memang aku selalu sembunyikan kesusahan aku di balik senyum. Senyum itu pembawa rezeki, tapi senyum aku penuh dengan kesusahan dan kedendaman.

------------------------------

Note: Tengok date tuh, tahun bila punya entry. Bertahun lah baru nak habis mengcopy-paste entries dari Dendam Perantau ke blog ini kalau macam nih. Let me know kalau korang nak aku skip ke part-part yang best aje. Kat Hagerstown nih aku kerja selama setahun setengah, banyak gak cerita-cerita menarik.

The Day Before Tomorrow (16/3/2005)

Harini aku off, yang last aku off, masa pergi New York dulu tuh, berkurun-kurun dah rasanya. Kerja mengalahkan tokey babi lagi, tiap hari. Banyak aku plan apa nak buat, nak ke sana, nak ke sini, nak buat itu, nak buat ini. Tapi tak semuanya menjadi. 

Kalau masa off, waktu cepat sangat berjalan, tak sempat apa pun dah malam. Dah kena risau pasal esok. Itulah, aku asyik-asyik tengok jam jer kerjanya. Laaa, dah pukul 10, laaa dah pukul 12, laaa dah petang, laaa dah malam. 

Aku bangun pagi macam biasa, macam hari-hari nak kerja. Aku surfed sekejap, aku tulis blog update sekejap pasal semalam tu tak sempat nak tulis, asyik dok chatting kat tagboard. Lepas tu aku tidur balik sebelum orang lain bangun untuk pergi kerja. 

Pukul sepuluh baru bangun, bukak internet, surf sana surf sini, bosan jugak tak tahu nak buat apa. Lepas tu sembang dengan XXXX kat talipun, tak sedar jer dah tengahari. Lepas mandi, terus aku call taxi, aku nak ke mall ajelah minggu ni. Minggu depan baru ke library, minggu lagi satu ke WalMart. Tak boleh pergi ketiga-tiga tempat dalam masa sehari, pokai aku nak bayar tambang teksi nak berulang alik dari one place to another. 

Aku terus pergi cari kedai makan, aku masuk one big Chinese restaurant kat mall tuh. Tak ramai orang, kat ceruk sana satu, kat ceruk sini dua, so aku pun pergilah ceruk yang lain. Sombong nak mampos waiter sorang tuh, jenis tak kadar diri. Mukanya masam mencuka, layan aku macam nak tak nak jer. Itu pun aku langsung tak menyongeh, tak mintak itu ini. Aku kasi tips 2 dollars ajelah, kalau dia layan aku baik-baik mahu aku kasi 5 dollars.

Lepas tu aku terus ke panggung wayang kat mall tuh, memang cadang aku nak tengok 2 filems, 2 shows. Tapi itulah, pakai redah jer, tak organized langsung aku nih. Sepatutnya aku check kat internet, pukul berapa movies tu mula, filem apa. Aku terlewat 15 minit, kebanyakan filem semua dah mula, shows seterusnya pukul 4 lebih. Takkan aku nak tunggu sampai 2 jam? Adalah a few films yang main pukul 2 lebih tapi semuanya cerita tak bagus, 
filem lama, dah sebulan dua keluarnya. Tak apalah, tak dapat hajat nak tengok wayang, aku tengok DVD Lemon Sky yang aku beli dulu aje lah di rumah nanti. 

So aku blah ajelah, terus aku cari kedai gunting rambut. Aku masuk Cuts, ish, rasa macam orang kaya jer sebab Cuts ni memang terkenal. Tak ada orang pun,except satu makcik yang dah nak siap set rambut. Aku mintak stylist tu potong rambut aku pendek-pendek sampai nampak kulit kepala. Ramah sangat orangnya awek tu, tanya aku itu ini. Mulanya aku layan elok ajelah, tapi bila dia gunting, aku tengok rambut yang jatuh tu banyak yang putihnya, aku diam ajelah. Malu pulak rasanya. 

Itulah, I should have colored kan rambut aku sebelum keluar tadi tuh. Walaupun rambut aku pendek sampai nampak kulit kepala, tapi bila mamat tu tanya nak shampoo ker tidak, aku kata nak aje. Aku suka orang main kepala aku. $15 harganya, aku kasi tips $10, tak sempat pun dia nak thanks aku sebab aku kononnya malu, aku tinggalkan aje duit tu kat cash register. 

