Saturday, September 22, 2012

Ship Of Fools


Emak saudara Yanti tiba dari Indo beberapa hari sebelum Puasa, dia tu kakaknya kepada Anang. Ada anak di Buffalo, New York dan di Norwich, England. Dia ni pun sama, macam yang lain-lain tu, sambil menyelam, minum air. Datang ke Amerika untuk kerja dan untuk cari bakal suami. Anang tak pun pelawa duduk sama dia, dan Tante ni pun agak songeh jugak orangnya, nak duduk di tempat yang elok saja. Iyalah, di Indo sana, di Balikpapan, dia ada rumah besar, 15 bilik. 

Walaupun ada masalah lama dengan Tante ni, tapi Yanti tetap ajak jugak dia tinggal di rumah tu, selalu jugak Yanti ceritakan latarbelakang Tante ni dengan aku. Iyalah, dia punya advisor kan? Dah sampai takat Oprah dah aku masa tuh :-) Diaorang tuh, dah tua bangka pun perangainya mengalahkan anak buah umur. Kitaorang tak adalah high expectations dengan Tante sorang nih, dia datang pun untuk selama 6 bulan jer, nak kerja. Lepas tu dia akan balik ke Indo, sebelum "tempoh stay" dia mati, kemudian dia akan masuk semula ke Amerika, dan tinggal for another 6 bulan. Dan seterusnya, memang begitu plan dia. 

Orangnya pelit (kedekut), terlalu berkira, dan tak pandai bawak diri. Sikit pun tak nak keluarkan duit, nak makan pun tunggu bila orang dah masuk ke bilik, dan dia aku makan apa aje yang ada di dapur. Kalau ajak dia ke kedai, tak beli apa pun, takat beli asam boi atau roti kering. Kalau aku masak, pasti dia ada mengendeng. "Kamu masak apa Joe?" "Kok pinter kamu masak ya?" "Bisa Tante coba?" "Eh enak lah masakan kamu, di mana kamu belajar masak?" Aku taklah kisah sangat memula tu, tapi kalau dah hari-hari, meluat jugak aku jadinya. Barang dalam fridge selalu jugak hilangnya, kalau beli telur, jadi penyulah aku, hilang diambil orang. Last-last aku tak masak, aku beli jer, itu yang tiap hari either makan sayur nangka atau sayur daun ubi kayu pasal itu aje yang aku boleh makan. Masakan femes yang ada dijual di kedai indo.

Yanti lelama pun jadi bosan sebab Tante tu dah jadi macam bebudak, tak tahu nak bantu bersih dapur ker, bantu bersih rumah ker. Dan kalau kitaorang buat "makan-makan" (open house waktu Raya, Thanksgiving, birthdays), Tante akan cuba untuk tidak melibatkan diri. Nak ke sana lah, nak ke sini lah. Ada aje alasannya. Tante perasan yang Yanti macam tak berapa suka dengan dia, jadi Tante pun mulalah menjauhkan diri, pelik juga orang nih, sepatutnya dia cuba memperbaiki diri, iyalah, kalau ada apa-apa yang tak betul, dibetulkan. Tapi itulah, kengkadang kita tak tahu yang kita tu buat salah, kena ada orang beritahu kita baru kita tahu. Nak sedar sendiri, tak semua orang boleh sedar kesalahan sendiri sesenang itu. 

Macam aku nih, aku masih tak sedar apa kesalahan-kesalahan aku, selagi orang tak beritahu. Tapi itulah, aku biasanya hidup sendirian, hidup beramai pun cuma sama Mus. Jadi, aku tak dapat nak adjust kehidupan aku, aku terpaksa memikirkan masalah Yanti, macam memikirkan masalah sendiri pulak jadinya. Kengkadng tu aku jadi orang tengah, kengkadang tu aku jadi talam dua muka. Macamana agaknya kalau aku ada keluarga sendiri nanti? Akan kena fikir masalah-masalah begitu agaknya. Rasanya, lebih baik aku bujang sampai tua. No, itu bukan doa tu, itu soalan kat otak aku aje. Kan ker aku ni tengah mengalami mid-life crisis? Poor man's mid-life crisis to be exact.

Yanti sebenarnya nak halau jer Tante dari rumah tu, macam dia halau Anang dulu waktu Anang tinggal rumah Yanti, masa bebaru sampai Amerika dulu. Pernah sekali Tante lari malam, dia merajuk, dia tak balik ke rumah. Puas aku pergi cari kat rumah Anang, cari kat rumah orang-orag yang Tante dah kenal, Yanti pulak masa tu kerja. So terpaksalah aku jadi barua dia. Aku terjumpa Tante kat rumah one Indo lady yang aku tak berapa berkenan tuh, pernah kerja sama aku dulu, jenis sekepala dengan Tante jugak, pelit, berkira. Ada radar agaknya diaorang nih, dalam ramai-ramai orang, yang sekepala jugak diaorang cari. Aku pujuklah dia, ajak balik. Tapi memang bukan senang nak pujuk perempuan. Panjang sangat moncongnya. Kalau anak dara buat moncong gitu masih boleh diterima, sebab itu moncong gatal. Digaru sesikit dah hilang moncong. Tapi ini, nenek orang, moncong nenek orang. Very fragile. Very delicate. Terpaksalah aku berlakun lak jadinya, terpaksa aku menalam dua mukakan muka aku tu. Terpaksalah aku "mengutuk" Yanti, aku "ceritakan" benda-benda buruk pasal keluarga dia, biar Tante ingat aku berpihak pada dia.

