Minggu kedua kerja tu dah ok dah, biasa aje jadinya. Dah dapat sesuaikan diri dengan keadaan seharian. Walaupun siangnya aku cuma tidur empat lima jam aje. Orang lain selamba jer tidur dari pagi sampai petang, tapi aku tak boleh. Memang lain rasanya kalau tidur siang, memang tak puas. Aku pulak, rasa rugi kalau tidur di waktu siang. Sebab aku rasa`orang yang tidur waktu siang nih, orang malas.
Aku rasa ruji aje gitu, sebab waktu siang aku boleh ke library, aku boleh ke sana sini. Tak apalah aku akan mengantuk waktu kerja malam, sebab aku tak nak mengsia-siakan waktu siang aku. Tamak haloba aku sampai ke situ jauhnya.
Tapi itulah, bila kitaorang dah dapat sesuaikan diri dengan kerja di situ, ada aje hal nya. Satu hari tuh, yang jadi leader kumpulan kitaorang tuh, dia disuruh kerja di mesin printing yang lain. Yang agak advanced. Lepas tu nanti, bila dia dah tahu guna mesin tu, dia kena ajar kitaorang pulak. Entah macamana, dia tersalah operate mesin tu, tak ikut instruction kat mesin. Rosak lah mesin tu jadinya. Apa lagi, kelam kabut lah jadinya operasi kilang tu hari tu. Manager di situ bengang habis sebab "orang Indo tak pandai operate mesin".
Tak boleh nak salahkan leader kitaorang tu jugak, sebab English dia entah apa-apa, Jawlish, Jawa-English. Dia ajak aku ke sana sini explain kat Managers, Supervisors, sebagai translator. Rasa`macam orang penting sangat aku masa tu tuh, jalan pun laju jer. Terus aku lupa yang aku hanyalah Bangla, rasa nak marah jer bila secretary one of the Managers tu tak kasi kitaorang jumpa Boss dia, kononnya kitaorang ni lekeh sangat. Kononnya orang penting jer yang boleh masuk bilik Manager tuh. Wei, kitaorang pun orang penting jugaklah.
Itulah, kalau ajen kerja tu dulu suruh aku jadi leader kan selamat? At least aku tahu baca instructions in English. Tapi, aku pun satu hal. Masa ajen tu tanya dulu, siapa yang nak jadi leader, siapa yang English dia ok, siapa pernah jadi leader kerja di tempat lain, aku diam aje. Aku tak pun angkat tangan, sebab tak ada pun yang angkat tangan, walaupun ada beberapa orang yang angkat muka sesikit supaya dapat bertentang mata dengan ajen tu yang memerhati kitaorang sorang-sorang.
Aku tengok lantai aje, aku buat selamba jer, aku tak peduli apa pun. Tak ada pun niat aku nak pandang dia sambil berfikir, "angkatlah aku sebagai leader sebab aku terrer". Tak ada niat pun.Masa tu aku fikir, jadi orang biasa sudahlah, aku ni kan kuli biasa jer after all. Sebab aku rasa, sooner or later orang akan tahu yang aku ni terrer jugak, without having me menyerlahkan keterrreran aku dengan menjadi seorang leader.
Memanglah nampak macam kotor dan bodoh jer apa yang aku fikir masa tu kan? Tapi itulah aku, walaupun waktu itu aku tunduk merenung lantai, tapi fikiran aku tinggi mendongak langit.
So kitaorang disuruh balik. Dan tak payah datang dah hari-hari seterusnya. Terpaksalah kitaorang berangkat balik ke Boston setelah hanya 2 minggu di Philadelphia. Bertaburanlah masing-masing sibuk mencari kerja. Mus balik semula kerja di kilang tempat dia kerja sebelumnya. Dia senang jer diterima balik oleh ajen tu sebab dia dah lama kerja, dah tahu semuanya. Lagipun tak ada orang yang sanggup kerja di kilang papan tu yang kotor dan gajinya hanya $5-50 sejam.
Selepas dua tiga hari tak kerja, aku turun ke New York City lagi akhirnya. Sebelum tu ada aku talipun Makcik Jenny, dia suruh aku datang jumpa dia, lebih senang nak pilih kerja di restoran mana yang aku nak. Yang dekat, yang jauh, yang kerja di bahagian kitchen, bahagian depan. Hampir bosan jugak aku sebab tak ada kerja bagus yang dekat-dekat. Kerja sebagai dishwasher banyaklah tapi kerja sebagai waiter di buffet restaurant semuanya jauh-jauh.Aku tengok, restoran si Kelvin yang di Florida tu ada pasang iklan cari waiters jugak.
