Saturday, September 22, 2012

Life Of A Common People


Note: Aku rasa entry nih a bit disjointed pasal aku copy dari a few entries. lagipun, masa aku tulis tuh dulu, aku dah di California sedangkan ceritanya masih cerita aku masa di Boston. Ada aku selit-selitkankan cerita yg kat California pun sama dalam entries tuh. So, untuk tak mengonfusedkan orang, aku delete cerita-delete yg berkaitan California untuk sementara waktu. 

InsyaAllah aku akan skip bab-bab meleret, terus aku ke bab-bab aku di Florida, Maryland, California, (Pittsburgh, Philadelphia) Pennsylvania, New Hampshire, dan yang last sekali kisah hampir 3 tahun aku di New york City, kerja menjaga Jews kaya yang cacat.

--------------------

Adalah dua tiga hari lepas berehat, aku sama Krisna dapat kerja, aku kerja di tempat menanam dan mengeksport bunga tulip, Krisna kerja di kilang apa tah. 
Aku kerja malam, tempatnya jauh hampir dua jam perjalanan. Jadi,setiap hari hampir 4 jam aku tidur dalam van. Kerjanya panjang jugak jamnya, kadang-kadang sampai 13 jam, tapi biasanya 12 jam sehari, boleh kerja 7 hari tapi aku kata aku nak kerja 5 hari sudahlah. Hari Jumaat dengan Ahad aku cuti, boleh aku pergi Sembahyang Jumaat.Berat jugak kerjanya, ditambah dengan adanya dua tiga orang Mak Lampir, bertambah-tambah beratlah kerja jadinya. Bila diaorang kata diaorang nak tambah pekerja, aku ajaklah satu lagi orang Indo yang aku kenal, Adji namanya. 

Selalu jugaklah aku, Mus, Krisna keluar jalan-jalan kalau hari cuti, biasanya pergi makan kat Penang Restaurant. Aku punyalah teringin nak makan kangkung masak belacan dengan ikan masak asam pedas tapi aku was-was. Tiap kali aku ke restoran tu, aku makan atau tapau roti canai sajalah, kadang-kadang mertabak telur. Sama cendul. Sedap cendul diaorang, mengalahkan cendul orang Indo dan cendul orang Kemboja yang dijual di kedai-kedai runcit di kawasan aku tinggal tu. 

Waiters yang di restoran tu semuanya Malaysians, Chinese, tapi semua yang jenis kampung, yang tak pandai Bahasa Malaysia. Setakat sikit-sikit tu bolehlah. Tak macam di Penang yang dekat Columbus Circle, NYC tu, waiters/waitresses dia Mat & Minah Sallehs. Ada lagi satu Malaysian-owned yang aku selalu jugak pergi, kalau Penang tu penuh. Asia cafe namanya, macam kedai kopi biasa aje, tak ada wait staff, semuanya dibuat sendiri oleh tokey dan dua tiga orang. Tukang masak di situ selalu jugak aku jumpa melepak di satu mall kalau hari dia off. Selalu betul terserempak dengan dia. Setiap minggu. Orang gelap gelita juga aku rasa. 

Sejak aku di Boston, adalah aku berjumpa hampir 10 orang Malaysians, semuanya Cina, semuanya macam aku, kerja kilang, kerja-kerja buruh kasar. Aku tak pernah jumpa Melayu, dan aku tak berniat pun nak cari kalau ada Melayu. Payah. Malay Dilemma gitu. Kalau aku nak jumpa ramai lagi Malaysians pun boleh, pergi aje ke Chinatown, ramai pelacur dari Malaysia. Kawan aku, Roy, selalu tanya aku kalau aku ke Chinatown cari lonteh, "banyak cewek dari Malaysia, cakep-cakep semuanya Joe", kata dia. (Cakep = cantik) 

Ada 2 lagi awek tu aku selalu jugak terserempak kerja sama-sama, diaorang macam aku jugak, tinggal sama orang Indo, tapi Indo yang berbahasa Cina sebab diaorang tak berapa pandai Bahasa Melayu. Satu tu dari Sarawak, kampung sangat aku tengok orangnya. Satu lagi tu tak pernah pun sembang dengan aku walaupun aku selalu senyum dengan dia. Masalahnya diaorang yang di sini, secretive sangat, taknak langsung ceritakan yang diaorang tu tinggal secara haram. Mengaku tinggal secara halal konon tapi aku bukannya bodoh sangat nak percaya. Mungkin sebab diaorang malu agaknya. Lah, apa nak dimalunya, dengan aku tak payah nak berkemaluanlah.

