Saturday, September 22, 2012

When Joe Blogs


the world laughs at him....... 

Minggu kedua aku kerja, dah tak adalah rasa letihnya, dah terbiasa. Disuruh petik labu, aku petik labu. Disuruh petik jagung, aku petik jagung. Disuruh susun bunga, aku susun bunga. Sebab aku tak ada kawan lain, aku buat-buat baik dengan a few Cambodians yang pandai English, yang masih agak muda-muda jugak. Merapu aje lah ceritanya. 

Kadang-kadang tu ada disuruh kerja di bahagian dalam warehouse tu, kerja sorting jagung,labu, packing, kerja-kerja bosan gitu tuh. Tapi taklah berat kerjanya, cuma bosan. Aku lebih suka kerja di luar sebenarnya, tak apalah berat, tak apalah kotor, tapi pemandangan luas, boleh berkhayal-rayal lagi. 

Entahlah aku nih, suka sangat ambik the road less traveled. Tapi tak apalah, sometimes, the road less traveled is less traveled for a reason kan?. Aku ingat lagi Cikgu aku cakap dulu, "If you're never scared or embarassed or hurt, it means you never take any chances". 

Masa tu aku fikir satu aje, I know I'm lost, but I'm making good time. Aku ni gitu lah, I don't think about risks much. Mungkin sebab terpaksa kot, but I just do what I want to do. If you gotta go, you gotta go. 

Minggu seterusnya macam biasa kerjanya, tapi aku banyak disuruh kerja di bahagian dalam gudang. Kotor, berhabuk, busuk. Aku tunggu hujung minggu tu expecting dibayar gaji macam minggu lepasnya. Tapi, tak ada pun. Besoknya pun tak ada, bila aku tanya agen kerja tu, dia kata gaji akan dibayar dalam dua tiga hari lagi. Dari dua tiga hari, jadi seminggu. Masih tak ada jugak dibayar. Aku dah panik dah sebab dah tak ada duit masa tuh, sebab makan pun beli aje. 

Lagipun aku memang expect dibayar hujung minggu, so bila tak dibayar tu, mulalah aku risau. Tambah-tambah aku ada dengar cerita yang ramai jugak orang yang tak dibayar gaji. Bila hujung minggu depannya aku masih belum digaji, aku buat keputusan untuk berhenti. Aku talipun ajen tuh, dia kata dia akan bayar 
semuanya gaji aku, tapi aku memang dah nekad nak berhenti. 

So, selepas 3 minggu tak dapat duait sesen pun, aku berhenti. Aku kira, ada dalam seribu lebih sikit duit gaji aku yang masih di tangan ajen tu tuh. Tiap hari aku talipun dia, berkali-kali. Tak dijawabnya calls aku. Aku guna public phone, tak ada jawabnya jugak. Frust betul aku tapi aku masih percaya yang aku akan dibayar. 

Jadinya, tak kerjalah aku, tak ke mana-mana pun, tak ada duit. Perit rasanya, kalau dibuatnya tak ada kerja lain, kalau dibuatnya gaji aku tak dibayar, nak makan apa aku? Nak bayar sewa rumah, semuanya. Mus ajak aku balik ke Boston tapi aku tak cukup duit tambang. Aku cuba talipun bank di Boston, aku adalah seseratus dua kat savings tu aku rasa, tapi tak berbaloi kalau aku nak keluarkan duit, kena bayar itu ini. 

Macamana pun, aku lepak aje lah, keadaan macam itu, apa lagi yang boleh aku buat selain melepak? Aku berinternet aje lah kerjanya. Aku merayau-rayau di cyberspace. Ke sana ke sini. Satu hari tuh, aku terbaca journal orang, seronok pulak rasanya baca kisah orang. Aku pun buat search, cari journal yang ditulis oleh Malaysians. Aku jumpa banyak. Aku banyak jumpa perkataan blog. What the hell is blog?, aku tanya dalam hati. Lama-lama, barulah aku tahu apa bendanya blog tu tuh. Ralit habis aku baca blog-blog orang,aku jadi seronok. 