At last Makcik Jenny suruh aku ke Baltimore, Maryland. Dia ada kenal satu AhSo Malaysia yang kerja di restoran bersebelahan dengan satu restoran Thai yang hendakkan seorang counter person. Tokeynya orang Singapore tapi bininya orang mainland China.
Aku terima ajelah kerja tu pasal Baltimore taklah jauh sangat dari NYC, kurang dari 4 jam perjalanan. Lagipun gajinya sebagai counter person, agak ok jugak,
$1700 sebulan. Biasanya kalau kerja counter, gajinya $1500 jer sebulan.
Nasib baik Boss tu suruh aku datang kerja 2 hari kemudiannya, tak adalah aku kena tergesa-gesa balik ke Boston dan terus cabut ke Baltimore. Aku ada masa free sehari, so aku melepak di NYC aje lah. Biasalah, aku meraya-rayau di kawasan Times Square ajelah sepanjang hari. Tengok wayang kat AMC Cinema, berinternet di Easyeverything, tengok orang main ice-skating di Rockerfeller Center. Benda-benda yang meralitkan gitu.
Balik ke Boston aku naik bas yang terakhir, sampai pun dah nak pagi. Besoknya aku kemas-kemaskan barang, beli apa-apa yang patut.
Aku naik bas pukul 9 pagi ke Baltimore. Bosan jugak pasal aku ke sana sini turun naik bas, banyak sangat tempat berhenti dan kena transfer basnya. Dekat satu hari jadinya perjalanan ke Baltimore. Di setiap State, sure berhenti kat satu dua stations. Di Hartford, Connecticut, berhenti sejam lebih, di NYC
dekat 2 jam, di Wilmington, Delaware dekat sejam.
Sampai Baltimore dah dekat pukul 9 malam, pulak tu bas berhenti di Greyhound Station yang baru, yang agak jauh dari downtown. Aku terus talipun tokey restoran tu, sebab diaorang semua sibuk, lagipun aku tak nak menyusahkan diaorang, aku kata aku akan ambil cab aje lah. $10 tambang ke restoran tu yang letaknya betul-betul di tengah bandaraya Baltimore, di kawasan Inner Harbor. Aku memang pernah sampai ke Baltimore, tapi belum ada peluang ke Inner Harbor tuh, memang cantik kawasannya, orang pun ramai yang teramat.
Ada one Nepalese guy yang tunggu aku di pintu masuk di shopping arcade/food court tu, terus dia bawak aku ke restoran. Modern betul complex tuh, colorful lagi. Nak masuk pun malu, iyalah, aku Bangla, bawak beg pulak tuh.
Sebab restoran tu dah tutup dan budak Nepal tu kerja sampai pukul 9 jer, dan yang tinggal hanyalah bini Boss, aku pun tolonglah dia bersihkan apa-apa yang patut. Susah jugak sebab aku tak faham English dia.
"Get bloom, get bloom (broom)", kata dia sambil lap cermin di counter makanan. Bila dia guna sign language baru aku tahu yang dia suruh aku sapu sampah.
"Too much the water", kata dia bila lantai tu agak basah waktu aku mop. Too much the songeh lah Makcik sorang tuh. Macamlah aku tolong dia malam tu akan dibayar gaji.
----------------------------------
Dekat pukul 12 malam baru husband dia, Tony, datang jemput kitaorang. A Singaporean, itu yang aku respect sikit tuh. Rasa lega jugak bila dia kata, dari gaya dan bahasa aku, dia tahu yang aku bukannya fresh from the boat.
Mulanya Tony bawak aku balik ke apartment diaorang pasal dia ingat aku lapar, nak makan. Bila aku kata aku tak nak makan, aku suggest dia hantar aku ke apartment tempat pekerja restoran tu tinggal sebab dia kata ada satu orang jer di situ malam tu. Tak jauh, within walking distance. Within Inner Harbor tu jugak. Dekat Marriott Hotel. Dekat Hard Rock cafe.
Oh tidakkkkkk.....Too much the happening nanti!!! :-)
Tony kata ada satu orang tukang masak, a Singaporean, yang tinggal di situ, tapi bila dia ketuk pintu, ada orang lain yang bukak. Budak mainland China, yang Tony kata, sehari sebelumnya dibuang kerja (Itu yang diganti dengan aku tuh). Ada seorang lagi, Mat Salleh dari Bulgaria, yang kerja part-time di restoran bersebelahan restoran Tony tuh.