Ada juga yang moonlighting kerja kat salon, malamnya kerja lain, kurang-kurangnya kerja blow-memblow gitu. Aku tahu, diaorang ni, buat kerja tak senonoh kat sini, kumpul duit, dah lama nanti baru balik Malaysia, bukak business. Ada 4 lagi Malaysians tu, dah tua-tua, sebaya mak bapak aku, itu kerja kilang yang ringan-ringan aje, aku tanya diaorang apasal kerja di Amerika susah-susah, diaorang kata diaorang tak nak menyusahkan anak-anak diaorang. 

Pernah sekali, David bergurau dengan AhSo tu, (waktu tu kitaorang kerja di kilang yang sama), dia kata,"Cik, nanti balik Malaysia, lu kasi lu punya anak sama itu Joe, dia tidak ada girlfriend", bosan sangat aku kalau orang Indo buat-buat cakap Melayu. AhSo tu ketawa, kemudian dia kata, "Aiiyo, mana 
boley lo, anak saya pandai punya olang, keluar university. Ini olang apa ada". 

Ma Cibaii punya AhSo, dia ingat aku kodi sangat. 


Ada satu saja budak lelaki Cina Malaysia yang aku pernah jumpa, yang agak rapat dengan aku, Eric nama dia. Cuma masalahnya dia ni stress punya orang, 
selalu senyum sendiri, bercakap sorang-sorang. Aku pun tak tahu apa masalah dia, dulu dia ni student, dah grad dia tak balik. Dia pun dahsyat jugak, dah tiga tahun tinggal sama orang Indo. Kalau aku sama Eric memang aku converse in English, saja nak kasi orang-orang Indo respect sikit.

------------------------------------------------------------------ 

Walaupun aku hidup bersama orang Indo, tapi kalau keluar, aku selalunya pergi sorang-sorang, biasanya aku punya ajenda agak lain dari diaorang. Diaorang kalau keluar setakat ke Chinatown atau ke Walmart, atau ke laundry, atau ke gereja, atau ke beskop nonton filem, atau ke kedai barang second-hand. Tapi biasanya diaorang pergi berkumpulan, kalau ke Walmart tu, berduyun-duyun sekali pergi. Lama pulak tu, tiap barang di lihat satu-satu, belinya tak. Kalau beli pun, sebuku sabun.     

Itu yang aku tak suka jalan dengan diaorang tu, buang masa setengah hari tapi apa pun tak beli. Kalau aku, setengah hari dah boleh round sana sini, dah 
sempat ke library, mengopi di Starbucks, surf kejap kat Kinko's, tengok wayang lagi. 

Bulan Puasa datang, tak ada apa bezanya dari bulan-bulan lain. Aku tukar kerja waktu tu, aku cari kerja yang siang, senang nak berihat malam-malam. Mus tak puasa, "Kita musafir", kata dia. Kawan aku yang Islam hanyalah Mus (dan Yanti sekeluarga), yang lain tu diaorang Kristian. Ada lah yang lain Islam, Adji, and a few others tapi ... tak payahlah aku sambung kan? 


Malam aku pergi Tarawikh di masjid yang tempat Will peluk Islam tu dulu, walaupun ada masjid yang dekat tempat aku tinggal tu (lebihkurang 20 minit jalan kaki) tapi aku takut ke situ, kawasan orang hitam. Yang masjid aku pergi tu pun memang di kawasan orang hitam tapi kat jalan besar, turun train aje dah sampai. 

Dengan Mus, kitaorang buatlah sembahyang jemaah kadang-kadang tu, Mus ni, apa-apa mesti suruh aku yang lead, walaupun dia tu tua 4 tahun dari aku. Kalau nak ke mana-mana, kalau nak buat apa-apa mesti aku yang buat keputusan, dia ikut aje. Kesian sangat aku dengan dia ni actually, English tak tau langsung, tapi aku respect sebab dia boleh hidup dalam keadaan macam tu. Dia kerja di satu tempat aje (kebetulan tempat dia kerja tu, kerjanya steady, tak bermusim) sebab takut nak pindah kerja lain, takut tak sesuai. Kalau dia balik kerja tengok tv aje, sambil baring. Kalau lapar, masak. Masakannya, ayam direbus,lepas tu taruk tomato sauce. Itu aje, atau goreng telur. Tak ada rasanya langsung. 

Kalau aku masak, siap dengan serainya sekali, bawang putih, bawang kecil, kulit kayu, jintan , macam-macamlah . Sampai Sarina pun selalu mintak resepi kat aku, aku masak kari tapi terkurang santan, jadi aku taruk biskut marie, aku tiru macam Mak Along aku masak, saja nak kasi pekat masakan tu. Sedap pulak jadinya, itu yang aku promote kat kawan satu apartment aku, saja lah nak kasi diaorang tau yang budak Malaysia ni pintar segala hal :-) Aku masak pakai taruk aje, kadang-kadang tu sedap kadang-kadang tu aku masak lemak tapi jadi kari. 

