At last aku taruk laptop aku dalam plastic bag dan duit-duit dollar notes tu aku susun dalam beg laptop aku, kalau 100 dollar punya notes kan ker seronok, macam cerita Mission Impossible jadinya.
Langsung aku tak tidur malam tu, aku berhenti mengemas barang, aku berhenti mengira dan menyusun duit. Aku fikir, habislah aku nanti di kutuk sama Kelvin, dicaci maki lah aku nanti.Nama aku akan jadi betul-betul buruk. Mulanya aku nak biarkan aje, peduli apa, by the time dia sedar yang aku dah tak ada di situ, aku dah dalam bas, dah nak masuk South Carolina mungkin.
Tapi aku fikir balik, aku kena buat something, at least biar dia tahu cerita sebenar. Kin pekenakan aku, aku nak lah dia terkena jugak, takkan lah lepas itu aje kan? Dia jentik telur aku, aku kenalah jentik telur dia balik :-)
Mulanya aku cadang nak talipun aje dia pagi besoknya tapi bila aku fikir yang aku ni lemah dan mudah kesian, aku batalkan aje plan untuk menalipun dia tuh. Instead, aku tulis satu note, surat actually. Aku ceritakan kisah sebenar, plan yang kitaorang nak berhenti serentak. Aku tulis jugak, sekiranya betul apa
yang Kin kata yang Kelvin selalu kutuk dan buruk-burukkan aku pasal aku banyak excuses, aku banyak cakap, dan lain-lainnya, then aku memang ada very good reason untuk berhenti. Lima bulan lebih aku kerja di situ, dia kutuk aku akhirnya.
Dan sekiranya apa yang Kin kata itu tak benar, hanya cerita rekaan dia aje, then memang dia pandai getting rid of me, buat aku berhenti, dan aku minta maaf sebab tertipu. Sebab aku yang paling lama bertahan kerja di situ, taklah baik sangat rekodnya, 5 bulan lebih jer, orang lain tu setakat dua tiga hari, seminggu. Hudi jer yang sempat kerja sebulan, Rahmat hanya bertahan 3 minggu.
Boleh tahan jugak aku rupanya, lebih kuat mentalnya dari orang Indo. Atau lebih b-odoh dari orang Indo sebenarnya? Diaorang, macam aku jugak, kalau rasa tak seronok jer, berhenti kerja, pergi NYC atau talipun kawan, cari kerja lain. Diaorang selalu berpindah randah. Awalnya dulu memang aku tak tahan, memang aku nak berhenti dah, tapi aku cuba kuatkan semangat, lagipun aku tak ada duit nak balik ke Boston, aku cuba lawan perasaan, aku cuba tak manjakan sangat diri aku, aku buat seolah-olah aku dah tak ada pilihan lain.
Aku tanamkan nasihat yang kerjadi mana-mana pun, kalau dah kuli tu, akan tetap jadi kuli, akan tetap dilayan seperti kuli.
Dan di tempat Kelvin tu, walaupun aku kuli, aku boleh menonjolkan apa-apa yang boleh aku tonjolkan sebab di restoran tu ramai repeat customers, kalau pun Kelvin treats kitaorang lain, tapi aku rasa happy melayan tetamu yang agak rapat dengan aku, yang tahu sedikit sebanyak pasal aku, yang kata aku ni diaorang punya favorite waiter, yang kata, "that guy works magic", yang gelak sakan kalau aku sampuk conversation diaorang dengan killer one-liners aku.
That's the part of what I need in life actually. Bukan accolade, tapi kesanggupan orang untuk sama-sama memeriahkan hidup kebanglaan aku.
Dan aku buangkan jauh-jauh ego aku. Aku harus terima hakikat yang arah kehidupan aku yang aku rasa hanya sementara ini memang begini, walaupun aku cuba dalam hidup yang melawan arus. Aku pernah hidup terdampar, aku bangkit semula. What else do I have to lose? Bukan aku nak uji diri aku, cuma aku nak tengok sejauh mana I can push myself in. Menguji lah tu, ban-gang gak aku nih kadang tuh!
Ok, berbalik pada surat yang aku tulis untuk Kelvin tuh. Panjang jugak surat tu, dia boleh faham ker tidak? Tak apalah. At least aku beritahu what the real plan was, dia nak percaya atau tidak, itu bukan problem aku. Surat itu hanya untuk menjawab persoalan dia besoknya sebab aku fikir yang "I won't be there to defend myself"
Kat Kin pun aku tulis sikit, aku kata, "Kin, aku berangkat dulu, aku bener-bener kesal sama kamu kerna kamu nggak bisa dipercayain, nggak bisa tepati janji".
Note tu aku taruk atas meja dan pagi tu perlahan-lahan aku seret beg-beg aku dan taruk di depan rumah. Kemudian baru aku talipun teksi.Aku suruh driver tu
berhenti kejap di restoran sebab aku nak selitkan aku punya Dear Kelvin' Letter kat pintu restoran tuh.
Bas ke NYC pukul 9-30 a.m, adalah setengah jam aku tunggu kat stesyen tu. Suspen jugak pasal manalah tahu kalau Kelvin datang ke restoran agak pagi, dan bila dia terbaca surat aku tu, dia akan ke Greyhound Station cari aku. Itu yang aku duduk pun menyorok-nyorok balik tiang. Dan 30 minit tu, aku rasa lama sangat.
Bila aku dah dalam bas, dan bila bas tu dah bertolak, baru aku rasa lega yang teramat. Walaupun aku mengantuk, aku tak pun tidur, saja aku nak melayan perasaan, aku nak tengok pemandangan di luar di waktu siang. Dan aku pun takut jugak tertidur sebab mamat sebelah aku tuh, tangan dia asyik tersentuh pocket seluar kanan aku aje. Macam dia tahu kat pocket tu ada 2 ribu. Dia tak tahu, itulah sebahagian duit hasil penat lelah aku bekerja. Dan aku tak nak tangan dia tersentuh pocket aku lagi, itu duit aku.
Bila dah rata bontot aku sebab tak bergerak-gerak duduknya seharian suntuk dalam bas, sampai jugak akhirnya aku di NYC. Petang Ahad, dah nak malam pun.
---------------------------------------------------------------------
Note:
Dalam sesetahun dua lepas tuh, ada sekali-sekala aku talipun Kathy, tanya khabar. Dia masih buat part-time kat situ, 2 orang adik Kelvin yang jadi waiters sekarang. Dah lama tak ada orang Indo yang kerja di situ. Kin kena buang kerja, Rahmat ada kerja di situ balik, tapi 2 minggu jer, dia blah. Kelvin selalu kata sama Kathy dan customers yang lain yang aku ada beberapa kali talipun dia mintak nak balik kerja di situ tuh sebab aku tak dapat kerja tempat lain.
Cibai punya orang :-)