Mulanya Tony marah pasal diaorang tak sepatutnya tinggal di situ, lagipun, di mana aku nak tidur? Tapi bila aku kata yang aku tak kisah tidur di lantai untuk malam itu, dan bila diaorang kata diaorang tak ada tempat lain nak dituju dan diaorang akan sewa bilik in a few days, Tony pun setujulah. Then he left. Sebab dah lewat, dah pukul satu lebih.
Dari luar memanglah nampak cantik studio apartment tuh, kedudukannya strategik, di depannya ada one big Italian restaurant. Tapi di dalam apartment tu, lintang pukang. Magazines lama, old newspaper, barang-barang restoran, tv tiga empat bijik etc. Underwear bergayu-gayuttan. Kat atas sana ada satu, di sini ada satu, di sana satu, di lantai, di tilam, kat door knob even.
Siul jer, budak Cina tu tilamnya 2 lapis (2 bijik), tapi tak dikasi pun kat aku satu. Mungkin sebab kedua-dua tilam tu besar, tak ada space nak taruk , itu yang dia tak kasi aku tuh. Macamana pun, dia ada offer aku tidur di tilam tu, di sebelah dia, tapi aku turned it down. Tak nak lah, belum tidur pun dia asyik kentut memanjang.
Budak Bulgaria tu selalu jugak tanya aku, "Are you ok, are you ok?" Aku tahu dia rasa macam bersalah gitu.
So malam itu aku tidur kat lantai aje lah, berbantalkan beg laptop, berselimutkan tuala.
-------------------------------------------------
Besoknya aku jalan aje lah ke restoran tu, senang jer aku nak mengingat arah, aku gunakan bangunan World Trade Center sebagai panduan. Tony yang ajar aku semalamnya. Tak ada siapa pun kecuali tukang masak yang ada waktu aku sampai di restoran. Aku buatlah apa-apa yang patut.
Tak lama lepas tu barulah bini Tony datang, dia ajar aku cara-cara prepare soup yang teramat banyak macamnya. Restoran Thai lah katakan, berbagai jenis soup. Dia ajar benda-benda lain yang harus dibuat dengan cepat. Jenis orang yang tamak dan rakus dia tu tuh,gaya dia buat kerja aku dah boleh tahu. Bila dia ajar aku buat something, dan dia suruh aku cuba buat, dia langsung tak kasi peluang. Biasalah kan, orang baru sure agak perlahan kerjanya. Dia tak kasi chance pun aku nak buat, dia yang buat semuanya. Banyak pulak kerjanya, puas aku nak mengingatkan apa yang harus aku buat, itu belum lagi nak mengingat nama-nama jenis masakan, jenis-jenis soup.
Pukul 12 lebih baru ada pekerja-pekerja lain datang, yang semuanya kerja part-time kat situ. Budak Nepal semalam tuh, amoi Singapore, Cindy namanya. Dan 3 orang lagi Singaporeans yang pandai cakap Melayu. Semuanya related to Tony, abang ipar, ada yang kawin dengan adik bini Tony. Diaorang ajar aku apa yang patut.
Tak lama tu sibuklah restoran tuh, ya.... ramai betul orang yang datang makan walaupun the whole complex tu ada puluhan restoran. Di sebelah restoran aku kerja tu ada one Chinese restaurant, di depan ada Japanese Restaurant. American Restaurants yang lain pun semuanya ada. Memang ramai tourist yang datang lepak di Inner Harbor, dan ramai lah yang datang makan. Terkejut aku dibuatnya, berbaris panjang-panjang masing-masing nak tunggu order makanan. Semua restoran aku tengok sibuk jugak.
Nasib baik aku dah ada sedikit experience kerja di bahagian counter makanan, kalau tidak, sure pengsan dibuatnya. Bini Tony kelam kabut habis, terserlah sangat ketamakannya. Semua yang lalu lalang di situ dipanggilnya, disuruh aku panggil, disuruh aku kasi sample. Orang belum decide samada nak makan situ ker tidak, dia dah ambil pinggan, dah sendukkan nasi. Aku gelak jer lah dalam hati, rakusnya tak bertempat.
Sorang dari ipar Tony tu berlagak betul, apa yang aku buat, walaupun aku rasa dah elok benar, semuanya tak betul. Kalau aku buat ini, dia suruh aku buat itu. Aku buat itu, dia suruh buat ini. Memang aku dah agak dah dia perangainya gitu pasal masa mula-mula aku tengok muka dia, aku dah suspect something jer. Boleh kenal muka ganas.