Sebab Mus ni pemalu dan tersangatlah merendah diri, kitaorang masak asing-asing. Bagus arrangement gitu pasal daging dia tu beli di kedai orang Kemboja, aku beli di kedai orang Pakistan (jauh di luar Boston). 

-------------------------------------------------------- 

Keluarga Yanti. Nak kata ini keluarga bermasalah, tak jugak, nak kata keluarga yang hidup aman jauh sekali. Orang yang dicari pasti aku, sebab aku ni jenis mudah nak diajak berbincang kot, aku selalu kasi solutions yang bernas. Atau memang aku ni jenis b-odoh, selalu digunakan orang, selalu dimanipulate. Apapun, aku taklah kisah sangat, at least aku dapat fikir masalah orang, aku dapat tolong setakat terdaya, mungkin masa tu aku dah tak fikir masalah aku sendiri sampai aku jadikan masalah orang tu sebagai masalah aku sendiri. Tapi itu semua buat aku jadi matang. Matang b-odoh ker maksud aku? Whatever! 

Yanti sekeluarga pindah rumah sewa, biasalah kan, keluarga semi-Amerika, mana boleh tinggal sebilik satu keluarga. Laki pun American. Kereta pun kena ada, sebab anak-anak, Ara sama Ita nak ke sekolah. Kesian jugak aku tengok Yanti sama Will yang terpaksa kerja overtime sebab banyak bills yang nak dibayar. Kalau hujung minggu aku selalu jugak ke rumah diaorang, kalau bulan puasa, aku berbuka di sana sekali dua, walaupun aku "tak makan daging/ayam dan makanan yang sewaktu dengannya.

Sebagai orang Melayu Malaysia, kalau aku ke rumah diaorang, aku bawaklah buah tangan, dan kalau aku nak balik, aku kasilah barang sesepuluh dollars kat Ara dengan Ita, duit beli jajan. Diaorang panggil aku Om Joe, mula-mula tu diaorang tak lah rapat sangat dengan aku, malu-malu gitu, tapi bila dah lama-lama bila diaorang dah cakap Inggeris mengalahkan Americans, diaorang jadi rapat dengan aku. Selalu talipun aku. Kitaorang guna English sebab Ita semakin lama semakin tak pandai Bahasa Indo. 

Tak lama kemudian, keluarga bapak saudara Yanti ada datang dari Indo, Anang sama Esi, sama anak diaorang. Ada lagi satu tu kawan Esi, semuanya tinggal di situ. Diaorang ni datangnya melalui ajen yang kirim orang ke Amerika, aku pun tak tahu macamana arrangementnya tapi diaorang bayar untuk dapatkan visa dan kerja di Amerika. Yang Tante (makcik) sorang tu bukan mainlah orangnya. Dia tanya aku, kat mana aku tinggal, segalanya lah, pasal kerja gitu. Aku katalah yang aku tinggal di kawasan ramai orang Indo tinggal, kawasan ramai orang Vietnam, orang Kemboja, orang hitam. "Kotor tempatnya, nggak seperti di kawasan Yanti nih, bersih lagi nyaman". "Oh, Tante nggak bisa tinggal di sana, Tante waktu di Indo punya 3 pembantu rumahtangga, rumah Tante gedek, bersih, lagipun Tante udah Hajjah", dia jawab gitu. Lepas tu, aku sembang dengan dia macam layan tak layan ajelah. 

Kuranglah jugak beban Yanti nak bayar sewa rumah, bil itu bil ini sebab diaorang masing-masing bayar sewa kat Yanti. Tapi tak lama sebenarnya, kisah-kisah lama berbangkit, kisah waktu di Indo dulu (yang datang ke Amerika ni jenis yang "banyak kisah-kisah masa lalu") pun dikaitkan, susah kalau sekeluarga tinggal sama-sama sebab masing-masing datang Amerika tujuannya nak kumpul duit, nak save some money. Tapi sesetengah orang, nak save semuanya, nak jadi free-loaders gitu, orang lain yang terpaksa tanggung beban. Bila dah gitu, gaduh, pindah rumah. Tante tu disuruh keluar oleh Yanti, lebih-lebih sangat. Anang keluar jugak akhirnya, pindah ke kawasan aku tinggal. Gampangg mau cari kerja, kata dia. Banyak orang Indo, gaampang gitu. 