Lama-lama aku fikir, kalau aku ada bolg kan ker bagus? Boleh aku tulis apa yang ada dalam kepala aku, apa yang sentiasa bermain di otak aku. Malaslah, macam perempuan jer bunyi nyer kalau ada blog ni nih. Takkan balak nak ada blog jugak kan? Tambah-tambah balak keras macam aku? Aku merayau-rayau lagi, aku pergi ke sana sini, aku terjumpa bermacam-macam jenis blog. Ada blog yang cerita pasal politik, cerita pasal Akedemi Fantasia, cerita pasal keluarga dia, pasal itu ini. Ada blog bapok, ada blog gay, ada blog bebudak, blog orang tua. Macam-macamlah. 

Ada blog yang aku ralit baca, ada blog yang aku menyampah sesangat, yang tulisannya, macam dia aje yang bagus. Kesian dia, kat blog aje lah dia boleh cakap berdegar-degar. Ada blog yang bila aku baca, aku terfikir...ish, jahatnya bebudak ni nih. 

Tapi, bila aku fikir balik, diaorang ni mungkin macam aku jugak, nak ada tempat untuk mencurahkan apa yang ada dalam benak hati memasing. Tempat untuk aku vent aku punya anger, tempat nak melepaskan geram, tempat aku nak buat refuge, tempat aku boleh jadi seorang hero. 

Bukan ker dulu, Ariff ada kata, hang pandai menulis? Bukan ker dulu, Cikgu Spanish aku kata, "you have the art of writing letters"?. Bukan ker dulu, waktu sekolah, aku pernah menang hadiah karang sajak? Tapi, kan ker sajak tu aku ciplak? Tak apalah, bukan ada orang tahu, lagipun memang aku regret menang tu tuh, dan aku memang tak suka bersajak-majak ni nih, aku bukannya orang jiwang. Memang aku malu dulu tu tuh, tak apa lah, benda yang dah lepas. 

Memang patutnya aku menulis blog, aku ada cerita, dan mungkin aku ada sesedikit bakat terpendam untuk menulis. Sure meletup blog aku nanti nih. Jadi blogbuster gitu.

Aku terus jadi bersemangat jer, walaupun waktu itu aku masih habiskan masa baca blog orang, lompat dari satu blog ke satu blog, tapi tetap dalam hati aku kata, aku kena ada my own blog. Aku kena tulis blog. Aku dah berapa tahun guna internet, aku kenalah ada space of my own, I have to give something back. Aku perlu ujud di cyberspace. Biarlah orang tak tahu yang aku ni ujud di dunia internet, tapi at least aku memang ujud. Takkan kat real life jer orang tak tahu aku ni ujud kan? 

Tapi, apa aku nak tulis? Aku nak terus tulis diary ker? Aku nak terus merapu ker? Tak nak lah, takkan baru nak tulis, terus nak merapu. Aku nak tulis kisah aku ker? Ok jugak rasanya, sebab aku tahu, perjalanan hidup aku ni berbelit-belit, aku ada cerita, aku ada kisah. It makes a good reading nanti, sure nyer lah.

Laaa....takkan aku nak tulis blog nak kasi orang baca? Orang gelak kat aku jer nanti. Tak apa lah, aku nak tulis blog kisah aku, pasal diri aku, pasal apa yang aku alami selama ini. Macamana aku handle problems aku, macamana aku carry myself. Semuanya pasal aku. 

Dan aku tak nak kasi orang baca, mungkin kalau blog aku dah banyak tulisannya, baru aku jaja sana sini. Itupun kalau aku puas hati dengan tulisan aku. Entah-entah tak sampai sekerat jalan aku dah berhenti. Aku ni bukan boleh percaya sangat kadang-kadangnya tuh. Lagipun, mungkin aku dah tak ada internet nanti, macamana aku nak tulis kisah aku? 

Setelah berhari-hari kerjanya membaca blog-blog orang, maka, pada 23 September 2004, lahirlah Dendam Perantau. Aku cadang nak tulis kisah aku sejak kecil, sejak aku mula pandai berfikir. Tak ada apa pun sangat ceritanya pasal sebgai intro, tak payahlah panjang-panjang. 