Aku "kata" lah yang aku memang tak suka, aku memang tak nak tiggal di situ tapi aku terpaksa kuatkan semangat, sebab kalau aku tak buat gitu, duit hutang aku tak dilangsainya. Aku "kata", aku tahankan juga, setakat yang terdaya. Dengan adanya Tante, aku rasa "lega" sikit sebab at least ada "orang yang senasib". Ada orang yang "nggak betah" tinggal di situ. Tante pun mulalah mengempiskan moncong dia, "Joe, Joe janji sama Tante, Joe tak akan ceritakan kisah yangTante mau ceritakan sama Joe ini" Dan dia pun ceritalah.

Aku taklah ternganga sebab masa tu aku sama Tante makan kat Penang Restaurant tuh. Aku geleng kepala ajerlah. Kesian jugak waiters kat situ tuh, sure diaorang ingat aku geleng kepala sebab makanan tak sedap. Memang tak sedap pun, mee kari yang aku makan tu tak rasa macam mee kari yang kat Malaysia tuh. Kejap-kejap geleng kepala, kejap-kelap geleng kepala. Patutlah. Patutlah Ita sama Ara muka tak sama, lagipun Ita kurus tapi Ara montel. Patutlah diaorang lari dari Indo. Patutlah Anang kata Yanti tu jelek orangnya. Patutlah Tante selalu kata yang muka Ara "persis muka mantan suami Tante". Banyak sangat twist and turn nyer kisah keluarga diaorang tuh. 

Tante setuju akhirnya untuk balik tinggal di rumah Yanti. Dan aku pun terpaksa jadi orang tengah, iyalah, Tante asyik dok menceritakan kisah Yanti, apa yang Yanti buat semua ditegurnya, tapi tak tegur depan-depan Yanti. Dia akan ke bilik aku, bisik-bisik dengan aku. Benganglah Yanti, so diapun kalau ada kesempatan akan menceritakan all those grandma stories kat aku. Aku jadi serba salah dibuatnya. Tapi dengan dua-duanya aku buat manis-manis muka gitu. Memang aku pandai berlakun. Walaupun watak aku tu sesuai dipegang oleh seorang perempuan. 

Dan di waktu itu jugaklah Ara semakin ligat lagi, jarang balik ke rumah, tidur di rumah "teman", kerja "double-shift". Ada sekali Will dapat panggilan talipun 
dari polis sebab Ara ditangkap waktu sedang beraksi di dalam kereta dengan seorang gagak tua. Bila Yanti sama Will ke pejabat polis untuk bawak Ara balik, Tante semakin berkokok, habis diceritakan dengan orang-orang lain, yang dia jump kat kedai Indo, yang dia jumpa di jalanan. Aku yang waktu tu jadi bodyguard dia pasal dia nak ke sana takut, nak ke sini takut, geleng kepala jer lah. Tak sangka pulak aku terpaksa memikirkan masalah-masalah diaorang, memang masa tu aku tak ada masalah lain, tapi kalau fikir pasal kelakuan diaorang tu betul-betul buat aku exhausted, mentally. 

Pernah aku rasa nak pindah jer, what with Andre yang selalu buat aku tak boleh tidur malam, atau terjaga di waktu awal pagi. Dengan bebenda phone sex dia tu lah. Suatu hari tu, Yanti panggil aku, Ara sekalian. Will ada sama. Dia nak aku jadi translator, dia marahkan Ara, dan dia nak Will tahu apa yang dimarahkan. Aku pun ada kasi nasihat sama Ara, Yanti macam dirasuk setan jadinya, dibalingnya Ara dengan kasut. Ditamparnya. Ara menangis ajelah yang tahunya. Diaorang suruh Ara berhenti kerja di tempat dia kerja tuh, cari kerja di tempat lain. Tahun depannya baru sambung belajar sebab masa tu memang diaorang kesempitan duit. Diaorang tak ada duit untuk bayar yuran college Ara selama ini dan perlu cari $ 700 sebelum hujung bulan, kalau tidak, Ara akan terpaksa mula dari awal balik, rugi ajelah selama setahun dia belajar di college dia tuh. Akhirnya aku katalah yang aku boleh pinjamkan duit sebanyak itu, sebab Ara janji yang dia akan kerja dan dia akan jelaskan hutang tu dalam masa sebulan. Jadi, duit security deposit sewa apartment yang aku dapat dari Mr Kine tu dulu, aku kasilah sama Ara. 

Waktu tu pun aku kerja di pusat distribution buku-buku untuk colleges dan universities seluruh America. Seronok jugak kerjanya sebab aku jadi ralit bacabuku-buku yang kebanyakannya buku-buku pasal kedoktoran. Yang lain pun seronok jugak, tapi seronok tengok gambar-gambar ajelah.