Sejak Anang sekeluarga sama Tante tu pindah, Yanti jadi semakin susah, selalu tak ada duit. Duit gaji bayar bills aja, sewa rumah, sewa cable tv, duit internet, bil api, bil talipun, bil gas, duit kereta, insurance, semuanya. Aku selalu cakap dengan dia supaya "hidup seadanya aje", apa perlu ada cable tv, internet, talipun guna yang boleh buat local calls saja, tapi dia tetap degil. "Untuk anak-anak dengan Will", kata dia. Jadi selalulah service talipun dipotong, kereta hampir ditarik, bil sana sini tertunggak. 

Dan aku jugaklah yang jadi mangsa, mungkin diaorang sibuk atau mungkin itu sebagai senjata, dia gunakan anak dia suruh talipun aku mintak pinjam duit. Mana aku tak kasihan, kan? "Om Joe, Mama mau pinjam uang, di rumah nggak ada makanan sih, mau belik beras, Mama gajiannya minggu depan", selalu Ara talipun gitu. 

Kadang-kadang tu, "Om Joe, daddy pingin pinjam uang untuk bayar deposit beli mobil kerna mobil Daddy sering rusak". Kadang-kadang aku kesan kadang-kadang aku geram, aku jenis yang kalau tak ada duit, aku tak fikir nak beli itu beli ini. Tapi diaorang ni, dalam tak ada duit pun ada fikir nak beli benda yang di luar jangkauan diaorang. Tapi yang buat aku lemahnya kalau Ara atau Ita yang talipun, mana aku tak kasihan. Setiap kali pasti aku setuju pinjamkan duit, dua ratus, tiga ratus gitu. Samada diaorang datang atau weekends nya aku ke rumah diaorang, aku kasi pinjamkan duit. 

Mulanya diaorang bayar, Yanti selalunya pinjam duit sementara tunggu gaji yang dibayar 2 minggu sekali. Dapat gaji, aku dibayar.Tapi minggu depannya pinjam lagi sementara menunggu gaji seterusnya :-( Begitu ajelah kerjanya, sehinggalah hutang tu berkumpul. Dan berkumpul. Dan berkumpul. Dan jadi banyak. Kalau difikir sekarang ni memanglah b-odoh aku sebab kasi diaorang pinjam duit, tapi waktu tu aku nak buat macama mana? Diaorang guna anak diaorang, lagipun aku tak tahu mungkin itu signal Tuhan yang suruh aku ingat benda-benda yang berlaku hampir setahun sebelum itu. Atau memang aku plain b-odoh. Tapi itulah hakikatnya. 

---------------------------- 


Agak banyak juga masa aku yang free di waktu puasa tu, kelas Bahasa Spanish aku sebab aku tinggalkan gara-gara kerja restoran tu dulu dah tak aku teruskan. Kadang-kadang aku surf di internet cuba-cuba belajar sikit nak tambahkan vocabs aku tapi aku malu sama Mus sebab dia selalu ada di apartment, aku tak dapat praktis, takut nanti dia jadi semakin rendah diri. "Udahlah pinter Inggeris, lagi mau belajar Spanish, hebat kamu ni", selalu dia kata macam tu. Dia tak tahu yang aku kagum dengan dia yang boleh berbahasa Jepun sikit-sikit, dulu dia pernah berkursus di Jepun. 

Itu yang aku jadi sorok-sorokkan sikit kalau aku nak belajar tu. Yang aku surf pasal aku belajar "Options Investments" tu dia tak tahu, pasal dia tak perasan (sebab dia tak tahu English), jadi aku tak adalah buat diam-diam. Kalau dia tahu, sure tabik spring dia kat aku agaknya. Atau mungkin dia akan kata aku ni angan-angan Mat Jenin. 

Sekali tu laptop aku rosak, rosak ke akar umbinya, rosak yang memang tak boleh dibaiki lagi. Memanglah aku buta pasal repair merepair komputer (kalau pasal internet tu anytime jer) jadi tak berinternetlah aku. Laptop murah memanglah. Lagipun laptop tu dah jadi macam laptop public. David pun selalu sangat tengok porn. "Gue mau lihat yang bisa gerak-gerak", kata dia.

Musim Raya sama musim Christmas banyaklah acara yang dibuat oleh orang-orang Indo, Pesta Natalan. Aku sama Mus pergi jugak jengok-jengok, sajalah nak tengok seramai mana orang Indo di Boston. Memang hebat, orang Indo dari seluruh pelusuk north east Amerika ada datang. Pertama kali aku tengok acara Krismas dibuat dalam Bahasa Melayu Indo, lagu Silent Night tu ditukar judulnya jadi Malam Kudus. 