Lagipun, akan letih kalau aku ceritakan semua kisah aku. Iyalah, cerita masa kecik, masa sekolah. Aku tulis sesikit aje lah, tak ada apa pun menariknya cerita aku masa dulu-dulu tuh. Takat buat syarat jer. Seronok jugak mula-mulanya tulis kisah-kisah aku masa belajar dulu, yang peliknya, aku macam boleh ingat semua benda, seolah-olah macam semuanya baru terjadi. Ada waktunya aku macam terdiam, bila menceritakan pasal waktu aku sekolah dulu. Cerita pasal aku dengan kawan-kawan aku. 

Waktu aku mula menulis blog ni nih, hidup aku pun macam senyap sepi gitu tuh. Aku kunci bilik, aku taip apa-apa yang patut, aku tak keluar mana-mana.Aku macam menyembunyikan diri gitu. Kat blog ni pun, tak ada pun tagboard, tak ada pun guestbook. Aku memang tak nak ada orang datang, iyalah, rumah pun baru nak buat foundations, aku belum bersedia. 

Itu yang semakin seronok aku tulis tuh, walaupun cyberworld ni luas, tapi aku ada my own space yang orang tak tahu pun. Aku tulislah apa-apa yang patut, aku sambung cerita aku, aku tak ada merapu sana sini. Orang tak waras jer yang merapu sengsorang kan? 

Bila aku dah rasa bosan menulis, aku merayap cari blog lain. Sure ada blog yang menariknya, aku cuba buat search pasal blogs yang selalu orang pergi. 

------------------------------------

Dalam aku tengah seronok memblog, ada pulak orang talipun aku tanya kalau aku nak kerja. One Cambodian guy by the name of Chem, talipun aku. Dia dapat nombor aku tu pun dari orang. Aku tanyalah dia kalau-kalau ada orang Indo yang kerja di bawah dia. Dia kata tak ada. Aku ceritalah yang aku dah macam takut jer kerja dengan Cambodian punya ajen, tambah-tambah kalau tempat kerja tu tak ada Indonesian. Pasal takut tak dibayar gaji. Chem katalah yang dia bayar gaji setiap minggu, dia kata dia akan tolong cari ajen Cambodian yang tak bayar gaji aku tu tuh. 

So aku bersetuju untuk ikut Chem bekerja di kilang memproses ikan yang letaknya lebihkurang 30 mins dari tempat aku. Ok jugak kerja di situ sebab masuk kerja pukul 3 petang. So aku ada masa untuk berinternet sebelum pergi kerja. Hampir semua, kecuali 3 orang yang kerja di kilang tu, perempuan, perempuan tua, Cambodians. Ada satu jer awek yang muda yang jadi leader. Diaorang ni, kecuali awek tu sama Chem, langsung tak reti English. Asyik guna sign language aje lah. 

Tak adalah berat kerjanya, cuma kerja di cold room, sejuk yang tersangat-sangat. Aku disuruh kerja di bahagian packing ikan-ikan yang sudah dipotong, ok jugaklah sebab tak berbau sangat. Macamana pun, nak muntah aku dibuatnya bila sepanjang hari asyik bau ikan jer. Kebetulan hari pertama aku kerja tu hari Jumaat, jadi balik nya agak awal, so, kitaorang kerja dalam 6 jam gitu aje. Badan aku dah berbau ikan salmon aje, rasa kenyang aku dibuatnya. 

Minggu depannya aku kerja macam biasalah,masuk kerja petang, balik kerja dalam pukul 12 tengah malam, kadang-kadang 3 pagi. Aku pun dah disuruh buat kerja-kerja lain, ada sekali tu aku disuruh kerja melapah ikan salmon yang besar-besar tuh. Basah habis aku dibuatnya, busuknya jangan ceritalah. Dulu masa belajar Geografi, nak sangat aku pergi Nova Scotia, pasal ada belajar purusahaan perikanan laut dalam. Ha, tak yah gi Nova Scotia lah kan?