Macam muka aku lah, muka baik. Kalau orang tengok, orang boleh tahu yang aku ni orang yang tersangatlah baik nya:-)
Now, how's that for a big big ego? :-)
Semakin lama semakin sibuk dibuatnya, peluh jantan aku keluar memanjang. Bukan apa, selain dari kena marah dengan mamat tu, bini Tony pun selalu suruh aku buat benda-benda yang tak patut. Ada ker dia suruh aku pergi angkat tong dan kotak-kotak barang makanan dari lori, bawak naik ke restoran yang di tingkat atas tuh. Beratnya nak mampus. Banyak pulak tu. Dan orang ramai sangat-sangat. Aku rasa hina betul, rasa marah pun ada.
Aku buang jauh-jauh kemaluan aku, tapi di sudut hati aku rasa betul-betul sedih. Sambil kerja tu aku fikir, aku tak sepatutnya rasa sedih, aku tak seharusnya berkemaluan sebenarnya. Dan terbayang di kepala aku yang aku tak akan lama bekerja di situ kalau begitulah gayanya. Tapi aku buat jugak kerja aku tuh, aku tahu memang berat, dan kalau aku boleh selesaikan kerja aku, aku sure diaorang tak akan suruh aku buat benda-benda lain lagi dah yang lebih berat dari itu.
But I was wrong. Bukan saja kena marah pasal lama sangat mengangkut barang yang bagi diaorang taklah sebanyak mana tuh, bini Tony siap talipun Tony lagi kata aku kerjanya agak perlahan. Bengang aku jadinya.
Si Mamat sorang tu kasar orangnya, tiap kali aku cuba layan orang yang datang makan, ada ajelah yang tak betulnya. Cara aku sendukkan makanan salah, cara aku pegang pinggan salah, cara aku tanya pun salah. Semuanya salah. Tapi yang buat aku betul-betul marah, dia siap tepis-tepis tangan aku, dia kadang-kadang tu pegang tangan aku, disambarnya pinggan yang ditangan aku. Sambil marah-marah. Dan dia buat semua benda tu right infront of the customer. Masa sibuk, masa ramai orang beratur.
Itu yang buat aku bengang sangat tuh. Bukan apa, malu aku jadinya dibuat begitu. Aku tahulah dia saudara Tony, tapi janganlah sampai tepis-tepis aku gitu. Janganlah sampai usik-usik anak orang. Nak marah, marah aje lah, nak kutuk, kutuk ajelah. Tapi kalau dah sampai tepuk, tepis lengan dan bahu aku, itu sudah lebih.
Mamat yang sorang lagi tu diam aje orangnya, dia dah berumur dah, dia pandang jer bila Mamat sorang lagi nih marah aku. Dia ada kata yang jangan ambil hati sangatlah sebab memang begitu perangai dia tu tuh. Dah ramai orang yang kerja di situ semuanya blah pasal Mamat sorang tu lah. Bini dia adiknya bini Tony, dan dia dulunya pernah jadi Manager kat situ, itu yang naik tocang sangat tu tuh.
Cindy baik jugak tapi sebab diaorang semuanya ada pertalian keluarga, aku taklah berani nak kata benda-benda yang tak baik. Yang peliknya, kalau si Mamat tu tak ada, dan aku kerja dengan yang lain, tak ada pulak salahnya, jalan lancar jer. Tenang jer aku kerja.
Tapi kalau ada dia, serba yang dibuat semuanya tak menjadi. Sampai ke malam jugak sibuknya restoran tuh, aku asyik dok menengok jam jer. Pukul 10 malam tak ada gaya nak tutup pun sedangkan yang kerja part-time semuanya dah balik. Nasib baik waktu-waktu begitu dah tak sibuk sangat, bini Tony jer yang sibuk tak bertempat. Pukul 11 masih lagi tak ada apa-apa. Pukul 12 baru disuruh bersih itu bersih ini, baru restoran tu nak ditutup. Dia katalah, dia ambil aku kerja di situ sebab kerja full-time, so restoran tu boleh dibuka sampai tengah malam.
Tapi kan, berapa jam kerjanya? Dari 9-30 pagi? Nak bersih itu ini dah 12-30 pagi. Gila. Tak sanggup aku. Aku diamkan aje lah, aku nak tengok keadaannya, baru sehari kerja memang lah tak dapat aku nak buat keputusan. Tapi kalau begitulah keadaannya, memang tak akan lama aku kerja di situ.