-------------------- 

Apartment/bilik aku sama Mus tu sebenarnya Ferry E nak taruk lagi dua orang, jadikan 4 orang semuanya. Aku sama Mus memang tak nak kalau ditaruk 4 orang, sempit sangat, setakat boleh susun 4 tilam. Tak bebas lagi. So kitaorang berpakatlah, kalau ada sesiapa yang Ferry E bawak untuk meninjau bilik tu, atau kalau ada sesiapa yang nak tinggal di situ, aku dengan Mus akan buat supaya diaorang nggak betah (tak tahan), buat cara baik-baik. Cara guna saikoloji gitu. Bila ada yang datang nak tengok apartment, aku kata macam-macamlah, aku beritahu the truth, apartment tu anytime jer boleh roboh silingnya, banyak tikus lagi di waktu malam berkeliaran di siling, ada lipas kat cooker. Benda-benda gitu. Dan Ferry E sama girlfriend (bini sementara di Amerika) dia, Esther pulak, orangnya bawel (bodoh sombong), cerewet, pelit (kedekut). 

Jadi tak adalah yang berani tinggal di situ,kecuali 2 orang yang kitaorang kesian. Waktu tu Krisna dah ke Maryland, kerja restoran. Itupun tak lama, setakat dua tiga minggu aje.Memang aku dengan Mus satu kepala, pandai berlakun. Yang satu tu, kitaorang ambil dia jadi roomate pasal dia baru lepas accident, kena langgar forklift sewaktu kerja. Kaki dia patah, jadi dia tak kerja berminggu-minggu. Itulah yang kitaorang paling takutnya di sini, minta Tuhan jaga kesihatan dan keselamatan kitaorang. Amin. Dia pindah bila kaki dia dah sembuh, sebab tak sesuai duduk sama aku dengan Mus, dua-duanya "diam" yang teramat. Satunya membaca aje kerjanya, yang satu lagi tengok wrestling di tv. 

Yang lagi satu roomate tu, pondan, seriously, pondan betul-betul pondan. Kitaorang tak dapat tolak dia pasal dia setuju nak tinggal disitu, aku balik apartment jer tengok ada orang baru masuk. Ada lah pengalaman jugak tinggal sebilik dengan banci (pondan). Dia ni Bahasa Jepun nya cair gila, duduk di Jepun sepuluh tahun. Kitaorang panggil dia Yoko, baik orangnya, kalau bukan sebab pembawakan dia tu, boleh jadi akrab sama aku dengan Mus. Sebab Yoko selalu bawak kawan perempuan dia datang apartment (biasalahkan geng-geng gitu, perempuan suka berkawan dengan diaorang) jadi Ferry E tak berkenan,dia kena bayar bil air, bil letrik lebih (remember, every single cent counts). 

Lagipun aku tak suka sebab si Yoko selalu pegang aku punya anu, bukan pegang atau raba lama-lama, dia pegang kejap kemudian lepas, kemudian buat sembang-sembang lagi. Gelak-gelak, kemudian dia pegang lagi. Tak ada apalah yang luaknya cuma tak sedap dipandang sebab depan Sarina pun dibuat gitu sampai diaorang sindir-sindir aku. Aku taklah syok, aku biar kan aje, kalau dia tak pegang, siapa lagi nak buat begitu kan? :-) 

----------------------------------- 

Selepas hampir setahun, aku akhirnya dapat berita "gumbira" dari IFF yang duit course aku tu akan direimburse, $2500,bukan $3500 seperti yang aku harap-harapkan. Punyalah seksa untuk meyakinkan diaorang aku terpaksa beberapa kali fax kan aku punya fotokopi pasport, salinan lesen memandu Malaysia (yang aku ambil dari email aku). Tapi, diaorang nak bayar itu pun syukur, dapatlah aku beli laptop baru yang murah yang dijual di electrical shop di New York masa aku turun ke New York sebab nak sambut tahun baru di Times Square. Tengok Dick Clark pun sayup-sayup pasal ramai sangat orang, macam ulat taik. 

Laptop tu ciplak aku rasa, tak ada guarantee card, tak ada boxnya lagi, terus di taruk dalam beg. Pentium IV, $1100 harganya. Aku tak niat pun nak beli laptop baru mulanya tapi tak tahu apa pasal terbeli. Tak apalah, aku perlu ada internet balik, aku nak invest duit aku tu, aku perlu surf, aku perlu belajar, 
aku perlu internet. 

Setelah debating whether nak just simpan duit tu atau nak belanjakan aje, aku buat keputusan untuk buka account dengan satu online broker yang IFF recommend tu. Bagus jugak broker tu pasal senang aje nak buka account, tak macam brokers lain yang mintak itu ini. Orang gelap macam aku, apalah ada. 