Mamat yang kerja di sebelah aku tu pun, bukan main lagi orangnya. Itulah dunia, kat mana-mana pergi, sure ada at least seorang yang memang tak boleh ngam, seorang yang busuk hati. Dia tu, hatinya sebusuk ikan tu jugak. Dimarah-marahnya aku pasal lambat buat kerja, dia dah 3 ekor ikan dilapah, aku baru selesai satu. Bila geram sangat, aku katalah, kalau dia kata aku tak bagus kerja, aku berhenti aje lah. Aku buat muka selamba gitu. Dia rasa tak sedap mungkin, dia pun buat-buat gelak, tapi kejap ajelah, lepas tu dia komplen balik. 

Bila Chem tanya aku, macamana dengan kerja melapah ikan tuh, aku katalah yang aku tak suka kerja dengan mamat sekor tuh, Chem kata dia akan pindahkan aku ke bahagian lain. Dia kata mamat tu memang macam itu, semua orang tak suka dia. Tapi sebab kerja dia bagus, dia dah lama kerja, itu yang orang lain tak berani bersuara tu tuh. 

Kerja aku macam biasa aje lah, walaupun bosan kerjanya sebab tak ada fun sangat. Iyalah, semuanya makcik-makcik Cambodians, tempatnya sejuk, kerjanya kotor. 

Tapi aku rasa macam excited jer, tak sabar nak balik kerja sebab aku tahu, bila aku balik kerja setiap malam, ada orang-orang tunggu kat tagboard di blog aku, dari sehari ke sehari blog aku semakin meningkat hitsnya, ada orang yang tanya pasal update. Aku rasa macam happy, aku rasa macam aku ni ada jugak nilainya, aku rasa macam aku ni ada responsibilty untuk tidak menghampakan orang-orang yang baca blog aku. 

Walaupun masa itu diaorang tak tahu pun keadaan aku di tempat kerja, walaupun masa tu aku kerja kilang ikan jer, busuk baunya jangan ceritalah. Sebab aku tak ada masa, biasanya masa makan aje lah aku ingatkan dalam kepala aku, apa yang aku nak tulis, sampai bab mana aku nak tulis, apa cerita selanjutnya. Orang tak tahu pun, masa aku cari idea tu, aku tengah lepak bawah trailer kontena, duduk atas bata, sambil makan nasi yang selalunya sayur pucuk ubi kayu atau sayur nangka. Orang tak tahu pun yang kadang-kadang tu selepas makan, aku lepak sambil baring kat atas tong-tong ikan. kadang-kadang aku tertidur. Kadang-kadang aku tak tidur, aku tak boleh nak cuba lelapkan mata, sebab entries aku tu bab yang sedih. 

---------------------------

Note: 21/9/2012

Blog aku jadi macam disjointed sikit masa tu sebab aku dapat ramai kawan, dan ada jugak a few yang "terjumpa" aku. Semuanya aku tulis kat blog tuh, bercampur-campur jadinya.Tu pasal aku editkan aje entries yang aku copy-paste kat sini sebab banyak jugak entries merapu masa aku berinteraksi dengan my so-called peminat yang bertali arus tuh :eek::eek:

Ada aku terjumpa a few Malaysians yang keadaannya macam aku, ada yang lebih teruk dari aku, ada yang langsung tak nak balik Malaysia dah, ada yang nak melarikan diri dari Malaysia. Ada yang dah kawin dengan Mat salleh. Ada yang dah ditinggalkan dek Mat Salleh (ha, tu lah, dulu kejar sangat Mat Salleh tuh. Ada segerombolan perempuan Melayu yang jenis suka kote besar tau dak?  Most of them Malaysians atau Singaporeans.Macam-macam lah.

Tapi, dalam aku dah mula dapat ramai kawan online tuh, biasalah kan, banyak jugak langau-langau yang hinggap di blog aku. Diaorang tak percaya cerita aku, apa yang aku tulis. Dikutuk-kutuknya aku, dibuli-bulinya aku, walaupun masa tuh entries aku cuma masih kisah aku di Europe. 