Lepas tu aku masuklah kedai buku, browse sana sini, tak ada sangat majalah yang menarik. Aku nak cari majalah pasal computer atau majalah pasal Finance, tapi tak ada yang bagus pun. Kedai kecik jer. 

Lepas tu kan, aku masuk satu kedai nih, malulah aku nak cakap kedai apa, itu rahsia. Rahsia sejak zaman-zaman sedara Queen Elizabeth dulu lagi. Kawan aku ada suruh aku cari barang sebenarnya. Sebelum keluar rumah tadi, aku dah tulis nama barang yang dia nak aku belikan tuh. Punyalah malu aku nak masuk kedai tu, Tuhan aje lah yang tahu. Aku jalan laju jer, tak toleh-toleh dah, aku tak cubalah menutup kemaluan aku yang semakin membesar tuh pasal memang kedai tu terkenal pasal jual barang-barang menutup kemaluan. Cuma aku salah jantina.

Aku terus pergi kaunter, aku kata yang aku nak cari barang yang dalam list tu, untuk adik perempuan aku. Aku beli lah, 6 semuanya, bukan 4 macam kawan aku kata tuh. Aku beli kotaknya sekali, senang sikit nak post nanti. Minah tu taruk barang-barang tu (dan kotak pembungkus) dalam beg yang ada tertulis nama kedai tu. Laaa...takkan aku nak ke sana sini bawak beg tuh? Aku mintak plastic bag, dia kata tak ada, kedai kelas-kelas gitu mana pakai plastic bag. 

Terus aku blah ajelah, malunya tak usah ceritalah, (oghang Ganu kater, berre) jinjing ke sana sini bawak beg tu. Kaler pink lagi. 
Oh tidakkkk.... kenapalah dunia ni zalim sangat? :-) Kalau ikutkan hati, aku nak charge mahal-mahal kat kawan aku tu nanti, harga postage dengan bayar harga kemaluan aku :-) 

Aku pun dah jadi macam tak keruan dah, nak ke sana malu, nak ke sini malu. Masuk Bon Ton, masuk JC Penny. Last-last aku call taxi ajelah, balik rumah boleh tidur ker, apa ker. 

Dekat setengah jam aku tunggu, tak ada pun teksi, lama tu dari jauh aku ada nampak teksi dari company yang aku call tuh. Operator taxi tadi suruh aku tunggu depan entrance Garfield's Pub, tapi apa pasal teksi tu berhenti depan JCPenny? Aku call balik, Operator tu marah kat aku, dia kata apa pasal tak 
keluar dari mall tuh, teksi tak boleh masuk ke dalam mall tu. Aku tak sempat nak jawab nak kata yang dia suruh aku tunggu depan Pub tu, memang dulu pun memang aku tunggu di situ, dia dah hung up. Geram aku, menyepoilkan hari bahagia aku aje. 

Bila aku nak talipun operator teksi tu balik, barulah aku nampak ada teksi datang, driver yang sama waktu hantar aku ke mall tadi tuh. 2 kali dia dapat tips aku harini, must be his lucky day. Aku ceritalah kat driver tu, dia kata dia tak tahu menahu, macamana pun, dia mintak maaf on behalf of the company. 

Aku sampai rumah, aku tengok Pak Tua pun ada. Bosan ya amat aku, hari aku off pun dia ada kat rumah. Aku surfed the net ajelah, aku pergi blog-blog orang yang belum pernah aku pergi. Pandai bebudak sekarang nih buat blog comel loteh, tergerak hati aku nak curi code nyer, tapi aku fikir balik, nanti blog aku jadi macam blog orang muda pulak. 

Cukuplah blog aku macam ni nih, walaupun hitam muram tapi tulisannya lurus selurus hati aku :-)

The rest of the day tu aku tengok DVD ajelah, sambil cuci baju, sambil bersih-bersih sana sini. Seronok jugak bila Pak Tua blah, aku sorang-sorang jer kat rumah. Tapi bila sorang-sorang tu waktu cepat sangat berlalu, by the time aku nak lepak-lepak, dah malam pun.