The first few weeks tu aku tak buat apa-apa transactions pun, takut. Tapi bila aku fikir itu sajalah harapan aku untuk buat duit (or lose all), dan aku tak akan rasa terkilan kalau investment tu tak menjadi, dan aku ni ada sifat gambler nya (aku gamble dengan hidup, aku gamble masa depan aku, and I lost big time, aku boleh make it big one day) aku pun buat 2 transactions, itupun lepas aku study bagai nak rak one weekend tu. 

---------------------------------------- 

Awal tahun baru, aku beranikan diri, aku instruct broker aku to buy the right to buy one contract of crude oil dan sebab harga emas masa tu agak tinggi, aku suruh dia beli the right to sell one contract of gold. Class bunyi nyer kan? Memang class pun! :-) Bangla Melayu ni memang tak nak kalah. Atau memang nak cari penyakit? I was excited but kecut at the same time. Dalam hati aku kata,"Siapa sangka, orang kodi macam aku yang tak tahu menahu even pasal saham pun boleh buat Options. Bangga habis, respect gila aku kat diri sendiri. Siapa lagi yang nak respect aku kalau tak yang empunya diri kan? 

Lepas tu aku semakin faham how share markets works and since semua orang beli share aku pun nak jugak berkecimpung di dunia investing. Tapi cara orang miskin aje lah, orang miskin moden to be exact. 

Tiap hari selepas balik kerja aku akan terus log on to the internet, nak monitor aku punya portfolio lah katakan :-) Biasalah dengan first investment kan? I was on negative side for most of the time during contracts life, until a few days before both contracts tu expire.Aku instruct my broker to liquidate both positions, I made a profit on crude oil but lost that three-hundred-something I paid for on gold. Selepas ditolak broker's fees, aku rugi a few dollars. Not bad for a beginner. Itu yang bagusnya buat Options ni,unlimited profits kalau betul timing nya, ruginya setakat premium yang dibayar masa beli contract tu saja. 

Do I sound Greek to you? Hmmm...tengoklah tu, tak dan besok, tak dan lusa, aku dah tercerita semuanya, memang dasar mulut tempayan :-) 

Memanglah tak ramai orang yang buat Options, semua orang jual beli shares, aku tak ada pun cita-cita nak jual beli saham. First sebab aku tak ada duit, second sebab aku tak tahu. 

------------------------------- 

Aku kembali kerja dengan Mr Mou akhirnya, kerja di kilang memproses makanan untuk dijual di 7-eleven dan McDonald. Kerja menyediakan buah-buahan, salad, sandwiches. Kerja sama Joe Kidd, yang tu lah, Supervisor yang baik dengan aku dulu tu, yang kasi aku 100 dollars on my birthday, yang aku selalu nyanyi lagu Ugly Kidd Joe punya Cats In The Cradle kalau aku jumpa dia tu. 

Aku bawak balik geng-geng lama, Sarina, suami dia (Heryanto), Cik Ewa, kawan-kawan Cik Ewa, kawan-kawan Hari T, David and his friends. Semuanya kronies. Kitaorang kerja di bahagian menyediakan tomato untuk McDonald, untuk disupply ke seluruh bahagian timur Amerika. Rasa ko Mat Salleh yang makan kat McDonald tu, sedap tak? Makan ko tomato yang dipungut di lantai tuh, makan ko tomato yang kitaorang terpijak tu. Sedap kan? :-) 

Mr Moun punyalah baik dengan aku, aku tak perasan sebenarnya, tiap kali gaji, aku dibayar cash, ditaruk dalam envelop. Aku memang tak pernah pun kira, dapat aku terus taruk dalam wallet. Tak macam orang Indo lain, dapat gaji aje dikira waktu tu jugak. Janganlah nampak sangat yang kita tu desperate. Most importantly, janganlah buat macam tak percaya dengan orang yang bayar gaji tu. Kalau aku jadi yang bayar gaji tu, sure akan terasa hati kalau ada yang kira duit depan aku. Aku begitulah, kalau waktu tak berduit, duit sepuluh dollars pun dikira puluhan kali. 

Ada sekali tu, Mr Moun talipun aku, dia tanya aku, aku happy tak dengan duit gaji tu. Rasa lain jer soalan dia tu, aku tak faham. Kemudian dia cakap memang dia bayar aku lebih dari apa yang dia bayar sama orang Indo lain, cuma kat envelop tu dia tulis jumlah yang sama macam jumlah yang orang lain dapat. Lah, aku tak perasan yang selama ini dia bayar aku $7 sejam, orang lain $6 sejam aje. Patutlah duit aku rasa macam tak luak. Teruknya aku, 
sure dia ingat yang aku ni jenis tak berterima kasih punya orang. Aku cakaplah sama dia yang aku tak pernah kira pun duit bila dapat gaji, dan aku tak perasan pun yang dia bayar lebih. 