Pelik sangat agaknya diaorang tuh, tak masuk akal sangat bagi diaorang tuh yang aku dulunya kerja dah bagus kat Malaysia, sampaikan terpaksa homeless kat Amerika. Tu yang buat aku sedih. Diaorang tak tahu yang how hard for me to put everything in writings.

---------------------------
Yanti terpaksa cari kerja akhirnya, sebab kalau di rumah, dia selalu nak keluar aje. Will pun ada jugak buat part time kat satu kilang. Mus masih kerja tapi takat cukup makan ajelah. 

Kalau dah memang jenis yang gatal, memang begitulah. Yanti, tak sempat beberapa minggu putus kan hubungan dia dengan balak Puerto Rican tuh, mula buat hal balik. Dia suruh aku create kan profile dia, dan masukkan kat iklan kat internet kat dating service. Yang khas untuk Mat Salleh yang sukakan orang Asia. 

Aku layan dia gitu-gitu ajelah, aku suruh dia scan a few pics dia yang paling cantik. Aku buatlah satu profile, taruk a few gambar dan masukkan kat satu site. Aku bukakkan dia satu email baru, khas untuk benda tu tuh. 

Tak sampai dua hari, berlambak-lambak email dari Mat Salleh yang nak berkenalan. Terkejut jugak aku sebab aku tengok profile masing-masing, semuanya yang bagus-bagus, ramai Mat Salleh yang kesunyian rupanya. Aku, on behalf of Yanti, balaslah email diaorang satu persatu. Aku rasa macam bersalah jugak, tapi Yanti tetap kata, itu hanyalah untuk buat kawan-kawan saja, nak improve kan English dia. Lama-lama aku rasa betul-betul bersalah, aku bengang jugak sebenarnya sebab terpaksa habiskan banyak masa balas email dia, check profile-profile orang. Last-last aku deletekan satu persatu email yang orang hantar, walaupun ada a few yang Yanti dah ambil nombor talipun diaorang. Aku katalah kat Yanti, jangan percaya sangat dengan diaorang tuh, tapi sebenarnya aku saja tak mahu Yanti jumpa dengan diaorang, sebab aku rasa bersalah yang teramat sama Will. 

Lama kelamaan, aku deletkan semua rekod dia kat site tuh, bila dia tanya, aku katalah yang server down, ada problem, account dia dah tak boleh nak diaccess. Lama-lama senyap gitu ajelah. 

--------------------------------- 

Kat tempat kerja aku, Chem ajak "main kutu", ala, yang kumpul dalam sesepuluh orang, lepas tu setiap orang kasi duit setiap minggu, kemudian buat cabutan, siapa yang nombor dia naik, dia yang dapat duit semuanya untuk minggu tu tuh. Aku setuju jugaklah pasal dipotong duit gaji. So, setiap minggu dipotong seratus dollars, ada sepuluh orang semuanya. Main kutu Cambodians ni lain sikit dari main kutu macam yang mak aku pernah buat tuh. Kalau di Malaysia, akan dibuat cabutan undi, kalau tak salah aku. Buat sekali jer. 

Tapi cara Cambodians ni lain sikit, mulanya ada yang buat cabut undi, tapi, diaorang buat bet pulak. Cambodians memang suka berjudi. Dalam sepuluh orang tu, kalau sesiapa nak bet, boleh bet. Let say aku nak bet, let say aku bet $5, dan orang yang lain taruk bet $4, $3, etc. Since aku punya bet yang paling tinggi, duit jumlah yang dikumpul minggu tu tuh akan dapat ke aku. Tapi, aku kena bayar setiap orang (yang bet atau yang tak bet pun) $5, ataupun ditolak duit jumalh tu aje. Bererti, aku akan dapat $955 saja (instead of $1000). 

Minggu kedua pun begitu, kalau ada yang bet paling tinggi, dia akan dapat duit untuk minggu tu, tapi dia kena bayar setiap orang (yang jumlahnya dah berkurang satu) seramai 8 orang lagi tu. So, setiap minggu aku dapatlah $5 ($5 jumlah yang paling tinggi orang bet), duit "interest", aku tak bet pun, aku nak tunggu jer sampai orang terakhir yang dapat duit seribu dollars. 