Lepas dari hari itu aku semakin rajin kerja, iyalah, kalau orang buat baik dengan kita, kenalah kita balas. Taklah terasa letih kerja macam-macam, it's all in my mind actually, kalau dah happy di satu tempat tu, buat apa pun tak rasa apa-apa. Even kalau disuruh cuci tandas. Tapi tak pulak disuruh aku buat benda-benda gitu, iyalah, Joe Kidd my buddy ada situ kan. 

----------------------------------------------- 

Hari T sama Andy S semakin lama semakin jarang melepak kat apartment kitaorang sejak ada kereta, diaorang semua kerja jadi delivery guys kat one Pizza shop. Sibuk mungkin, Mus selalu kata, " Mereka udah lupa kita kerna kita nggak punya mobil sih, mereka semunya punya mobil sendiri". Betul jugak. Tapi aku taklah rasa macam tersisih, memang diaorang sibuk dan doing well sejak dapat digranted asylum diaorang. 

Aku tanya Mus apa pasal dia tak apply asylum jugak, dia kata dia tak ada duit nak bayar Lawyer, lagipun dia tak nak memburuk-burukkan Indonesia dengan 
membuat cerita palsu just for the sake untuk mendapatkan asylum. Macam yang orang lain buat tu, karang cerita-cerita ngeri, rumah dibakar, saudara dibunuh, dirogol. Bila dia tanya aku, aku katalah yang as a Malaysian, aku tak ada reason nak memohon asylum, Malaysia kan negara aman? 

--------------------------- 

Ini untuk pengetahuan umum aje, masa aku kat California nih:

Aku pernah chat dengan this one Malay guy yang tinggal di CA ni jugak, di San Francisco a few hours drive from where aku tinggal. Aku ada cerita sikit-sikit kisah aku, dia pun cerita jugak kisah dia. Dia nak apply asylum, memang dia nak jadi warga Amerika, dia tak nak balik Malaysia. Aku gelakkan dia pasal aku ingat aku pandai, aku kata mana kita Malaysians boleh apply asylum. Dia kata aku bodoh. Biasalah kan. 

Dia kata ada caranya. Dia kata dia gay dan dia nak kawin dengan boyfriend dia. Lah, itu out of the question bagi aku sebab aku bukan ikut that kind of lifestyle. Aku lurus. Aku korek lagilah cerita dia, dia kata ramai jugak Malays yang buat gitu di SF tu, kawin sama orang Amerika. But you have to be in SF sebab di situ saja yang iktiraf benda gitu. Wow, terbuka mata aku pasal aku tak pernah terfikir ada Malays yang berani buat benda-benda gitu. 

----------------------------- 

Yanti selalu jugak tanya aku, apa rencana (plan) aku, nak terus tinggal di Amerika ke atau ada rancangan nak balik Malaysia. Aku katalah yang kalau aku balik Malaysia, dengan stay yang dah expire tu, aku tak boleh datang ke Amerika lagi. For a few years at least. Worst still, nanti kalau aku nak renew passport pun tak boleh sebab rekodnya dah buruk sebab tinggal di Amerika secara haram. 

"Kamu pulang ke asal aku aja Joe. Nanti aku suruh adik ku bikinin KTP (ka-tay-pay = Kartu Tanda Penduduk = Kad Pengenalan) , akta kelahiran buat kamu. Udah itu baru bisa tembak passpor, baru bisa masuk Amerika lagi sih", dia kata gitu. 

"Berapa biayanya?", sajalah aku tanya. 

"Nggak mahal sih, kurang lebih 5 juta Rupiah", Yanti jawab balik. 

"Nantilah aku fikirin", pendek jer aku jawab.

"Kalo punya passpor Indo kan enak, nggak perlu repot, kalo udah mati passpornya bisa diperpanjang tanpa banyak soal, aku punya 2 passpor, dua-duanya nggak palsu sih".

"Anih ya, kok bisa begitu", kagum jugak aku. 

"Di Indo, kalo kamu punya uang kamu bisa bikin segala", dia promote Indo ker?

Even sama Yanti aku tak pernah cerita kisah aku, sama Mus ada aku cerita sikit-sikit tapi dia tak faham. Sama Andy S pun gitu. Bila aku cerita sama David, 
dia kata aku b-odoh, dia tak berapa faham actually. Tapi dia kutuk aku, itu yang sedihnya, aku jadi marah. Sama Haryanto suami Sarina lagilah pulak, dia kutuk aku bukan-bukan, cara dia senyum sinis tu yang buat aku marah sangat tu, aku terus blah gitu jer. Langsung aku tak buat surat kerja yang dia mintak aku tolong karang kan tu. 