---------------------------------

Yanti selalu tak ada di rumah, especially on her day off. Balik kerja pun dah tengah malam. Ada aje tempat dia pergi. Party lah, disco lah, rumah kawan lah. Pakaiannya pulak,kalau dia keluar tuh, seksi gila. Walaupun beli kat kedai baju second-hand jer, tapi sebab dia pandai bergaya, pandai memilih warna dan fesyen, nampak macam mahal jer.Banyaklah penonjolan yang dibuat. Dia pernah kata kat aku yang dia pakai susuk.

Pernah beberapa kali, Yanti, bila Will keluar ikut pintu depan, dia keluar ikut pintu belakang. Kalau terserempak dengan aku, dia selalu kata, "Kadang tu aku kasihan jugak sama Will, tapi gimana, dia malas orangnya". 

Will ada sound kata nak balik semula ke East Coast pasal keluarga dia semuanya di sana. Lagipun, senang nak dapat kerja. Juga, untuk putuskan hubungan Yanti dengan a few Mat Sallehs yang selalu sangat talipun, even tengah-tengah malam. 

Will jadi cerewet akhirnya, pasal bengang gitu, mungkin. Semuanya dimarah. Kalau dulunya, dia jenis yang tak kisah langsung, tapi waktu itu, kalau ada sebijik (sebutir ?) dua nasi kat sink, dia dah mengamuk sakan. Lelaki memang susah mengamuk, marah, tapi kalau dah termula, bebenda yang kecil yang tak masuk akal pun akan marah. 

Yang buat bengangnya, dia akan tulis kat kertas note, kemudian tampal kat sana sini. Banyaklah notes yang ditampalnya. Di fridge, pasal barang-barang tak bersusun. Di rice cooker, pasal tutupnya tak kemas. Di cooker, pasal dapur kotor. Di bilik air pasal ada yang kencing tak flush. Sedangkan dia yang selalu 
lupa nak flush. Selalu tu, dia lupa nak matikan api dapur. Itulah, banyak sangat minumnya, otak jadi rosak.

Lama-lama aku jadi bosan, aku jadi bengang, pasal bila aku baca notes tuh, aku yang terasa, walaupun bukan aku yang buat semua benda-benda tuh. Orang lain, Yanti, Ira, Ita, diaorang buat tak faham jer. Kadang-kadang kalau dah bengang sangat, aku tulis balik kat notes tu, aku kata ,"No, it wasn't me". Pernah sekali, Will tulis balik, "I didn't say it was you". Tapi yang buat aku bengang dan tergelak, ada sekali tu, aku rasa Ara yang tulis, "It could be you". 

Lepas pada tu, Will, kalau tulis notes lagi, dia tulis kat kertas kecil jer, supaya tak ada tangan-tangan gatal yang nak menyampuk. Sebab notes tu pun dah jadi macam tagboard blog dah rupanya. 

Aku kata kat Will yang aku pun nak balik semula ke East Coast, aku nak cari kerja restoran aje lah, ada harapan untuk aku kumpul duit sikit. Kalau takat kerja kilang yang kadang-kadang ada kadang-kadang tak ada, memang tak dapatnya lah nak menabung. Nak makan pun sesak nafas. Cuma aku tak boleh berhenti kerja selagi tak dapat duit kutu. Aku kena tunggu sehingga selesai aku main kutu, end of Dec, baru boleh aku ke mana-mana. Sebab aku tak ada duit, nak merentas Amerika pulak tu. 

So, semuanya setuju untuk meninggalkan California. Diaorang nak ke Philadelphia sebab di sana dah semakin ramai orang Indo. Kerja banyak pulak tu. Diaorang nak jual apa-apa benda diaorang yang masih tinggal kat Boston, lepas tu, pindah ke Philly. Aku tetap kata yang aku nak ke NYC, nak jumpa Makcik Jenny untuk cari kerja restoran yang berdekatan. Tak nak lah aku cari kerja yang jauh-jauh macam dulu, sampai ke Florida.