David pernah tanya aku kalau aku nak beli passport dia, dia ada 2. Aku waktu tu memang b-odoh, (sekarang pun masih b-odoh jugak, tapi tak se***** dulu :-) ) tak pernah terfikir nak buat benda-benda begitu, tapi bagi diaorang, benda-benda tu memang biasa. 

Bagi aku, bagi kita, buat benda-benda gitu memanglah membahayakan. Sebab itulah kita aku ni akalnya pendek. Tak apalah, kita aku tetap jadi warga subsidi ajelah,lagi bagus kan? Banyak sikit lemaknya :-) 


----------------------------

Memang dari dulu aku tak suka winter, sejuk, siang jadi pendek. Walaupun aku suka kalau salji turun sebab kalau turun lebat-lebat sure tak kerja besoknya. Walaupun bagi aku winter tu sexy, kalau snow dah turun memang mengghairahkan, memang sexy. Tapi yang sebelum dan selepas snow turun tu yang aku tak tahannya. Sejuk dan kotor.

Dan aku pun kalau winter, jadi trauma gitu, aku selalu teringat kisah yang terjadi pada diri aku di tahun sebelumnya, macamana aku boleh jadi homeless. Di kota New York lagi. Aku cuba untuk tak mengingatkan cerita-cerita sedih tu tapi kalau salji turun, sambil tengok ke luar tingkap, itu ajelah yang akan bermain di kepala aku. Macamana aku meredah salji bawak beg-beg aku, tanpa punya tujuan. Tanpa punya duit di pocket. Tak tahu ke mana nak dituju. 

Ah, sudahlah, aku tak nak ingat-ingatkan peristiwa ngeri tu, aku jadi emotional nanti, aku jadi marah. Marah pada diri sendiri sebab buat sesuatu tanpa fikir buruknya, fikir yang baik aje, yang seronok aje. Aku akan jadi marah pada orang yang tak berusaha nak tolong aku. Dan aku akan marah pada orang 
yang tak mahu ambil tahu pasal aku. Dan aku akan cuba picture kan dlam kepala aku macamana lah rupanya orang yang di Consulate tu yang kata "We are not a Charity" tu. Lena tidur dia agaknya di waktu-waktu sejuk macam ni. 

Biarlah, kata aku dalam hati. Biarlah aku merajuk gini, biarlah aku di sini, apa yang aku nak susah-susah menyiksa diri aku kerja mati-matian untuk kumpul duit 
untuk balik Malaysia. Duduk di sini pun aku dah tenang, walaupun susah, walaupun kadang-kadangnya aku tak boleh terima. Walaupun aku tinggal secara haram. 
Tapi itulah hakikatnya, laluan kehidupan aku di arah itu, aku akan ikut ajelah. Aku dah tak nak cuba menukar arah, aku dah jadi malas untuk berusaha. Lebih ramai orang yang lebih susah dari aku, lebih ramai orang yang lebih menderita dari aku. Dan lebih ramai orang yang tak mahu berusaha dari aku.

Aku tak tahu mengapa aku jadi "homeless-minded" gitu, bukan aku berputus asa. Far from it. Cuma aku masih tak tahu apa yang harus aku buat next. Dengan keadaan aku yang gelap gelita statusnya, apa sangatlah yang aku boleh buat walaupun I've tried my best. Waktu itu, yang kasi aku semangat hanyalah the thoughts that aku boleh berjaya kalau aku berusaha. Kalau aku hendak. Tapi aku jadi malas, aku jadi letih mental gitu. Buat apa kerja lebih-lebih, buat apa terkejar-kejar, apa yang aku fikir masa tu, don't ask for the star when you've already got the moon. Or better still, don't ask for the star when you know you'll be getting the moon. What a r-etard, dalam keadaan gitu pun masih fikir tentang bulan bintang. Tak fikir pun tentang bumi nyata.

Aku jadi confused gitu, dulu I had my fair share of hidup senang, sekarang aku akan melalui kehidupan susah gitu. Aku teringat orang tua Melayu yang aku jumpa di masjid masa aku keluar tabligh kat South Shield, England tu dulu. Masa aku student dulu tu. Aku ada kata dalam hati yang kalau aku tua nanti aku tak nak jadi macam dia. Fark! Apasal sampai ke situ aku fikir masa dulu tu? Padan muka! Aku akan jadi lebih teruk dari dia, at least dia pernah kawin, dia dah jadi warganegara England. Dan dia ada pencen.

Aku? Habuk pun tarak.